[vc_row][vc_column][vc_column_text]Hai! Pada bulan lepas, Team Shopievo ada launch sebuah produk baru, Lubuk Trafik. Lubuk Trafik merupakan video panduan langkah demi langkah teknik dan strategi SEO untuk dapatkan trafik (pelawat) yang targeted, konsisten dan percuma ke laman web atau kedai online e-Commerce anda tanpa menggunakan iklan berbayar seperti FB Ads, Instagram Ads ataupun Google Ads.
Alhamdulilah, saya sebagai penulis artikel Shopievo.com, dah pun habis go-through kesemua modul-modul pembelajaran yang terdapat dalam video panduan Lubuk Trafik. Jadi, elok sekiranya saya dapat tunjukkan pada anda apa sebenarnya yang ada dalam Lubuk Trafik dan bagaimana kandungannya dapat membantu bisnes online anda.
Mungkin anda dah ada laman web bisnes sendiri, kedai online e-Commerce sendiri, gunakan website builder Webwave atau baru jer plan nak ada laman web bisnes sendiri. Artikel ni bagus untuk anda.
Berikut adalah tajuk besar kandungan yang terdapat dalam video panduan Lubuk Trafik…
Seperti yang anda dapat tengok, ada 10 modul pembelajaran, 1 modul berkaitan case study (Modul 8.0 – Pro) dan 1 bahagian untuk bonus (Modul 9.0). 12 modul kesemuanya. Tapi, 12 Modul bukan bermaksud hanya terdapat 12 video sahaje. Ada beberapa video kat dalam setiap modul tu. Saya dah kira, ada 72 video dalam panduan Lubuk Trafik setakat ni, huhu.
Saya ambil masa lebih kurang seminggu nak go-through, take note dan habiskan tengok kesemua video, huhu. Sepanjang saya belajar teknik dan strategi SEO melalui video panduan Lubuk Trafik, saya nampak ada beberapa kelebihan belajar teknik dan strategi SEO bagi usahawan yang ada laman web ataupun kedai online e-Commerce.
Jadi, dalam artikel ni saya akan terangkan pada anda 7 kelebihan belajar teknik dan strategi SEO untuk laman web bisnes tak kira samaada anda guna laman web untuk menulis blog sahaje, sebagai kedai online ataupun kedua-duanya sekali. Jom layan!
Strategi SEO Bukan Iklan Berbayar! – Kelebihan Belajar Teknik Dan Strategi SEO 1
Bagi saya, inilah kelebihan yang saya perlu letakkan di tempat pertama dalam senarai 7 Kelebihan Belajar Teknik Dan Strategi SEO ni. Kenapa? Sebab saya nak anda jelas bahawa teknik dan strategi SEO ni berbeza dengan FB Ads, Instagram Ads dan Google Ads. Teknik SEO bukan iklan berbayar.
Jadi, dengan adanya ilmu teknik SEO ni, usahawan dapat jimatkan modal kewangan untuk pemasaran online berbanding menggunakan medium pemasaran iklan berbayar yang lain. Untuk lebih faham tentang konsep asas teknik SEO, saya sarankan anda baca artikel Jom Belajar SEO Untuk Bisnes E-Commerce! yang saya pernah tulis.
Strategi SEO Meletakkan Laman Web Kita Di Halaman Pertama Google! – Kelebihan Belajar Teknik Dan Strategi SEO 2
Belajar teknik dan strategi SEO untuk laman web atau kedai online e-Commerce adalah untuk berusaha menjadikan halaman produk atau blog dalam laman web kita disenaraikan kat halaman pertama hasil carian Google.
Sebagai contoh, kalau kita jual smartwatch, kita nak halaman smartwatch yang kita jual dalam laman web kita keluar kat halaman pertama hasil carian Google kalau orang buat carian pasal smartwatch.
Kalau bakal pelanggan jumpa kedai online e-Commerce anda kat halaman pertama Google, anda berpeluang dapat trafik yang percuma, konsisten dan berkualiti tanpa buat iklan berbayar.
Tapi macam mana kalau anda tak tahu teknik dan strategi nak rangkingkan kedai online e-Commerce anda? Laman web atau kedai online e-Commerce anda tak muncul dalam senarai hasil carian Google.
