Instagram Ads 101: Panduan Cara Buat Iklan Di Instagram

April 25, 2018

By admin

Comments

Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!



Hai! Hari ini hampir setiap orang ada akaun Instagram sendiri. Dan pengguna bukan hanya sekadar ada akaun Instagram tapi jugak guna Instagram secara aktif. Orang guna Instagram untuk tengok benda baru dan teroka dunia secara visual melalui gambar dan video.

 

Kita sebagai usahawan boleh ambil peluang ni untuk tonjolkan bisnes kita pada pengguna Instagram dengan cara buat iklan di Instagram. Dalam artikel ni, saya akan tunjukkan pada anda cara buat iklan di Instagram.

 

2 Cara Buat Iklan Di Instagram!

 

Okay, pertama sekali saya nak anda tahu info pantas ni. Ada 2 cara buat iklan di Instagram. Yang pertama, kita buat iklan Instagam guna Instagram Promote. Dan Yang kedua, kita buat iklan Instagram guna Ads Manager.

 

Apa bezanya? Untuk Instagram Promote, kita boleh buat iklan Instagram terus melalui akaun Instagram bisnes kita guna fon jer. Untuk buat iklan Instagram guna Ads Manager pulak, kita kena masuk Facebook Business Manager. Sama macam kita nak buat iklan FB Ads tu.

 

Untuk Instagram Promote, kita hanya boleh buat iklan Instagram daripada content-content yang kita dah post kat akaun Instagram bisnes kita sahaje. Untuk buat iklan Instagram guna Ads Manager pulak, kita boleh upload terus apa sahaje content yang kita nak samaada gambar ataupun video masa kita nak buat iklan tu.

 

Nak buat iklan Instagram guna Instagram Promote ni, objectives iklan terhad kepada tiga sahaje setakat ni iaitu ‘Get More Profile Visits’, ‘Get More Website Visits’ atau ‘Reach People Near An Address’. Ketiga-tiganya fokus untuk cari prospek atau follower baru untuk bisnes kita.

 

 

Cara Buat Iklan Di Instagram Guna Instagram Promote!

 

Okay, sekarang saya akan tunjukkan cara buat iklan di Instagram guna Instagram Promote. Senang jer…

 

Mula-mula sekali pilih mana-mana post dari akaun Instagram bisnes anda yang anda nak iklankan. Sebab untuk Instagram Promote, kita hanya boleh buat iklan Instagram daripada content-content yang kita dah post kat akaun Instagram bisnes kita jer. Ingatkan?

 

 

1.Klik ‘Promote’ untuk buat iklan guna Intagram Promote.

 

2. Pilih Objectives iklan. Oleh sebab kebiasaannya kita nak tarik prospek untuk lawat ke kedai online e-Commerce kita, pilih ‘Get More Website Visits’. Anda jugak boleh pilih objectives yang lain ikut kesesuaian.

 

3. Setkan iklan anda dari segi;

  • Destination
  • Action Button
  • Audience
  • Budget
  • dan Duration

 

 

4. Anda boleh pilih Action Button ikut kesesuain iklan anda. Pilih ‘Shop Now’ kalau anda nak prospek lawat halaman produk kat dalam kedai online e-Commerce

 

5. Dari segi audience, anda boleh pilih ‘Automatic’ kalau anda nak Instagram keluarkan iklan anda pada orang yang ada ciri-ciri lebih kurang sama macam followers anda kat Instagram.

 

Anda jugak boleh target satu audience baru yang anda nak, pilih ‘Create your own…’. Lepas tu anda boleh setkan dari segi Locations, Interests, Age dan Gender. Anda boleh masukkan antara 4 sampai 10 Interests yang berkaitan.

 

Bila semuanya dah selesai, klik ‘Create Promotion’. Kalau iklan anda tak ada masalah dan diterima, anda akan dapat satu notification, ’Your promotion was approved.’. Iklan anda akan berjalan untuk tempoh masa yang anda dah tetapkan kat bahagian Duration.

 

Dah, selesai cara buat iklan di Instagram guna Instagram Promote! Huhu..

 

Cara Buat Iklan Di Instagram Guna Ads Manager!

 

Okay, sekarang saya akan tunjukkan cara buat iklan di Instagram guna Ads Manager. Ni pun senang jugak, macam buat FB Ads jer, huhu..

 

  1. Mula-mula sekali, masuk ke Facebook Business Manager anda dan pergi ke bahagian Ads Manager. Kemudian, klik ‘Create’ untuk buat iklan baru.

 

 

2. Kat halaman seterusnya, pilih objectives iklan Instagram anda bersesuaian dengan tujuan anda buat iklan Instagram.

 

 

Berikut adalah senarai objectives yang boleh anda gunakan untuk Instagram Ads;

  • Reach
  • Traffic
  • Post Enggagement
  • App Install
  • Video Views
  • Lead Generation
  • Conversions
  • Catalog Sales
  • Dan Store Visits

 

Sebagai contoh, saya pilih iklan jenis Conversion yang mana Instagram akan optimizekan iklan saya supaya mencari prospek yang akan masuk ke halaman produk dalam kedai online e-Commerce.

