E-Com Log 1: Mindset Buat Bisnes Dropship e-Commerce

February 6, 2019

By admin

Comments

Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!



.

Hai! Pada akhir tahun 2018 yang lepas, saya dah ada gambaran dan perancangan yang saya akan buat satu siri artikel lebih kurang macam diari yang bertajuk ‘e-Com Log’ untuk tahun 2019. Anda mesti dah boleh agak e-Com Log ni saya nak cerita pasal apa kot…?

.

Untuk siri artikel eCom Log ni, saya nak kembali balik pada ‘hati dan jiwa’ komuniti Shopievo iaitu ‘1 Usahawan 1 e-Commerce’. Maksudnya, setiap usahawan online perlu cerdik e-Commerce dan ada paling kurang pun satu kedai online e-Commerce sendiri pada tahun 2019.

.

Melalui siri artikel e-Com Log ni, saya nak dokumenkan langkah-langkah yang saya akan buat untuk bina satu bisnes dropship e-Commerce dengan cara follow video-video panduan yang terdapat dalam Geng Shopievo: 1 Usahawan 1 e-Commerce.

.

Melalui siri artikel ni jugak, anda boleh ikut sekali setiap pengalaman yang saya kongsikan  supaya anda lebih nampak apa manfaat yang anda boleh dapat untuk majukan bisnes online anda dengan menjadi salah seorang dari komuniti Geng Shopievo: 1 Usahawan 1 e-Commerce.

.

Kenapa Mindset Penting?

.

Okay, untuk memulakan perjalanan membina satu bisnes dropship e-Commerce ni, saya berminat nak tekankan pasal mindset. Mindset buat bisnes dropship e-Commerce. Kenapa mindset ni sangat penting?

.

Mindset adalah benda yang kita fikirkan. Macam mana kita berfikir akan mempengaruhi tindakan yang kita akan buat. Benda ni nampak kecik, tapi ia akan menentukan samaada kita akan terus mencari kejayaan dalam bisnes dropship e-Commmerce ni atau kita akan give up kat tengah jalan.

.

Dengan mindset yang betul dan positif, anda dapat membina keyakinan diri, dapat kekalkan motivasi sepanjang mengusahakan bisnes, dapat melawan fikiran-fikiran negatif yang bakal muncul dan yang paling penting sekali dapat membantu anda untuk fokus dalam mencapai matlamat.

.

Jadi, Apa Matlamat Sebenar Kita Buat Bisnes Dropship e-Commerce?

.

Sebelum saya berkongsi pasal mindset, kita kena jelas dulu apa tujuan dan matlamat kita mengusahakan bisnes dropship e-Commerce. Tujuan utama kita adalah untuk ilmu tu sendiri. Satu lagi usaha untuk kembangkan ilmu dalam bidang bisnes online.

.

Segala ilmu tu adalah milik Allah. Ilmu kat dunia ni sangatlah luas dan daripada berjuta-juta bidang ilmu yang wujud kat dunia ni, kita adalah antara orang yang berminat nak belajar ilmu bisnes dropship e-Commerce dalam jangka hayat kita kat dunia ni.

.

Apa matlamat yang kita nak capai dengan adanya ilmu bisnes dropship e-Commerce ni? Sudah tentulah untuk usahakan satu bisnes dropship e-Commerce. Dari bisnes ni, kita nak menjana pendapatan sampingan secara online atau tak mustahil dapat menjadi pendapatan utama kita suatu hari nanti, InsyaAllah.

.

Dari pendapatan ini jugaklah, yang kita akan gunakan untuk membayar zakat, bersedakah, menyara diri, melangsaikan hutang, membantu keluarga dari segi kewangan dan tak mustahil dapat membantu umat Islam yang lain suatu hari nanti.

.

Secara umumnya, kita nak kembalikan balik sebahagian pendapatan tu pada jalan Allah dan secara spesifiknya pulak anda fikirkan sendiri, huhu. Setiap orang ada matlamat sendiri apa yang diorang nak buat dengan pendapatan masing-masing.

.

Jadi, lepas anda dah jelas dengan tujuan dan matlamat ni, sangat eloklah kalau kita sentiasa sedar, ingat dan berdoa pada Allah untuk lapangkan hati, jiwa dan fikiran untuk menerima ilmu bisnes dropship e-Commerce ni dan permudahkan urusan kita dalam apa sahaje usaha yang kita buat sebab ilmu tu adalah milik Allah.

.

Mindset Buat Bisnes Dropship e-Commerce

.

Okay, lepas kita dah jelas dengan tujuan dan matlamat, saya akan kongsikan pulak mindset yang akan kita gunakan sepanjang kita buat bisnes dropship e-Commerce ni. Berikut adalah beberapa mindset yang anda perlu ada;

.

“Aku Pasti Akan Berjaya Jugak!” – Mindset Buat Bisnes Dropship e-Commerce

.

