Hai! Anda jenis yang bekerja sendiri? Ataupun boleh kita panggil bekerja dari rumah. Orang yang bekerja dari rumah ni samaada dia buat kerja-kerja freelancer atau buat bisnes online dari rumah.
Saya pasti mesti ada antara kita kat dalam Geng Shopievo: 1 Usahawan 1 e-Commerce yang bekerja dari rumah buat bisnes dropship melalui kedai online e-Commerce jer.
Salah satu cabaran terbesar kita yang bekerja dari rumah ni ialah susah nak fokus. Kalau kita bekerja dekat ofis pun ada masa-masa susah nak fokus, inikan pulak bila dah kat rumah, huhu. Ada jer benda-benda yang boleh alih perhatian kita pada kerja yang kita nak buat.
Jadi dalam artikel ni saya kongsikan cara-cara untuk kekal produktif bekerja dari rumah. Jom layan!
Buat Jadual! – Cara 1 Kekal Produktif Bekerja Dari Rumah
Orang yang bekerja makan gaji kat ofis habiskan masa lebih banyak kat meja kerja diorang sebab company diorang dah tetapkan satu jadual – pukul 9 pagi masuk ofis, pukul 1 rehat, pukul 2 masuk ofis balik, pukul 5 petang balik.
Dengan jadual tu, diorang dah ada mindset yang waktu sekian-sekian adalah waktu untuk bekerja. FB ngan Youtube pun company dah block, nak buat apa lagi, buat kerja jer lah, huhu.
Anda yang berkerja dari rumah pun boleh apply konsep jadual ni supaya anda ada mindset bila waktu yang anda kena duduk menghadap laptop untuk buat kerja freelancer atau bisnes online yang anda tengah usahakan.
Bezanya, anda boleh buat satu jadual ikut keselesaan anda sendiri dan bekerja ikut waktu anda sendiri. Memang kita ni berbeza waktu yang kita lebih produktif. Anda cuma perlu disiplinkan diri pada waktu yang telah anda tetapkan untuk bekerja.
Bagi Ruang Pada Waktu Solat! – Cara 2 Kekal Produktif Bekerja Dari Rumah
Apa-apa pun yang anda usahakan dalam kehidupan seharian anda, pastikan anda bagi ruang masa pada waktu solat dalam jadual seharian anda. Seeloknya, berhenti buat kerja 30 minit sebelum masuk waktu solat dan sambung balik 30 minit selepas habis solat.
Dalam waktu tersebut, anda bersiap sedia untuk solat dan fokus berzikir mengingati Allah dan meminta pertolongan dari Allah untuk apa sahaja yang kita tengah usahakan. Kadang-kadang kita ni try-too-hard mencari rezeki tapi mudah lupa pada Allah Al-Razzaq, Yang Maha Pemberi Rezeki.
Dalam ruang masa yang kita luangkan untuk waktu solat ni jugak sebenarnya kita dapat recharge balik tenaga kita dan sambung balik kerja nanti dengan tenaga dan motivasi yang baru. Semoga hidup kita lebih berkat dan tenang.
Buat ‘Things-To-Do List’! – Cara 3 Kekal Produktif Bekerja Dari Rumah
Buat things-to-do list ni sebanarnya kita merancang senarai kerja atau task apa yang kita nak buat dan bila kita nak buat benda tu. Seeloknya, kita buat things-to-do list ni malam sebelum memulakan hari baru atau sebelum tidur.
Rancang kerja benda yang kita nak buat tu dan sesuaikan dengan jadual yang kita selesa serta tak mengganggu waktu solat. Dengan things-to-do list ni, kehidupan anda keesokan hari lebih terarah dan fokus pada apa yang anda nak capai.
Bagitahu Orang Sekeliling Waktu Kerja Anda – Cara 4 Kekal Produktif Bekerja Dari Rumah
Anda yang berkerja dari rumah mungkin tinggal bersama keluarga, ibubapa, anak-anak atau duduk kat rumah sewa dengan kengkawan. Bila anda ada banyak masa kat rumah, mungkin diorang ingat anda ada masa dan perhatian yang tak berbelah bagi untuk diorang. Jadi, mungkin diorang boleh mengalih perhatian anda waktu bekerja.
