Usahawan Online 101: Cara Buat Duit Online

June 7, 2018

By admin

Comments

Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!



Hai! Apa yang anda fikir bila dengar orang cakap ‘buat duit online’? Kenapa anda nak sibuk-sibuk ambil tahu jugak cara buat duit online? Adakah sebab anda fikir ‘buat duit online’ ni adalah ‘buat duit dengan mudah’?

 

‘Buat duit tanpa usaha atau bekerja’..?

 

‘Buat duit tanpa perlu buat apa-apa’..??

 

‘Buat duit sambil tidur, esok bangun pagi tiba-tiba dah ada duit bawah bantal’..??

 

Choii!!! Amboi, amboi, amboi…Anda jangan macam-macam. Tak ada benda yang boleh bagi anda duit tanpa usaha dalam hidup ni. Jangan percaya benda-benda merepek cepat kaya semua tu ye. Buat duit online bukan jalan shortcut nak capat kaya!

 

Fahami Dulu Konsep ‘Buat Duit Online’!

 

‘Buat duit online’ adalah bahasa mudah yang bermaksud ‘buat duit secara online’. Jadi ada 2 benda penting anda kena faham betul-betul kat sini iaitu ‘buat duit’ dan ‘secara online’.

 

‘Buat duit’ kat sini bermaksud dapatkan duit atau menjana pendapatan. Macam mana kebiasaannya orang dapat duit? Bekerja dan berniaga, betul? Kita pergi kerja, hujung bulan dapat gaji. Kita berniaga, ada orang beli, dapat untung.

 

Kenapa kita dapat duit? Sebab orang bayar kita untuk tenaga, masa dan kebolehan yang kita tawarkan untuk menyelesaikan sesuatu kerja. Ataupun, orang bayar kita jugak sebab diorang nak dapatkan sesuatu yang kita jual.

 

‘Secara online’ pulak bermaksud mengunakan internet dan menggukan teknologi untuk mengakses dunia internet. Contohnya, menggunakan komputer dan smartphone untuk mengakses laman web, Facebook dan Instagram. Benda basic je ni…

 

Jadi, kalau ‘buat duit secara online’..?? Mudah! Menawarkan sesuatu atau menjual sesuatu kat internet seperti laman web, Facebook dan Instagram menggunakan komputer dan smartphone! Jelas kan?

 

Sekarang, fahamkan pulak 4 komponen penting dalam proses buat duit secara online

 

4 Komponen Penting Buat Duit Secara Online!

 

Ada 4 komponen penting yang anda kena tahu, faham dan jelas untuk buat duit secara online iaitu…

 

1. Sesuatu Untuk Dijual (Produk)

 

Yang pertama anda mestilah kena ada ‘sesuatu’ yang anda nak tawarkan dan jual pada orang lain. Anda mesti kena ada produk. Produk yang anda nak jual tak semestinya produk fizikal seperti pakaian dan aksesori sahaje.

 

Anda jugak boleh jual produk digital seperti e-Book dan video panduan. Selain tu, anda jugak boleh tawarkan servis dan perkhidmatan yang menggunakan kemahiran anda untuk menyelesaikan masalah orang lain.

 

2. Pembekal Produk (Supplier)

 

Setiap produk mesti ada pembekalnya. Anda dapat produk dari mana? Untuk produk fizikal, ada orang buat produk sendiri, ada orang beli borong dari luar negara dan bawa masuk ke Malaysia dan ada orang jadi agen tukang tolong jual sahaje (agen dropship).

 

Untuk produk digital, samaada anda buat e-Book dan video panduan sendiri atau jadi agen tukang tolong jual produk digital orang lain sahaje (agen affiliate). Untuk servis dan perkhidmatan pulak, anda hanya guna kemahiran dan pengalaman anda sahaje.

 

3. Tempat Menjual (Platform)

 

Seterusnya, anda kena tau kat mana anda nak jual produk anda. Kita mestilah nak jual kat tempat yang banyak orang kan? Jadi, kat mana orang selalu ‘lepak’ kat dunia online ni? Anda sendiri tahu jawapannya…Google, Marketplace (Contoh: Shopee dan Lazada), Facebook, dan Instagram dan sebagainya.

 

4. Strategi Menjual (Pemasaran)

 

Yang terakhir, anda mestilah belajar cara-cara, teknik dan strategi yang berkesan untuk menjual secara online. Lain platform, lain tekniknya. Sebagai contoh, ada pelbagai teknik dan strategi untuk menjual di Google, Marketplace, Facebook dan Instagram. Dan teknik-teknik tersebut ada yang berbeza untuk setiap platform.

 

Itu sahaje 4 komponen penting yang ada dalam proses buat duit secara online. Kalau anda faham dan jelas tentang konsep dan komponen penting ni, anda akan sedar bahawa buat duit secara online adalah satu usaha yang praktikal. Usaha berjual beli, usaha perniagaan atau usaha buat bisnes.

 

Inilah yang selalu kita cakap dalam bahasa mudahnya, buat duit online atau buat bisnes online. Secara praktikalnya, tak semudah seperti mengungkapkannya. Usaha perlu dipandu dengan ilmu. Ilmu, perlu diterokai dengan masa dan hati yang bersungguh-sungguh. Hah!

