Usahawan Online 102: Kemahiran Asas Untuk Jana Pendapatan Secara Online

July 5, 2018

By admin

Comments

Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!



Hai! Sesiapa sahaje boleh jadi usahawan online. Sesiapa sahaje boleh jana pendapatan secara online. Samaada anda orang yang bekerja sepenuh masa, surirumah, pelajar atau peniaga pasar malam, berniaga online sesuai untuk sesiapa sahaje yang sanggup luangkan masa untuk usahakan perniagaan online.

 

Dalam siri artikel Usahawan Online 101 sebelum ni saya dah terangkan pasal konsep buat duit online supaya sesiapa sahaje yang berminat nak jana pendapatan secara online, betul-betul faham apa yang dimaksudkan dengan ‘buat duit online’.

 

Saya jugak terangkan 4 komponen penting dalam proses jana pendapatan secara online. Kalau anda dah faham konsep dan tahu 4 komponen tersebut, anda akan sedar bahawa jana pendapatan secara online adalah satu usaha berjual beli, usaha perniagaan atau usaha buat bisnes. Cuma cara dan strateginya melibatkan internet dan teknologi.

 

Tak cukup dengan tu, saya tunjukkan 6 cara jana pendapatan secara online supaya dari sini anda dapat gambaran yang jelas bagaimana konsep dan komponen-kompenen tersebut digunakan dalam pelbagai cara yang berbeza yang anda boleh buat kat dunia internet ni. Internet bukan hanya untuk bukak FB ngan tengok Youtube je, kita jugak boleh berniaga!

 

Untuk artikel kali ni pulak, saya akan bantu kembangkan lagi ilmu anda supaya anda boleh lengkapkan diri dengan ilmu yang diperlukan untuk jadi usahawan online. Saya akan terangkan beberapa kemahiran asas yang diperlukan untuk jana pendapatan secara online. Jom layan!

 

Tahu Pilih Produk – Kemahiran Asas Untuk Jana Pendapatan Secara Online 1

 

Saya andaikan anda nak buat bisnes dropship dan anda hanya perlu promosikan produk milik supplier sahaje. Cabarannya ialah mencari, mengkaji dan memilih produk untuk dijual. Orang yang buat bisnes dropship ada terlalu banyak pilihan produk untuk dipromosi. Tapi, penting untuk anda tahu cara pilih produk hot yang senang nak jual.

 

Kalau nak ikutkan hati, kita boleh je jual apa sahaja barang yang kita rasa kita nak jual, kan?  Tapi adakah barang yang kita nak jual tu, adalah benda yang orang nak beli? Bukan itu sahaje, anda perlulah tahu cara nak pilih supplier yang berkualiti dan berkomunikasi dengan supplier tersebut untuk mendapatkan persetujuan menjadi agen dropship untuk produk diorang.

 

Tahu Pilih Niche – Kemahiran Asas Untuk Jana Pendapatan Secara Online 2

 

Salah satu kesilapan usahawan online yang baru nak mulakan perniagaan adalah diorang cuba nak jadi kedai yang ada segalanya macam Amazon. Hanya syarikat yang besar sahaja boleh buat macam ni sebab diorang dah ada reputasi yang baik dan yang paling penting ada modal yang besar untuk kembangkan bisnes diorang dalam apa sahaja kategori.

 

Seeloknya, usahawan yang baru nak mulakan bisnes online perlu tahu pilih niche supaya lebih spesifik dan fokus. Niche adalah satu kategori yang lebih spesifik daripada kategori utama yang lebih besar berkaitan sesuatu topik atau minat. Sebagai contoh, menjual ‘Dekstop Computers’ adalah satu niche yang lebih spesifik berbanding menjual ‘Electronic Devices’ yang lebih luas produknya.

 

Kelebihan memulakan perniagaan dalam satu-satu niche adalah ia dapat membantu anda untuk mempunyai satu arah tuju yang jelas untuk bisnes anda. Ia jugak dapat memudahkan anda untuk memilih produk untuk dijual. Banyak bisnes gagal sebab usahawan tidak fokus.

 

Cabaran bagi usahawan kat sini ialah memilih satu niche yang sesuai untuk mula. Cara yang terbaik adalah pilih niche berdasarkan hobi anda sendiri.

 

Tahu Menggunakan Media Sosial – Kemahiran Asas Untuk Jana Pendapatan Secara Online 3

 

Ada banyak media sosial yang wujud pada hari ini. Tapi cukup sekadar anda tahu guna beberapa media sosial yang kebanyakan orang guna sahaje seperti Facebook, Instagram dan Whatsapp.

 

Anda bayangkan macam ni, anda nak mempromosi dan menjual sesuatu, cara terbaik adalah menjual kat tempat yang ada banyak orang. Lagi banyak orang tahu kewujudan produk anda, lagi tinggi peluang anda buat jualan.

 

Facebook dan Instagram boleh dikatakan media sosial yang paling popular pada hari ini. Aplikasi FB dan Instagram boleh dikatakan aplikasi wajib ada dalam fon setiap orang pada hari ini. FB ngan Instagram ni tempat yang paling banyak orang ‘lepak’ kat dunia Internet.

 

Jadikan Facebook dan Instagram sebagai ‘tapak berniaga’ atau Tempat Menjual (Platform) untuk anda promosikan produk anda. Whatsapp pulak adalah media komunikasi yang menjadi pilihan orang pada hari ini. Kebanyakan usahawan gunakannya untuk berhubung dan follow up dengan prospek dan pelanggan.

