5 Content Marketing 2018 Yang Boleh Anda Praktikkan

January 11, 2018

By admin

Comments

Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!



Dalam posting kali ni, saya nak kongsikan mengenai yang ‘trending’ sekarang ni, iaitu mengenai Content Marketing tahun 2018 dan 5 contoh trend yang paling popular hari ni, saya yakin yang anda mesti dah biasa dengan trend yang kat bawah ni-:

 

1) Live Streaming

Anda mesti dah tahu yang sekarang ni ada macam-macam platform media sosial seperti Instagram, Facebook, dan juga YouTube & semua platform ini ada konten live streaming.

Anda mesti salah sorang pengguna yang guna live streaming kan? Dan saya rasa ia taklah susah dan sangat senang nak guna untuk promot servis atau produk terbaru anda.

Apa yang saya tengok, trend tahun lepas, 2017, ramai usahawan di Malaysia ni guna konsep tutorial untuk kenalkan produk terbaru atau servis mereka, dan yang paling trending sekarang bila masuk tahun 2018 ni adalah tutorial mekap (MUA),anda mesti kenal MUA Bellaz kan?

Sebelum ni, MUA Bellaz tak ramai followers pun, tapi sejak dia buat live tutorial, sekejap jer followers makin hari makin ramai, sekarang ni dah capai 1.1 juta followers !

Oh mai god…!

Sejak Facebook perkenalkan Live ni, pengguna yang buat tutorial live ni, bukan saja perempuan, tapi lelaki pun ambik peluang ni buat tutorial mekap, gelihati saya tengok macam-macam cara dan ragam 😀

Kalau kita perhatikan, hampir di setiap pelusuk penggunaan internet penuh dengan video.

Keadaan ni dah terang-terangan membuktikan yang pengguna live streaming semakin hari semakin meningkat dan cara ini adalah lebih berkesan dan cepat untuk naikkan rating dan sales anda.

Belum pernah buat video Live? Tahun ni cuba tetapkan azam supaya anda diberi kekuatan untuk buat video Live !

 

2) Email Marketing

Saya berani cakap, yang hampir semua yang membaca ni ada akaun email sendiri.

Penggunaan e-mail newsletter makin kembali jadi popular baru-baru ini sebab pemasaran melalui email dah tunjukkan peningkatan, dan email sangat penting pada era sekarang, sebab tahun 2018 kat Malaysia khususnya dah mula menggunakan khidmat online sepenuhnya.

Contohnya KWSP, PERKESO; pada 2018 ni banyak kaunter-kaunter pembayaran akan ditutup, jadi semua orang samada yang ada bisnes atau makan gaji wajib ada akaun email bagi memudahkan urusan seharian.

Sebesar-besar bisnes Zalora atau Lazada pun masih lagi menggunakan emel untuk iklankan produk mereka.

Ramai dah usahawan kat Malaysia ni yang guna kaedah newsletter . Kaedah ini sangat berkesan, sebab dengan email jer, kita dah boleh dapat kumpul database pelanggan, secara tak langsung boleh naikkan target bisnes anda.

Ini menunjukkan usahawan online negara kita sudah pun ‘tersedar dari lamunan’. Ia satu petanda yang cukup baik.

Kalau ikutkan yang sebenarnya cara emel newsletter ni dah memang evergreen dan usahawan di negara maju yang lain gunakan kaedah ni dari dulu sampai sekarang. 

Sebab itulah internet marketer Malaysia ( termasuklah team Shopievo sendiri ) memang fokuskan pada emel marketing ni sebab ia terbukti berkesan sejak dari ia diperkenalkan dulu.

 

3) Media Social Influencer

Anda tahu apa maksud (Influencer)?

Ok saya terangkan, maksudnya orang bisnes sama ada yang jual produk fizikal atau online akan guna artis atau selebriti popular untuk promot produk diorang, tapi cara ni ada pro & cons nya

Anda kena sediakan modal yang besar juga, sebab nak guna servis artis popular, dah semestinya ada bayaran, artis pun cari makan jugak, tidak semestinya followers selebriti yang kita bayar tu sesuai dengan produk yang kita jual.

Jadi, anda kena pandai pilih influencer mana yang sesuai. Tipsnya, cuba usha 50 orang followers influencer yang anda target. Tengok apa yang 50 followers tu kongsi kat profile mereka.

Sebagai contoh di Instagram, influencer bukan saja dari kalangan artis, tetapi juga orang biasa yang memiliki account dengan jumlah followers yang ramai juga boleh anda gunakan ( mereka ni dikenali sebagai “selebgram” ).

Anda kenal adik Fatimah UK? ramai juga orang bisnes tak lepaskan peluang untuk guna khidmat adik Fatimah, tapi anda kena la juga sediakan fulus ya ☺ , adatlah dalam dunia sekarang susah nak cari yang ‘free’, kena usaha lebih sikit keluarkan modal untuk marketing.

 

 

Tapi jangan pulak anda pilih selebgram yang ada followers ramai tapi tak sesuai dengan target sasaran bisnes anda macam saya dah bagitau tadi.

