E-Com Log 3.2: Niche Pilihan Untuk Bisnes Dropship E-Commerce

March 6, 2019

By admin

Comments

Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!



Hai! Untuk siri artikel e-Com Log kali ni, kita masih lagi bincangkan pasal niche. Cumanya, kali ni saya nak tunjukkan 3 niche bisnes dropsip e-Commerce pilihan saya. Matlamat kita dalam fasa kajian dan pemilihan niche ni ialah untuk pilih 3 niche iaitu 1 niche utama dan 2 lagi sebagai back up plan.

.

Dalam siri artikel e-Com Log 3.0 yang lepas, saya dah tunjukkan 2 cara macam mana nak cari idea niche untuk bisnes dropship e-Commerce. Kalau boleh, niche tu perlulah yang ‘dekat dengan jiwa’ kita. Tapi kita kena pastikan jugak niche tu ada pasaran kat FB atau Instagram. Jadi, saya tunjukkan pulak 3 cara buat kajian pasaran niche dalam siri artikel e-Com Log 3.1.

.

Siri artikel e-Com Log 3.2 ni pulak, saya akan lengkapkan artikel berkaitan proses kajian dan pemilihan niche. Saya akan tunjukkan 3 niche pilihan saya daripada 15 senarai niche yang saya ada dan tunjukkan kenapa saya pilih 3 niche tersebut. Jom layan…

.

[[Oh ya, sebelum tu saya cuma nak bagitahu, dalam perjalanan e-Com Log ni, saya akan fokuskan audience saya kepada perempuan yang tinggal di United State yang berumur dalam lingkungan 25-54 tahun sahaja supaya target audience saya jadi lebih spesifik]]

.

‘Cat Lovers’ – Niche Pilihan Untuk Bisnes Dropship E-Commerce

.

Kenapa Cat Lovers? Niche Cat Lovers memenuhi semua kriteria niche berpotensi yang saya perlukan untuk buat bisnes drophip e-Commerce. Berdasarkan FB Audience Insight, niche ni mencecah 500k jumlah audience yang aktif kat FB setiap bulan.

.

.

Selain tu, ada banyak komuniti group FB berkaitan niche Cat Lovers yang wujud kat FB. Ada group yang mencecah berpuluh-puluh ribu ahli dan ada jugak beberapa group yang mencecah sehingga 150k ahli. Ini membuktikan ada pasaran untuk niche Cat Lovers dan ia adalah satu niche yang hot!

.

.

Tambahan lagi, ada banyak jenis produk dalam niche Cat Lovers yang ada kat Aliexpress.com. Antara idea produk yang saya dapat fikirkan ialah ‘bracelet for cat lover’, ‘necklace for cat lover’ dan ‘handbag for cat lover’. Ada design kucing pada produk-produk tersebut yang dapat menarik minat pencinta kucing. Berikut adalah beberapa contoh produk…

.

.

‘Coffee Mom’ – Niche Pilihan Untuk Bisnes Dropship E-Commerce

.

Kenapa ‘Coffee Mom’? Pada mulanya, saya senaraikan niche ni sebagai ‘Coffee Lovers’. Melalui kajian di FB Audience Insight, niche ni mencecah 25 juta jumlah audience yang aktif kat FB setiap bulan (perempuan di United State yang berumur 25 hingga 54 tahun).  Jumlah ni terlalu besar. Jadi saya perlu tengok pada demografik yang lain untuk kecilkan dan fokuskan audience.

.

Saya dapati 58% daripada jumlah audience tadi berstatus ‘married’ atau sudah berkahwin. Kini, target audience saya menjadi lebih spesifik iaitu ‘seorang ibu di United State yang suka minum coffee’. Jadi saya namakan niche ni sebagai ‘Coffee Mom’. Ada 15 juta jumlah audience Coffee Mom yang aktif kat FB setiap bulan.

.

.

Selain tu, ada banyak komuniti group FB berkaitan niche ‘Coffee Mom’ yang wujud kat FB. Ada group yang mencecah beribu-beribu ahli dan ada jugak group yang mencecah sehingga 80k ahli. Ini membuktikan ada pasaran untuk niche Coffee Mom dan ia adalah satu niche yang hot!

