Hari ni semakin banyak persaingan dari usahawan lain yang menggunakan FB Ads, Instagram Ads, Google Ads dan sebagainya yang menyebabkan kos beriklan untuk mendapatkan peanggan baru semangkin meningkat. Jadi, kita sebagai usahawan tak boleh bergantung sepenuhnya pada marketing untuk mencari pelanggan baru dengan tujuan untuk stabilkan atau kembangkan bisnes.
.
Selain mencari pelanggan baru, anda jugak boleh stabilkan atau kembangkan bisnes hanya dengan menggalakkan pelanggan sedia ada membuat repeat order. Jadi, selain membuat marketing untuk dapatkan pelanggan baru, anda jugak boleh rancang strategi marketing terhadap pelanggan sedia ada, yang mana biasa kita panggil sebagai database marketing.
.
Namun begitu, saya yakin jenis produk yang kita jual jugak menjadi faktor penting samaada ia mendorong pelanggan sedia ada membuat repeat order atau tidak. Tambahan lagi, kalau sesuatu produk tu ada potensi untuk repeat order pun, berapa lama tempoh masa yang perlu ditunggu sehingga pelanggan membuat order yang seterusnya? Adakah ‘kitaran hidup’ produk tersebut dapat bagi kita pendapatan yang stabil seperti yang kita nak?
.
Itulah beberapa perkara yang kita perlu fikirkan untuk menggalakkan pelanggan sedia ada membuat repeat order seterusnya menjamin bisnes yang stabil untuk jangka masa panjang. Jadi, dalam artikel ni saya akan kongsikan 8 kriteria produk yang berpotensi dapat repeat order supaya anda boleh pertimbangkan kriteria-kriteria tersebut bilamana anda mencari dan memilih produk baru nanti. Jom layan…
.
Produk Jenis Keperluan
.
Kriteria pertama untuk produk yang berpotensi dapat repeat order ialah produk tersebut mestilah produk jenis keperluan. Secara umumnya, manusia berbelanja terhadap 3 jenis produk yang ada kat pasaran iaitu produk jenis keperluan, produk jenis kehendak dan produk yang trending.
.
Produk jenis keperluan adalah benda-benda yang orang perlukan dalam hidup dia untuk menjalani kehidupan seharian. Kalau benda-benda ni tak ada, susah orang tu nak hidup dengan selesa dan tenang. Contoh paling mudah ialah ubat gigi, sabun mandi, handphone dan internet.
.
Berbeza dengan produk jenis kehendak dan trending yang mana ia lebih kepada minat nak dapatkan sesuatu produk. Dengan bajet yang terhad, sudah pasti orang akan utamakan produk jenis keperluan berbanding produk jenis kehendak dan trending. Setiap kali produk jenis keperluan habis, rosak atau hilang, pasti akan mendorong pengguna untuk membuat repeat order.
.
Produk Jenis Problem Solver – Kriteria Produk Yang Berpotensi Dapat Repeat Order!
.
Boleh dikatakan, semua produk jenis keperluan mesti ada ciri-ciri ‘problem solver’. Sebagai contoh, kita perlukan ubat gigi dan sabun mandi untuk menjaga kebersihan diri supaya sentiasa rasa segar dan lebih berkeyakinan berinterakasi dengan orang sekeliling. Kita perlukan handphone dan internet untuk berkomunikasi dan mengakses aplikasi online supaya beberapa aktiviti seharian boleh diselesaikan dengan cepat secara on-the-go sahaja.
.
Sama jugak, setiap kali produk jenis ‘problem solver’ ni habis, rosak atau hilang, pasti akan mendorong pengguna untuk membuat repeat order. Tapi, persoalan seterusnya yang perlu difikirkan ialah, berapa lama tempoh masa yang perlu ditunggu sehingga pelanggan membuat order yang seterusnya? Adakah ‘kitaran hidup’ produk tersebut dapat bagi kita pendapatan yang stabil seperti yang kita nak?
.
Paling kurang pun, mesti kita nak pelanggan repeat order dalam masa sebulan, betul tak? Ibarat kita ada pendapatan yang konsisten setiap bulan. Jadi, selain produk jenis keperluan dan problem solver, kriteria yang perlu ada pada produk yang berpotensi dapat repeat order dengan pantas ialah…
.
Produk Dengan Kitaran Hidup Yang Singkat
.
Produk dengan kitaran hidup yang singkat dapat menggalakkan repeat order dalam jangka masa yang singkat. Kebiasaannya, ia adalah produk dengan kuantiti yang terhad dalam sekali pembelian. Kita ambil contoh ubat gigi dan handphone. Kedua-duanya adalah produk jenis problem solver.
.
Namun begitu, kitaran hidupnya berbeza. Kuantiti ubat gigi yang kita beli adalah terhad bergantung pada saiz dan kebiasaannya kita akan beli baru setiap bulan. Berbeza dengan handphone, pengguna hanya akan beli baru selepas 2 atau 3 tahun ataupun kalau rosak atau hilang. Sudah tentu kita sebagai usahawan akan utamakan produk dengan kitaran hidup yang singkat untuk menggalakan repeat order.
.
Produk Makanan Dan Minuman – Kriteria Produk Yang Berpotensi Dapat Repeat Order
.
Produk makanan dan minuman kebiasaannya senang untuk dapat repeat order. Sebabnya, produk makanan dan minuman jugak ialah produk dengan kitaran hidup yang singkat. Bila habis dimakan atau diminum, pengguna kena beli lagi dan lagi kalau diorang suka dengan sesuatu makanan atau minuman tersebut. Cuba anda fikir orang yang jual nasi lemak pagi-pagi tu, kenapa diorang boleh konsisten buat jualan hari-hari? Haa…
.
Produk makanan dan minuman jugak termasuk makanan harian, makanan untuk golongan tertentu seperti makanan bayi, produk supplement untuk kesihatan dan produk supplement untuk kecantikan. Inilah antara produk-produk dengan kitaran hidup yang singkat dan mendorong pelanggan untuk membuat repeat order.
.
Kesimpulan Kriteria Produk Yang Berpotensi Dapat Repeat Order
.
Itulah 4 kriteria produk yang berpotensi dapat repeat order yang sempat saya kongsikan dalam artikel kali ni. 4 kriteria tersebut ialah produk jenis keperluan, produk jenis problem solver, produk dengan kitaran hidup yang singkat dan produk makanan dan minuman. “Eh, 4 jer? Bukan tajuk cakap nak kongsi 8 ke..?”
.
Sebenarnya, ada 4 lagi kriteria lain yang saya nak kongsikan lagi tapi saya akan sambung dalam artikel seterusnya, okay? Okay, cukup dulu setakat ni untuk artikel kali ni, kita sambung lagi dalam artikel part 2 pulak nanti. Cer anda kongsi pendapat anda pulak kat bahagian komen, apa lagi kriteria produk yang senang dapat repeat order? Mana tahu, boleh bagi saya idea untuk masukkan dalam artikel seterusnya nanti..? Woot woot!
I have read your article carefully and I agree with you very much. This has provided a great help for my thesis writing, and I will seriously improve it. However, I don’t know much about a certain place. Can you help me? https://www.gate.io/tr/signup/XwNAU
what is propecia Hey did you get pregnant