Pilih la yang sesuai dgn target bisnes anda ok?

Contohnya adik Fatimah, sesuai dengan produk kanak-kanak, pakaian, makanan dan sebagainya.

Trend ini akan terus meningkat sebagai trend content marketing 2018 dan ramai pengguna internet yang follow selegram yang ramai followers , dan mereka juga secara tak langsung akan ikuti segala posting selegram kegemaran mereka di pelbagai platform media sosial.

Kalau kena dengan caranya, Insyaallah anda bakal jimat beribu-ribu ringgit untuk kos iklan anda dengan hanya pakai servis Influencer sahaja.

 

4) Storytelling (Penceritaan)

Anda percaya tak kalau saya cakap yang hanya beberapa kerat je usahawan online yang suka pakai kaedah storytelling?

Sebab mereka tak didedahkan sangat dengan teknik ni. Anda sebenarnya patut tahu yang kaedah ni, sangat mudah untuk tarik pelanggan.

Prospek atau pelanggan anda akan baca berulang kali storytelling anda tulis di media sosial. ( Kalau cerita anda tu menarik lah )

Di Malaysia ni, ramai je yang minat membaca dan banyak medium yang boleh buat orang baca cerita kita dalam santai-santai…

Cerita kita tak perlu sarat sangat, hanya cerita ‘point’ yang penting, bahasa yang mudah faham, dan dicampur pula dengan aplikasi yang mudah digunakan, dengan tujuan supaya pembaca rasa seronok bila membaca.

… bila seronok, dia akan baca sampai habis, dan seterusnya berminat nak tau pasal produk dan servis kita.

Tapi untuk karang Content ni kena ada ‘skill’ yang betul, dan kena lah ikut peredaran masa terkini. Lagi satu, anda kena rajin membaca dan buat kajian supaya dapat mengolah cerita dalam content supaya orang tak bosan bila baca tulisan anda. Bukan suruh baca gosip..haha 😛

5) Blogging

Blogging ni lebih kurang dengan storytelling. Sebab anda boleh tulis gaya penceritaan anda melalui artikel di blog.

Silap haribulan, artikel kat blog anda ni berjaya berada di kedudukan yang tertinggi dalam carian Google walaupun anda tak tahu menahu pun mengenai SEO.

Kali ni team Shopievo pun diberi kekuatan untuk menulis blog dalam usaha mencapai misi dan visi kami iaitu bantu tunjukkan jalan kepada usahawan online seperti anda bangunkan satu store eCommerce sendiri dalam masa sekejap sahaja melalui video training percuma yang kami sediakan.

Ia sesuai dengan slogan atau tagline kami iaitu “1 usahawan 1 eCommerce”.

 

Doakan kami konsisten dalam menulis artikel berkaitan dengan eCommerce dan pemasaran internet.

Nak belajar cara bangunkan store eCommerce anda sendiri dengan hanya RM1? Jangan segan untuk klik link ini: Geng Shopievo

 

Jadi anda dah faham apa yang saya cerita kat atas?

Jadi, saya juga nak tau pendapat anda, jenis content marketing mana satu yang jadi pilihan hati anda untuk pemasaran bisnes anda ?

Komen kat bawah ni dan saya akan baca setiap komen anda. Semoga selalu sukses dalam bisnes anda. Insya Allah.



Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!

Related Posts

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Hai! Tak sangka kita dah pun berada dalam bulan ke 2 dalam tahun 2020. Cepat jer masa berlalu. Biasa pun memang macam tu lah…hm. Rasa baru jer haritu kita plan nak buat apa bila masuk tahun baru 2020. Tup tup…bulan 2 dah. . Jadi saya ucapkan selamat tahun baru 2020...

Tutorial Cara Buat Kad Bisnes Digital Untuk Bisnes

Tutorial Cara Buat Kad Bisnes Digital Untuk Bisnes

Pada bulan December 2019 yang lepas, bos Wazeen ada buat satu announcement dalam group IM Lejen pasal satu software baru yang kita semua memang akan guna untuk bisnes kita. Software ni free jer. . Dan walaupun memang semua orang boleh guna, macam biasa… group premium...

Tutorial Buat Facebook Shop Dan Masukkan Produk!

Tutorial Buat Facebook Shop Dan Masukkan Produk!

Hai dan salam! Untuk artikel kali ni saya nak tunjukkan secara ringkas dan padat langkah-langkah nak buat Facebook Shop seterusnya masukkan produk yang anda jual ke dalam FB Shop tu. Facebook Shop adalah bahagian ‘Shop’ atau katalog kat dalam Facebook Page untuk anda...

3 Comments

3 Comments

  1. Nik Mohamed Heidzir Kamarudin

    Marketing jenis blogging. Sebab bisnes saya perkhidmatan.

    Reply
    • Wazeen Azizan

      Terbaik tuan. Insyaallah lagi senang explain pada prospek melalui blog tuan. All the best! 🙂

      Reply

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 Content Marketing 2018 Yang Boleh Anda Prak…

by admin time to read: 5 min
3