Cara Buat Akaun Instagram Untuk Bisnes Dan 3 Teknik Praktikal Pemasaran Instagram

February 22, 2018

By admin

Comments

Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!



Kenapa perlu tahu cara buat akaun Instagram khusus untuk perniagaan dan teknik-teknik pemasaran Instagram? Berdasarkan laman web Instagram For Business sendiri, 500 juta akaun Instagram seluruh dunia aktif setiap hari. 80% daripada jumlah tu follow paling kurang 1 akaun Instagram bisnes dan 200 juta orang yang guna Instagram lawat paling kurang 1 akaun Instagram bisnes setiap hari.

 

Instagram adalah satu media sosial yang orang guna untuk berhububung dan berkarya secara visual. Kenapa visual? Sebab content Instagram hanya fokus pada content jenis gambar dan video pendek yang menarik.

 

Jadi dalam artikel ni saya akan tunjukkan pada anda secara ringkas bagaimana cara buat akaun Instagram untuk bisnes dan terangkan 3 cara praktikal teknik pemasaran Instagram yang anda boleh mulakan hari ini! Jom layan…

 

Cara Buat Akaun Instagram Untuk Perniagaan

 

Untuk guna Instagram, pastikan anda dah download aplikasi Instagram dekat smartphone anda. Kalau belum download lagi, anda boleh download di sini atau klik pada gambar di bawah atau terus masuk ke aplikasi Google Play Store pada smartphone anda dan search ‘Instagram’.

 

Bila dah download nanti, terus masuk ke aplikasi Instagram.

 

 

  1. Daftar Akaun Instagram

 

 

Kalau anda baru pertama kali bukak Instagram dan tak pernah ada akaun Instagram sebelum ni, anda perlu mendaftar dahulu dan bina satu akaun Instagram.

  1. Anda boleh mendaftar guna nombor fon atau emel. Lepas tu tekan next.
  2. Masukkan nama anda dan password untuk log masuk akaun Instagram anda nanti. Kat sini nak letak nama bisnes terus pun boleh. Nanti boleh ubah bila-bila kat bahagian Jadi, tak perlu pikir lama-lama, huhu. Tekan next.
  3. Masukkan username yang anda nak guna untuk log masuk akaun instagram anda nanti. Yang ni pun boleh ubah bila-bila nanti, tak perlu pikir lama-lama nak cari yang glamour macam retis gitu. Lepas tu tekan

 

 

4. Instagram akan mintak untuk linkkan akaun Instagram dengan akaun FB peribadi anda supaya dia dapat tunjukkan siapa kengkawan FB anda yang guna Instagram. Nanti senang untuk anda follow kengkawan anda tu kat Instagram. Kengkawan anda jugak akan dapat tahu yang anda buat satu akaun Instagram baru, huhu. Yang ni pilihan jer, kalau nak skip dulu pun boleh sebab nanti boleh linkkan jugak kat bahagian setting.

 

5. Pilih gambar yang anda nak guna untuk akaun Instagram anda ni. Kalau fokus anda nak buat Instagram untuk bisnes, terus guna gambar logo bisnes anda.

 

6. Selamat datang ke Instagram!!! Dah, selesai buat 1 akaun Instagram. Oppss…kita nak buat akaun Instagram untuk perniagaan kan. Ada beberapa step lagi, huhu. Sikit jer lagi. Anda kena buat email verification dulu untuk terus guna Instagram, jadi saya tambah step ke-7.

 

7. Log masuk ke akaun emel yang anda guna untuk buat akaun Instagram tadi. Ada satu emel yang suruh untuk anda buat email verification. Tekan jer link kat dalam emel tu.

 

 

8. Klik pada logo macam bentuk orang kat bawah tu untuk pergi ke laman profile Instagam kita.

9. Klik pada simbol options untuk masuk ke bahagian options.

10. Klik pada ‘Switch to Business Profile’ untuk tukar akaun instagram kita kepada akaun Instagram bisnes.

11. Tekan continue, continue dan continue

 

 

12. Instagram akan mintak anda untuk linkkan pada FB page bisnes. Jadi anda wajib ada FB page untuk bisnes.

13. Pilih FB page bisnes untuk akaun Instagram bisnes anda ni. Tekan logo arrow ‘next’ kat bucu atas tu.

14. Masukkan info bisnes anda supaya orang boleh hubungi anda. Anda boleh pilih samaada nak letak salah satu. Untuk bisnes yang ada kedai fizikal contohnya kedai makan, sesuai masukkan alamat kedai.

