Gary Vee ialah salah seorang influencer yang mencadangkan penggunaan Content Marketing Omnipresence sebagai salah satu cara untuk dapatkan lebih banyak reach, lebih banyak leads & sudah pasti dapatkan lebih banyak sales.
Formula yang dibuat oleh Gary Vee ialah formula asas yang sudah dipakai sejak dahulu kala tetapi diintegrasikan dalam media sosial. Penggunaan sosial media sebagai medium pemasaran sudah semestinya memberikan impak yang besar kepada setiap jenama.
Berikut ialah 3 kelebihan menggunakan strategi content marketing omnipresence untuk bisnes anda
Kelebihan #1 – Ketua Industri
Apabila anda mengetengahkan brand anda dengan lebih efisien dan mendapat lebih banyak reach, anda akan dianggap sebagai ketua industry walaupun sebenarnya anda bukan ketua.
Ada banyak lagi brand lain yang popular di luar sana, tetapi brand tersebut tidak menggunakan social media dengan sebaiknya. Jika anda mendapat lebih banyak pendedahan di media sosial, maka anda adalah ketua.
Apa sahaja yang anda cakapkan, mereka akan mendengarnya. Apa sahaja yang anda cadangkan, mereka akan angguk tanda setuju. Dan apabila mereka memerlukan produk, mereka akan ingat produk anda terlebih dahulu.
Kelebihan #2 – Branding lebih kukuh
Apabila anda kerap dilihat di semua media sosial, brand akan menjadi semakin kukuh dan diingati oleh pengguna media sosial. Kebanyakan pengguna media sosial sudah tidak menonton Televisyen & mendengar radio, mereka lebih kerap gunakan media sosial.
Apa sahaja yang merkea lihat di social media, itulah yang mereka percaya. Brand yang mereka lihat di media sosial ialah brand yang dianggap sebagai brand terbaik untuk mereka.
Kelebihan #3 – Peminat setia
Apabila anda aktif di media sosial, anda akan mudah mendapat peminat setia. Peminat setia bukan sahaja sekadar membeli produk tetapi mereka mempertahankan produk apabila ada orang lain yang mengeji atau menghina produk anda.
Dalam erti kata lain, mereka adalah pertahanan kepada produk anda. Mereka akan pertahankan brand & produk anda apabila berdepan kata-kata kesat dari pengguna lain.
Waiting patiently for you to come home and fuck me! https://bit.ly/3UKFVxa