Kenapa Usahawan Online Wajib Ada Kedai Online e-Commerce?

January 19, 2018

By admin

Comments

Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!



Hai! Selamat tahun baru 2018 daripada Team Shopievo kepada anda Usahawan Online Malaysia! Anda teruja ke tak yang kita ni dah pun masuk ke tahun 2018? Kami pasti anda pun mesti teruja jugak paling tidak pun pada malam sebelum tahun baru.

 

Tapi kami rasa teruja kita-kita yang usawahawan online ni mungkin sekejap jer kalau keesokan harinya kita bangun tidur, check emel…krik krik krik~ “Mana ni! Tak ada notification jualan masuk pon!!” huhu.

 

Sebab tak ada yang lebih excited pada usawahan online daripada notification jualan masuk untuk produk yang kita promosikan! Betul tak?

 

Jadi, kami nak tanya ni. Sudahkah anda bawak bisnes anda to the next level iaitu bisnes e-Commerce?

zzZZeeetttTTT~ *bunyi kaset rosak*

 

Ya! Bisnes e-Commerce! Oh ya, sebelum tu kami nak ucap tahniah dulu pada anda jika anda sebelum ini sudah pun berjinak-jinak dengan bisnes online atau ekonomi digital ni. Paling tidak pun, kami rasa anda sudah pun mampu menjual di Facebook dan Instagram.

 

Kami Team Shopievo jugak usahawan online seperti anda. Misi kami lebih besar. Kami nak bimbing usahawan online di Malaysia untuk sentiasa update dengan trend, teknologi dan usaha-uaha yang terbukti menjadi.

 

Dari situ, berbaliklah kita pada soalan ‘Sudahkan anda bawa bisnes anda to the next level iaitu bisnes e-Commerce?’.

 

Di Malaysia sekarang ni, tak ramai yang betul-betul faham apa itu e-Commerce. Kebanyakannya akan terfikirkan Marketplace yang besar dan popular seperti Lazada, Zalora, Shopee, eBay, Amazon dan sebagainya.

 

Ya, itu pun memang e-Commerce. Tapi jika e-Commerce bagi anda terhad kepada nama-nama yang besar ini sahaja, anda silap.

 

Bisnes e-Commerce adalah satu model bisnes yang mana aktiviti berjual beli berlaku secara online. Dan e-Commerce ni jugak merujuk kepada laman web yang menjual sesuatu produk, yang lengkap dengan sistem pengurusan tempahan dan pembayaran online.

 

Dalam bahasa melayunya ada beberapa versi orang panggil contohnya kedai online, laman web perniagaan dan yang kerajaan kita panggil sebagai e-Dagang.

 

Jadi kalau anda jumpa perkataan e-Dagang kat dalam tv atau surat khabar lepas ni, anda dah tau “Oh! Kedai online!” haha.

 

Tahukah anda, ada juga ‘e-Commerce jenis persendirian’?

 

Ya! Kedai online tak kira untuk perniagaan kecil, besar, dropship, stokis atau produk owner asalkan ia adalah kedai online untuk bisnes anda sendiri, itu juga adalah e-Commerce!

 

Contohnya seperti laman web ini – Fazeea.Net. Simplekan kedai online ni? Tahu tak anda yang pemilik kedai online nie dah pun menjana XXXX tanpa perlu Whatsapp dengan pelanggan!

 

Bisnes Online e-Commerce – Kurangkan Beban Dan Jimatkan Masa Anda Sebagai Peniaga!

 

Anda pasti sudah ada bisnes sendiri dan dah pun bawa bisnes anda ke tahap menjual secara onlineAnda dah menjual di Facebook samaada dengan cara post produk anda di FB Page, buat FB Ads, spam produk anda di Facebook Group (Opss..hehe) dan upload secara konsisten gambar-gambar produk ke Instagram dengan pelbagai strategi yang anda tau.

 

Dan yang pasti, kesemua cara promosi online yang anda buat ini, akan berahkhir dimana anda perlu melayan prospek yang berminat dengan produk anda di Whatsapp. Prospek ya! Tak tau lagi dia ni pembeli yang serius ke idok! Prospek anda pun tanya beberapa soalan yang die nak tau berkaitan produk anda tu. Anda pulak terpaksa taip satu-satu untuk reply segala persoalan.

 

Oh! Mungkin anda dah sedia tulis jawapan dekat satu group whatsapp yang hanya ada anda sorang supaya anda boleh copy-paste butiran produk pada prospek tadi, haha!