 

Okay selesai 14 langkah ringkas cara buat akaun Instagram untuk perniagaan! Nanti anda boleh perbaiki lagi akaun Instagram bisnes anda dengan menambah banyak lagi gambar-gambar supaya bila orang tengok Instagram anda, nampak meriah dan aktif.

 

Anda jugak boleh kemaskan lagi Instagram bisnes anda dengan info-info bisnes contohnya, masukkan link kedai online e-commerce dan ayat-ayat description sikit dekat bio profile Instagram anda. Sekarang saya terangkan pulak secara ringkas 3 cara praktikal teknik pemasaran Instagram.

 

Teknik Pemasaran Instagram 1 – Follow Orang Yang Ada Minat Dalam Niche Bisnes Anda!

 

Tujuan pemasaran adalah supaya produk atau servis yang kita promosikan tu dilihat dan diketahui ramai. Sekadar diketahui ramai jer tak cukup kalau diorang tak ada minat pada produk atau servis yang kita tawarkan. Jadi, sangat penting kita ‘mencari’ orang yang berpotensi ada minat pada produk atau servis anda.

 

Bagaimana caranya nak cari orang yang berpotensi ni kat instagram? Ini caranya;

  1. Taip niche produk atau servis bisnes anda di bahagian search Saya akan buat contoh saya nak jual gelang tangan trendy untuk perempuan. Jadi saya mungkin boleh taip ‘gelang’, ‘gelang tangan’, gelang trendy’ dan sebagainya.
  2. Tengok apa yang keluar di bahagian ‘Top’.
  3. Cari kalau ada akaun Instagram lain yang menjual gelang tangan trendy untuk perempuan. Seboleh-bolehnya akaun yang dah terbukti ada kredibiliti menjual contohnya dah beratus-ratus post gambar gelang dan berpuluh-puluh ribu
  4. Tengok pada post (gambar atau video) paling latest kat akaun Instagram tu.
  5. Ada orang like? Ada orang komen? Okay, follow semua yang like dan komen tu. Ini antara orang yang berpotensi berminat dengan gelang tangan trendy yang saya akan jual.
  6. Buat banyak kali dengan konsisten. Terus cari, cari dan mencari.

 

Tujuan kita follow orang-orang yang berpotensi ni adalah mengharapkan mereka follow instagram kita balik. Bila orang follow Instagram kita, diorang akan dapat tengok gambar-gambar yang kita post. Saya jamin tak semua yang kita follow akan follow kita balik, tapi saya jamin pasti ada jugak yang follow! Dongibab!

 

Untuk tingkatkan peluang orang nak follow akaun Instagram anda, tengok teknik seterusnya…

 

Teknik Pemasaran Instagram 2 – Post Paling Kurang 9 Gambar Untuk Permulaan!

 

Untuk tingkatkan peluang orang nak follow Instagram bisnes anda, anda mestilah buat persediaan ‘meriahkan’ akaun Instagram anda dulu. Meriahkan dengan post-post paling kurang 9 gambar dulu untuk permulaan sebelum buat kerja follow-follow orang tadi, haha.

 

Design gambar dengan menarik yang berkaitan dengan bisnes anda. Sebagai contoh, saya akan post banyak gambar gelang tangan trendy. Tujuannya, bila kita follow orang tadi, diorang akan dapat notification. Dan diorang akan tengok dulu akaun kita ni samaada nak follow ke tak.

 

Kenapa orang nak follow kita? Mestilah sebab ada sesuatu yang ‘kena’ dengan minat diorang, betul tak? Jadi bila diorang tu tengok akaun Instagram kita banyak gambar gelang tangan trendy, gambar pun menarik dan cun pulak tu, tinggi peluang orang nak follow, huhu.

