E-Com Log 4.1: Cara Cari Idea Produk Guna FB Search

April 4, 2019

By admin

Comments

Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!



Hai! Dalam artikel e-Com Log 4.0 yang lepas, kita dah pun tengok kriteria-kriteria produk hot yang kita perlukan untuk bisnes dropship e-Commerce. Produk tersebut mestilah ada ciri problem solver, perceived value, terbukti laku keras kat Facebook, Instagram atau marketplace dan terdapat produk-produk hot yang lain jugak dalam niche yang sama.

.

Bila anda dah tahu 4 kriteria ni, senang anda nak pilih produk untuk masukkan kat dalam kedai online nanti. Tapi bukan setakat tu jer, dalam video panduan Geng Shopievo: 1 Usahawan 1 e-Commerce, ada lagi kriteria produk hot lain yang anda boleh belajar seperti produk yang ada ciri B.O.S, Manipulasi, Mirror dan Bundling.

.

Sekarang kita dah ada niche dan dah tahu sikit-sikit kriteria produk hot. Lepas ni kita nak cari dan dapatkan idea produk pulak. Macam yang saya pernah cakap sebelum ni, saya akan gunakan niche ‘Cat Lovers’ sebagai contoh dalam siri pembelajaran e-Com Log ni. Anda boleh gunakan niche yang anda dah pilih sendiri.

.

Cara Cari Idea Produk Guna FB Search!

.

Okay, dalam artikel ni, saya akan tunjukkan kat anda langkah-langkah cara cari idea produk untuk bisnes dropship e-Commerce guna fungsi FB search. Dalam video panduan premium kami Shopievo 2.0, kami menggunakan FB Ads sebagai medium utama pemasaran bisnes dropship e-Commerce. Jadi, salah satu cara kami cari idea produk adalah dengan mencari dan buat kajian kat FB.

.

Lagipun, salah satu kriteria produk hot ialah produk tersebut ada permintaan kat FB, Instagram atau marketplace. Kita menilai produk yang ada permintaan kat FB melalui jumlah like, komen dan share pada sesuatu post berkaitan produk. Kita nak cari post berkaitan produk yang dapat lebih 500 jumlah like, komen atau share. Itu penanda arasnya. Tapi kalau lebih sampai beribu-ribu lagi bagus. Terbukti hot! Okay, jom saya tunjukkan caranya…

.

Gunakan Keyword Berkaitan Niche Anda!

.

Pertama sekali anda kena tahu beberapa keyword berkaitan dengan niche yang anda dah pilih. Anda jugak boleh gunakan nama niche tu sendiri sebagai salah satu keyword. Sebagai contoh, niche saya ialah ‘Cat Lovers’. Saya boleh gunakan keyword ‘Cat Lovers’ ni untuk search kat FB nanti. Anda boleh fikirkan keyword-keyword lain yang sesuai dengan niche anda. Sebagai contoh, ini adalah senarai keyword yang berkaitan dengan niche saya…

.

  • Cat Lovers
  • For Cat Lovers
  • Cats
  • Cat Mom
  • For Cat Mom

.

Kalau ikutkan, banyak lagi sebenarnya, selagi keyword yang saya fikirkan tu ada perkataan ‘Cat’. Apa-apa pun, kita kena search dan buat kajian. Okay, untuk contoh, saya akan gunakan satu keyword sahaja iaitu ‘for cat lovers’. Saya nak mula dengan keyword ni sebab ia spesifik. Mungkin ada post-post kat FB berkaitan produk yang ditujukan kepada pencinta kucing dengan keyword ‘for cat lover’ tersebut. Jom kita test

.

Search Keyword Menggunakan FB Search!

.

Langkah seterusnya, taip keyword kita tadi kat ruang FB searcbar dan tekan search! Ini yang saya dapat lepas saya search keyword ‘for cat lovers’…

.

.

Saya dapat banyak post-post kat FB berkaitan kucing hasil carian menggunakan keyword ‘for cat lovers’. Secara default, anda akan tengok post-post secara umum di bawah tab ‘All’. Cer tengok kat bahagian tab macam yang saya tandakan tu. Anda boleh tapis hasil carian anda tu menggunakan tab Posts, People, Photos, Videos, Marketplace, Pages, Places, Groups, Apps Events Dan Links. Namun begitu, kita akan gunakan tab Photos, Videos, Pages dan Marketplaces sahaja untuk cari idea produk

.

Cari Idea Produk Melalui Post Bergambar!

.

