Bisnes Online 2019: Bisnes Dropship e-Commerce!

April 16, 2019

By admin

Comments

Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!



Sekarang kita dah pun masuk ke suku ke-2 dalam tahun 2019 (Q2 2019). Cepat jer masa berlalu kan? Apa lah agaknya yang kita dah capai dalam masa 3 bulan pertama sebelum ni. Kalau nak tahu sejauh mana produktiviti kita menjalani kehidupan untuk tahun 2019 ni, cer tengok balik apa matlamat kita sebagai usahawan online ataupun freelancer.

.

Dari situ kita nilai sendiri. Sejauh mana kita dah betul-betul berusaha untuk capai matlamat. Betul ke kita dah gunakan masa, tenaga dan kemahiran yang kita ada sebaiknya. Ataupun kita masih tak ada perubahan dari tahun lepas? Itulah gunanya ada matlamat yang jelas. Bila kita rasa lost, kita boleh ambil masa untuk berehat sekejap dan fikirkan samaada kita dah kejar matlamat sebaiknya.

.

Jadi, macam mana dengan anda bila dah masuk suku ke-2 tahun 2019 ni? Anda dah ada usahakan apa-apa bisnes online belum? Kalau belum, saya sarankan anda join komuniti Geng Shopievo: 1 Usahawan 1 e-Commerce kami sekarang dan mula usahakan satu bisnes dropship e-Commerce, menjual produk fizikal secara dropship sahaja ke pasaran tempatan ataupun antarabangsa melalui kedai online e-Commerce.

.

Dalam artikel ni saya akan terangkan 3 sebab kenapa anda perlu jadikan bisnes dropship e-Commerce sebagai salah satu bisnes online anda pada tahun 2019. Jom layan…

.

Bisnes Dropship E-Commerce – Kurangkan Beban Dan Jimatkan Masa Anda Sebagai Peniaga!

.

Mungkin anda dah ada bisnes sendiri dan dah pun berniaga secara online. Anda dah rasa menjual kat Facebook samaada dengan cara post produk anda kat FB sendiri, FB Page, spam produk anda kat Facebook Group dan upload secara konsisten gambar-gambar produk anda kat Instagram dengan pelbagai strategi yang anda tahu.

.

Semua cara promosi online yang anda buat ni, berakhir dimana anda perlu melayan prospek yang berminat dengan produk anda kat Whatsapp. Tak tau lagi dia ni pembeli yang serius ke tak! Prospek anda pun tanya beberapa soalan yang dia nak tau berkaitan produk anda. Anda pulak terpaksa taip satu-satu untuk reply segala persoalan.

.

Reply demi reply, prospek anda senyap. Anda tengok jam, sedar tak sedar dah guna masa 15 ke 30 minit. Tunggu punya tunggu…rupanya bukan pembeli yang serius. Letih. Itu baru 1 pelanggan, kalau ada banyak macam mana? Dah guna banyak masa dan tenaga anda.

.

Sebab tu saya sarankan anda buat satu kedai online e-Commerce. Anda masukkan produk yang anda jual ke kedai online anda. Lengkapkan segala maklumat produk yang anda jual. Lepas tu, anda buat segala teknik dan strategi pemasaran yang anda tahu untuk bawak pospek ke kedai online anda.

.

Kalau prospek berminat nak beli, jual beli berlaku secara automatik melalui kedai online anda termasuklah pembayaran online yang cepat dan selamat menggunakan Billplz atau Paypal! Anda tak perlu lagi membazir masa ber-Whatsapp atau bermesej dengan pelanggan. Segala maklumat berkaitan produk ada kat halaman produk dalam kedai online anda.

.

Bisnes Dropship E-Commerce – Sangat Senang Nak Mula!

.

Anda jangan rasa give up bila dengar ‘buat kedai online sendiri’. Anda mungkin fikir “Haihh…menyusahkan aku pulak nak tambah satu kerja lagi nak pergi belajar IT pulak nak buat kedai online ni”. Ataupun anda mungkin fikir kena keluar duit upah pembuat laman web untuk buat kedai online anda.

.

Zaman sekarang ni, orang tak perlu keluar modal puluh ribu macam Pasaraya Giant untuk bina kedai fizikal untuk mula berniaga. Anda juga tak perlu pun keluar modal ribu riban bayar pembuat laman web untuk bina  kedai online anda. Hari ini semua benda anda boleh buat sendiri dengan main klik-klik jer.

.

.

