2 Strategi Praktikal Kurangkan Kos Facebook Ads Yang Anda Boleh Buat Sekarang

January 28, 2018

By admin

Comments

Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!



Tak dinafikan ramai usahawan online menggunakan Facebook Ads sebagai media pemasaran mereka yang utama kerana jutaan data setiap pengguna yang dimiliki Facebook, pilihan menyasarkan iklan kepada kumpulan tertentu, proses bina iklan yang cepat dan mudah dan antara media pemasaran yang terbukti berkesan!

 

Sebagai usahawan online yang menggunakan Facebook Ads, kita pasti dah buat beberapa kempen FB Ads sebelum ni, cuba pelbagai strategi, try and error dan dah tengok pelbagai hasil daripada iklan yang kita buat.

 

Benda yang selalu kita risaukan dan mesti nak bukak FB Ads Manager dekat fon, check hari-hari adalah berapa kos FB Ads yang telah digunakan. Kalau boleh, kalau tengok je result macam tak berapa bagus, nak terus off kan sahaja Ad Set tu untuk tak nak membazir duit. Kita sentiasa mencari jalan nak kurangkan kos Facebook ads.

 

Kadang-kadang kita dapat result yang bagus, kadang-kadang kita dapat kos yang tinggi untuk FB Ads tu. Kos dan result FB Ads kita boleh berbeza-beza berdasarkan beberapa faktor. Sebagai contoh, objective iklan, orang yang kita target, umur, jantina dan cara meng-optimizekan iklan.

 

Sebenarnya, macam-macam teori dan strategi untuk melancarkan sesebuah kempen FB Ads yang berkesan. Teori dan strategi ini bergantung kepada sifu atau orang yang mengajar anda FB Ads dan mempunyai pengalaman melancarkan FB Ads pelbagai cara.

 

Untuk kami usahawan dropship e-commerce di Shopievo, secara umum, kebiasaannya kami meletakkan bajet RM 30 sehari untuk iklan gambar produk jenis Page Post Enggagement (PPE) dengan anggaran audience lebih kurang 500 ribu di proses Product Validation ke-2 dalam Fasa Teras.

 

Kami meletakkan tanda aras kurang daripada RM 0.30 Cost Per Enggagement (CPE) untuk menentukan samaada produk itu bagus diteruskan untuk strategi pemasaran seterusnya atau pun tidak. Faktor lain jugak mempengaruhi keputusan seperti tahap reaksi dan interaksi audience dari segi like, komen dan share pada iklan.

 

Tetapi, kita tidak boleh awal-awal cakap produk tu yang tak bagus dan kurang mendapat sambutan. Sebab, hasil iklan tu jugak bergantung kepada persediaan awal kita sebelum melancarkan iklan.

 

Antara persediaan awal sebelum melancarkan iklan yang mempengaruhi hasil iklan adalah kita siapa audience iklan tersebut, spesifik atau pun tidak, produk yang relevan atau tidak, gambarnya menarik atau tidak, ayat iklan yang kena headshot pada prospek atau tidak dan beberapa lagi.

 

Kemungkinan produk itu sebenarnya bagus dan memang orang cari, tetapi cara dan strategi anda yang belum mantop lagi. Jadi produk itu tidak ‘sampai’ kepada orang yang memerlukannya.

 

Jadi untuk artikel ini, saya akan kongsikan beberapa tips untuk membantu anda mendapatkan kos FB Ads yang rendah dan munasabah!

 

Strategi Kurangkan Kos Facebook Ads – Sasarkan Iklan FB Ads Pada Prospek Yang Lebih Spesifik!

 

Untuk pemasaran di Facebook, kita mungkin bersaing dengan ratusan atau lebih pengiklan yang lain untuk produk yang sama. Kita bersaing supaya iklan keluar di ruang News Feed prospek. Dengan menyasarkan iklan anda pada prospek yang lebih spesifik, anda dapat mengurangkan persaingan daripada pemain FB Ads yang lain.

 

Kos iklan FB kita boleh jadi mahal atau murah bergantung kepada Facebook Ads Relevence Score. FB Ads Relevence Score nie pulak dipengaruhi oleh objektif kempen iklan kita, sasaran prospek yang betul dan spesifik, iklan yang relevan kepada prospek dan reaksi atau interaksi prospek pada iklan tersebut.

