[vc_row][vc_column][vc_column_text]Hai! Kenapa anda perlu tahu cara mengiklankan produk di Instagram? Pada 17 September 2018 yang lepas, pengguna Instagram mencecah 1 bilion sebulan. Jumlah tersebut adalah 2 kali ganda jumlah pengguna Twitter dan 3 kali ganda pengguna Whatsapp atau FB Messenger.
Salah satu faktor untuk berjaya dalam bisnes online ialah tahu di mana bakal pelanggan anda berada. Dan salah satu platform yang ramai orang ‘lepak’ kat dunia internet ni ialah Instagram. Selain akaun Instagram peribadi, terdapat 25 juta akaun Instagram bisnes atau brand.
80% daripada pengguna Instagram akan follow paling kurang 1 akaun Instagram bisnes untuk dapatkan update pasal produk atau servis yang mereka tawarkan. Dengan data yang saya sebutkan ni, tak hairanlah Instagram menjadi ‘tapak’ berniaga yang berharga buat usahawan online.
Lain platform, berbeza teknik dan strateginya untuk menjual. Oleh itu, kalau anda nak jadikan Instagram sebagai medium pemasaran, anda perlu tahu beberapa cara mengiklankan produk di Instagram.
Saya sebenarnya sangat suka dengan tajuk ini, ‘cara mengiklankan produk di Instagram’. Sebabnya, ada banyak cara yang kita boleh buat untuk iklankan produk atau promosikan bisnes kita kat Instagram samaada secara percuma ataupun berbayar. Mungkin saya boleh kembangkan lagi artikel ni ke Part 2, 3, 4 dan seterusnya nanti.
Tapi untuk artikel ni, saya akan tunjukkan beberapa cara iklankan produk kat Instagram yang mudah, yang biasa orang guna atau menjadi trend sekarang ni. Jom layan!
Naikkan Follower Kedai Instagram Anda Dulu! – Cara Mengiklankan Produk Di Instagram
Sebelum anda nak iklankan produk kat Instagram, anda kenalah kumpul follower untuk akaun Instagram bisnes anda dulu. Kenapa? Sebab, kalau anda tak ada follower, tak ada siapa yang akan tengok semua post-post anda kat Instagram tu. Jadi, tak ada siapa pun yang akan kenal bisnes anda dan produk apa yang anda jual.
Persoalan seterusnya ialah, macam mana nak naikkan follower kat Instagram? Untuk soalan ni, sebenarnya saya dah jawab dalam satu artikel yang saya pernah tulis sebelum ni bertajuk 7 Cara Mudah Naikkan Follower Instagram. Anda boleh rujuk artikel tersebut.
Salah satu caranya ialah ‘curi’ follower akaun Instagram pesaing dalam niche bisnes anda. Sebab, orang yang follow akaun Instagram pesaing dalam niche bisnes anda ni dah ada minat yang sama jugak dengan bisnes anda dan ada peluang diorang akan berminat dengan produk atau servis anda.
Follow, like atau komen pada gambar atau video orang yang follow akaun Instagram pesaing anda tu. Tujuannya adalah supaya diorang dapat notification dari enggagement yang anda buat tu.
Supaya nanti, ada peluang untuk diorang stalk akaun Instagram bisnes anda pulak. Kalau akaun Instagram bisnes anda menarik dan kena dengan minat diorang, ada peluang diorang akan follow akaun Instagram anda balik.
Mesti anda bertanya, “Sampai bila kena tekan ‘follow’, ‘follow’, follow’…satu-satu semua orang tu?”
Jawapannya, sampai bila-bila jer lah…bila anda ada masa, anda kena buat! Haha. Saya tahu, sesetengah orang memang akan rasa cepat bosan untuk tekan ‘follow’, ‘follow’, follow’…satu-satu. Tambahan lagi, benda tu makan masa.
Sebab tu lah sesetengah orang gunakan software Instagram yang ada fungsi auto-follow dan auto unfollow orang. Memudahkan kerja dan jimatkan masa anda daripada buat benda-benda yang anda rasa cepat bosan.
Gunakan Instagram Ads! – Cara Mengiklankan Produk Di Instagram
Selain pelbagai teknik pemasaran percuma yang anda boleh buat dengan Instagram, anda jugak boleh cuba gunakan teknik pemasaran berbayar Instagram Ads untuk iklankan produk anda.