.

.

Tambahan lagi, ada banyak jenis produk dalam niche Coffee Mom yang ada kat Aliexpress.com. Antara idea produk yang saya dapat fikirkan ialah ‘coffee bean grinding machine’, ‘coffee tumbler’ dan ‘coffee mug’. Berikut adalah beberapa contoh produk…

.

.

‘Trail Running’ – Niche Pilihan Untuk Bisnes Dropship E-Commerce

.

Kenapa ‘Trail Running’? Dulu, saya pernah nak buat bisnes dropship e-Commerce dengan niche ‘orang yang suka berlari’. Saya dapati ada beberapa niche yang berbeza dalam kategori ‘Running’. Antaranya ialah road running, trail running, long distance running, sprint dan cross country running. Antara niche tersebut, Trail Running yang menarik minat saya.

.

Niche Trail Running memenuhi semua kriteria niche berpotensi yang saya perlukan untuk buat bisnes drophip e-Commerce. Berdasarkan FB Audience Insight, niche ni mencecah 600k jumlah audience yang aktif kat FB setiap bulan.

.

.

Selain tu, ada banyak komuniti group FB berkaitan niche ‘Trail Running’ yang wujud kat FB. Ada jugak group yang mencecah berpuluh ribu ahli. Ini membuktikan ada pasaran untuk niche Trail Running dan ia adalah satu niche yang hot!

.

.

Tambahan lagi, ada banyak jenis produk dalam niche Trail Running yang ada kat Aliexpress.com. Antara idea produk yang saya dapat fikirkan ialah ‘hydration backpack’, ‘sport hat’ dan ‘sport watch’. Berikut adalah beberapa contoh produk…

.

.

Kesimpulan Niche Pilihan Untuk Bisnes Dropship E-Commerce

.

Okay, saya dah tunjukkan 3 niche pilihan saya dari 15 senarai niche yang saya ada. Ketiga-tiga niche pilihan saya ni memenuhi kriteria niche berpotensi yang saya perlukan untuk buat bisnes dropship e-Commerce iaitu 500k atau lebih audience yang aktif kat FB setiap bulan, ada komuniti group FB dan ada lambakan produk kat Taobao.com.

.

Produk yang saya tunjukkan dalam artikel ni hanyalah contoh-contoh produk dari idea rambang yang saya dapat fikirkan. Kita akan pergi lebih terperinci pasal pemilihan produk dalam artikel cara pilih produk hot untuk bisnes dropship e-Commerce nanti.

.

Dalam perjalanan siri artikel e-Com Log seterusnya nanti, saya hanya akan menggunakan niche Cat Lovers sebagai contoh pembelajaran kita. Okay, cukup sampai kat sini dulu untuk artikel kali ni, jumpa anda lagi dalam artikel seterusnya! Woot woot!

.

BACA SAMBUNGAN ARTIKEL INI: E-Com Log 4.0 – Kriteria Produk Hot Untuk Bisnes Dropship E-Commerce



Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!

Related Posts

Usahawan Online 105 – Ilmu Penting Tahun 2020

Usahawan Online 105 – Ilmu Penting Tahun 2020

Hai! Dah lama saya tak sambung tulis artikel untuk siri Usahawan Online dalam blog Shopievo. Yang terakhir haritu bulan April 2019, hah! Sekarang kita dah pun sampai artikel ke 5 dalam siri ni. Kat bawah ni senarai artikel yang lepas… . Usahawan Online 101: Cara Buat...

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Hai! Tak sangka kita dah pun berada dalam bulan ke 2 dalam tahun 2020. Cepat jer masa berlalu. Biasa pun memang macam tu lah…hm. Rasa baru jer haritu kita plan nak buat apa bila masuk tahun baru 2020. Tup tup…bulan 2 dah. . Jadi saya ucapkan selamat tahun baru 2020...

0 Comments

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

E-Com Log 3.2: Niche Pilihan Untuk Bisnes Dro…

by admin time to read: 3 min
0