 

3. Setkan filter di bahagian Audience, Placements dan Budget & Schedule seperti yang anda mahukan. Pastikan anda tick pada ‘Feed’ di bawah sectionInstagram’ sahaje kat bahagian Placements untuk iklan anda keluar kat Instagram.

 

4. Pilih format iklan Instagram yang anda mahukan. Ada 4 format iklan Instagram yang kita boleh buat melalui Ads Manager iaitu;

 

  • Iklan Bergambar
  • Iklan Video
  • Iklan Carousel
  • Iklan Slideshow
  • Dan Iklan Instagram Stories

 

 

Kalau anda nak buat iklan Instagram Stories, pastikan anda pilih ‘Instagram Stories’ di bawah section ‘Instagram’ kat bahagian Placements. Anda hanya boleh pilih iklan jenis bergambar dan video sahaje untuk iklan Instagram Stories.

 

5. Pastikan anda hubungkan akaun Instagram anda dengan Ads Manager. Kalau anda tak ada akaun Instagram, anda masih boleh buat iklan Instagram dengan nama FB Page bisnes anda. Cumanya, tanpa akaun Instagram, anda tak boleh nak reply komen kat iklan Instagram anda.

 

 

Saya sarankan anda buat jer satu akaun Instagram yang khusus untuk bisnes anda. Tak susah pun, huhu.

 

6. Edit iklan Instagram anda dengan masukkan ayat iklan, link ke halaman produk kat dalam kedai online e-Commerce anda dan butang call to action.

 

7. Bila semuanya dah selesai, klik ‘Publish’ dan tunggu sehingga FB approved iklan anda. Kalau tak ada masalah, klan anda akan berjalan seperti yang telah anda setting

 

Dah, selesai cara buat iklan di Instagram guna Ads Manager! Huhu..

 

Kesimpulan Panduan Cara Buat Iklan Di Instagram!

 

Okay, cukup setakat ni untuk artikel Instagram Ads 101, huhu. Daripada artikel ni, kita dah cover pasal 2 cara buat iklan di Instagram. Kedua-dua cara ni ada perbezaannya dan kelebihan masing-masing yang anda boleh gunakan ikut kesesuaian.

 

Bagi saya, untuk cara buat iklan Instagram guna Instagram Promote ni sangat sesuai untuk kita buat iklan Instagram ‘on-the-go’. Maksud saya, bila masa-masa kita tengah busy ke atau ada hal lain, tapi kita tetap nak lancarkan iklan Instagram sambil-sambil tu.

 

Jadi, dengan Instagram Promote, kita boleh buat iklan dengan cepat melalui fon jer. Walaupun objectives buat iklan Instagram guna Instagram Promote terhad, tapi masih berkesan untuk dapatkan prospek dan tambah follower untuk bisnes kita.

 

Kalau kita buat iklan Instagram guna Ads Manager pulak, kita boleh buat iklan yang lebih advanced macam kita buat FB Ads tu. Dalam artikel ni, saya tunjukkan secara ringkas jer macam mana kita nak buat iklan Instagram guna Ads Manager.

 

Sebab semuanya sama jer macam yang kita belajar dalam panduan Shopievo 2.0 tu. Cuma tukar sikit kat bahagian ‘Placements’ jer, huhu. Okay, itu jer dari saya buat masa ni, jumpa lagi nanti dalam artikel Instagram 102! Woot woot!

.



Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!

Related Posts

Bagaimana IM Lejen Membantu Anda Dalam Bisnes e-Commerce?

Bagaimana IM Lejen Membantu Anda Dalam Bisnes e-Commerce?

Hai dan salam pada semua komuniti Geng Shopievo dan Shopievo Superbstar! Anda mesti dah tahu kot yang baru-baru ni (26 Ogos 2019) Founder Shopievo kita, bos Wazeen bergabung dengan lejen Internet Marketer tempatan & international, bos Rashvin untuk tubuhkan satu...

10 Fungsi Asas Instagram Yang Anda Perlu Tahu

10 Fungsi Asas Instagram Yang Anda Perlu Tahu

Berdasarkan laman web Instagram For Business, 500 juta akaun Instagram seluruh dunia aktif setiap hari. 80% daripada jumlah tu follow paling kurang 1 akaun Instagram bisnes dan 200 juta orang yang guna Instagram lawat paling kurang 1 akaun Instagram bisnes setiap...

Nak Ramai Followers Kat Instagram? Baca Ni.

Nak Ramai Followers Kat Instagram? Baca Ni.

Sebelum anda teruskan pembacaan artikel ni, saya cuma nak bagitahu yang artikel ni ditulis dari sudut keusahawanan atau secara spesifik, bisnes online. Cara nak dapatkan ramai followers kat Instagram bisnes. Namun begitu, kemungkinan beberapa teknik dan strategi yang...

3 Comments

3 Comments

  1. ruby

    hi, mcm mna sy nak hubungi anda ya, sy ada mslh nak create promotion ni asyik pending saja. tq

    Reply
  2. Fai

    Boleh ajarkan sekali tak cara nak buat pembayaran untuk iklan berbayar ni? Patutnya sertakan sekali cara bayaran. Saya tak faham yg itu je.

    Reply

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Instagram Ads 101: Panduan Cara Buat Iklan Di…

by admin time to read: 4 min
3