Hai! Dalam tak sedar, banyak sebenarnya benda berharga yang kita dah belajar dan boleh belajar sepanjang kita terlibat dalam kehidupan sebagai seorang usahawan online ataupun freelancer.
Dapat tak anda ingat balik, masa mula-mula anda terlibat dengan bisnes online dulu? Macam mana anda dapat ilmu bisnes online, …kenapa anda nak buat bisnes online masa tu …dan apa bisnes pertama yang anda usahakan?
Sekarang, tengok pulak kat mana anda berada sekarang sebagai usahawan online. Apa yang dah berubah? Apa yang anda dapat belajar selama anda usahakan bisnes online?
Banyak benda yang kita boleh belajar sebenarnya. Salah satunya dari segi mindset untuk mengharungi sebagai seorang usahawan online ataupun freelancer. Jadi dalam artikel kali ni, saya nak kongsikan pada anda 4 mindset yang anda perlu ubah sebagai usahawan online. Jom layan!
Berhenti Salahkan Orang lain, Dan Bertanggungjawab Sepenuhnya Ke Atas Hidup Anda Sendiri! – Mindset Yang Anda Perlu Ubah Sebagai Usahawan Online
Mungkin pernah dalam hdup anda sebelum ni, menyalahkan orang lain atau menyalahkan keadaan sekeliling anda di atas kesusahan yang anda hadapi dalam hidup ni.
Anda rasakan ‘diorang’ tak bagi anda peluang untuk buat sesuatu, …anda rasakan ’diorang’ tak percaya dengan apa yang anda mampu buat, …anda rasakan ‘diorang’ tak bantu anda dari segi kewangan dan sebagainya.
Ataupun anda salahkan keadaan di mana keluarga anda tak ada pendapatan yang besar, …syarikat yang anda mohon kerja tak bagi anda peluang untuk bekerja, … dan sebagainya.
Ini adalah mindset menyalahkan orang lain dan anda kena berhenti salahkan orang lain. Sebab, bila anda salahkan orang lain, anda seperti membina mindset; ‘dunia ni yang salah, semua sekeliling aku yang salah’.
Bila anda mula berfikir macam tu, anda seperti memberitahu diri anda, “aku tak perlu buat apa-apa dan tak perlu ubah apa-apa sebab bukan salah aku”. Jadi, dari situ anda dah tak ada motivasi untuk usahakan sesuatu.
TAPI, bila anda mula ambil tanggungjawab sepenuhnya ke atas hidup anda sendiri di atas segala kekurangan dan kesusahan yang anda hadapi, anda akan mula berfikir bagaimana nak perbaiki diri dan hidup serta merancang untuk ubah apa yang ada pada diri anda sekarang.
Dan inilah salah satu mindset yang anda perlu ubah untuk berjaya sebagai seorang usahawan online.
Usaha Bukan Sekali, Tapi Berkali-kali Dan Berterusan! – Mindset Yang Anda Perlu Ubah Sebagai Usahawan Online
Kalau anda nak capai sesuatu matlamat dalam bisnes online, jangan ingat yang anda boleh berjaya dengan sekali usaha atau ada jalan shortcut untuk cepat kaya. Kejayaan memerlukan usaha dan komitmen yang berterusan terhadap sesuatu.
Tanpa usaha dan komitmen yang berterusan, walau sehebat mana pun kemahiran yang anda ada, tak akan bawa anda ke arah kejayaan yang sepatutnya anda boleh capai.
Kebanyakan orang yang nak buat bisnes online, hanya cuba usahakan sesuatu model bisnes online selama seminggu, sebulan atau paling lama pun mungkin dua-tiga bulan dan bila diorang tak dapat hasil yang diorang nak, diorang akan berhenti dan berputus asa.
Apa yang diorang tak nampak adalah, kejayaan untuk capai matlamat diorang tu mungkin dah dekat, tapi sebab diorang berhenti dan berputus asa, selama-lamanya diorang tak dapat hasilnya.
Jadi, mindset yang anda perlu ubah kat sini ialah, dalam apa jer bisnes online yang anda usahakan, anda akan berusaha dan berikan komitmen yang berterusan selepas anda belajar sesuatu bisnes daripada mana-mana panduan yang dah beli.
Teruskan tambah ilmu, usahakan sesuatu dari apa yang anda belajar, belajar sesuatu dari apa yang tak menjadi dan yang menjadi, belajar apa kesilapan anda selama ni, bagaimana sepatutnya anda boleh buat lebih baik, cuba lagi dan InsyaAllah anda semakin dekat dengan matlamat anda.
Jangan Terlalu Selesa Dan Mula Merancang Untuk Masa Hadapan! – Mindset Yang Anda Perlu Ubah Sebagai Usahawan Online
Kebanyakan usahawan online bila dah dapat sejumlah keuntungan dalam bisnes, diorang raikan kejayaan tu dengan berbelanja ke arah benda-benda yang diorang nak tanpa memikirkan keuntungan tu sepatutnya boleh digunakan untuk merancang masa depan.
Diorang tak saving, masih hidup dalam hutang, pergi keluar jalan-jalan sana sini dengan kengkawan, beli fon baru dan sebagainya yang mana benda-benda ni semua hanya dapat berikan kepuasan pada masa tu jer tapi tak jadi bekalan untuk masa depan. Gitu.
Jadi, bila anda ubah mindset kepada merancang untuk masa depan, anda akan mula saving duit, berbelanja secara bersederhana, melabur ke arah benda-benda yang dapat kembangkan bisnes online anda dan survive hidup untuk jangka masa panjang.
Menimba Ilmu Bukan Sekali, Tapi Berkali-kali Dan Berterusan! – Mindset Yang Anda Perlu Ubah Sebagai Usahawan Online
Dalam dunia teknologi dan internet, segalanya berubah dengan pantas. Jadi, penting untuk seseorang usahawan online tu sentiasa udate dan belajar perkara-perkara baru dalam bisnes online yang diorang usahakan.
Kekal update dengan peluang-peluang bisnes online yang terbaru, belajar teknik dan strategi pemasaran yang terbaru, baca artikel-artikel berkaitan bisnes anda kat internet dan refresh ilmu dengan tips bisnes online.
Dalam bisnes online, anda tak akan dapat jadi mahir dalam sesuatu sekiranya sampai satu tahap anda rasa cukup dengan ilmu yang anda ada dan buat keputusan untuk berhenti menimba ilmu lagi.
Jadi, teruskan menimba ilmu selagi boleh dan kekal update dengan segala perubahan yang berlaku dalam industri bisnes anda.
Kesimpulan Mindset Yang Anda Perlu Ubah Sebagai Usahawan Online
Jadi itulah 4 mindset yang anda perlu ubah untuk mengharungi kehidupan sebagai seorang usahawan online ataupun freelancer. Inilah mindset yang saya dapat belajar dan kembangkan sejak saya usahakan bisnes online.
Kalau kita tengok, keempat-empat mindset ni sangat kritikal untuk membentuk seseorang tu menjadi seorang usahawan online yang berdaya saing, tak mudah berputus asa dan sentiasa mencari dan menggunakan sebaiknya peluang-peluang yang ada.
Okay, itu saja dari saya untuk artikel kali ni. Jumpa lagi dalam artikel seterusnya nanti! Woot woot!
.
I have read your article carefully and I agree with you very much. This has provided a great help for my thesis writing, and I will seriously improve it. However, I don’t know much about a certain place. Can you help me? https://www.gate.io/de/signup/XwNAU