 

Anda pun gigih la copy-paste untuk close sale. Reply demi reply, prospek anda senyap. Anda tengok jam, sedar tak sedar dah guna masa anda 15 ke 30 minit. Tunggu punya tunggu…Choi! Rupanya bukan pembeli yang serius. Letih. Itu baru 1 pelanggan, kalau ada banyak? Belum masuk yang duk ‘PM’…’PM’ macam bunyi burung dekat komen post anda di FB hasil dari iklan yang anda buat lagi.

 

Sebenarnya, apa yang anda buat tu belum dikira e-Commerce lagi. Ye, online, tapi bukan e-Commerce. Kerana jual beli masih berlaku secara manual. Cara yang meletihkan dan membebankan anda. Menggunakan banyak tenaga dan masa anda.

 

Anda dah bawak bisnes anda ke tahap bisnes online tapi mungkin belum e-Commerce. Jual beli yang berlaku di laman web kedai online anda sendiri dan segalanya berlaku secara automatik termasuklah pembayaran! Dengan adanya kedai online e-Commerce sendiri untuk bisnes anda, anda tidak perlu lagi membazir masa ber-Whatsapp atau bermesej dengan pelanggan. Segala butiran mengenai produk anda sudah pun anda letak di halaman produk di kedai online anda.

 

Bila prospek baca dan bersedia untuk membuat pembelian, dia hanya perlu mengklik beberapa butang sahaja sebelum membuat pembayaran melalui sistem pembayaran online yang selamat samaada Paypal atau Billpliz.

 

Penting untuk jimatkan masa dan tenaga anda untuk benda-benda lain pada tahun 2018 ni. “Azam dua tahun lepas pun bawak sekali tahun ni! Mana ada masa sangat!”

 

Bisnes Online e-Commerce – Mudahkan Prospek Jumpa Bisnes Atau Produk Anda Di Internet!

 

Info penting untuk anda usahawan online. Mari kita tengok isu semasa yang paling latest. Berdasarkan laman web Harian Metro, 5 Cawangan Pasaraya Giant ditutup sejak 5 November 2017 tahun lepas. Kenapa?

 

Menurut Menteri PDNKK sendiri, pemilik Pasaraya Giant dalam strategi mengurangkan kos dan mengikut trend semasa pengguna yang gemar membeli barangan secara online

 

 

Ya, bisnes-bisnes besar juga dah mula selari dengan trend semasa pengguna di Malaysia yang lebih sudah mula selesa dan kerap beli barang secara online. Anda perlu mengambil berat kepada trend ini. Anda kena tahu di mana bakal pelanggan anda akan mencari produk anda di internet.

 

Untuk lebih jelas tentang hal ini, cuba anda letakkan diri anda sebagai pengguna yang ingin mencari sesuatu produk di internet untuk menyelesaikan masalah anda.

 

Sebagai contoh, anda mencari produk untuk mengurangkan masalah resedung. Jika anda mencari di internet, di mana anda akan search dahulu?

 

Google! Anda akan taip di Google…‘beli ubat resedung online’. Orang yang mencari sesuatu di internet akan ke google dahulu. Kalau anda tanya pada kengkawan anda pun, “Weh, mana nak cari ubat resedung eh?” Kebiasaannya mereka akan cakap “Alaaa…ko gugel je”.

 

Kat sini lah pentingnya kenapa anda wajib ada laman web kedai online sendiri. Anda mungkin sudah bina bisnes di FB dan Instagram, tapi untuk mereka yang mencari di tempat utama ni, apa persediaan anda? Mudahkan bakal pembeli untuk jumpa bisnes atau produk anda dari pelbagai sudut!

 

Bisnes Online e-Commerce – Sangat, Sangat, Sangat Senang Nak Mula!

 

Anda jangan rasa give up bila dengar ‘bina kedai online sendiri’, ‘bina laman web perniagaan sendiri’, bina itu bina ini.

 

Anda mungkin fikir “Haihh…menyusahkan aku pulak nak tambah satu kerja lagi nak pergi belajar IT pulak nak buat website kedai online ni”. Atau anda dah mula serabut nak kena keluar duit hire pembuat website bayar pakej ribu riban pulak.

 

Choi!!! Helloo…it’s two thousand and eighteeeen (2018) hokkayy~. Anda dah tak perlu keluar modal puluh ribu riban macam Pasaraya Giant untuk bina kedai fizikal untuk mula berniaga.