Lepas dah search keyword tadi, pergi ke tab ‘Photos’. Anda akan nampak beberapa Public Photos berkaitan keyword anda. Kemudian, klik ‘See All’. Nanti akan keluar semua gambar berkaitan keyword anda…

.

.

Apa yang anda perlu buat ialah scroll, scroll, scroll tengok post-post bergambar tu sampai jumpa post bergambar berkaitan produk. Dalam masa yang sama, anda kena cari post berkaitan produk yang dapat lebih 500 jumlah like, komen atau share. Kalau lebih sampai beribu-ribu lagi bagus. Terbukti produk tu hot kat FB! Ini adalah contoh produk yang saya jumpa untuk keyword ‘for cat lovers’…

.

.

.

Saya jumpa cincin design kucing dan mugdesign kucing. Cincin design kucing dapat 2.5k reaction, 565 komen dan 1.9k shares! Mug design kucing tu pulak dapat 1.6k reaction, 954 komen dan 152 shares! Sekarang saya dah ada 2 idea produk untuk kedai online saya nanti iaitu cincin design kucing dan mug design kucing…

.

Daripada pemerhatian saya, hasil carian guna keyword ‘for cat lovers’ banyak menunjukkan post-post bergambar pasal kucing. Tak banyak post-post bergambar berkaitan produk untuk pencinta kucing. Jadi, saya tukar kepada keyword yang lain pulak iaitu ‘cat lovers free shipping’. Saya masukkan perkataan ‘free shipping’ sebab kebiasaannya, post-post berkaitan menjual produk ni ada offer ‘free shipping’. Kemudian, saya ulang balik langkah-langkah tadi menggunakan keyword yang baru…

.

.

Hasil carian saya guna keyword ‘cat lovers free shipping’ menunjukkan lebih banyak post-post bergambar berkaitan produk yang sesuai untuk pencinta kucing. Dari sini, saya ulang balik langkah yang sama scroll, scroll, scroll cari post berkaitan produk yang dapat lebih 500 jumlah like, komen atau share.

.

Bila anda dah jumpa idea-idea produk yang hot, jangan lupa screenshot post tersebut termasuk jumlah like, komen dan share dan save ke laptop anda supaya anda tak payah susah-susah nak cari balik idea-idea tu nanti. Gambar screenshot tu jugak boleh kita gunakan sebagai rujukan untuk cari produk dan supplier nanti.

.

Kesimpulan Cara Cari Idea Produk Guna FB Search

.

Macam tu lah cara cari idea produk guna FB search. Namun begitu, dalam artikel ni saya hanya sempat tunjukkan cara cari melalui tab ‘Photos’ sahaja. Macam yang saya cakap, kita boleh cari lagi kat tab Videos, Pages dan Marketplaces. Mungkin saya akan buat sambungan artikel ni untuk tunjukkan selebihnya pulak.

.

Apa-apa pun, melalui artikel ni anda dah tahu satu cara cari idea produk untuk bisnes dropship e-Commerce guna FB search. Anda hanya perlu scroll, scroll, scroll cari post berkaitan produk yang dapat lebih 500 jumlah like, komen atau share. Anda jugak boleh cari dan buat kajian guna pelbagai keyword yang anda tahu berkaitan niche anda. Anda sendiri pun dah tengok macam mana saya tukar keyword supaya dapat hasil carian yang lebih banyak.

.

Teruskan mencari dan mengkaji. Senaraikan semua idea produk hot yang anda jumpa. Okay, cukup setakat ni dulu untuk artikel kali ni, kita sambung lagi dalam artikel sambungan nanti,woot woot!



Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!

Related Posts

Usahawan Online 105 – Ilmu Penting Tahun 2020

Usahawan Online 105 – Ilmu Penting Tahun 2020

Hai! Dah lama saya tak sambung tulis artikel untuk siri Usahawan Online dalam blog Shopievo. Yang terakhir haritu bulan April 2019, hah! Sekarang kita dah pun sampai artikel ke 5 dalam siri ni. Kat bawah ni senarai artikel yang lepas… . Usahawan Online 101: Cara Buat...

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Hai! Tak sangka kita dah pun berada dalam bulan ke 2 dalam tahun 2020. Cepat jer masa berlalu. Biasa pun memang macam tu lah…hm. Rasa baru jer haritu kita plan nak buat apa bila masuk tahun baru 2020. Tup tup…bulan 2 dah. . Jadi saya ucapkan selamat tahun baru 2020...

0 Comments

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

E-Com Log 4.1: Cara Cari Idea Produk Guna FB …

by admin time to read: 4 min
0