 

Tahu Strategi Menjual Secara Online – Kemahiran Asas Untuk Jana Pendapatan Secara Online 4

 

Anda mestilah belajar cara-cara, teknik dan strategi yang berkesan untuk jana pendapatan secara online. Lain platform, lain tekniknya. Sebagai contoh, ada pelbagai teknik dan strategi untuk menjual di Google, Marketplace, Facebook, Instagram dan kedai online e-Commerce. Dan teknik-teknik tersebut berbeza untuk setiap platform.

 

Kami Team Shopievo fokus kepada teknik dan strategi buat bisnes dropship dan menjual menggunakan gabungan kedai online e-Commerce dan Facebook Ads. Tapi kami tetap berkongsi ilmu berkaitan Instagram Marketing kat blog Shopievo.com.

 

Kalau anda berminat nak belajar buat bisnes dropship menggunakan kedai online e-Commerce dan Facebook Ads, anda boleh join komuniti kami Geng Shopievo – 1 Usahawan 1 e-Commerce.

 

Tahu Menulis Ayat Iklan – Kemahiran Asas Untuk Jana Pendapatan Secara Online 5

 

Anda tak perlu jadi pakar atau upah pakar dalam bidang penulisan untuk tulis ayat iklan. Cukup sekadar anda tahu menulis bahasa melayu, itu sahaje. Cuma cabarannya ialah macam mana nak mula menulis dan apa yang nak ditulis.

 

Nak tulis ayat iklan ni, kita kena tahu 3 benda. Kita kena kenal dengan bakal pelanggan, tahu bagaimana situasi bakal pelanggan yang mungkin memerlukan produk kita dan jelas dengan manfaat yang diorang boleh dapat daripada produk atau servis yang kita tawarkan.

 

Lebih mudah nak menulis kalau kita ada satu template atau panduan. Kami Team Shopievo pernah bagi satu panduan tulis ayat iklan kat komuniti Shopievo. Anda boleh rujuk artikel Latihan Buat Copywriting Ayat Jualan Power!. Template ni anda boleh gunakan setiap kali anda nak mula tulis copywriting ayat jualan.

 

Jadi anda boleh anggap ia sebagai satu panduan dan latihan untuk anda mula tulis ayat jualan sendiri dan perbaiki dari hari ke hari.

 

Tahu Design Gambar Menarik – Kemahiran Asas Untuk Jana Pendapatan Secara Online 6

 

Kita perlukan gambar yang menarik untuk guna dalam iklan FB Ads jika menggunakan format iklan ‘Single Image’ dan kita perlukan jugak untuk letak gambar-gambar produk kat dalam kedai online e-Commerce kita.

 

Gambar iklan FB Ads anda perlulah menarik dan jelas sebab ia adalah salah satu faktor yang boleh mempengaruhi performance iklan anda nanti. Gambar yang menarik dapat tarik perhatian audience untuk tahu lebih lanjut tentang produk tersebut.

 

Sekarang ni, gambar kita kena edit sendiri je senang. Kalau anda tahu guna software edit gambar yang advance macam Photoshop, itu satu kelebihan. Tapi kalau anda tak pandai macam saya, anda boleh gunakan tool percuma Canva.

 

Tool percuma Canva ni memang banyak membantu saya dalam proses design gambar menarik dan jadi lebih cun bukan jer untuk FB Ads, tapi banyak lagi kegunaan gambar menarik untuk benda-benda lain.

 

Kesimpulan Kemahiran Asas Untuk Jana Pendapatan Secara Online

 

Itulah 6 kemahiran asas yang anda perlu tahu sebagai usahawan online. Kemahiran-kemahiran ini dapat bantu anda dalam usaha jana pendapatan secara online. Mungkin banyak lagi kemahiran lain yang dapat membantu anda jadi usahawn online yang lebih baik. Tapi cukup kalau anda tahu buat apa yang saya terangkan dalam artikel ni.

 

Okay cukup sampai kat sini dulu untuk siri artikel Usahawan Online ni. Kita jumpa lagi nanti dalam Usahawan Online 103! Woot woot!



Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!

Related Posts

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Hai! Tak sangka kita dah pun berada dalam bulan ke 2 dalam tahun 2020. Cepat jer masa berlalu. Biasa pun memang macam tu lah…hm. Rasa baru jer haritu kita plan nak buat apa bila masuk tahun baru 2020. Tup tup…bulan 2 dah. . Jadi saya ucapkan selamat tahun baru 2020...

Tutorial Cara Buat Kad Bisnes Digital Untuk Bisnes

Tutorial Cara Buat Kad Bisnes Digital Untuk Bisnes

Pada bulan December 2019 yang lepas, bos Wazeen ada buat satu announcement dalam group IM Lejen pasal satu software baru yang kita semua memang akan guna untuk bisnes kita. Software ni free jer. . Dan walaupun memang semua orang boleh guna, macam biasa… group premium...

Manfaat IM Lejen Untuk Usahawan e-Commerce (PART 2)

Manfaat IM Lejen Untuk Usahawan e-Commerce (PART 2)

Hai dan salam! Artikel ni sebenarnya ialah sambungan untuk artikel bertajuk ‘Bagaimana IM Lejen Membantu Anda Dalam Bisnes e-Commerce?'’ yang lepas. Cuma tajuknya saya terpaksa ubah kali ni sebab tajuk yang asal tu panjang sangat lebih-lebih lagi bila saya nak tambah...

0 Comments

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Usahawan Online 102: Kemahiran Asas Untuk Jan…

by admin time to read: 5 min
0