Hai! Nak dapatkan trafik atau nak tambah lagi banyak trafik ke kedai online e-Commerce adalah satu benda yang sentiasa menjadi matlamat utama kepada usahawan e-Commerce. Sebab tanpa trafik (pelawat), kita tak ada peluang nak buat jualan. Kebiasaannya kita akan gunakan iklan berbayar seperti FB Ads dan Instagram Ads untuk dapatkan trafik.
Kalau anda salah seorang dari komuniti kami Geng Shopievo: 1 Usahawan 1 e-Commerce, anda mesti tahu yang kami pun fokuskan pada teknik dan strategi FB Ads dalam panduan Shopievo 1.0 dan 2.0.
Kalau dah namanya iklan berbayar, ia adalah cara yang paling cepat untuk melabur nak dapatkan trafik, dan ia juga boleh jadi cara yang cepat nak melebur modal, huhu. Jadi, antara punca masalah usahawan e-Commerce dalam nak dapatkan trafik adalah disebabkan kos FB Ads mahal ataupun modal pemasaran yang sikit.
Anda mesti berminat kalau ada teknik dan strategi untuk dapatkan trafik percuma. Kalau anda dah biasa berniaga online ataupun baru sahaje nak berjinak dengan bisnes online, anda pasti pernah dengar perkataan SEO. Teknik dan strategi nak dapatkan trafik yang konsisten dan berkualiti secara PERCUMA ke kedai online e-Commerce anda daripada Google.
Memang tak dapat dinafikan lagi, rankingkan laman web bisnes kita kat halaman pertama hasil carian Google adalah sangat penting lebih-lebih lagi kalau nak bersaing dengan pesaing bisnes anda.
Tapi macam mana kalau anda tak tahu teknik dan strategi nak rangkingkan kedai online e-Commerce anda? Laman web atau kedai online e-Commerce anda tak muncul dalam senarai hasil carian Google. Kalau orang tak jumpa kedai online e-Commerce anda, maknanya anda tak dapat peluang untuk buat jualan.
Jadi, artikel ini akan bantu anda untuk faham apa itu SEO, kenapa SEO penting untuk bisnes e-Commerce anda dan bagaimana konsep dan proses asas untuk praktikkan SEO dalam kedai online e-Commerce anda. Jom layan!
Apa Itu SEO?
Bila kita bercakap pasal SEO, kita bercakap pasal apa sebenarnya? Ini yang saya akan terangkan pada anda dengan cara yang senang nak faham. SEO adalah singkatan bagi perkataan ‘Search Engine Optimization’.
‘Search Engine’ adalah laman carian di internet seperti Google, Bing dan Yahoo. Yang biasa kita guna adalah Google. 74.52% carian di internet seluruh dunia menggunakan Google. Dan 93% orang yang guna fon dan tablet membuat carian di internet menggunakan Google.
‘Optimization’ pulak bermaksud ‘kita gunakan dengan cara yang paling berkesan’. Maksudnya, kita gunakan Google dengan cara yang paling berkesan. Berkesan untuk apa? Kita sebagai usahawan sudah tentulah gunakan Google untuk tarik trafik (pelawat) ke laman web atau kedai online e-Commerce kita.
Jadi bagaimana caranya tu? Itulah yang anda kena belajar. Bila kita bercakap pasal SEO, kita bercakap pasal belajar teknik dan strategi untuk tarik trafik organik (FREE tanpa buat ads) ke laman web atau kedai online e-Commerce menggunakan Google. Okay, sekarang dah faham kan? Huhu.
Kenapa SEO Untuk Bisnes E-Commerce Penting?
Kalau anda buat sesuatu carian kat Google, anda akan dibawa ke halaman hasil carian tersebut ataupun kita panggil ‘search engine results page (SERP)’. Contoh macam kat bawah ni;
Seperti yang anda biasa tengok, kita akan dapat beberapa iklan kat bahagian atas hasil carian tu dan kita jugak akan nampak hasil carian yang organik macam kat dalam kotak warna merah tu.
Belajar teknik dan strategi SEO untuk bisnes e-Commerce adalah untuk berusaha menjadikan halaman produk atau blog dalam kedai online e-Commerce kita disenaraikan kat halaman pertama hasil carian Google.
Sebagai contoh, kalau kita jual smartwatch, kita nak halaman smartwatch yang kita jual dalam laman web kita keluar kat halaman pertama hasil carian Google kalau orang buat carian pasal smartwatch.
Seperti yang anda tahu, ada banyak halaman hasil carian kat Google yang anda boleh explore…
Tapi, saya nak tanya anda. Berapa kerap anda tengok apa yang ada kat halaman-halaman lain selain halaman pertama tu? Mesti anda selalu rujuk info-info yang ada kat halaman pertama hasil carian Google je kan? Sebab anda tahu, sumber info yang ada kat halaman pertama hasil carian Google tu adalah yang terbaik berbanding yang lain.
