Perkataan niche memang banyak kita dengar dalam bidang perniagaan. Pemilihan niche bisnes online adalah satu proses sebelum kita memilih produk apa yang kita nak jual. Ia adalah satu proses penting dalam bisnes lebih-lebih lagi untuk bisnes dropship e-Commerce.
Niche adalah perkataan dalam Bahasa Inggeris yang bermaksud ‘a specialized segment of the market for a particular kind of product or service’. Senang je nak paham apa itu niche. Niche bermaksud satu kumpulan yang lebih spesifik daripada sesuatu kumpulan yang besar untuk sesuatu produk atau servis.
Kalau kita cakap ‘niche market’, tu bermaksud satu pasaran yang lebih spesifik daripada sesuatu pasaran yang besar. Sebagai contoh, kita nak try buat bisnes sewa kenderaan untuk orang yang tiada kenderaan. Market untuk menyewa kenderaan ini besar.
Kita nak fokus pada bisnes sewa kenderaan jenis yang macam mana? Adakah bisnes sewa kereta? Sewa lori? Sewa motor? Atau sewa basikal? Sewa kereta, lori atau basikal adalah niche market sebab ia fokus kepada tujuan dan permintaan yang lebih spesifik.
Kalau kita cakap ‘niche audience’, tu bermaksud satu kumpulan pengguna yang lebih spesifik yang berpotensi dan berminat untuk membeli produk atau menggunakan servis bisnes kita. Sebagai contoh, orang yang tiada kenderaan dan berminat untuk menyewa kenderaan adalah satu kumpulan pengguna yang besar.
Pelajar yang berminat untuk menyewa kereta untuk berjalan-jalan adalah satu niche audience sebab ia lebih spesifik kepada pengguna tertentu. Orang yang berminat untuk menyewa lori untuk pindahkan barang rumah adalah satu niche audience lagi. Pelajar kolej yang berminat untuk sewa basikal untuk riadah petang-petang juga adalah satu niche audience.
Pemilihan niche adalah satu proses penting dalam bisnes. Apabila anda sudah ada niche untuk anda fokuskan, ia akan memudahkan anda untuk memilih produk untuk bisnes anda nanti.
Dalam perniagaan, niche market atau niche audience kita gelarkan sebagai niche sahaja sebab kedua-duanya adalah benda yang sama malah berkait.
Kalau kita mengkaji sesuatu market, kita juga mengkaji sesuatu audience sebab market tertentu, topik tertentu atau kategori tertentu ada audiencenya yang tersendiri. Ada 3 jenis audience atau pelanggan berpotensi dalam bisnes.
Pemilihan Niche Bisnes Online – 3 Jenis Audience Atau Pelanggan Berpotensi Dalam Bisnes
Ada 3 jenis audience atau pelanggan berpotensi dalam bisnes iaitu Mass Audience, Niche Audiece dan Sub-niche Audience. Mass Audience jugak dikenali sebagai macro-market yang mana macro bermaksud sesuatu yang besar atau luas.
Niche audience pula dikenali jugak sebagai micro-market yang mana berlawanan dengan macro-market. Saiz audiencenya lebih kecil dan lebih spesifik. Sub-niche audience pula adalah sesuatu audience yang lebih spesifik lagi dibawah niche-audience.
Lazada adalah tempat terbaik untuk saya tunjukkan kepada anda contoh ketiga-tiga jenis audience atau market ini. Sebagai contoh di dalam gambar dibawah, kategori yang saya tandakan di dalam kotak berwarna merah ini adalah senarai kategori besar atau Mass Market yang juga mempunyai Mass Audience tertentu.
(Seperti yang saya terangkan, market dan audience adalah berkait)
Kalau kita masuk ke laman web Lazada, kita akan lihat senarai kategori besar ini di halaman depan laman web Lazada. Kebiasaanya, orang yang masuk ke laman web Lazada sudah bersedia untuk membeli sesuatu.
Fungsi senarai kategori ini adalah sebagai panduan untuk memudahkan pelawat mencari barang yang mereka inginkan. Setiap kategori ini mempunya mass audience atau pelanggan yang berminat dengan produk di dalam kategori-kategori tersebut.
Jika kita halakan mouse pada ‘Electronic Devices’, akan keluarlah senarai yang lebih spesifik di bawah kategori tersebut iaitu niche untuk kategori ‘Electonic Devices’. Sekarang kita sudah tau, orang yang berminat dengan barangan elektonik, terbahagi kepada barangan elektronik tertentu.
Contoh niche yang kita boleh lihat di bwah kategori Electronic Devices ialah Audio, Cameras, Dekstop Computers, Drones dan sebagainya. Di setiap niche tersebut, ada niche audience masing-masing iaitu orang yang minat dengan produk-produk tersebut.