 

Tak ada skill nak design gambar menarik? Saya ada buat 1 artikel yang bagi panduan untuk anda design gambar menarik guna tool percuma Canva dalam laman web ni. Senang untuk anda design gambar menarik walaupun anda tak ada skill graphic designer!

 

Teknik Pemasaran Instagram 3 – Post 2 Gambar Setiap Hari Secara Konsisten!

 

Untuk yang ni, ada satu video kat Youtube yang saya tengok tu dia sarankan post 3 gambar berkaitan bisnes kita setiap hari secara konsisten. Tapi saya rasa macam banyak pulak pikir 3 gambar, jadi saya tulis mula dengan 2 gambar setiap hari jer dulu, haha.

 

Sebabnya kita nak ambil masa dulu biasakan dengan proses design guna Canva tu dan cari masa untuk post 2 gambar ni. Orang cakap biar buat sikit-sikit tapi konsisten daripada cuba nak buat banyak-banyak mula-mula tapi lepas tu letih dah tak nak buat lagi. Boleh konsisten ke 2 gambar setiap hari ni? Huhu.

 

Pasal gambar tu pulak, sebenarnya ada beberapa jenis atau cara atau style gambar yang kita boleh post kat instagram, haaa. Contohnya macam gambar untuk perkenalkan bisnes kita yang baru ni ke, gambar kupon diskaun, gambar produk dah packing tengah tunggu abam pos laju datang ambil, gambar disebalik tabir bisnes kita dan sebagainya.

 

Untuk beberapa jenis gambar yang kita boleh post kat instagram ni, saya akan buat dalam satu artikel yang lain okay? Sebab tak nak panjang-panjang tulis kat sini. Huhu. Okay, itu jer dulu untuk artikel pasal instagram kali ni.

 

Saya ada tunjukkan secara ringkas cara buat akaun Instagram untuk perniagaan dan bagitahu 3 teknik asas pemasaran Instagram yang terbukti berkesan! InsyaAllah saya akan kembangkan lagi ilmu-ilmu dan info-info berkaitan Instagram pada artikel akan datang.

 

Apa pendapat anda tentang 3 teknik pemasaran Instagram yang mudah tapi praktikal ni? Anda pernah buat tak? Kalau anda ada teknik-teknik pemasaran Instagram yang lain, anda boleh kongsikan kat bahagian komen supaya orang lain yang baca boleh dapat manfaat dan anda pun jadi makin hensem dan cun. Woot woot!

.



Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!

Related Posts

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Hai! Tak sangka kita dah pun berada dalam bulan ke 2 dalam tahun 2020. Cepat jer masa berlalu. Biasa pun memang macam tu lah…hm. Rasa baru jer haritu kita plan nak buat apa bila masuk tahun baru 2020. Tup tup…bulan 2 dah. . Jadi saya ucapkan selamat tahun baru 2020...

Manfaat IM Lejen Untuk Usahawan e-Commerce (PART 2)

Manfaat IM Lejen Untuk Usahawan e-Commerce (PART 2)

Hai dan salam! Artikel ni sebenarnya ialah sambungan untuk artikel bertajuk ‘Bagaimana IM Lejen Membantu Anda Dalam Bisnes e-Commerce?'’ yang lepas. Cuma tajuknya saya terpaksa ubah kali ni sebab tajuk yang asal tu panjang sangat lebih-lebih lagi bila saya nak tambah...

Kriteria Produk Yang Berpotensi Dapat Repeat Order (Part 2)

Kriteria Produk Yang Berpotensi Dapat Repeat Order (Part 2)

[Ini adalah sambungan artikel untuk Kriteria Produk Yang Berpotensi Dapat Repeat Order (Part 1)] Dalam artikel sebelum ni, saya sempat kongsikan 4 kriteria produk yang berpotensi dapat repeat order. 4 kriteria tersebut ialah produk jenis keperluan, produk jenis...

1 Comments

1 Comment

  1. Asmahan

    Info berguna. Terima kasih.

    Reply

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Cara Buat Akaun Instagram Untuk Bisnes Dan 3 …

by admin time to read: 5 min
1