Tips Bisnes Online 102: Tips Pilih Produk Untuk Bisnes Dropship

November 1, 2018

By admin

Comments

Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!



Hai! Kita jumpa balik dalam siri artikel Tips Bisnes Online! Dalam Tips Bisnes Online 101 sebelum ni, saya dah kongsikan tips berkaitan cara memulakan perniagan online.

 

Dalam artikel tu, saya nasihatkan anda daftarkan perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Itu adalah langkah pertama sebab ia adalah undang-undang di bawah akta Peraturan Pengguna (Urusniaga Perdagangan Elektronik) 2012 yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2013.

 

Point penting yang saya nak sampaikan dalam artikel sebelum ni ialah mulakan bisnes online anda dengan modal yang rendah, minimumkan risiko, minimumkan kerugian dan guna benda-benda yang free jer selagi boleh, huhu.

 

Ada pelbagai model bisnes online yang anda boleh buat. Daripada tips yang saya kongsikan sebelum ni, dapat kita buat kesimpulan bahawa cara terbaik untuk mulakan bisnes online ialah dengan buat bisnes dropship. Sebabnya? Anda boleh mula buat bisnes dropship tanpa modal langsung!

 

Jadi, untuk artikel kali ni, saya ingat nak kongsikan pada anda tips bisnes online berkaitan dengan bisnes dropship. Saya nak kongsikan tips pilih produk untuk bisnes dropship.

 

Sesetengah usahawan online yang nak mulakan bisnes dropship, teragak-agak atau tak tahu nak jual produk apa. Sebenarnya bukan sebab tak tahu, tapi sebab banyak sangat pilihan produk.

 

Tambahan lagi bila tengok orang lain jual macam-macam sampai viral dan meletop. “Itu viral, ini pun viral, mana satu aku nak jual dulu ni..??”.

 

Jadi, dengan adanya tips ni, semoga dapat membantu anda buat keputusan dengan cepat dan tak bazir masa susah-susah fikir nak jual produk apa untuk buat bisnes dropship. Jom layan!

 

Mulakan Degan Idea Yang Anda Ada! – Tips Pilih Produk Untuk Bisnes Dropship | Tips Bisnes Online 102

 

Tipu kalau anda cakap anda tak ada idea langsung nak jual apa. Mesti ada. Cuma anda rasa tak yakin samaada produk tu boleh terjual atau pun tidak. Tapi tak apa, untuk permulaan, cuba anda fikirkan benda-benda yang ‘dekat’ dengan kehidupan anda.

 

Sebagai contoh, hobi, minat, keperluan dalam kehidupan dari pagi sampai malam yang anda selalu guna, aksesori-aksesori yang anda selalu guna, benda-benda yang anda suka beli dan benda-benda yang buat anda rasa bangga kalau ada.

 

Catatkan semua idea anda kat atas kertas supaya idea tu tak hilang nanti, huhu. Selain tu, catatkan jugak produk-produk yang anda pernah nampak orang jual dan anda pun rasa nak jual jugak.

 

Ini hanyalah proses untuk kembangkan idea. Jom tengok langkah seterusnya…

 

Pilih Dan Fokus Pada 1 Niche! – Tips Pilih Produk Untuk Bisnes Dropship | Tips Bisnes Online 102

 

Lepas anda dah catatkan semua idea produk tadi, asingkan setiap produk mengikut niche masing-masing. Sebagai contoh, kasut untuk berlari adalah dalam niche berlari atau running. Helmet motor pulak adalah dalam niche motor atau motorcycle.

 

Kalau anda tak jelas apa itu niche, saya pernah tulis artikel pasal pemilihan niche dalam bisnes online. Anda boleh rujuk artikel tu.

 

Okay, lepas tu anda kena pilih 1 jer niche yang anda kena fokuskan untuk buat bisnes dropship nanti. “Nak pilih yang mana satu..? Semua idea ni best-best..!” Okay, pilih satu niche yang anda betul-betul minat. Orang putih cakap, ‘passion’.

 

Kebanyakan usahawan tak boleh nak pergi jauh dalam bisnes dropship sebab tak minat dengan niche produk yang diorang jual tu. Diorang ikut orang jer. Orang lain nampak berjaya jual produk tu dia pun nak jual jugak. Tapi sebenarnya diri sendiri tak ada minat.

 

Untuk bantu anda, saya pernah tulis artikel pasal Kelebihan Pemilihan Idea Bisnes Dropship Berdasarkan Hobi. Anda boleh rujuk artikel tu.

