Nak Buat Bisnes Dropship Tanpa Modal? Meh Sini Abam Tunjukkan..

October 14, 2018

By admin

Comments

Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!



Hai! Saya rasa bisnes dropship ni dah jadi benda yang tak asing lagi kat rakyat Malaysia bila bercakap pasal menjana pendapatan sampingan. Bila terfikir nak mula usahakan satu bisnes sendiri jer, kebanyakannya mesti akan terfikir ‘bisnes dropship’.

 

Salah satu tips yang saya pernah kongsikan dalam artikel Cara Memulakan Perniagaan Online ialah mulakan dengan modal yang rendah. Tujuannya adalah untuk cut cost, minimumkan risiko berniaga dan nak elakkan kerugian.

 

Tapi boleh tak seseorang tu buat bisnes dropship tanpa modal langsung?! Haa..kalau ada caranya, of course kita pun nak buat kan? Itu yang saya akan tunjukkan kat anda dalam artikel ni.

 

Jawapannya memang boleh, TAPI, macam mana langkah-langkahnya tu, itu yang kita kena tengok dulu.  Saya akan tunjukkan pada anda dari sudut 5 komponen penting dalam proses buat bisnes online iaitu ilmu, produk, pembekal produk (supplier), tempat menjual (platform) dan strategi menjual (pemasaran).

 

Okay, tak nak cakap banyak..jom layan!

 

Lengkapkan Diri Dengan Ilmu Bisnes Dropship! – Langkah 1 Buat Bisnes Dropship Tanpa Modal

 

Untuk mula buat bisnes dropship tanpa modal, pertama sekali sudah tentu anda perlu ada serba sedikit ilmu berkaitan bisnes dropship dulu.

 

Ilmu yang macam mana?

 

Anda perlulah faham bagaimana konsep dropship dan jelas dengan cara buat bisnes dropship. Macam mana prosesnya, apa aturan langkah-langkahnya, macam mana agen dropship tu boleh buat keuntungan, dari mana boleh dapatkan produk dan sebagainya.

 

Kebiasaannya, kita akan beli e-Book atau video panduan untuk belajar sesuatu bisnes tu, betul tak? Dan ini memang cara yang terbaik sebab panduan tersebut akan ajar langkah demi langkah buat sesuatu bisnes berdasarkan pengalaman yang dan terbukti menjadi.

 

Tapi kat situ jer dah kena keluar duit beli panduan. Macam mana pulak nak mulakan tanpa keluar modal..??

 

Okay, boleh. Anda boleh mula tambah ilmu dengan membaca artikel-artikel yang free kat Google atau tengok video-video kat Youtube jer. Tak ada cara lain. Ataupun, tak payah cari jauh-jauh, saya pun pernah tulis artikel pasal Cara Buat Bisnes Online Dropship.

 

Melalui artikel tersebut, InsyaAllah akan meletakkan anda di jalan yang betul dalam memulakan bisnes dropship.

 

Tak Perlu Keluar Modal Untuk Beli Borong Produk! – Langkah 2 Buat Bisnes Dropship Tanpa Modal

 

Sememangnya, itulah adat bisnes dropship. Anda tak perlu keluar modal untuk beli borong sesuatu produk. Kebiasaannya, usahawan akan keluar modal untuk beli secara borong dulu sesuatu produk supaya dapat harga yang murah dan menjual semula dengan harga mark-up.

 

Tapi, risikonya ialah kalau produk tu tak terjual. Modal dah keluar tapi tak dapat nak buat jualan balik. Rugi.

 

Salah satu kelebihan buat bisnes dropship ialah anda tak perlu keluar modal untuk beli produk. Kenapa? Sebab dalam bisnes dropship, anda bertindak sebagai wakil jualan atau orang tengah. Tugas anda sebagai agen dropship cuma promosikan produk milik supplier (pembekal produk) sahaje.

 

Anda jugak boleh baca artikel 7 Kelebihan Buat Bisnes Dropship yang saya pernah tulis. Jadi, untuk produk, kita memang tak keluar modal kat sini, huhu.

 

Pilih Program Dropship Tanpa Yuran Pendaftraran! – Langkah 3 Buat Bisnes Dropship Tanpa Modal

 

Setiap produk mesti ada pembekalnya (supplier). Anda nak dapat produk dari mana? Dalam bisnes dropship, kita mestilah buat perjanjian dengan orang yang ada buat produk sendiri atau orang yang dah beli borong sesuatu produk dengan kuantiti yang banyak dari luar negara dan bawa masuk ke Malaysia untuk dijual.

 

Kita buat perjanjian dengan pemilik produk tu untuk jadi agen dropship dan promosikan produk diorang. Kebanyakan supplier memang mencari dan perlukan agen dropship.

 

Kanapa kebanyakan supplier perlukan agen dropship? Sebab diorang pun nak produk diorang terjual dengan cepat. Jadi, win-win situation. Diorang ada duit banyak, sediakan produk. Kita sebagai agen dropship tolong diorang promosi dan jual. Haa..nampak kan?

 

Tapi, ada supplier yang kenakan yuran pendaftaran untuk jadi agen dropship diorang. Ada jugak yang tak perlu dan free jer.

 

Kalau anda bertanya kenapa ada supplier yang kenakan yurang pendaftaran untuk jadi agen dropship, sebabnya diorang nak tapis orang yang betul-betul serius nak berniaga jer. Diorang tak nak orang yang main-main, mula-mula cakap nak jadi agen dropship, tapi lepas tu krikk..krikk, tak tolong diorang promosi dan buat jualan pun.