Ada 2 cara buat Instagram Ads. Yang pertama, kita buat iklan Instagam guna Instagram Promote. Dan Yang kedua, kita buat iklan Instagram guna Ads Manager.
Apa bezanya? Untuk Instagram Promote, kita boleh buat iklan Instagram terus melalui akaun Instagram bisnes kita guna fon jer. Untuk buat iklan Instagram guna Ads Manager pulak, kita kena masuk Facebook Business Manager. Sama macam kita nak buat iklan FB Ads tu.
Untuk Instagram Promote, kita hanya boleh buat iklan Instagram daripada content-content yang kita dah post kat akaun Instagram bisnes kita sahaje. Untuk buat iklan Instagram guna Ads Manager pulak, kita boleh upload terus apa sahaje content yang kita nak samaada gambar ataupun video masa kita nak buat iklan tu.
Kalau anda nak tahu lebih lanjut pasal buat Instagram Ads, saya pernah tulis artikel pasal Instagram Ads 101: Panduan Cara Buat Iklan Di Instagram.
Gunakan Fungsi Instagram Stories Dan Instagram Stories Ads! – Cara Mengiklankan Produk Di Instagram
Instagram Stories adalah salah satu fungsi yang ada pada aplikasi Instagram. Seramai 300 juta pengguna Instagram gunakan fungsi Instagram Stories setiap hari. Instagram Stories ni konsepnya sama macam anda tengok slideshow gambar atau video. Dan panjang setiap slideshow tu hanya 5 saat sahaje.
Melalui ‘slideshow 5 saat’ tersebut, entiti bisnes berpeluang untuk berhubung dengan followers secara visual menggunakan gambar atau video. Anda boleh gunakan fungsi Instagram Stories ni sebagai salah satu cara untuk iklankan produk anda kat Instagram.
Anda boleh gunakan Instagram Stories sebagai medium pemasaran percuma manakala Instagram Stories Ads adalah teknik pemasaran berbayar seperti FB Ads. Kalau anda nak tahu macam mana nak buat iklan Instagram Stories, saya pernah menulis artikel pasal Instagram Ads 102: Panduan Cara Buat Iklan Instagram Stories.
Gunakan Fungsi IGTV! – Cara Mengiklankan Produk Di Instagram
Pada 20 Jun 2018 yang lepas, Instagram lancarkan satu fungsi terbaru iaitu IGTV. IGTV ataupun ‘Instagram TV’ adalah satu fungsi dan aplikasi baru dari Instagram untuk tengok video mudah alih (mobile video) dengan durasi yang lebih panjang dari video biasa kat Instagram.
Tujuan Instagram wujudkan IGTV adalah untuk berkembang seiring dengan predaran zaman. Kini, orang kurang menonton TV dan lebih suka menonton video digital. Tambahan lagi, video-video kat IGTV tak terhad kepada durasi 60 saat. Malah, panjang video boleh mencecah sehingga 1 jam.
Anda boleh gunakan fungsi IGTV ni sebagai salah satu cara untuk iklankan produk anda kat Instagram. Melalui IGTV, anda boleh hasilkan video berkaitan produk anda seperti buat video ‘tutorial cara guna’ produk, video sesi photoshoot produk, video proses design produk dan video testimoni dari pengguna produk anda.
Jangan takut untuk tunjukkan brand, bisnes dan produk anda dari pelbagai sudut. Dengan cara ni, anda dapat wujudkan hubungan yang lebih erat antara followers dan bisnes anda. Nak tengok contoh akaun Instagram bisnes yang gunakan IGTV untuk iklankan produk, bisnes dan brand diorang?
Cer anda tengok channel IGTV kat akaun Instagram @mejuri ni…
Kesimpulan Cara Mengiklankan Produk Di Intagram
Ada 2 jenis teknik pemasaran Instagram yang anda boleh buat untuk iklankan produk anda, yang percuma dan yang berbayar. Dalam artikel ni, saya tunjukkan contoh teknik percuma dengan curi followers akan Instagram pesaing, Intagram Stories dan IGTV.
Manakala untuk yang berbayar, anda boleh buat Instagram Ads dan Instagram Stories Ads. Cukup setakat ni dulu beberapa cara yang anda boleh gunakan untu iklankan produk anda kat Instagram. Untuk masa akan datang, saya akan tambah lagi teknik dan strategi yang anda boleh buat.
Jangan lupa Follow Instagram SHOPIEVO yaaa ~~~
Jumpa lagi dalam artikel seterusnya, woot woot!
.[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]
0 Comments