 

Sekarang, jom saya tunjukkan kat anda 6 cara buat duit online yang anda boleh usahakan…

 

Buat Bisnes Dropship! – Cara Buat Duit Online 1

 

Buat bisnes dropship memang tak dapat disangkal lagi adalah cara yang terbaik dan hampir tak perlukan modal untuk buat duit secara online. Dalam bisnes dropship, anda sebagai agen dropship atau ‘wakil jualan’ hanya perlu promosikan produk milik supplier sahaje. Anda promosikan produk secara online kat kedai online e-Commerce, Facebook, Instagram atau senaraikan kat Marketplace seperti Shopee atau Lazada.

 

Untuk lebih faham dan jelas pasal bisnes dropship, anda boleh baca artikel Konsep Dropship dan Cara Buat Bisnes Online Dropship ni. Tengok jugak apa 7 Kelebihan Buat Bisnes Dropship. Kalau anda berminat nak belajar cara buat bisnes dropship dan promosikan produk kat kedai online e-Commerce, anda boleh join komuniti kami, Geng Shopievo: 1 Usahawan 1 e-Commerce.

 

Jadi Penjual Di Marketplace! – Cara Buat Duit Online 2

 

Marketplace’ adalah laman web membeli belah secara online. Kalau untuk international, anda mesti pernah dengar eBay dan Amazon. Kalau untuk tempatan, kita ada marketplace Shopee, Lazada, Lelong, Mudah dan sebagainya.

 

Anda boleh jadi penjual kat marketplace tersebut dan menjual apa sahaje seperti produk anda sendiri, produk dropship dan barang terpakai milik anda yang dah tak digunakan lagi. Untuk permulaan, anda boleh explore dan cuba menjual di marketplace Shopee dengan mendaftar sebagai penjual kat sini.

 

Buat Bisnes Affiliate! – Cara Buat Bisnes Online 3

 

Agen affiliate juga adalah ‘wakil jualan’. Bezanya dengan agen dropship ialah, agen dropship promosikan produk berbentuk fizikal manakala agen affiliate pulak promosikan produk berbentuk digital seperti e-Book, video panduan dan software.

 

Kalau ada orang yang beli produk digital tu dari anda, anda boleh menerima komisyen sehingga 50% bergantung pada syarat yang ditetapkan pemilik produk digital tersebut. Pendaftaran sebagai agen affiliate pun kebanyakannya percuma sahaje. Anda boleh promosikan produk digital secara online kat laman web, Facebook dan Instagram.

 

Untuk permulaan, anda boleh join group FB komuniti affiliate kami, Affiliate Centre Shopievo dan cuba promosikan produk-produk digital dari Shopievo.com. Join komuniti affiliate kami untuk tahu lebih lanjut pasal cara buat bisnes online affiliate.

 

Buat Servis Perkhidmatan Guna Kemahiran Anda! – Cara Buat Duit Online 4

 

Anda ada kemahiran atau skill yang kebanyakan orang tak ada? Dengan kemahiran yang anda ada tu, anda tawarkan servis perkhidmatan pada orang. Sebagai contoh, kemahiran yang ada permintaan yang biasa kita tengok ialah grafik design, fotografi, buat video dan tulis artikel.

 

Ataupun anda ada kemahiran yang buat secara offline tapi boleh dipromosikan secara online. Sebagai contoh, kemahiran mengurut, potong rumput, baiki aircond dan bersihkan rumah. Anda boleh promosikan kemahiran anda tu kat FB dan Instagram supaya lebih ramai orang yang tahu pasal servis perkhidmatan anda tu.

 

Jarang orang ada kemahiran-kemahiran tertentu ni, jadi orang sanggup bayar kalau anda ada kemahiran yang dapat selesaikan masalah orang lain, huhu.

 

Kesimpulan Cara Buat Duit Online

 

Alhamdulillah, kalau anda dapat habiskan pembacaan artikel ini sampai sini, anda dah tahu beberapa cara buat duit online seperi yang saya tunjukkan tadi. Anda jugak dah faham dan jelas dengan konsep ‘buat duit secara online’ dan komponen penting dalam proses buat duit secara online.

 

Sekarang anda dah sedar bahawa buat duit secara online adalah satu usaha yang praktikal. Usaha berjual beli, usaha perniagaan atau usaha buat bisnes. Inilah yang selalu kita cakap dalam bahasa mudahnya, buat duit online atau buat bisnes online. Bukannya jalan shorcut nak cepat kaya, huhu.

 

Okay, cukup sampai kat sini dulu untuk artikel kali ni. Anda suka tak artikel yang saya kongsikan ni? Cuba kongsikan pulak cara buat duit online dari pengalaman anda sendiri kat bahagian komen, huhu. Jumpa lagi kat artikel seterusnya, woot woot!

.



Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!

Related Posts

Usahawan Online 105 – Ilmu Penting Tahun 2020

Usahawan Online 105 – Ilmu Penting Tahun 2020

Hai! Dah lama saya tak sambung tulis artikel untuk siri Usahawan Online dalam blog Shopievo. Yang terakhir haritu bulan April 2019, hah! Sekarang kita dah pun sampai artikel ke 5 dalam siri ni. Kat bawah ni senarai artikel yang lepas… . Usahawan Online 101: Cara Buat...

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Hai! Tak sangka kita dah pun berada dalam bulan ke 2 dalam tahun 2020. Cepat jer masa berlalu. Biasa pun memang macam tu lah…hm. Rasa baru jer haritu kita plan nak buat apa bila masuk tahun baru 2020. Tup tup…bulan 2 dah. . Jadi saya ucapkan selamat tahun baru 2020...

0 Comments

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Usahawan Online 101: Cara Buat Duit Online

by admin time to read: 5 min
0