2 Langkah Mudah Dan Tool Percuma Buat Kajian Pasaran Bisnes Online

February 11, 2018

By admin

Comments

Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!



Hai semua! Dalam artikel kali ni saya akan tunjukkan 2 langkah mudah menggunakan 2 tools percuma yang saya sendiri sekarang gunakan untuk membuat kajian pasaran bisnes online.

 

Kedua-dua tools ni adalah percuma tapi power dan lengkap untuk anda buat kajian pasaran perniagaan anda. Tool pertama boleh membantu anda mendapatkan idea baru dalam perancangan bisnes anda yang anda sendiri tak pernah fikirkan sebelum ini.

 

Ia juga boleh tunjukkan berapa banyak search volume setiap bulan untuk sesuatu idea bisnes yang kita nak buat. Dengan ini, anda ada data atau bukti bahawa ada sejumlah orang yang mencari produk atau servis dalam niche bisnes yang anda ingin pilih.

 

Tool percuma yang kedua boleh check samaada niche dan idea bisnes yang anda pilih tu, ada permintaan sepanjang tahun atau hanya ada permintaan pada tempoh waktu tertentu. Produk atau servis yang hanya ade permintaan pada waktu tertentu ni kita katakan juga sebagai produk bermusim.

 

Ini juga penting untuk kita tahu sebab kita mestilah nak buat satu bisnes yang dapat memberikan keuntungan sepanjang tahun dan bukannya bisnes yang hanya bagi untung buat satu tempoh waktu yang singkat jer. Jadi, paling kurang pun dengan 2 cara ini, dapat memberi kita gambaran sebelum memulakan perjalaan bisnes daripada langgar membuta tuli.

 

Memang orang kata nak buat bisnes ni kita kena redah je dulu sebab kalau nak tunggu semuanya perfect, takut nanti tak jalan pulak. Tapi kita nak redah tu biar berilmu sikit, huhu. Semuanya adalah percuma dan proses ini sangat mudah untuk anda ikut.

 

2 Langkah Mudah Buat Kajian Pasaran Bisnes Online

 

Jadi, untuk saya tunjukkan proses kajian pasaran perniagaan ini secara jelas, saya akan buat contoh yang kita ni nak mula berniaga secara dropship sebab kita tak nak keluar modal yang banyak untuk mulakan bisnes.

 

Saya fikir nak jual tudung sebab sejak kebelakangan ni banyak jenama-jenama tudung daripada usahawan Malaysia dan saya rasa tudung ni ada permintaan. Saya hanya ‘rasa-rasa’ jer buat masa ni tapi saya tak ada data atau bukti yang tudung ni ada permintaan. Apa-apa pun ia adalah idea saya sekarang dan masa untuk realisasikan idea dengan membuat kajian!

 

Saya nak jual tudung, tapi saya tak tahu nak jual tudung jenis yang mana satu. Setahu saya, tudung ni ada banyak jenis…hmm contohnya, tudung bawal, tudung jenis kain chiffon dan tudung jenama Neelofa. Ha ha ha, saya main cakap jer ni sebab itu yang terlintas di fikiran. Serius, saya kurang tahu pasal tudung.

 

Okay, tak apa. Kita teruskan je dulu kita nak jual tudung. Dan sebagai usahawan dropship, saya perlukan pemilik produk atau supplier. Jadi, saya pergi ke laman web Kumoten.com, salah satu laman web yang mencari usahawan yang nak buat bisnes dropship. Saya nak check ada tak stok produk tudung dalam katalog diorang.

 

Saya masuk ke kategori Fashion. Ada niche Muslim Fashion dalam kategori Fashion dan wow! Jackpot! Ada sub-niche Tudung dan Tudung Instant. Sekarang saya dah tau satu lagi jenis tudung iaitu Tudung Instant. Oleh sebab tudung instant ni lebih spesifik, saya akan teruskan dengan niche tudung instant.

 

 

Ada satu jer produk tudung jenis tudung instant dalam katalog Kumoten.com iaitu Qazara Instant Double Loop. Double Loop gituu…mungkin dua kali lilit agaknya, haha! Main cakap jer.

 

 

Sekarang saya dah ada sumber produk untuk buat bisnes dropship! Kemungkinan tudung instant ni ada peminatnya sendiri. Mungkin. Saya masih tak ada data dan gambaran pasal bisnes tudung instant. Betul ke ada permintaan pada tudung instant? Boleh jual ke?