Jadi, anda kena bagitahu orang sekeliling anda bila anda perlukan masa untuk fokus pada kerja. Biasanya, ahli keluarga mesti dah kenal anda bila anda tengah buat sesuatu tapi bila dengan member-member atau kucing yang tak reti bahasa ni (haha), mungkin anda kena tutup pintu bilik bila tengah buat kerja, huhu.
Buat Satu Tempat Khusus Untuk Bekerja! – Cara 5 Kekal Produktif Bekerja Dari Rumah
Cara ni pasti berkesan. Dengan adanya satu tempat khusus untuk buat kerja ataupun kita panggil ‘workspace’ kat rumah, barulah mood buat kerja kita turn-on bila duduk kat workspace kita.
Buat workspace yang simple-simple jer. Cukup setakat meja belajar, almari kecik untuk susun buku dan dokumen, papan info, kerusi dan gambar-gambar quote motivasi sikit, hehe. Benda-benda ni kita boleh dapat mur-mur (murah-murah) jer kat Mydin, huhu.
Guna Teknik Pomodoro! – Cara 6 Kekal Produktif Bekerja Dari Rumah
Okay, jerit sama-sama…”Pomodoro!” Oi! bukan pamoga ye, tapi Pomodoro. Teknik Pomodoro ni adalah satu teknik time-managament yang dicipta oleh seorang usahawan dan penulis, Francesco Cirillo pada tahun 90-an. Dengan teknik pomodoro ni, kita bekerja dengan moto ‘Work Smarter, Not Harder’.
Secara basicnya, dengan Teknik Pomodoro ni, kita bagi satu tempoh masa yang pendek (tak terlalu pendek) untuk kita betul-betul fokus buat kerja lepas tu kita bagi ruang untuk rehat kejap beberapa minit dan ulang balik.
Apa yang anda perlu adalah timer sahaje yang mana anda boleh buat timer guna fon jer. Okay, ini cara nak buat Teknik Pomodoro dengan 5 langkah mudah jer;
- Pilih task atau kerja yang anda nak buat.
- Setkan timer pada 25 minit.
- Buat task atau kerja selama 25 minit.
- Rehat sekejap dalam 5-10 minit.
- Ulang 4 kali lepas tu barulah rehat untuk waktu yang lebih lama dalam 30 minit.
Kalau anda dapat ulang buat Teknik Pomodoro ni secara konsisten dalam jadual seharian anda, nanti banyak task atau kerja yang anda dapat settlekan dan lebih produktif.
Ambil Tahu Tahap Tenaga Seharian Anda – Cara 7 Kekal Produktif Bekerja Dari Rumah
Kerja yang berbeza perlukan fokus dan tenaga yang berbeza. Tenaga anda mungkin dipengaruhi oleh faktor suasana sekeliling. Mungkin anda lebih selesa dan bertenaga buat kerja pada waktu pagi atau waktu petang yang lebih redup berbanding waktu tengah hari yang bahang dan panas terik.
Kemungkinan jugak anda lebih fokus dan bertenaga bekerja sambil pekena neskepe sepukui. Jadi anda kena ready buat air nescafe sebelum mula bekerja. Oleh itu, ambil tahu tahap tenaga seharian anda supaya anda dapat bekerja pada masa yang anda lebih produktif.
Kesimpulan Cara Kekal Produktif Bekerja Dari Rumah
Tak kesah mana-mana pun teknik dan cara yang anda buat dalam kehidupan seharian anda untuk kekal produktif, apa yang best sebenarnya, pilihan kat tangan anda. Sebagai usahawan yang bekerja dari rumah, anda boleh susun hari anda ikut masa dan cara anda sendiri.
Cumanya, tips yang saya kongsikan pada anda dalam artikel ni hanyalah sebagai panduan supaya anda dapat gunakan masa sebaik yang mungkin dan selesaikan task atau kerja yang dapat kembangkan bisnes online atau majukan kerja freelancer anda.
Okay, cukup setakat ni untuk atikel kali ni, jumpa anda lagi dalam artikel seterusnya! Woot woot!
0 Comments