Pada bulan December 2019 yang lepas, bos Wazeen ada buat satu announcement dalam group IM Lejen pasal satu software baru yang kita semua memang akan guna untuk bisnes kita. Software ni free jer.

.
Dan walaupun memang semua orang boleh guna, macam biasa… group premium IM Lejen antara orang terawal yang dapat tahu pasal software terbaru ni selain dapat akses ke softwarepremium yang lain dan kelebihan-kelebihan lain untuk ahli IM Lejen.

.
Software yang saya maksudkan ialah DGKad. Gunanya adalah untuk buat kad bisnes digital untuk bisnes kita. Kad bisnes atau ’business card’ juga adalah salah satu usaha marketing untuk bisnes.
.
Kebiasannya, dalam kad bisnes ada maklumat seperti nama brand atau syarikat, info diri dan info untuk contact. Tujuannya untuk marketing, tingkatkan kredibiliti dan mudahkan mudahkan prospek untuk contact . Selain ‘business card’ fizikal tu, sekarang ni anda boleh buat kad bisnes digital atau kita panggil ‘biolink’.
.
“Macam mana pulak dengan kad bisnes digital tu..?”
.
Masih lagi dengan tujuan yang sama iaitu untuk marketing, tingkatkan krebiliti dan mudahkan prospek nak contact… kad bisnes digital adalah satu landing page simple yang ada nama brand atau syarikat, logo, info bisnes, info untuk contact dan butang Call-To Action untuk tujuan tertentu.
.
Kita boleh masukkan macam-macam benda dalam kad bisnes digital. Cer tengok demo kad bisnes digital yang dibuat guna DGKad ni; https://dgkad.com/demo. Dalam artikel ni, saya akan tunjukkan langkah demi langkah cara buat kad bisnes digital atau ‘biolink’ guna software DGKad.
.
Tutorial Cara Buat Kad Bisnes Digital Untuk Bisnes Guna Software DGKad
.
Mula-mula sekali, anda pergi ke laman web DGKad; https://my.dgkad.com. Kemudian klik pada butang ‘Register for FREE Now’ dan klik ‘Sign Up Now’.

.
Isikan segala maklumat yang diperlukan untuk pendaftaran akaun DGKad seperti nama, emel dan password. Kemudian klik ‘Register’.

.
Anda akan dibawa kembali ke halaman utama laman web DGKad. Terus jer klik butang ‘Log In’ dan anda akan masuk ke bahagian ‘Dashboard’ akaun DGKad anda.

Kalau anda tengok kat bahagian atas sekali kat Dashboard tu, ada satu tab ‘Tutorial’. Setakat ni ada beberapa video tutorial yang boleh bantu anda macam mana nak mula gunakan DGKad. .
Antaranya…’How to create your Mobile Digital Card (Biolink)’, ‘How to create Link Shortener’, ‘How to enable Subscription Box & Download Your Subscribers List’ dan ‘How to place your FB Messenger Live Chat’.

.
Klik pada butang warna hijau ‘Create Project’ kat halaman Dashboard. Masukkan nama projek. Anda boleh masukkan nama bisnes anda. Sebagai contoh, saya letak nama ‘Cat Jewelry’ untuk bisnes jual aksesori pencinta kucing (contoh jer). Lepas tu, klik ‘Create’.

.
Kemudian, anda scroll sikit ke bawah kat halaman Dashboard tu ke bahagian ‘Your Project’. Kat situ anda akan nampak nama projek yang anda cipta tadi. Klik pada nama projek tu.

.
Anda akan dibawa ke halaman khusus untuk projek tu. Kat bahagian ‘Project Links’, ada tertulis ‘There are no links for this project’. Sebab kita belum buat apa-apa biolink lagi. Klik pada butang warna hijau ‘Create’ dan pilih ‘Biolink’ untuk buat biolink baru…

.
Masukkan nama yang anda inginkan pada URL biolink anda. Sudah tentulah kita nak nama bisnes kita pada link URL tu. Jadi, saya masukkan nama bisnes saya ‘catjewelry’. Link URL biolink saya akan jadi macam ni; https://dgkad.com/catjewelry.

.
Anda kena pilih cepat-cepat nama link untuk kad bisnes digital anda ni sebab orang lain tak boleh guna nama yang sama. Kalau ada orang lain yang dah guna nama bisnes anda tu, anda kena pilih nama yang lain, huhu.
.
Sekarang kita akan design biolink untuk bisnes kita. Anda boleh masukkan gambar logo, tulis tajuk biolink, tulis description, tukar warna tulisan dan tukar warna background. Untuk background, anda boleh pilih warna sendiri kalau anda dah ada kod warna untuk branding bisnes anda.
.

.
Anda jugak boleh masukkan kod tracking seperti Google Analytics ID dan Facebook Pixel untuk tujuan retargeting kepada orang yang dah lawat kad bisnes digital anda. Anda boleh masukkan link HTML banner iklan kat bahagian Header HTML Code atau Footer HTML Code. Sebagai contoh, saya masukkan banner panduan bisnes Shopee kat bahagian Footer.
.
Anda jugak boleh aktifkan fungsi ‘Display Email Subscription Box’ untuk kumpul database emel prospek. Namun setakat ni, DGKad belum lagi boleh diintegrasikan dengan sistem autoresponder emel. Jadi, anda perlu download secara manual senarai emel prospek dan masukkan ke sistem autoresponder emel yang anda gunakan.

.
Untuk tambah fungsi lain, klik pada butang warna hijau ‘Create’ dan anda boleh tambah fungsi lain dalam kad bisnes digital anda seperti link ke Whatsapp, link ke Telegram, playlist lagu, video Youtube dan link ke mana-mana laman web atau landing page lain.

.
Pastikan anda klik butang ‘Update’ kat bawah sekali setiap kali lepas anda edit atau tambah fungsi baru kat biolink anda. Ini adalah contoh hasil kad bisnes digital atau biolink untuk bisnes Cat Jewelry saya lepas saya edit secara simple jer; https://dgkad.com/catjewelry.
.
Walaupun sebenarnya link-link yang saya masukkan kan tu tak berkaitan (haha), tapi itu sekadar contoh jer untuk tutorial dalam artikel ni. Anda mesti boleh buat satu kad bisnes digital atau biolink yang jauh lebih baik dari saya, hehe.
.
Gunakan Biolink Anda Di Media Sosial!
.
Bila anda dah siapkan satu kad bisnes digital atau biolink untuk bisnes ni nanti, anda boleh letakkan biolink tu kat media sosial seperti Instagram Bio, butang Call-To-Action FB Page, profile Whatsapp Business, channel Telegram dan sebagainya.
.
Asasnya, biolink adalah satu link kad bisnes digital yang kita boleh kongsikan pada sesiapa sahaja dan kat mana sahaja secara online.
.
Okay, cukup sampai kat sini dulu untuk artikel kali ni. Anda dah pun belajar sesuatu dari pembacaan tutorial buat bisnes kad digital untuk bisnes guna software DGKad yang saya kongsikan ni.
.
Jangan lupa untuk buat satu biolink guna DGKad ni cepat dan book nama URL yang anda nak untuk kad bisnes digital anda. Takut nanti ada orang yang dah guna nama URL tu kalau anda lambat, huhu. .
Kongsikan jugak link kad bisnes digital anda kat bahagian komen kalau anda dah siap buat satu nanti, huhu. Jumpa lagi dalam artikel seterusnya!