 

Sekarang masanya kita buat kajian pasaran perniagaan tudung instant ni! Woot woot!

 

Langkah 1 Kajian Pasaran Bisnes Online – Semak Jumlah Carian Dan Dapatkan Idea Menggunakan Ubersuggest!

 

Baru-baru ni saya banyak mencari satu proses untuk membuat validasi tentang idea bisnes dan kajian pasaran bisnes online samaada bisnes yang kita nak buat tu sebenarnya ada permintaan atau tidak. Saya cari dekat Youtube jer, takdelah boring sangat tengok video. Saya tengok apa yang orang lain buat, apa cara yang mereka guna.

 

Alhamdulillah, saya jumpa apa yang saya nak. Apa yang saya jumpa, saya kongsikan pada anda pulak. Untuk kajian pasaran perniagaan, saya jumpa satu proses yang lengkap nak buat validasi. Hanya dua cara dan 2 tool percuma sahaja yang kita perlu.

 

Yang pertama, saya selesa gunakan Ubersuggest. Ubersuggest adalah satu tool carian keyword percuma milik seorang usahawan luar negara yang juga salah seorang antara 10 pakar dalam pemasaran, Neil Patel.

 

 

Dengan Ubersuggest, kita dapat tahu berapa jumlah carian berkaitan sesuatu keyword idea bisnes kita. Dengan Ubersuggest jugak, kita dapat tahu idea-idea lain yang berkaitan dengan sesuatu keyword idea bisnes kita tu.

 

Dan yang paling penting untuk kita usahawan Malaysia, Ubersuggest ni ada fungsi menganalisa keyword dalam Bahasa Melayu. Ada beberapa tool lain yang saya jumpa, tidak menganalisa keyword dalam Bahasa melayu.

 

Senang jer nak guna Ubersuggest ni. Anda masuk ke laman web Ubersuggest. Masukkan keyword idea bisnes anda. Sebagai contoh, saya masukkan keyword idea saya tadi iaitu ‘tudung instant’.

 

Pastikan fungsi carian dalam kategori ‘web’. Dan pilih ‘Malay’ untuk menganalisa perkataan dalam Bahasa Melayu. Selapas itu anda tekan ‘Look Up’. Akan keluarlah senarai keyword yang berkaitan dengan tudung dan tudung instant.

 

Dalam contoh ini saya telah memilih niche ‘tudung instant’ sebagai idea bisnes saya. Jadi, saya nak fokuskan kepada keyword ‘tudung instant’ sahaja. Caranya, saya cuma ‘untick’ carian ‘Google Keyword Planner’ supaya senarai carian untuk dianalisa adalah perkataan yang bermula dengan ‘tudung instant’ sahaja.

 

 

Daripada cara ini, saya dapat tahu bahawa ada 720 jumlah purata carian ‘tudung instant’ di Google setiap bulan. Daripada senarai yang keluar jugak, saya dapat beberapa lagi idea berkaitan tudung instant yang lain.

 

Cuba anda tengok, ada ‘tudung instant shawl’, tudung instant awning lembut’ dan ‘tudung instant labuh’. Haa…baru saya tahu yang tudung instant ni ada macam-macam jenis jugak. Semua senarai yang keluar bukan hanya random keyword sahaja tetapi memang carian yang orang buat di Google beserta jumlah carian. Jumlah carian keywords-keywords inilah bukti permintaan terhadap sesuatu produk tersebut

 

Dengan idea-idea ini, dapat membantu saya dalam merancang bisnes saya nanti. Mungkin saya nak fokus dalam bisnes jual tudung instant. Tapi tudung instant yang jenis macam mana? Ada banyak sekarang yang saya dapat tahu dengan bantuan Ubersuggest.

 

Jadi saya boleh merancang, mungkin saya boleh mulakan dengan tudung instant shawl dahulu dan cari suppliernya untuk daftar jadi agen dropship. Dah stabil nanti saya kembangkan bisnes kepada tudung instant awning lembut dan tudung instant labuh pulak.

 

Kemudian saya kembangkan lagi pada tudung instant yang lain. Jadilah saya CEO tudung instant. Bila orang nak tudung instant tak kira apa jenis pun, semuanya ada kat kedai online e-Commerce saya. Haa…nampak dah berangan. Nak sembang semua kencang jer, buatnya tidak, huhu.

