Kali ini sharing mengenai 5 tips viralkan post Facebook anda ke tahap maksimum.
Zaman sekarang ni adalah zaman viral. Semua benda pun boleh jadi popular dan tersebar ke seluruh dunia dalam sekelip mata. Lagipun mudah je nak viral ni.
Korang cuma perlu upload post dekat Facebook™ je. Tapi persoalannya, adakah post anda tersebut boleh jadi viral?
Viral atau dikenali sebagai “tular” dalam bahasa melayu, kini semakin menjadi-jadi. Hal kecik pun boleh jadi besar. Dari kisah artis sampai lah ke kisah gossip celah kain. Semua pun boleh “tular”.
Kalau dulu cerita yang panas dan meletop selalunya kita dapat tahu dari TV / radio je. Dengan perkembangan pesat dalam sosial media menyebabkan viral ini menjadi lebih mudah.
Tapi bukan lah semua perkara yang negatif je. Malah banyak juga informasi yang berguna disebarkan dengan cara ini. Korang pun boleh buat asalkan tahu cara yang betul.
Kalau berjaya buat, dah tentu post facebook akan jadi viral. Jadi bagi yang berhajat untuk viralkan post, boleh ikut apa yang dikongsikan dibawah.
Tips Viralkan Post Facebook Anda Ke Tahap Maksimum
Selalunya info yang jadi viral ini adalah berasal daripada sosial media. Maklumlah, ramai yang gunakan nya.
Ditambah lagi dengan lambakan gejet yang canggih di pasaran menyebabkan proses viralisasi menjadi lebih mudah. Peningkatan dalam coverage internet juga menambahkan lagi kuasa viral di sosial media.
Mengikut statistik pengguna internet di Malaysia hasil kajian yang dibuat oleh MCMC, lebih 89% menggunakan intenet untuk melayari laman media sosial.
97% daripada jumlah tersebut mempunyai akaun Facebook™. Jadi tak hairan lah kalau post dekat Facebook™ lebih pantas menjadi viral.
Jadi sharing pada kali ini akan menumpukan kepada post Facebook™. Bagaimana nak buat suatu post yang ada nilai viral yang tinggi.
Secara am nya, boleh dipecahkan kepada 5 elemen utama yang perlu dipraktikkan sebelum buat sesuatu post. Check it out kesemua elemen tersebut dibawah:
Elemen #1 : Topik Untuk Post
Perkara pertama sekali yang korang perlu ambil kira adalah topik bagi post anda. Pemilihan topik yang menarik dan tengah “hot” akan membuatkan post anda disukai ramai.
Tak tahu topik apa yang tengah meletop? Cuba korang scroll dekat “news feed” dan tengok post yang banyak friends anda like dan share. Tu salah satu tanda topik yang viral la tu.
Tapi itu kalau nak buat post secara rambang. Macam mana pula kalau kita nak buat sesuatu post untuk FB page anda?
Terutamanya Facebook™ page untuk bisnes. Macam lari topik pula kan.
Contohnya anda buat dropship produk minyak wangi. Lepas tu korang post cerita pasal gossip artis dekat page. Memang boleh viral tapi macam tak berapa sesuai.
Kalau anda yang membaca ni tergolong dalam golongan yang menjual di Facebook™, saya sarankan untuk follow 2 rules dibawah dalam pemilihan topik.
Tapi ianya bukanlah sesuatu yang “wajib” ikut, tapi lebih kepada perkongsian tips untuk mudahkan anda cari idea untuk post.
a. Post Pasal Apa Yang Orang Minat Nak Tahu
Mungkin topik yang orang minat nak tahu seperti gossip artis, tak berapa sesuai untuk post dekat FB page korang. Habis tu macam mana kita nk post sesuatu yang orang minat nak tahu?
Ada banyak lagi topik yang korang boleh pilih. Suatu topik yang orang minat nak tahu dan sesuai dengan page korang.
Contohnya anda jual produk putihkan muka. Anda boleh buat post tentang tips berkaitan dengan kecantikan. Antaranya tips kulit awet muda, rahsia penjagaan kulit muka atau petua elakkan kulit muka berminyak.
Itu antara contoh topik yang menarik minat orang ramai untuk baca. Secara tidak langsung boleh hasilkan kesan viral.
b. Post Apa Yang Anda Expert / Minat
Jika diatas lebih menjurus kepada orang yang jual produk. Bagaimana pula bagi mereka yang tawarkan servis? Mereka nak pilih topik apa yang sesuai dan ramai orang suka?