 

Sumber : WordStream

 

Bagaimana caranya untuk tau prospek yang lebih spesifik? Sebelum memulakan proses pemasaran produk anda, pastikan anda jelas dengan niche bisnes anda dan bagaimana avatar prospek yang perlukan produk anda.

 

Anda perlu teguh dengan pilihan niche bisnes anda, percaya dengan niche anda dan fokus paling kurang pun selama tiga bulan untuk mengusahakan bisnes dalam niche anda. Lepas tu anda kena bayangkan satu avatar prospek yang perlukan produk anda. Mari kita lihat apa kaitannya dengan mengurangkan kos FB Ads.

 

Niche adalah satu kumpulan prospek yang lebih spesifik daripada satu-satu kategori. Sebagai contoh, kalau anda masuk ke laman web Lazada untuk beli makanan bayi, anda akan pergi ke kategori ‘Baby & Toys’. Anda tidak pergi ke kategori ‘Electronic Accessories’. Ini adalah 2 kategori berbeza.

 

Untuk lebih spesifik, anda akan pergi pula kepada niche. Makanan bayi letaknya dalam niche ‘Feeding’. Anda tidak pergi ke niche ‘Baby & Toddler Toys’. Ini adalah 2 niche yang berbeza. Lebih spesifik kat bawah niche ade pulak sub-niche contohnya seperti Baby & Toddler Foods, Baby & Toddler Beverages, Milk Formula dan sebagainya.

 

Anda perlu jelas dan kekal dengan niche bisnes anda supaya anda ada beberapa pilihan sub-niche yang anda boleh kembangkan bisnes pada masa hadapan. Semuanya masih dalam kategori makanan bayi. Kita buat contoh, anda menjual produk Caliph For Baby, minuman campuran estrak buah-buahan untuk bayi.

 

 

Sekarang anda dah jelas dengan niche anda. Langkah seterusnya adalah anda kena bayangkan satu avatar prospek yang mungkin berminat dengan produk anda. Siapa yang perlukan produk ini? Ya, bayi. Tapi adakah anda mempromosikan produk ini pada bayi? Haha. Ibu bapa bayi yang perlu beli produk ini.

 

Adakah anda perlu sasarkan kempen iklan FB Ads kepada kedua ibu bapa. Ya! Sudah pasti kita nak target dua-dua sekali, betul tak? Supaya lebih banyak ibu bapa yang jumpa produk ni. Tapi, lebih berkesan FB Ads anda jika anda asingkan 2 jantina ibu bapa ini dalam 2 Ad Sets yang berbeza. Kalau bajet anda sikit, anda boleh sasarkan pada bapa dulu, atau pada ibu dulu.

 

Ayat iklan produk ini untuk bapa bayi sudah tentunya berbeza dengan ibu bayi. Sebagai contoh simple, anda menulis ayat iklan seperti ini untuk disasarkan kepada bapa bayi; “Untuk yang baru menjadi ayah dan tak tau apa sebenarnya minuman yang baik untuk bayi anda, inilah jawapannya…minuman buah-buahan untuk bayi!”

 

Ayat iklan ini pulak tak sesuai untuk disasarkan kepada ibu bayi. Anda sendiri sudah tau apa yang perlu diubah. Ini adalah contoh. Antara masalah usahawan online yang melancarkan FB Ads adalah mereka tidak fokus pada niche dan tidak jelas pada avatar prospek yang perlukan produk mereka.

 

Sebagai contoh mereka nak jual jus minuman untuk bayi dalam niche ‘makan bayi’, tapi bila nampak bisnes lain promosikan produk permainan bayi yang hot, mereka pun nak cuba-cuba jugak. Lari fokus. Belum lagi gunakan segala usaha untuk majukan dulu dia punya bisnes dalam niche makan bayi tu. Ingat, fokus at least 3 bulan!

 

Strategi Kurangkan Kos Facebook Ads – Banyak Gunakan Video Selagi Boleh!

 

Iklan FB menggunakan video terbukti berkesan dapat mengurangkan kos iklan berbanding penggunaan gambar produk. Kenapa? Orang lebih suka melihat video yang lebih interaktif berbanding sekeping gambar yang statik.

 

Interaksi orang seperti like, komen dan share pada video adalah jauh lebih tinggi berbanding pada gambar. Lebih-lebih lagi kalau video anda tu menarik dan ‘kena’ pada prospek. Dengan video, anda boleh buat video se-simple slideshow dengan gambar- gambar produk anda sahaja. Selagi ia video, pasti dapat jimatkan kos FB Ads.