Kami faham, anda pun faham adat berniaga. Kalau kita bukak kedai fizikal sekalipun sebagai contoh, kita keluar modal yang agak besar untuk sewa foodtruck jual makanan-makanan hipsturrr, belum tentu lagi kita dapat kembalikan balik modal perniagaan apetah lagi membuat keuntungan. Risikonya tinggi.

.

Teknologi makin canggih. Pemaju teknologi sentiasa meletakkan diri mereka kat tempat pengguna. Tak terkecuali dalam industri bisnes online. Hari ini, usahawan online boleh bina sendiri kedai online mereka dalam masa 30 minit sahaja.

.

Dalam video panduan Geng Shopievo: 1 Usahawan 1 e-Commerce, anda akan diajar langkah demi langkah newbie-friendly macam mana nak bina satu sistem bisnes dropship yang lengkap daripada membina kedai online anda sendiri, membuat promosi menggunakan FB Ads sehngga dapat membuat jualan dan menguruskan jualan.

.

Bisnes Dropship E-Commerce – Cipta ‘branding’ anda sendiri, ‘market’ anda sendiri dan dengan cara anda sendiri!

.

Berbeza dengan cara anda berniaga kat FB Page dan Instagram sebelum ini, anda kurang fleksibel untuk wujudkan ‘branding’ kedai online anda sendiri. Caranya hanya terhad kepada menukar gambar logo bisnes anda sahaja dan page anda tu tak nampak lagi macam kedai online anda sendiri, masih lagi nampak anda menumpang Facebook atau Instagram.

.

Tapi kalau anda wujudkan satu kedai online e-Commerce, bisnes anda kelihatan lebih profesional. Anda boleh pilih tema, design dan warna kedai online yang anda mahukan. Anda jugak boleh buat beberapa koleksi barangan yang anda jual macam katalog.

.

Sebagai contoh, kalau anda jual pakaian dan aksesori muslimah, anda boleh satukan tudung dalam satu koleksi yang sama jenis, pakaian dalam satu koleksi yang sama jenis, handsock dalam satu koleksi dan macam tu jugak dengan produk-produk yang lain.

.

Dengan cara ni, kedai online anda akan lebih teratur, tersusun, nampak profesional dan serius untuk berniaga. Prospek pun suka untuk melawat kedai online anda dan senang nak cari barang kat kedai anda.

.

Kesimpulan Bisnes Dropship E-Commerce Untuk Tahun 2019..

.

Itulah 3 sebab kenapa anda perlu jadikan bisnes dropship e-Commerce sebagai salah satu bisnes online anda pada tahun 2019 ni. Dengan adanya kedai online e-Commerce sendiri, anda dapat kurangkan beban dan jimatkan masa dari melayan propek kat Whatsapp.

.

Model bisnes dropship e-Commerce jugak sangat senang untuk diusahakan. Tambahan lagi, kami dah sediakan video panduan percuma langkah demi langkah apa yang perlu anda buat. Anda hanya perlu ikut sahaja dari pengalaman team kami sendiri. Dengan cara ni, anda dah boleh mula buat satu bisnes dengan cepat untuk tahun 2019 ni.

.

Dan akhir sekali, anda boleh cipta ‘branding’ anda sendiri, ‘market’ anda sendiri dan dengan cara anda sendiri melalui kedai online e-Commerce. Okay, cukup sampai setakat ni untuk artikel kali ni, jumpa anda lagi dalam artikel seterusnya! Woot woot!



Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!

Related Posts

Usahawan Online 105 – Ilmu Penting Tahun 2020

Usahawan Online 105 – Ilmu Penting Tahun 2020

Hai! Dah lama saya tak sambung tulis artikel untuk siri Usahawan Online dalam blog Shopievo. Yang terakhir haritu bulan April 2019, hah! Sekarang kita dah pun sampai artikel ke 5 dalam siri ni. Kat bawah ni senarai artikel yang lepas… . Usahawan Online 101: Cara Buat...

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Hai! Tak sangka kita dah pun berada dalam bulan ke 2 dalam tahun 2020. Cepat jer masa berlalu. Biasa pun memang macam tu lah…hm. Rasa baru jer haritu kita plan nak buat apa bila masuk tahun baru 2020. Tup tup…bulan 2 dah. . Jadi saya ucapkan selamat tahun baru 2020...

0 Comments

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bisnes Online 2019: Bisnes Dropship e-Commerc…

by admin time to read: 4 min
0