[Ini adalah sambungan dari artikel E-Com Log 3.0: Cara Cari Idea Niche]
.
Dalam siri artikel e-Com Log 3.0 yang lepas, saya dah tunjukkan cara cari idea niche untuk buat bisnes dropship e-Commerce dan terangkan kenapa kita perlukan niche. Saya jugak sarankan supaya kita pilih niche yang berkaitan dengan minat atau hobi kita sendiri.
.
Tapi kita tak boleh syok sendiri. Kita kena seimbangkan minat dengan permintan pasaran. Kita kena pastikan dulu niche tu ada pasaran terutamanya kat FB dan Instagram, barulah kita boleh teruskan dengan niche tersebut. Macam mana nak berjaya menjual kalau kita sorang jer syok sendiri tapi takda orang lain yang minat dengan apa yang kita nak jual..? huhu. Daripada artikel sebelum ni, saya dah ada 15 pilihan niche iaitu;
.
- Coffee Lovers
- Mobile Gaming
- Watching Movies
- Playing Futsal
- Mobile Cinematography
- Dropshipping Business
- Content Writing
- Scooter (Motor)
- Jogging
- Mobile Phone Accessories
- Kindle E-Readers
- English Premier League
- Cats Lovers
- Trail Running
- DIY Building Block
.
Ini hanyalah senarai idea niche yang saya dapat hasil daripada langkah-langkah mencari idea niche yang saya tunjukkan dalam artikel sebelum ni. Saya perlu buat kajian ke atas semua niche tersebut untuk pastikan ada pasaran kat FB dan Instagram sebelum saya pilih 3 niche yang terbaik nanti. 1 sebagai niche utama dan 2 sebagai back up plan.
.
Jadi, dalam artikel ni saya akan tunjukkan cara buat kajian niche dan apa kriteria niche yang kita perlukan untuk buat bisnes dropship e-Commerce. Saya akan tunjukkan dengan menggunakan satu contoh niche iaitu ‘Cat Lovers’.
.
Pastikan Ada 500k Atau Lebih Jumlah Audience Di Facebook! – Kajian Dan Pemilihan Niche
.

.
Pertama sekali, kenapa kita kena check data audience kat Facebook? Sebab, kita akan gunakan FB Ads sebagai medium pemasaran utama untuk bisnes dropship e-Commerce nanti. Kita akan gunakan tool percuma yang disediakan FB sendiri iaitu ‘Audience Insight’.
.
Caranya, masukkan keywords berkaitan sesuatu niche kat bahagian ‘Interest’. Sebagai contoh, saya nak check audience untuk ‘Cat Lovers’ perempuan yang tinggal kat U.S berumur 25 hinggan 54 tahun. Ada 450k hingga 500k jumalah audience tersebut yang aktif guna FB setiap bulan.
.
adi, niche ‘Cat Lovers’ adalah niche yang berpotensi untuk buat bisnes dropship e-Commerce setakat ni sebab ada pasaran mencecah 500k. Tapi kajian kita tak cukup setakat ni sahaja. Jom tengok langkah seterusnya…
.
Pastikan Ada Komuniti Group FB! – Kajian Dan Pemilihan Niche
.

.
Kriteria ini adalah kriteria kritikal untuk membantu kita membina bisnes dropship e-Commerce yang dapat membuat jualan, jadi saya letakkan sebagai kriteria nombor 2. Lepas dah pastikan sesuatu niche tersebut ada 500k atau lebih audience kat FB, kita kena pastikan pulak niche tu ada komuniti group FB.
.
Kebiasaannya, orang yang berkongsi minat yang sama pasti akan buat group FB. Kita boleh tengok betapa besarnya pasaran untuk sesuatu niche tu berdasarkan jumlah group FB yang wujud dan jumlah ahli yang join group FB untuk niche tersebut.
.
Caranya, search keywords berkaitan niche anda kat bahgian searchbar FB. Sebagai contoh, saya search untuk niche ‘Cat Lovers’.Kemudian, pergi ke tab ‘Groups’. Kat ruangan tab ‘Groups’ ni, saya boleh tengok senarai group FB yang ada untuk niche Cat Lovers. Memang ada banyak, huhu.
.
Jadi, niche Cat Lovers ni masih lagi niche yang berpotensi untuk buat bisnes dropship e-Commerce sebab ia memenuhi kriteria niche kedua yang kita perlukan. Saya jugak boleh teruskan kajian dengan search keyword berkaitan yang lain seperti ‘Cat Lovers USA’, ‘Cat Lovers US’, ‘Cats’ dan sebagainya. Oleh sebab saya nak target audience kat pasaran U.S, saya tak gunakan keyword ‘kucing’.
.
Melalui group-group ni jugak, saya boleh kenalkan kedai online saya, saya boleh buat validasi produk dan yang paling penting semua audience dalam group tersebut adalah audience yang targeted untuk niche kedai online saya nanti. Sebab tu lah, kriteria kedua ni kritikal untuk membantu kita membina bisnes dropship e-Commerce.
.
Beberapa Lagi Cara Buat Kajian Niche Dalam Video Panduan Geng Shopievo!
.
Dalam siri artikel E-Com Log ni, saya sempat tunjukkan kat anda 2 jer cara buat kajian niche berpotensi iaitu pastikan ada lebih 500k audience kat FB dan pastikan ada lambakan FB group berkaitan niche tersebut. Namun begitu, ada beberapa lagi cara kajian niche berpotensi yang kami dah ajar dalam video panduan Geng Shopievo: 1 Usahawan 1 e-Commerce…
.

.
Saya sarankan anda join komuniti Geng Shopievo kami supaya anda tak terlepas teknik dan strategi lain buat kajian niche berpotensi seperti ada carian yang tinggi kat search engine, ada bukti terdapat produk berkitan niche tersebut terjual kat FB, Instagram dan marketplaces. Semuanya kami tunjukkan secara live dalam video.
.
Kesimpulan Kajian Dan Pemilihan Niche
.
Saya dah tunjukkan 2 kriteria niche yang kita perlukan untuk buat bisnes dopship e-Commerce yang dapat membuat jualan. Contoh yang saya tunjukkan hanya menggunakan satu niche iaitu ‘Cat lovers’. Saya perlukan teruskan kajian untuk semua niche yang lain pulak.
.
Anda jugak kena buat kajian untuk semua idea niche yang anda dah senaraikan. Kemudian pilih 3 niche, 1 niche utama dan 2 lagi sebagai backup plan. Saya akan bagitahu 3 niche yang saya pilih dalam artikel seterusnya. Okay, cukup setakat ni dulu untuk artikel kali ni. Jumpa anda lagi dalam artikel seterusnya, woot woot!
.
BACA SAMBUNGAN ARTIKEL INI: E-Com Log 3.2 – Niche Pilihan Untuk Bisnes Dropship E-Commerce
propecia help I don t understand why they don t sedate us when they do this procedure
The point of view of your article has taught me a lot, and I already know how to improve the paper on gate.oi, thank you. https://www.gate.io/uk/signup/XwNAU