Tentang Kami

Pengenalan

Kenapa shopievo bertekad untuk bantu peniaga?

Inisiatif baharu

Sejak tahun 2016 lagi, Shopievo Sdn. Bhd. sentiasa komited dalam membantu proses pembangunan masyarakat di Malaysia. Syarikat ini telah memfokuskan banyak inisiatif baharu bagi membina platform untuk mempromosikan keusahawanan dan e-Dagang disamping menyediakan produk dan perkhidmatan yang pelbagai.

Ulang tahun ke-6 kami merupakan pendorong kepada perubahan dalam gaya perniagaan kami dan perkara ini ditonjolkan dengan penubuhan Shopievo. Syarikat kami menggabungkan gaya keusahawanan yang unik dengan visi untuk masa depan yang sejajar dengan syariat Islam

Membina komuniti

Hal ini adalah bagi melambangkan prinsip Shopievo serta nilai-nilai yang kami ingin terapkan dalam kalangan masyarakat.

Kami mahu membina komuniti yang membolehkan semua orang untuk menjalani kehidupan yang indah dan mencukupi dengan hasil-hasil yang dikurniakan oleh Allah SWT. Kehidupan berkualiti ini bermula dengan Shopievo dan merangkumi rakan, keluarga, rakan kongsi, orang yang mereka kenali, kehidupan mereka sebagai individu dan juga masyarakat secara menyeluruh.

VISI

Bagi memastikan visi tercapai, misi syarikat memfokuskan persiapan dalam membentuk tenaga kerja yang profesional, berkemahiran, berdisplin tinggi, cekap dan produktif dalam melaksanakan tugas. Selain itu, penyelidikan tentang pengeluaran produk dan alat-alatan akan dilakukan bagi memastikan proses pembekalan terjamin dan berkualiti tinggi. Hal tersebut adalah untuk memenuhi kehendak pelanggan dengan berlandaskan sistem ekonomi Islam secara konsisten. Tambahan lagi, piawai tertinggi bagi komunikasi pemasaran turut ditetapkan untuk mengukuhkan langkah ke arah kejayaan

MISI

Syarikat ingin memperluaskan lagi cabang perniagaan yang dijalankan dengan menambah kepelbagaian dalam bidang pembekalan dan perkhidmatan. Bagi membina dan memantapkan lagi taraf pencapaian, syarikat juga akan memastikan perkhidmatan dan pembekalan yang diberikan kepada pelanggan adalah berkualiti tinggi. Tambahan pula, perniagaan ini juga dilaksanakan mengikut etika pengurusan dan muamalat yang disyorkan oleh sistem ekonomi Islam.

OBJEKTIF

Sentiasa memastikan kualiti pembekalan alat-alat kelengkapan,pengeluaran produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat adalah pada tahap tertinggi serta menepati tempoh masa yang ditetapkan seiring dengan kehendak pengguna.

Mesej Dari Founder

Era baharu shopievo

AZAM & MINAT

Berniaga secara online ini telah menjadi minat saya sejak dahulu lagi. Masih saya ingat, setelah tamatnya SPM tahun 2005, rakan-rakan saya mula mencari kerja sambilan sementara menunggu keputusan peperiksaan. Namun begitu, saya mengambil laluan yang sedikit berbeza daripada rakan-rakan yang lain. Berpaksikan keazaman dan minat yang mendalam, saya memulakan perniagaan secara online dengan menjual produk fizikal serta digital sehingga saya menamatkan pengajian pada peringkat Masters.

Pada ketika itu, tidak banyak usahawan yang menggunakan ‘internet’ sebagai platform untuk proses jual beli dan memasarkan perniagaan mereka. Kursus yang saya ambil sewaktu degree dan
masters juga tidak berkaitan dengan perniagaan, terutamanya perniagaan secara online. Namun, minat yang sangat kuat membuatkan saya nekad untuk menumpukan seluruh tenaga dan masa kepada kerjaya ini.

impian global

Impian saya adalah untuk mencapai kejayaan yang konsisten dalam perniagaan secara online. Di samping itu, saya juga mahu membantu usahawan-usahawan lain untuk merealisasikan impian mereka dalam apa jua bidang perniagaan yang mereka ceburi. Justeru, saya mewujudkan Shopievo Sdn Bhd ini untuk mencapai matlamat utama iaitu menghasilkan ramai usahawan yang kompeten dan celik dalam dunia pemasaran digital. Bagi mencapai objektif ini, saya akan berusaha untuk menyediakan servis-servis yang bersesuaian untuk mengembangkan lagi perniagaan online mereka bukan sahaja di dalam Malaysia, malah sehingga ke seluruh pelusuk dunia.

Walaupun matlamat utama Shopievo lebih memfokuskan bisnes digital, tetapi Shopievo juga akan terus-menerus mengembangkan sayapnya ke bidang-bidang lain, bergantung kepada kepakaran yang ada pada ‘team’ kami dari semasa ke semasa.

Team Shopievo

Pasukan terbaik dengan kelayakan & kepakaran yang tinggi

Wazeen Azizan

CEO

Marwan Azizan

CMO

Irfan Azizan

COO

Farhan Azizan

COO

Lihat Carta Organisasi