Ini adalah mindset yang paling kritikal sekali. Saya tahu, anda pun mesti dah tengok orang yang dah terbukti berjaya dalam bisnes dropship e-Commerce. Saya pun pernah kongsikan kejayaan beberapa orang dari komuniti Shopievo 2.0 dalam artikel Tahun 2018 Shopievo.

.

Anda tahu ini adalah real bisnes. Anda dah tengok orang berjaya, dan anda pun kena percaya dan yakin yang anda pun pasti akan berjaya jugak dalam bisnes dropship e-Commerce ni. Cuma masanya BELUM tiba.

.

Apa yang anda akan buat adalah terus berdoa, berusaha, berusaha, berusaha, berikhtiar dan bertawakkal. Nampak tak 3 kali ganda usaha..? huhu.

.

“Aku Bukan Nak Menjual!” – Mindset Buat Bisnes Dropship e-Commerce

.

Aik..? Bukan nak menjual..?? Bukan ke kita memang nak berniaga online ni..?” Ye, betul. Kita memang nak berniaga online dan memang kita nak berjual beli. Tapi, sebelum proses jual beli tu berlaku, kita kena buat proses promosi atau pemasaran dulu.

.

Dan sebenarnya, itulah tugas seorang agen dropship iaitu mempromosikan produk milik orang lain (supplier). Kita hanya nak bagitahu (promosi) kat sesebuah KOMUNITI tu yang sesuatu produk tu wujud dan dapat bagi manfaat kat diorang. Kita bagitahu melalui strategi pemasaran yang kita akan buat nanti.

.

Kita nak trafik ke kedai online e-Commerce kita. Kalau orang tak tahu apa yang kita jual, proses jual beli tak akan berlaku. Sebab itulah fokus dan mindset kita ‘bukan nak menjual’, tapi nak bagitahu tentang kewujudan sesuatu produk tu pada sesebuah komuniti yang mungkin berminat. Orang yang dah tahu dan berminat, pasti akan beli.

.

“Aku Bukan Nak Bina Syarikat Atau Jenama!” – Mindset Buat Bisnes Dropship e-Commerce

.

Ini lagi satu mindset yang anda kena ada bila nak buat bisnes dropship e-Commerce. Kita bukan nak bina syarikat atau jenama. Habis tu kita nak buat apa sebenarnya? Kita hanya nak promosikan sesuatu produk dan hantar produk tu pada orang yang berminat nak dapatkan produk tersebut.

.

Jadi kita tak perlu bazir masa dan tenaga pada benda-benda yang tak penting. Sebagai contoh, ambil masa terlalu lama nak fikir nama bisnes, nak design logo, design video dan gambar iklan, nak cantikkan kedai online dan sebagainya. Sampaikan ada yang keluar duit upah orang untuk buatkan semua tu.

.

Benda-benda tu semua memang kita akan buat, tapi kita tak perlu pun susah-susah pening kepala pasal tu sampai nak upah orang. Kita boleh buat sendiri yang simple-simple jer dan tak perlu nak habiskan masa dan tenaga kat situ sebab tujun utama kita adalah nak promosikan sesuatu produk supaya orang tahu, dan InsyaAllah membuat jualan.

.

Kesimpualan Mindset Buat Bisnes Dropship e-Commerce

.

Okay itu sahaje 3 mindset yang kita perlukan buat masa ni untuk mula buat bisnes dropship e-Commerce nanti. InsyaAllah, kalau saya terfikirkan mindset yang lain yang kita perlu ada, saya akan tambah lagi dalam artikel ni.

.

Ataupun, anda jugak boleh bantu saya dengan berikan pendapat yang anda ada kat bahagian komen. Cukup sampai kat sini dulu untuk artikel kali ni, jumpa lagi dalam siri artikel e-Com Log seterusnya! Woot woot!

.

BACA SAMBUNGAN ARTIKEL INI: E-Com Log 2 – Proses Buat Bisnes Dropship E-Commerce



Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!

Related Posts

Usahawan Online 105 – Ilmu Penting Tahun 2020

Usahawan Online 105 – Ilmu Penting Tahun 2020

Hai! Dah lama saya tak sambung tulis artikel untuk siri Usahawan Online dalam blog Shopievo. Yang terakhir haritu bulan April 2019, hah! Sekarang kita dah pun sampai artikel ke 5 dalam siri ni. Kat bawah ni senarai artikel yang lepas… . Usahawan Online 101: Cara Buat...

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Hai! Tak sangka kita dah pun berada dalam bulan ke 2 dalam tahun 2020. Cepat jer masa berlalu. Biasa pun memang macam tu lah…hm. Rasa baru jer haritu kita plan nak buat apa bila masuk tahun baru 2020. Tup tup…bulan 2 dah. . Jadi saya ucapkan selamat tahun baru 2020...

0 Comments

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

E-Com Log 1: Mindset Buat Bisnes Dropship e-C…

by admin time to read: 4 min
0