Jadi, belajar teknik dan strategi SEO untuk bisnes e-Commerce adalah sangat penting kalau anda nak rank kan kedai online e-Commerce anda kat halaman pertama Google kalau prospek buat carian berkaitan dengan produk yang anda jual.
Sebabnya, kalau prospek jumpa kedai online e-Commerce anda kat halaman pertama Google, anda berpeluang dapat trafik yang percuma tanpa buat iklan berbayar seperti FB Ads dan Instagram Ads. Dapat trafik percuma adalah benda yang diidamkan setiap usahawan online!
Jadi, kita belajar teknik dan strategi SEO ni sebenarnya, kita nak rank kan kedai online e-Commerce kita pada keywords carian yang prospek anda buat di Google. Okay, sekarang ni anda mesti tertanya, “macam mana nak tahu keywords carian yang prospek gunakan untuk cari produk yang aku jual??”
Kajian Keywords –
Langkah 1 Belajar SEO Untuk Bisnes E-Commerce
Langkah pertama sudah tentulah nak kenalpasti keywords carian apa yang mungkin prospek guna untuk cari produk atau servis yang berkaitan dengan bisnes kita kat Google. Untuk kenalpasti, kita kena mengkaji. Ada banyak cara untuk mengkaji, tapi saya akan tunjukkan cara yang paling simple.
Pertama sekali yang anda perlu tahu ialah kajian keywords untuk bisnes e-Commerce tak sama dengan kajian keywords kebanyakan laman web biasa. Kebanyakan laman web biasa mementingkan keywords bersifat informasi. Sebagai contoh…
“Bagaimana nak kurus”…
“Bagaimana nak hilangkan jerawat”…
“Cara menulis artikel”…
“Cara buat bisnes online”…
Berbeza dengan kita usahawan e-Commerce, kita nak rank kan kedai online e-Commerce kita untuk keywords bersifat komersial yang merujuk kepada niat membeli sesuatu produk secara online. Sebagai contoh…
“Beli buku online”…
“Beli baju sekolah anak”…
“Kasut futsal murah”
“Smartwatch Malaysia”
Orang yang nak cari info kat Google akan gunakan keywords bersifat informasi manakala orang yang nak beli sesuatu produk secara online akan gunakan keywords bersifat komersial. Jadi, bagaimana kita nak dapatkan idea keywords apa yang prospek guna untuk cari produk yang berkaitan dengan bisnes kita?
1. Tengok Google Search Autocomplete!
Cara simple yang pertama untuk dapatkan idea keywords apa yang prospek guna untuk cari produk yang berkaitan dengan bisnes kita adalah dengan tengok pada Google Search Autocomplete. Saya buat contoh kita jual baju melayu. Saya hanya perlu taip keywords ‘baju melayu’ sahaje dan tengok apa keywords popular yang lain yang berkaitan dengan baju melayu yang prospek cari kat Google!
Sekarang saya dah dapat beberapa idea bahawa carian yang popular di Google berkaitan baju melayu adalah ‘baju melayu moden’, ‘baju melayu johor’, ‘baju melayu cekak musang’ dan sebagainya. Jadi, saya mungkin boleh fokus pada menjual baju melayu jenis ini sahaje sebab terbukti orang cari kat Google.
2. Tengok Google Related Searches!
Cara simple yang kedua untuk dapatkan idea keywords apa yang prospek guna untuk cari produk yang berkaitan dengan bisnes kita adalah dengan tengok pada Google Related Searches. Sebagai contoh, saya buat carian ‘baju melayu moden’.
Dekat bahagian bawah sekali pada halaman hasil carian Google, anda akan nampak bahagian ‘Searches related to baju melayu moden’ seperti dalam gambar kat atas tu. Ini adalah idea keywords lain yang popuar yang berkaitan dengan baju melayu moden.
Daripada hasil kajian keywords yang simple ni, sekarang saya dah dapat idea bahawa baju melayu moden adalah antara yang menjadi permintaan orang sekarang dan salah satu sebab orang cari baju melayu moden adalah untuk tujuan nikah! Huhu. Mungkin saya boleh fokuskan bisnes saya pada baju melayu moden untuk orang yang nak bernikah sahaje supaya lebih spesifik, huhu.
Sekarang kita dah ada beberapa idea keywords yang juga merupakan keywords carian yang popular kat Google berkaitan baju melayu. Seterusnya, apa yang kita perlu buat dengan idea-idea keywords ni? Jom sambung baca artikel seterusnya…
KLIK SINI untuk ke sambungan artikel ini: Jom Belajar SEO Untuk Bisnes E-Commerce Part 2
Beosin is the leader іn crypto compliance
The point of view of your article has taught me a lot, and I already know how to improve the paper on gate.oi, thank you. https://www.gate.io/pt-br/signup/XwNAU
The point of view of your article has taught me a lot, and I already know how to improve the paper on gate.oi, thank you. https://www.gate.io/fr/signup/XwNAU