Yang ini lebih mudah. Selain daripada kongsikan tentang servis yang ditawarkan, anda juga boleh kongsikan kepada orang ramai tentang kepakaran atau minat anda terhadap bidang tertentu.
Sudah pasti setiap orang mempunyai minat dan kepakaran masing-masing. Sebagai contoh, korang adalah seorang ejen hartanah.
Selain daripada post hartanah untuk dijual, anda juga boleh buat post tentang tips pilih hartanah, prospek hartanah yang menarik untuk dibeli atau teknik perlaburan guna hartanah.
Memang ramai yang tahu pasal hartanah. Tapi mungkin mereka cuma dengar cerita daripada kawan sahaja. Ada juga info yang disampaikan kurang tepat.
Jadi anda boleh berkongsi sedikit kepakaran anda untuk kepentingan orang lain.
Secara am nya itu lah teknik untuk anda pilih topik untuk buat sesuatu postFacebook™ yang bakal menjadi viral. Pastikan anda “clear” fasa yang ini dulu sebelum pergi ke elemen seterusnya.
Elemen #2 : Copywriting
Kalau nak buat post, kena lah ada ayat yang mantap dan padu. Betul tak? Barulah orang yang baca tu rasa teruja dan terus share post korang.
Proses tersebut akan berterusan ke orang yang lain membaca post anda dan share. Lama kelamaan post korang pun mula jadi viral.
Tapi masalahnya dekat sini ayat apa yang kita nk tulis? Macam mana nak tulis?
Copywriting selalunya berbeza mengikut medium penulisan yang digunakan. Tapi pada kali ini kita cuma fokuskan kepada post Facebook™. Kalau nak cerita pasal copywriting, memang panjang berjela.
Tak cukup kalau nak share dalam artikel ni. Oleh kerana kita cerita pasal tips viralkan Facebook™ post, so kita share tips copywriting untuk Facebook™ post sahaja.
Sebenarnya tiada format khusus untuk buat Facebook™ post. Cuma yang di “share” ini hanya sebagai panduan untuk memudahkan korang.
Setiap post Facebook boleh dibahagikan kepada 2 komponen utama yang memberi impak kepada viralisasi sesebuah post. Komponen tersebut adalah Headline dan Content.
Headline adalah merupakan tajuk kepada post kita di Facebook™. Ianya terletak dibahagian atas post. Orang selalunya akan baca headline terlebih dahulu.
Jadi ini menyebabkan headline yang dibuat perlu mantap supaya menarik minat untuk membaca bahagian seterusnya iaitu content.
Kita ambil inspirasi daripada penulis surat khabar. Selalunya ayat headline mesti padu untuk tarik orang baca.
Akan tetapi jika headline je menarik, tapi content tak ada isi, tiada info atau tak relevan pun tak guna juga. Nampak macam propa je lebih. Tapi pengisian nya takde.
Untuk content ada macam-macam teknik yang boleh digunakan. Antaranya hard-sell dan soft-sell. Kedua-duanya pun boleh guna mengikut kesesuaian post yang anda nak buat.
Kalau boleh suntik sedikit elemen emosi didalam content supaya dapat “grab” pembaca untuk membaca sampai habis post korang.
Bergantung kepada topik, panjang post juga memainkan peranan. Bagi yang tak biasa tulis panjang, anda disarankan untuk jadikan content lebih pendek dan padat dengan info.
Ianya juga bagus untuk mengekalkan momentum pembaca.
Elemen #3 : Media (Gambar/Video)
Ok sekarang korang dah ada topik dan copywriting yang mantap.
Step seterusnya dalam tips viralkan post Facebook™ adalah mengoptimumkan penggunaan media. Yang dimaksudkan sebagai media disini adalah attachment kepada post anda.
Ianya terbahagi kepada 2 item utama iaitu gambar dan video. Item ini boleh meningkatkan “engangement” terhadap post anda.
Gambar yang menarik mampu membuatkan orang berhenti daripada scroll news feed dan mula baca post anda.
Gabungan warna yang menarik serta penggunaan headline pada gambar juga menambah keberkesanan untuk jadikan post anda viral.
Biasanya gambar perlu diselaraskan dengan content. Barulah nampak ada kesinambungan antara kedua-duanya.
Untuk penggunaan video pula, ianya sama seperti penggunaan gambar. Tapi kelebihan lain bagi video adalah copywriting content post tak power pun takpe.