Kalau orang tak jumpa laman web bisnes anda kat Google, maknanya anda dah terlepas peluang untuk buat jualan.
Strategi SEO Mengajar Kita Bina Bisnes Online Untuk Jangka Masa Panjang! – Kelebihan Belajar Teknik Dan Strategi SEO 3
Teknik SEO bukan sahaje mengajar, malah memaksa anda untuk fikirkan satu bisnes yang anda betul-betul nak buat untuk jangka masa yang panjang. Kenapa?
Sebab, benda yang paling kritikal sekali dalam teknik SEO untuk laman web bisnes ialah anda kena buat keputusan niche apa yang anda nak pilih untuk laman web anda dan produk apa yang anda nak jual. Ini diajar dalam Modul 1.0.
Bila kita dah jelas tentang niche dan produk, kita akan buat kajian keywords berkaitan bisnes kita kat Google. Keywords tersebut adalah perkataan atau ayat yang orang taip untuk buat carian kat Google. Keywords-keywords inilah bukti permintaan terhadap sesuatu niche atau produk. Ini diajar dalam Modul 2.0.
Dengan keywords tersebut, kita akan gunakan untuk merancang struktur laman web kita yang melibatkan susunan sturuktur link untuk kategori dan halaman produk serta kategori dan halaman artikel kat bahagian blog. Ini diajar dalam Modul 3.0.
Seterusnya, dengan keywords ni jugaklah kita akan gunakan untuk merancang kandungan setiap artikel kat bahagian blog nanti. Ini diajar dalam Modul 4.0. Segalanya berkait dan sesuatu yang anda perlu fikirkan secara kritikal sebelum anda mula membina laman web.
Sebab tu lah saya katakan strategi SEO mengajar kita bina bisnes online untuk jangka masa panjang dan ini sangat bagus untuk anda sebagai seorang usahawan online.
Strategi SEO Mengajar Kita Menjual Pada Pasaran Yang Terbukti Ada Permintaan! – Kelebihan Belajar Teknik Dan Strategi SEO 4
Kalau kita buat iklan berbayar seperti FB Ads atau Instagram Ads, kita promosikan sesuatu kepada sekumpulan pengguna media sosial berdasarkan sesuatu minat (interest). Tapi, bukan semua orang yang tengok iklan kita, berminat dengan apa yang kita promosikan. Konsepnya, kita yang mencari siapa prospek yang berminat melalui iklan berbayar tersebut.
Berbeza dengan teknik SEO, kita membina bisnes, laman web, mencari produk dan menghasilkan artikel kat bahagian blog berdasarkan keywords yang terbukti mempunyai jumlah carian kat Google. Seperti yang saya katakan, keywords-keywords ini adalah bukti permintaan terhadap sesuatu niche atau produk.
Jadi, konsepnya ‘demand and supply’. Dah terbukti orang mencari sesuatu, kita sediakan kat laman web kita. Dengan teknik SEO, ia akan memudahkan laman web anda dijumpai prospek kat enjin carian Google.
Strategi SEO Meletakkan Bisnes Anda Dihadapan Berbanding Pesaing! – Kelebihan Belajar Teknik Dan Strategi SEO 5
Dengan belajar teknik dan strategi SEO dan aplikasikan pada laman web anda, sudah tentu akan meletakkan bisnes anda lebih kehadapan berbanding laman web pesaing lain yang tidak menggunakan teknik SEO.
Melalui laman web jugak, anda dapat menarik pelanggan baru, kembangkan bisnes dan membna jenama bisnes anda kat dunia internet.
Kesimpulan Kelebihan Belajar Teknik Dan Strategi SEO Untuk Bisnes
Ini adalah beberapa kelebihan yang saya nampak lepas habis go-through video panduan Lubuk Trafik. Memang tak dapat dinafikan lagi, rankingkan laman web bisnes kita kat halaman pertama hasil carian Google adalah sangat penting lebih-lebih lagi kalau nak bersaing dengan pesaing bisnes anda.
Apa yang anda jangkakan daripada Lubuk Trafik dengan hanya tengok pada tajuk besar kandungannya sahaje? Adakah ia satu ilmu baru bagi anda ataupun sesuatu yang memang anda memang dah lama buat. Cer kongsikan kat bahagian komen. Woot woot!
.
[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]
0 Comments