Jika kita halakan pula mouse pada satu niche tertentu, akan keluarlah pula senarai sub-niche untuk niche tertentu tersebut. Sebagai contoh, sub-niche yang ada dibawah niche Audio adalah sepeti Headphones & Headsets, Live Sounds & Stage Equipment, Microphones, MP3/MP4 dan sebagainya.
Sekarang kita sudah tau, orang yang berminat dengan barangan elektonik jenis audio, terbahagi pula kepada barangan elektronik audio tertentu.
Tetapi saya juga perlu jelaskan, bahawa niche tidak terhad kepada kategori, minat atau keperluan terhadap sesuatu sahaja. Lihat beberapa contoh lain berikut untuk menentukan niche sesuatu bisnes;
- Harga (Mahal, biasa, murah, diskaun)
- Demografik (jantina, umur, tahap pendapatan, tahap pendidikan)
- Kualiti produk (premium, biasa, rendah)
- Psychografik (nilai, minat, habit)
- Geografik (tempat tinggal pembeli)
Mungkin ramai usahawan beranggapan bahawa niche bisnes online adalah sesuatu yang spesifik dalam minat tehadap sesuatu sahaja. Tetapi niche juga boleh ditentukan melalui beberapa faktor yang telah saya senaraikan di atas.
Sebagai contoh, niche untuk laman web AliExpress adalah produk-produk dengan harga mampu milik daripada negara China. Niche untuk laman web Amazon pula adalah ‘kedai online yang ada segalanya’.
Seeloknya, usahawan perlu mulakan bisnes yang dilandaskan di atas satu niche audience supaya lebih spesifik dan fokus. Salah satu kesilapan usahawan yang baru nak mulakan perniagaan adalah diorang cuba nak jadi kedai yang ada segalanya macam Amazon.
Hanya syarikat yang besar sahaja boleh buat macam ni sebab diorang dah ada reputasi yang baik, orang ramai dah kenal dan percaya dan yang paling penting ada modal yang besar untuk kembangkan bisnes diorang dalam apa sahaja kategori. Sebagai usahawn kecil yang baru nak bermula, eloklah kita fokus kepada satu niche bisnes online.
Kesimpulan Pemilihan Niche Bisnes Online
Untuk mengakhiri artikel ini, saya nak sampaikan satu cerita yang menarik kepada anda berkaitan niche. Berdasarkan laman web Entrepreneur, masa Jeff Bezos mula-mula bina Amazon pada tahun 1994, dia hanya jual buku. Amazon adalah kedai buku online macam MPH pada awalnya.
Pada masa tu, Jeff Bezos perasan yang kedai buku fizikal hanya boleh menjual ratusan jenis buku sahaja dengan stok yang terhad sebab ruang kedai yang kecil. Dengan adanya kedai buku online, dia boleh pamerkan seberapa banyak pun buku dan pelbagai jenis buku. Jadi, niche untuk bisnes Amazon pada masa tu hanyalah untuk orang yang minat membaca buku.
Kemudian, Jeff Bezos kembangkan Amazon kepada kategori lain seperti CD. Masa musim cuti, dia try menjual permainan dan video games buat sementara untuk kaji permintaan. Sekarang, Amazon adalah online marketplace terbesar di dunia yanag mana pengguna boleh membeli apa sahaja secara online.
Kesimpulan daripada cerita ini adalah, cuba mulakan bisnes anda dalam satu niche yang spesifik dahulu. Apa-apa pun anda tidak semestinya perlu kekal dengan niche itu ampai bila-bila. Anda boleh kembangkan bisnes anda pada niche yang lain suatu hari nanti.
Cuma, kelebihan memulakan perniagaan dalam satu-satu niche adalah ia dapat membantu anda untuk mempunyai satu arah tuju yang jelas untuk bisnes anda. Banyak bisnes gagal sebab usahawan tidak fokus.
Kalau anda nak mulakan bisnes anda dan ada kedai online anda sendiri, cuba cari satu nama kedai atau jenama yang general dan tidak menunjukkan sesuatu niche. Sebagai contoh, walaupun Amazon mula dengan menjual buku-buku secara online, tak ada pun perkataan ‘book’ dalam jenamanya. Ini membolehkan Amazon mengembangkan bisnesnya kepada kategori dan niche yang lain.
Cer kongsikan kat bahagian komen, apa niche bisnes online anda sekarang? Kalau anda sudah ada kedai online, sharekan juga link kedai online e-Commerce anda kat bahagian komen ye! Woot woot!
0 Comments