 

Berdasarkan artikel di laman web salah seorang pakar pemasaran Facebook di Malaysia, iaitu Tuan Firdaus Azizi, “Iklan video kebiasaannya mendapat cost per view serendah RM0.01. Sekiranya video tersebut sangat menarik, ia boleh mencecah di bawah kos RM0.01 per view.”

 

Saya sendiri pernah ‘merasa’ iklan FB dengan kos serendah RM 0.01 ini untuk iklan jenis video yang saya buat walaupun saya tidak pandai membuat video menggunakan software-sotfware advanced buat video macam yang pereka grafik selalu guna tu.

 

Saya menggunakan Vidsy Pro untuk buat video simple untuk produk dropship saya! Anda juga boleh guna Vidsy Pro ini untuk buat video yang menarik walaupun tiada kepakaran hasilkan video.

 

Dengan Vidsy Pro ni, saya hanya perlu masukkan link produk page dari laman web kedai online sahaja ke dalam software tersebut dan ia automatik akan mencari semua gambar produk dan terus hasilkan satu video lengkap slideshow produk!

 

Selain itu, anda tau tak berdasarkan sumber dari Facebook sendiri, yang live video dapat purata reaksi like, komen dan share 6 kali ganda berbanding dengan video-video biasa? Anda boleh ambil peluang dari fakta ini. Bagaimana anda nak buat iklan FB jenis video macam live video?

 

Mudah! Caranya, anda record dulu video anda tu tapi dengan style live video. Sebagai contoh, anda menjual smartphone. Apa kebiasaannya yang orang buat untuk mempromosikan kelebihan smartphone tu? Buat review!

 

Anda boleh record video review smartphone anda tu daripada mula-mula keluarkan daripada kotak sampai terangkan kelebihan-kelebihannya. Orang juga lebih percaya dengan bisnes kita jika dapat tengok produk yang live daripada hanya sekadar gambar.

 

Mulakan 2 Strategi Kurangkan Kos Facebook Ads ini Sekarang!

 

Okay, cukup setakat ini dulu saya kongsikan 2 strategi praktikal yang dapat kurangkan kos FB Ads anda. Pertama tadi, anda perlu fokus pada niche anda dan jelas dengan avatar prospek anda. Yang kedua pulak anda kena mula rajinkan diri untuk buat video.

 

Sebenarnya, ada beberapa lagi strategi yang anda boleh lakukan yang mana saya akan kongsikan pada artikel-artikel yang seterusnya. Anda buat 2 yang nie je dulu buat masa sekarang, okay?

 

Pernah tak anda buat iklan FB Ads menggunakan video? Kongsikan pengalaman anda buat FB Ads guna video di bahagian komen. Woot woot!



Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!

Related Posts

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Hai! Tak sangka kita dah pun berada dalam bulan ke 2 dalam tahun 2020. Cepat jer masa berlalu. Biasa pun memang macam tu lah…hm. Rasa baru jer haritu kita plan nak buat apa bila masuk tahun baru 2020. Tup tup…bulan 2 dah. . Jadi saya ucapkan selamat tahun baru 2020...

Tutorial Cara Buat Kad Bisnes Digital Untuk Bisnes

Tutorial Cara Buat Kad Bisnes Digital Untuk Bisnes

Pada bulan December 2019 yang lepas, bos Wazeen ada buat satu announcement dalam group IM Lejen pasal satu software baru yang kita semua memang akan guna untuk bisnes kita. Software ni free jer. . Dan walaupun memang semua orang boleh guna, macam biasa… group premium...

Tutorial Buat Facebook Shop Dan Masukkan Produk!

Tutorial Buat Facebook Shop Dan Masukkan Produk!

Hai dan salam! Untuk artikel kali ni saya nak tunjukkan secara ringkas dan padat langkah-langkah nak buat Facebook Shop seterusnya masukkan produk yang anda jual ke dalam FB Shop tu. Facebook Shop adalah bahagian ‘Shop’ atau katalog kat dalam Facebook Page untuk anda...

1 Comments

1 Comment

  1. Tainnaxia

    We ve handpicked 21 related questions for you, similar to Can a dog overdose on lasix common side effects tamoxifen CYP2D6 is the main enzyme involved in the activation of the prodrug tamoxifen into the anti estrogen endoxifen

    Reply

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 Strategi Praktikal Kurangkan Kos Facebook A…

by admin time to read: 6 min
1