 

Anda jugak tak perlu pun keluar modal ribu riban untuk membayar pembuat laman web untuk bina  kedai online anda. Hari ini semua benda anda boleh buat sendiri dengan main klik-klik sahaja pada mouse anda.

 

 

Kami faham, anda pun faham adat berniaga…kalau kita bukak kedai fizikal sekalipun sebagai contoh, kita keluar modal yang agak besar sewa foodtruck jual makanan-makanan hipsturrr, belum tentu lagi kita dapat tarik orang datang kedai kita.

 

Orang yang datang pulak belum tentu akan beli lagi! Berbeza dengan bisnes online e-Commerce, kita tak perlu keluar lebih Rm 50 pun untuk bina kedai online kita sendiri. Teknologi semakin canggih. Pemaju teknologi sentiasa meletakkan diri mereka di tempat pengguna. Tidak terkecuali dalam industri bisnes online. Hari ini, usahawan online boleh membina sendiri kedai online mereka dalam masa 30 minit sahaja.

 

Kami di Shopievo menggunakan e-Commerce website builder ‘EasyStore’ dan juga ‘Shopify’ untuk membina kedai online. Malah, pada bulan Oktober 2017 tahun lepas, kami telah pun melancarkan Shopievo 2.0Shopievo 2.0 adalah panduan lengkap, langkah demi langkah newbie-friendly bagaimana membina satu sistem bisnes yang lengkap daripada membina kedai online anda sendiri, membuat promosi menggunakan FB Ads dan menguruskan jualan.

 

Lebih 1000 usahawan online yang telah pun bersama-sama kami di dalam group Shopievo. Jika anda belum lagi bersama-sama mereka meluangkan masa belajar bagaimana membina satu sistem bisnes yang lengkap, anda sedikit ketinggalan untuk tahun 2018.

 

Bisnes Online e-Commerce – Jana Duit Ketika Anda Tidur!

 

Ya! Laman web kedai online kita beroperasi 24 jam dalam sehari macam 7 Eleven. Bezanya, kita lagi maju! Kedai kita beroperasi 24 jam tapi kita tak perlu ‘jaga’ kedai kita 24 jam.

 

Kita tak perlu pun ambil pekerja untuk jaga kedai kita 24 jam tukar-tukar shift. Kita tak perlu pekerja untuk uruskan transaksi bayaran pebelian kedai online kita. Semuanya automatik dan mudah nak bina sekarang!

 

Apa pentingnya kedai online yang beroperasi 24 jam di internet? Waktu tidur kita berbeza-beza. Ada orang, pukul 12 malam sampai subuh, baru dia ‘hidup’. Siang dia jadi zombi.

 

Senang cerita, masa kita berbeza-beza. Ada orang yang pagi-pagi buta baru ada masa nak bukak laptop atau fon kerana bekerja di siang hari dan komitmen pada keluarga pada waktu malam.

 

Jika bisnes atau produk anda hanya di FB dan Intagram, mereka pun tau waktu-waktu cenggini, anda ‘off’. Jadi mereka pun tak whatsapp anda untuk membuat pembelian pada waktu itu.

 

Kalau anda ada laman web e-Commcerce, segala butiran dan gambar pasal produk kita dah sediakan awal-awal. Kalau pelanggan berminat, mereka boleh terus membuat pembelian dan membayar secara automatik online banking. Ingat, segalanya automatik!

 

Keesokan harinya anda bangun tidur, “eh..ada order masuk!”. Pembayaran pun dah dibuat. Anda tinggal lagi nak poskan sahaja barang customer tu. Jika anda berniaga secara dropship, anda terus bagi butiran pada supplier anda dan transfer hanya harga dropship sahaja.

 

Bisnes Online e-Commerce – Cipta ‘branding’ anda sendiri, ‘market’ anda sendiri dan dengan cara anda sendiri!

 

Berbeza dengan cara anda berniaga di FB Page dan Instagram sebelum ini, anda kurang fleksibel untuk wujudkan ‘branding’ kedai anda sendiri.

 

Caranya hanya terhad kepada menukar kepada gambar logo bisnes anda sahaja dan page anda itu tak nampak lagi seperti kedai online anda sendiri, masih lagi nampak bayangan Facebook kat situ.

 

Tetapi jika anda wujudkan kedai online anda sendiri, bisnes anda kelihatan lebih profesional. Anda boleh pilih imej kedai sendiri dan warna tema kedai yang anda nak. Anda jugak boleh wujudkan koleksi-koleksi produk yang anda jual.