 

Okay, sekarang saya dah tahu ada potensi untuk buat bisnes tudung instant. Sekarang saya nak tengok, samaada permintaan terhadap tudung instant ni sepanjang tahun atau ada waktu-waktu tertentu sahaja. Jom kita tengok cara seterusnya!

 

Langkah 2 Kajian Pasaran Bisnes Online – Semak Trend Permintaan Menggunakan Google Trend!

 

Untuk check samaada niche dan idea bisnes yang saya pilih tu ada permintaan sepanjang tahun atau hanya ada permintaan pada tempoh waktu tertentu sahaja, saya gunakan Google Trends. Masukkan keyword idea bisnes anda di bahagian search box dan tekan enter.

 

 

Kemudian, pastikan anda filterkan data pada negara Malaysia. Anda juga boleh pilih samaada anda nak tengok trend data carian keyword ‘tudung instant’ sepanjang setahun yang lepas atau tempoh-tempoh waktu yang lain seperti sebulan yang lepas atau 5 tahun yang lepas.

 

 

Berdasarkan pemerhatian trend carian keyword ‘tudung instant’ di Malaysia untuk 12 bulan yang lepas, data atau cariannya turun naik. Tak ada bulan-bulan tertentu yang cariannya tiba-tiba tinggi lepas tu bulan-bulan lain rendah. Sentiasa ada carian ‘tudung instant’ sepanjang tahun walaupun jumlahnya tidak sekata.

 

Bagi saya, saya boleh teruskan untuk buat bisnes dalam niche tudung instant ni sebab memang ada orang yang membuat carian di Google untuk tudung instant. Bila ada carian, maknanya ada permintaan. Jadi saya lebih berkeyakinan untuk buat pemasaran untuk produk tudung instant saya nanti.

 

Jika saya memilih untuk tidak teruskan dengan niche ini, saya boleh teruskan membuat kajian pasaran bisnes online dengan banyak lagi idea yang saya boleh dapat dari Ubersuggest, huhu. It’s just a matter of effort!

 

Kesimpulan Kajian Pasaran Bisnes Online

 

Itulah 2 cara dan tools percuma yang saya gunakan untuk buat kajian pasaran perniagaan buat masa ini. Saya juga banyak didedahkan dengan idea-idea baru yang berkaitan dengan idea saya yang asal.

 

Dengan data-data yang ditunjukkan Ubersuggest dan Google Trend, saya dapat buat validasi dan seterusnya buat keputusan samaada nak terus mulakan bisnes dropship dengan sesuatu produk tersebut atau tidak.

 

Jika anda tahu tool percuma lain atau berbayar (tapi murah, hah!) yang boleh bantu buat kajian pasaran bisnes online yang saya tak kongsikan dalam artikel ini, kongsikan cara anda di bahagian komen supaya saya dapat manfaat dan orang yang membaca artikel ini juga dapat manfaat. Terima kasih! Woot woot.

.



Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!

Related Posts

Usahawan Online 105 – Ilmu Penting Tahun 2020

Usahawan Online 105 – Ilmu Penting Tahun 2020

Hai! Dah lama saya tak sambung tulis artikel untuk siri Usahawan Online dalam blog Shopievo. Yang terakhir haritu bulan April 2019, hah! Sekarang kita dah pun sampai artikel ke 5 dalam siri ni. Kat bawah ni senarai artikel yang lepas… . Usahawan Online 101: Cara Buat...

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Hai! Tak sangka kita dah pun berada dalam bulan ke 2 dalam tahun 2020. Cepat jer masa berlalu. Biasa pun memang macam tu lah…hm. Rasa baru jer haritu kita plan nak buat apa bila masuk tahun baru 2020. Tup tup…bulan 2 dah. . Jadi saya ucapkan selamat tahun baru 2020...

3 Comments

3 Comments

  1. Joe Labu

    kajian pasaran sangat penting, kalau tak memang kelautlah marketing kita

    Reply
    • Asyraf Farouq

      Betul tu Tuan Joe..

      Asalkan ada permintaan pada niche yang kita pilih tu, kita dah boleh terus pada pemilihan produk yang hot pulak dalam niche kita tu.

      Kalau dah ada produk yang ada permintaan lagi senang untuk kita teruskan menjual/pemasaran..

      Reply
  2. Wahyu

    Hebat!! Terima kasih atas tunjuk ajar. Halalkan ilmu ni ye 😉

    Reply

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 Langkah Mudah Dan Tool Percuma Buat Kajian …

by admin time to read: 6 min
3