Strategi Tetapkan Harga Produk Untuk Bisnes e-Commerce (PART 2)

December 3, 2019

By admin

Comments

Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!



[Artikel ini adalah sambungan dari artikel pertama yang bertajuk Strategi Tetapkan Harga Produk Untuk Bisnes e-Commerce]

.

Dalam siri artikel pertama sebelum ni, saya dan ceritakan salah satu punca yang jadi penghalang untuk usahawan e-Commerce mula menjual ialah isu harga. Ada pesaing yang jual produk yang sama kat marketplace seperti Shopee dan Lazada dengan harga yang lebih murah. Isu harga ni buatkan projek usahawan e-Commerce terbantut dan tak jadi nak menjual.

.

Saya jugak ada bagitahu anda dalam video panduan Shopievo 2.0, ada satu video yang mengajar anda strategi nak letak arga produk dan macam mana bos Wazeen boleh menjual dengan harga 3 kali ganda dengan harga Rm60, RM70, RM80 dan ke atas berbanding pesaing yang menjual kat Shopee dengan harga Rm25.

.

Sebenarnya, untuk atasi masalah isu harga ni…saya tekankan usahawan tingkatkan nilai sesuatu produk dengan cara senaraikan Unique Selling Proposition (USP) dari sudut sebagai seorang peniaga kepada pembeli dan bukannya dari sudut kelebihan dan manfaat produk sahaja. ‘Pernah tak anda fikirkan apa kelainan yang BISNES anda dapat tawarkan pada pelanggan yang membeli dari anda?’

.

Antara strategi yang saya dah kongsikan dalam artikel sebelum ni ialah cuba jadikan produk anda tu ready stock kat Malaysia serta pos ke pelanggan dengan tracking number. Selain tu, cuba tawarkan free gift dan penghantaran percuma kepada pelanggan. Dengan cara ni, anda dapat tingkatkan nilai sesuatu produk.

.

Dalam sambungan artikel ni, saya nak tambah lagi strategi yang anda boleh buat untuk tingkatkan nilai sesuatu produk di hati pelanggan dan supaya anda yakin untuk jual dengan harga lebih tinggi berbanding pesaing kat marketplace seperti Shopee dan Lazada khususnya. Jom layan…

.

Tawarkan Warranty Dan Jaminan Pulangan Wang!

.

Membeli secara online berbeza dengan membeli kat kedai fizikal. Pengguna dapat menilai dengan jelas sesuatu produk kalau beli kat kedai fizikal. Dan pengguna akan lebih berhati-hati untuk beli secara online sebab hanya dapat menilai sesuatu produk berdasarkan gambar atau video sahaja.

.

Kat sini, anda boleh ambil peluang untuk tingkatkan kepercayaan prospek dengan menawarkan jaminan untuk baiki atau ganti dengan produk yang baru dalam tempoh masa tertentu kalau produk yang pelanggan beli tu alami kerosakan. Anda jugak boleh tawarkan jaminan pulangan wang 100% kalau pelanggan tak puas hati dengan produk yang anda jual.

.

Tak ramai peniaga yang berani tawarkan jaminan macam ni melainkan produk yang diorang jual tu betul-betul berkualiti. Anda boleh ambil peluang ni sebagai USP produk anda. Dengan cara ni, anda dapat tingkatkan kepercayaan pelanggan terhadap bisnes anda dan dapat menjual dengan harga yang lebih tinggi berbanding pesaing.

.

Guna Packaging Dengan Logo Bisnes Anda!

.

Kelebihan produk tidak terhad kepada manfaat produk jer. Bagaimana anda ‘layan’ produk anda tu sebenarnya dapat menentukan bagaimana prospek menilai produk anda. Bayangkan anda menjual baju T-shirt. Kebiasaannya pelanggan akan terima T-shirt dalam plastik dan mungkin ada tanda harga.

.

Bagaimana kalau anda buat packaging sendiri, paper bag dengan logo bisnes anda contohnya? Dan anda letak pulak satu kad bisnes atau sticker dengan logo bisnes anda. Sudah tentu orang akan melihat produk anda lebih berkualiti dan lebih tinggi nilainya walaupun produk yang sama.

.

Penilaian ini yang buatkan orang sanggup bayar lebih untuk dapatkan produk tersebut dari anda. Kalau dah ada packaging sendiri yang lebih menarik, bolehlah anda gunakan gambar produk dengan packaging sekali untuk FB Ads dan kat halaman produk untuk tingkatkan perceived value produk. Orang tengok pun, wow!

.

Buat Video Produk!

.

Berdasarkan laman web Business.com, minda manusia proses info dalam video 60,000 kali lebih cepat berbanding info dalam penulisan. Selain guna gambar untuk iklan FB Ads, anda jugak boleh, malah disarankan guna iklan jenis video.

.

Melalui iklan jenis video, anda boleh sampaikan info produk dengan lebih efektif. Anda boleh tunjukkan kelebihan-kelebihan produk, tunjukkan produk secara live dari pelbagai sudut dan cara guna produk. Paling mudah, anda buat jer video slideshow guna beberapa gambar produk tersebut.

.

Selain guna video untuk FB Ads, anda jugak boleh masukkan video tu kat halaman produk tersebut dalam kedai online e-Commerce anda. Berdasarkan kajian yang dibuat oleh laman web Animoto.com, video membantu 96% pengguna dalam membuat keputusan untuk membuat pembelian online.

.

Kedai online e-Commerce yang letak video produk dalam semua halaman produk dapat purata jumlah pembelian 68% lebih tinggi daripada kedai online e-Commerce yang letak video hanya untuk beberapa produk jer. Jadi, anda disarankan letak video produk kat semua halaman produk dalam kedai online e-Commerce anda.

.

Dengan video jugak dapat tukarkan orang yang hanya nak ‘tengok-tengok’ produk anda kepada pelanggan yang membeli. 88% daripada pemilik kedai online e-Commerce dalam kajian tersebut jugak bagitahu jumlah pembelian kat kedai online diorang meningkat lepas tambah video kat halaman produk. Jadi, dengan data yang ada ini, anda boleh tingkatkan perceived value produk untuk bisnes e-Commerce anda dengan membuat video produk.

.

Kesimpulan Stategi Tetapkan Harga Produk Untuk Bisnes e-Commerce

.



Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!

Related Posts

Usahawan Online 105 – Ilmu Penting Tahun 2020

Usahawan Online 105 – Ilmu Penting Tahun 2020

Hai! Dah lama saya tak sambung tulis artikel untuk siri Usahawan Online dalam blog Shopievo. Yang terakhir haritu bulan April 2019, hah! Sekarang kita dah pun sampai artikel ke 5 dalam siri ni. Kat bawah ni senarai artikel yang lepas… . Usahawan Online 101: Cara Buat...

Tutorial Cara Buat Kad Bisnes Digital Untuk Bisnes

Tutorial Cara Buat Kad Bisnes Digital Untuk Bisnes

Pada bulan December 2019 yang lepas, bos Wazeen ada buat satu announcement dalam group IM Lejen pasal satu software baru yang kita semua memang akan guna untuk bisnes kita. Software ni free jer. . Dan walaupun memang semua orang boleh guna, macam biasa… group premium...

0 Comments

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Strategi Tetapkan Harga Produk Untuk Bisnes e…

by admin time to read: 3 min
0