 

Kalau anda tak nak keluar modal, pilih supplier yang tawarkan program dropship tanpa yuran pendaftaran. Caranya, anda kena tanya sendiri satu-satu supplier tu, macam mana nak jadi agen dropship diorang.

 

Promosikan Produk Di Instagram! – Langkah 4 Buat Bisnes Dropship Tanpa Modal

 

Seterusnya kita tengok dari sudut tapak menjual pulak (platform). Ada banyak tapak menjual kat dunia online ni. Anda kena tau kat mana anda nak jual produk anda. Kita mestilah nak jual kat tempat yang ada banyak orang kan?

 

Antara tempat yang banyak orang ‘lepak’ kat dunia online ni ialah Google, marketplace (contoh: Shopee dan Lazada), Facebook, dan Instagram. Tapi saya sarankan anda mulakan bisnes dropship dengan promosikan produk kat Instagram jer dulu.

 

Kenapa?

 

Sebab, kalau anda nak orang jumpa produk anda kat Google, anda kena ada laman web atau kedai online e-Commerce. Kebiasaannya ada modal yang perlu dikeluarkan untuk buat laman web seperti yuran bulanan dan perlu ambil masa sikit untuk belajar bahagian teknikal.

 

Kalau kat Shopee atau Lazada pulak, diorang akan hold dulu duit pembayaran dari pembeli sehinggalah produk sampai ke alamat pembeli. Jadi anda dah kena keluar modal dulu untuk bayar produk tersebut pada supplier. Lepas produk sampai ke alamat pembeli, barulah Shopee atau Lazada lepaskan duit pembayaran dari pembeli tu pada anda.

 

Kalau kat Facebook pulak, bagi saya tak praktikal kalau anda nak promosikan melalui FB Page sahaje sebab anda kena kumpul followers dulu untuk FB Page bisnes anda tu dan kebiasaannya usahawan akan gunakan iklan berbayar FB Ads.

 

Jadi, saya sangat sarankan anda mulakan bisnes dropship dengan promosikan produk kat Instagram. Kenapa? Baca artikel 3 Teknik Praktikal Pemasaran Instagram ni untuk tahu lebih lanjut, huhu. Dalam artikel tu jugak, saya tunjukkan cara buat akaun Instagram untuk bisnes.

 

Belajar Strategi Menjual Di Instagram! – Langkah 5 Buat Bisnes Dropship Tanpa Modal

 

Seterusnya kita tengok dari sudut strategi menjual (pemasaran). Ada banyak strategi untuk menjual secara online. Ada strategi berbayar (contoh; FB Ads, Instagram Ads) dan ada jugak yang percuma. Lain platform, berbeza pulak strateginya.

 

Oleh sebab kita dah pilih Instagram sebagai tapak untuk promosi dan menjual secara online, anda kenalah belajar strategi menjual kat Instagram secara percuma. Untuk permulaan, anda boleh baca artikel-artikel yang saya pernah tulis berkaitan pemasaran Instagram kat blog Shopievo.com ni.

 

Kesimpulan Buat Bisnes Dropship Tanpa Modal

 

Jadi, memang betul lah seseorang tu boleh buat bisnes dropship tanpa modal langsung. Melalui langkah-langkah yang saya dah tunjukkan, anda dapat cut cost, minimumkan risiko dan elakkan kerugian dalam memulakan bisnes dropship.

 

Okay, sekarang…apa pendapat anda pulak tentang mulakan bisnes dropship tanpa modal? Praktikal atau tidak langkah-langkah yang saya tunjukkan tadi? Atau mungkin anda ada cara tersendiri untuk mulakan bisnes dropship tanpa modal.

 

Kongsikan pengalaman anda pulak kat bahagian komen. Semoga bermanfaat! Woot woot!

.



Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!

Related Posts

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Hai! Tak sangka kita dah pun berada dalam bulan ke 2 dalam tahun 2020. Cepat jer masa berlalu. Biasa pun memang macam tu lah…hm. Rasa baru jer haritu kita plan nak buat apa bila masuk tahun baru 2020. Tup tup…bulan 2 dah. . Jadi saya ucapkan selamat tahun baru 2020...

Tutorial Cara Buat Kad Bisnes Digital Untuk Bisnes

Tutorial Cara Buat Kad Bisnes Digital Untuk Bisnes

Pada bulan December 2019 yang lepas, bos Wazeen ada buat satu announcement dalam group IM Lejen pasal satu software baru yang kita semua memang akan guna untuk bisnes kita. Software ni free jer. . Dan walaupun memang semua orang boleh guna, macam biasa… group premium...

Tutorial Buat Facebook Shop Dan Masukkan Produk!

Tutorial Buat Facebook Shop Dan Masukkan Produk!

Hai dan salam! Untuk artikel kali ni saya nak tunjukkan secara ringkas dan padat langkah-langkah nak buat Facebook Shop seterusnya masukkan produk yang anda jual ke dalam FB Shop tu. Facebook Shop adalah bahagian ‘Shop’ atau katalog kat dalam Facebook Page untuk anda...

3 Comments

3 Comments

  1. Rara

    clear enough notice

    Reply
  2. Hisham

    Jutaan terima kasih kerana berkongsi ilmu perniagaan dropship. Hanya Allah yang dapat membalasnya

    Reply
  3. ulcerge

    propecia uk Only The Fire Bone Demon s Fire Hammer can effectively damage it, At the critical moment, Fengyue s back wings were wide open, and an invisible barrier shrouded the mummy

    Reply

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Nak Buat Bisnes Dropship Tanpa Modal? Meh Sin…

by admin time to read: 5 min
3