 

Tahu Ciri-ciri Produk Hot – Tips Pilih Produk Untuk Bisnes Dropship | Tips Bisnes Online 102

 

Lepas anda dah pilih satu niche, anda kena tahu pulak produk apa yang hot dalam niche tu yang senang nak jual. Proses pemilihan produk adalah proses yang sangat kritikal untuk bisnes dropship anda.

 

Kalau nak ikutkan hati, kita boleh je jual apa sahaje produk yang kita rasa kita nak jual. Yang penting sekali, adakah produk yang kita nak jual tu, adalah benda yang orang nak beli.

 

Kalau anda main pilih jer produk yang anda ‘rasa’ nak jual tapi sebenarnya tak ada permintaan, ia akan buatkan anda kehabisan banyak duit pada proses pemasaran, meletihkan anda dan membazir masa anda jual sesuatu yang orang tak ingin nak beli pun.

 

Sebab tu lah anda kena tahu ciri-ciri produk hot yang senang nak jual. Saya pernah tulis artikel pasal Cara Pilih Produk Hot Yang Senang Nak Jual. Anda boleh rujuk artikel tu.

 

Pastikan Anda Jelas, “Jual Apa Untuk Siapa?” – Tips Pilih Produk Untuk Bisnes Dropship | Tips Bisnes Online 102

 

Okay, bila anda dah buat keputusan nak pilih niche dan produk apa, cuba fikirkan pulak anda nak jual pada siapa produk tu? Bayangkan anda nak cipta satu slogan untuk bisnes anda. Slogan anda tu mestilah ringkas dan padat. Bila orang baca sekali, dah tahu apa benda bisnes anda ni sebenarnya.

 

Sebagai contoh…

 

Jual helmet motor untuk lelaki yang ada motor.

 

Jual beg tangan tote untuk pelajar perempuan kat universiti.

 

Jual mobile joystick untuk lelaki yang suka main game kat fon.

 

Haaa..gitu. Kalau anda sendiri tak dapat nak selesaikan satu slogan yang ringkas dan padat ni, menunjukkan anda sendiri tak jelas lagi nak jual produk apa dan nak promosikan pada siapa.

 

Penting untuk anda jelas dengan gambaran bakal pelanggan anda, sebab anda hanya akan fokus promosikan produk tu pada orang yang betul sahaje. Pelanggan anda adalah orang yang akan bantu untuk bangunkan bisnes anda. Jadi, pastikan anda jelas siapa bakal pelanggan anda.

 

Kesimpulan Tips Pilih Produk Untuk Bisnes Dropship | Tips Bisnes Online 102

 

Okay, itu sahaje tips yang saya nak kongsikan pada anda kali ni. Hanya 4 langkah mudah sahaje. Anda baca sekali lalu jer ke atau betul-betul take note? Tips yang saya kongsikan tadi nampak simple, tapi kalau anda baca betul-betul dan buat, anda akan nampak macam mana impaknya pada bisnes dropship yang anda nak buat nanti.

 

InsyaAllah, tips ni dapat bantu anda untuk buat keputusan dengan cepat dan tak bazir masa susah-susah fikir nak jual produk apa untuk buat bisnes dropship nanti. Cukup sampai kat sini dulu, jumpa lagi dalam artikel seterusnya! Woot woot!

.



Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!

Related Posts

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Hai! Tak sangka kita dah pun berada dalam bulan ke 2 dalam tahun 2020. Cepat jer masa berlalu. Biasa pun memang macam tu lah…hm. Rasa baru jer haritu kita plan nak buat apa bila masuk tahun baru 2020. Tup tup…bulan 2 dah. . Jadi saya ucapkan selamat tahun baru 2020...

Manfaat IM Lejen Untuk Usahawan e-Commerce (PART 2)

Manfaat IM Lejen Untuk Usahawan e-Commerce (PART 2)

Hai dan salam! Artikel ni sebenarnya ialah sambungan untuk artikel bertajuk ‘Bagaimana IM Lejen Membantu Anda Dalam Bisnes e-Commerce?'’ yang lepas. Cuma tajuknya saya terpaksa ubah kali ni sebab tajuk yang asal tu panjang sangat lebih-lebih lagi bila saya nak tambah...

Kriteria Produk Yang Berpotensi Dapat Repeat Order (Part 2)

Kriteria Produk Yang Berpotensi Dapat Repeat Order (Part 2)

[Ini adalah sambungan artikel untuk Kriteria Produk Yang Berpotensi Dapat Repeat Order (Part 1)] Dalam artikel sebelum ni, saya sempat kongsikan 4 kriteria produk yang berpotensi dapat repeat order. 4 kriteria tersebut ialah produk jenis keperluan, produk jenis...

0 Comments

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Bisnes Online 102: Tips Pilih Produk Unt…

by admin time to read: 4 min
0