Cukup dengan headline yang membuatkan orang terasa nak tengok video yang korang letak dalam post itu. Video juga boleh explain sesuatu perkara lebih terperinci berbanding “copywriting” ataupun gambar.
Bagi yang masih rasa konfius nak guna yang mana ataupun tertanya-tanya penggunaan gambar dan video yang sesuai, anda boleh rujuk dekat artikel Iklan Jenis Gambar vs Iklan Jenis Video untuk maklumat lanjut.
Dekat situ ada cerita detail tentang penggunaan serta kelebihan gambar dan video. Jadi boleh baca dulu sebelum proceed ke step seterusnya.
Elemen #4 : Call-to-Action
Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa Call-to-Action (CTA) tak di letakkan pada bahagian copywriting. Sedangkan CTA ni sebahagian daripada content. Ya memang betul CTA memang perlu ada.
Korang bebas nak letak kat dalam content post anda. Cuma CTA yang nak di “highlight” dekat sini adalah untuk viralkan post anda.
Selalunya CTA kita letak untuk orang buat pembelian ataupun hubungi melalui Whatsapp/PM. Tapi kali ini CTA ni lain sikit.
Yakni korang mintak sesiapa yang baca post untuk wujudkan engangement pada post iaitu Like, Comment dan Share. Nampak simple tapi teknik ni agak berkesan. Ramai yang dah guna cara ni untuk viralkan post.
Mungkin ada yang kurang yakin dengan teknik ni tapi percayalah ianya membuahkan hasil.
Ditambah dengan 3 elemen yang sebelum ini akan menambah lagi nilai viral pada post korang.
Lagipun kalau mintak like, comment dan share rasanya orang tak keberatan nak tolong kan. Bukan nya nak mintak mereka bayar duit ataupun paksaan beli produk. Betul tak? 🙂
Elemen #5 : Facebook Ads
Last but not least, korang nak pastikan yang post benar-benar viral boleh guna Facebook™ ads. Pasti ada yang tertanya-tanya kenapa Facebook™ ads ada dalam senarai tips viralkan post facebook ni.
Kalau tahu dari awal, baik terus buat iklan je kan. Tak payah nak fikir topik lah, copywriting, media dan buat call to action bagai.
Tapi korang kena ingat, tanpa kesemua elemen di atas, walaupun guna Facebook™ ads, belum tentu post korang boleh jadi viral.
Tambahan pula, seperti sedia maklum Facebook™ ads memerlukan kos untuk kita buat iklan. Dengan terapkan elemen #1 hingga #4 boleh mengurangkan kos untuk anda mula viralkan post.
Dengan targeting yang betul untuk sesuatu topik, penggunaan Facebook™ ads akan memudahkan post anda menjadi viral. Cuma perlu keluarkan duit sikit untuk iklan.
Tapi berbaloi jika engagement yang diperolehi agak memberangsangkan. Tak perlu lah nak spam semua wall friends, post ke berpuluh-puluh group dan lain-lain lagi teknik yang free tapi annoying.
Dan yang paling penting sekali, post korang dah tentu sukar untuk jadi viral sebab tak semua dalam friendlist anda dan group tertentu, mempunyai minat terhadap topik yang korang kongsikan dalam post.
So kalau mereka tak semua yang minat, macam mana nak go-viral? Takut nanti jadi sia-sia je usaha yang kita lakukan. Semua pun tak menjadi.
Kesimpulan
Tips viralkan post Facebook™ ini boleh lah jadikan guideline untuk korang mula buat post. Kalau boleh biarlah viralkan benda yang elok dan tak mengaibkan orang lain.
Sebab kalau sekali viral, dah tak boleh undur lagi. Jadi korang harus lebih berhati-hati sebelum buat keputusan untuk post sesuatu pada media sosial.
Secara ringkasnya step-by-step yang perlu dilakukan untuk viralkan post adalah :
a. Pilih topik yang sesuai dan menarik.
b. Buat headline dan content yang mantap.
c. Optimumkan penggunaan media seperti gambar dan video.
d. Letak CTA untuk minta pembaca Like, Comment & Share.
e. Run Facebook™ Ads dengan targeting pada interest topic.
Setakat ini sahaja tips viralkan post Facebook™. Selamat mencuba kesemua tips yang disampaikan. Diharap ianya dapat membantu korang viralkan post di Facebook™.
Jika anda ada sebarang komen ataupun pengalaman anda buat post yang viral, mohon kongsikan pada ruangan komen dibawah.
Suka baca post ni? Sedekah kan kami satu Share 🙂 Thanks!
0 Comments