Tips Bisnes Online 101: Cara Memulakan Perniagaan Online

October 11, 2018

By admin

Comments

Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!



Hai! Agak lama saya tak tambah perkongsian baru kat blog Shopievo.com ni. Nak dekat 3 minggu jugak menyepi. Kemana saya selama 3 minggu tu? Huhu. Saya pergi bertapa kejap kat dalam gua merancang apa lagi manfaat yang saya boleh sampaikan pada anda melalui penulisan saya kat blog ni.

 

Antara perancangan saya untuk artikel-artikel baru akan datang kat blog Shopievo.com ni ialah nak buat satu siri artikel berkaitan ‘Tips Bisnes Online’. Daripada kajian saya, sebenarnya ramai usahawan online yang dahagakan nasihat atau tips berkaitan bisnes online walaupun tips tu simple.

 

Tujuannya adalah untuk refresh balik ilmu yang ada dan sebagai menjadi peringatan setiap masa. Jadi, dalam siri artikel Tips Bisnes Online yang pertama ni, saya akan berkongsi nasihat dan tips untuk memulakan perniagan online. Jom layan!

 

Daftar Perniagaan Anda Dengan SSM! – Cara Memulakan Perniagaan Online | Tips Bisnes Online 101

 

Kalau anda nak berniaga kat Malaysia ni, anda wajib ada lesen perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Tak terkecuali jugak perniagaan yang dijalankan secara online.

 

Melalui Peraturan Pengguna (Urusniaga Perdagangan Elektronik) 2012 yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2013, semua perniagaan atas talian (perniagaan online) wajib berdaftar dengan SSM. Ini adalah usaha yang dilakukan kerajaan untuk melindungi hak pengguna yang membeli secara online.

 

Dengan lesen perniagaan tersebut, peniaga wajib mendedahkan maklumat berikut kat platform di mana perniagaan dijalankan;

 

 

Lesen perniagaan bukan sahaja untuk melindungi hak pengguna malah memberi manfaat kepada peniaga tu sendiri. Ia dapat menjadikan anda usahawan online yang profesional, berkeyakinan dalam menjalankan bisnes online dan memberi keyakinan kepada pengguna untuk membeli dari anda.

 

Tentukan Model Bisnes Online Anda! – Cara Memulakan Perniagaan Online | Tips Bisnes Online 101

 

Ada banyak cara untuk buat bisnes online.  Saya pernah kongsikan 4 cara buat duit online sebelum ni. Anda jugak boleh rujuk 4 idea bisnes modal kecil yang anda boleh buat secara online. Antaranya adalah menjual produk fizikal, menjual produk digital dan menawarkan servis melalui kemahiran yang anda ada.

 

Setiap model bisnes online ada proses yang berbeza. Kemahiran yang diperlukan jugak sedikit berbeza. Tool atau software yang diperlukan untuk menjayakan bisnes online tu jugak ada yang berbeza.

 

Jadi, penting untuk anda tahu serba sikit dulu proses umum sesuatu model bisnes online tersebut dan fokus pada satu yang memihak pada kekuatan anda. Bagaimana nak tahu? Anda kena banyakkan membaca, huhu.

 

Mulakan Dengan Modal Yang Rendah! – Cara Memulakan Perniagaan Online | Tips Bisnes Online 101

 

Seeloknya, mulakan bisnes online anda dengan model bisnes yang boleh mula dengan modal yang rendah. Sebenarnya anda dah buat keputusan yang bijak untuk berjinak-jinak dengan bisnes online sebab anda tak perlu keluar modal untuk sewa kedai dan bayar gaji pekerja. Bisnes online ni anda boleh mula buat sorang-sorang guna Instagram jer.

 

Okay, anda kena mula dengan model bisnes yang boleh mula dengan modal yang rendah. Sebagai contoh, dah tentu lebih baik anda mula buat bisnes dropship dulu daripada membeli borong sesuatu produk untuk dijual semula.

 

Contoh lain, lebih baik anda mula promosikan produk anda kat Instagram secara percuma jer dulu sebelum menggunakan servis pengiklanan berbayar seperti FB Ads dan Instagram Ads. Haa..kalau boleh, kita cut cost selagi boleh untuk nak mulakan bisnes online ni.

 

Jangan Buat Pinjaman Bank! – Cara Memulakan Perniagaan Online | Tips Bisnes Online 101

 

Tips seterusnya dari saya ialah, sebaiknya jangan buat pinjaman bank untuk mulakan bisnes online anda. Buat pinjaman bank ni nampak ‘sedap’ sebab kita akan dapat duit banyak sedebuk mula-mula. Jadi, mungkin kita fikir kita mudah nak beli borong sesuatu produk dan senang nak guna duit tu untuk tujuan pemasaran.