 

Sebagai contoh, kalau anda menjual pakaian dan aksesori muslimah, anda boleh satukan tudung dalam satu koleksi yang sama jenis, pakaian dalam satu koleksi yang sama jenis, handsock dalam satu koleksi dan begitu juga produk-produk yang lain.

 

Dengan ini, kedai online anda akan lebih teratur, tersusun, nampak profesional dan serius untuk berniaga. Prospek pun suka untuk melawat kedai anda dan tau apa yang boleh mereka dapat dari kedai anda.

 

Tambahan lagi, jika mereka ingin mencari sesuatu yang spesifik di dalam kedai online anda, mereka boleh membuat carian di bahagian search box kedai anda. Berbeza dengan anda berniaga di Facebook atau instagram.

 

Jika prospek membuat carian di bahagian search box FB atau Instagram, akan keluarlah banyak lagi produk-produk lain dari orang lain. Silap-silap mereka tidak jumpa pun produk anda.

 

Bisnes Online e-Commerce – Kenapa Anda perlu Mula Hari Ini?

 

Sekarang sudah tahun 2018. Telah banyak panduan-panduan lengkap untuk membantu anda membina bisnes e-Commerce sendiri. Sebenarnya, bisnes online e-Commerce ini dah ramai yang buat kat luar negara.

 

Cuma kat Malaysia ni, masih baru. Dalam semua yang tahu, belum tentu betul-betul ada motivasi untuk buat! Jadi, anda perlu ambil peluang ini. Jika anda boleh mulakan antara yang terawal di Malaysia, senang untuk laman web bisnes anda muncul di bahagian first page Google.

 

Kami Team Shopievo sebenarnya dah lama wujudkan panduan lengkap langkah demi langkah membina bisnes dropship secara e-Commerce. Pada tahun 2016, kami melancarkan Shopievo 1.0. Shpievo 1.0 adalah panduan bina bisnes e-Commerce untuk pasaran luar negara. Baru-baru ini, kami melancarkan panduan Shopievo 2.0 pada bulan Oktober 2017, panduan bina bisnes e-Commerce untuk pasaran Malaysia.

 

Kepakaran kami adalah bisnes online e-Commerce. Kami tahu salah satu halangan terbesar usahawan untuk memulakan perniagaan kecil adalah kurangnya pengetahuan dan bantuan.

 

Jadi, dengan adanya panduan yang kami wujudkan sejak tahun 2016 ini, semoga makin ramai lagi usahawan online di Malaysia yang celik e-Commerce. Klik sini jika anda berminat untuk belajar Shopievo 2.0, boleh Klik Sini.

 

Tapi kalau anda belum sedia lagi nak invest dengan harga panduan Shopievo 2.0 yang premium, kami juga sediakan satu produk khas untuk bantu anda bangunkan kedai online e-Commerce anda sendiri dengan hanya yuran komitmen RM1 sahaja. Klik sini untuk baca lebih lanjut.

 

Oh ya! Ada satu benda yang membezakan anda dengan usahawan-usahawan lain untuk tahun 2018 – TAKE ACTION! Kami sudah memulakan tahun 2018 dengan bisnes e-commerce. Bagaimana pula dengan anda?

 

Cuba ceritakan tahap bisnes anda sekarang di bahagian komen dan bagitahu apa halangan anda untuk memulakan bisnes e-commerce setakat ini? Kami cuba untuk bantu! Woot woot!

.



Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!

Related Posts

Usahawan Online 105 – Ilmu Penting Tahun 2020

Usahawan Online 105 – Ilmu Penting Tahun 2020

Hai! Dah lama saya tak sambung tulis artikel untuk siri Usahawan Online dalam blog Shopievo. Yang terakhir haritu bulan April 2019, hah! Sekarang kita dah pun sampai artikel ke 5 dalam siri ni. Kat bawah ni senarai artikel yang lepas… . Usahawan Online 101: Cara Buat...

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Hai! Tak sangka kita dah pun berada dalam bulan ke 2 dalam tahun 2020. Cepat jer masa berlalu. Biasa pun memang macam tu lah…hm. Rasa baru jer haritu kita plan nak buat apa bila masuk tahun baru 2020. Tup tup…bulan 2 dah. . Jadi saya ucapkan selamat tahun baru 2020...

1 Comments

1 Comment

  1. ulcerge

    cialis professional There are limitations in our study, it would be better to use molecular methods to more accurately identify isolates

    Reply

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kenapa Usahawan Online Wajib Ada Kedai Online…

by admin time to read: 8 min
1