 

Tapi perlu diingat, duit pinjaman tu kita kena bayar balik jumlah tertentu untuk tempoh masa tertentu secara berkala. Macam mana kalau apa yang kita rancang tu tak menjadi seperti apa yang kita nak? Sebagai contoh, usaha kita tu tak menghasilkan jualan yang stabil setiap bulan. Jadi, ‘sakit’ nanti kita nak cari duit bayar balik hutang kita dengan bank tu.

 

Jadi, bawak beringat lah ye…buat pinjaman bank ni baik untuk KEMBANGKAN bisnes tapi mohon dielakkan untuk MULAKAN bisnes. Bila bisnes online yang anda usahakan dah boleh hasilkan pendapatan yang stabil setiap bulan, barulah pertimbangkan untuk buat pinjaman bank untuk kembangan bisnes anda.

 

Minimumkan risiko. Minimumkan kerugian.

 

Tambah Ilmu Dan Konsisten Dalam Usaha! – Cara Memulakan Perniagaan Online | Tips Bisnes Online 101

 

Seperti yang saya cakap dalam point nombor 2 tadi, penting untuk anda tahu serba sikit dulu proses umum sesuatu model bisnes online tersebut dan fokus pada satu yang memihak pada kekuatan anda.

 

Kebiasaannya, untuk tambah ilmu berkaitan sesuatu model bisnes online tu, kita akan beli panduan-panduan bisnes online berbentuk e-Book ataupun video panduan. Sebabnya, kita kena ikut langkah-langkah seseorang yang dah berjaya dalam sesuatu bisnes tersebut.

 

Sekarang ni ada macam-macam panduan bisnes online yang anda boleh jumpa kat Google ataupun FB. Mungkin anda sendiri pun rasa ‘lost’ tak tahu model bisnes yang mana yang patut anda mula buat dulu dan dari mana nak mula.

 

Oleh sebab kami, Team Shopievo fokus pada model bisnes online dropship dan menjual produk fizikal melalui kedai online e-Commerce, saya sarankan anda join komuniti kami Geng Shopievo: 1 Usahawan 1 e-Commerce.

 

Melalui komuniti Geng Shopievo ni, anda akan dapat akses ke 12 video tutorial langkah demi langkah buat bisnes dropship yang lengkap dan cara bangunkan kedai online e-Commerce anda sendiri. Apa yang best, anda hanya perlu laburkan Rm1 (seringgit) jer untuk ilmu yang bakal anda dapat melalui komuniti ni nanti.

 

Ingat, mulakan dengan modal yang rendah! Hehe.

 

Tentukan Jual Produk Apa Dan Untuk Siapa! – Cara Memulakan Perniagaan Online | Tips Bisnes Online 101

 

Dan akhir sekali, penting untuk anda fikirkan dengan jelas, anda nak jual produk apa dan kepada siapa. Ini adalah penting supaya anda fokus menjual produk yang betul, hanya kepada orang yang betul sahaje.

 

Ramai usahawan yang gagal dalam bisnes online sebab tak fokus pada niche tertentu, tak tahu apa produk yang hot dan tak jelas siapa audience pasaran diorang. Jadi, untuk selesaikan bahagian ni, saya sarankan anda baca artikel pemilihan niche bisnes online, langkah mudah buat kajian pasaran dan cara pilih produk hot yang senang nak jual.

 

Okay, itu jer dari saya buat masa ni, jumpa lagi dalam artikel seterusnya! Woot woot!

.



Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!

Related Posts

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Hai! Tak sangka kita dah pun berada dalam bulan ke 2 dalam tahun 2020. Cepat jer masa berlalu. Biasa pun memang macam tu lah…hm. Rasa baru jer haritu kita plan nak buat apa bila masuk tahun baru 2020. Tup tup…bulan 2 dah. . Jadi saya ucapkan selamat tahun baru 2020...

Manfaat IM Lejen Untuk Usahawan e-Commerce (PART 2)

Manfaat IM Lejen Untuk Usahawan e-Commerce (PART 2)

Hai dan salam! Artikel ni sebenarnya ialah sambungan untuk artikel bertajuk ‘Bagaimana IM Lejen Membantu Anda Dalam Bisnes e-Commerce?'’ yang lepas. Cuma tajuknya saya terpaksa ubah kali ni sebab tajuk yang asal tu panjang sangat lebih-lebih lagi bila saya nak tambah...

Kriteria Produk Yang Berpotensi Dapat Repeat Order (Part 2)

Kriteria Produk Yang Berpotensi Dapat Repeat Order (Part 2)

[Ini adalah sambungan artikel untuk Kriteria Produk Yang Berpotensi Dapat Repeat Order (Part 1)] Dalam artikel sebelum ni, saya sempat kongsikan 4 kriteria produk yang berpotensi dapat repeat order. 4 kriteria tersebut ialah produk jenis keperluan, produk jenis...

1 Comments

1 Comment

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Bisnes Online 101: Cara Memulakan Pernia…

by admin time to read: 4 min
1