Usahawan Online 105 – Ilmu Penting Tahun 2020

February 28, 2020

By admin

Comments

Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!



Hai! Dah lama saya tak sambung tulis artikel untuk siri Usahawan Online dalam blog Shopievo. Yang terakhir haritu bulan April 2019, hah! Sekarang kita dah pun sampai artikel ke 5 dalam siri ni. Kat bawah ni senarai artikel yang lepas…

.

.

Tujuan saya buat siri artikel Usahawan Online ni adalah untuk berkongsi sesuatu yang bermanfaat kepada seseorang yang nak jana pendapatan secara online yang bermula dari ‘zero’.

.

Dalam artikel kali ni, saya nak tekankan 5 ilmu penting yang anda perlu belajar sebagai usahawan online. Lebih-lebih lagi untuk bina bisnes untuk jangka masa panjang dan jadi lebih kehadapan bebanding pesaing pada tahun 2020!

.

Asas Sales Funnel Dalam Bisnes Online!

.

Sebelum saya terangkan 5 ilmu penting tu, saya nak ingatkan anda pasal sales funnel dalam bisnes online. Sales funnel adalah satu proses dalam bisnes online daripada usaha marketing untuk dapatkan perhatian audience sehingga berjaya membuat jualan.

.

Berikut adalah asas sales funnel dalam bisnes online;

.

Daripada asas sales funnel ni, sales funnel yang paling simple yang kita boleh buat untuk bisnes kita ialah… tarik trafik guna FB Ads untuk dapatkan database Whatsapp prospek, lepas tu follow up untuk buat jualan. Betul tak?

.

Tapi, dengan sales funnel yang simple ni… kita akan jadi usahawan yang tak habis-habis ‘push’ prospek untuk membeli produk dari kita. Dari iklan untuk menjual, sampai follow up pun untuk menjual. Prospek pun jadi rimas dan block anda.

.

Anda buat macam tu, pesaing lain pun buat macam tu. Kalau gitu, macam mana nak jadi lebih kehadapan berbanding pesaing? Macam mana nak jadikan bisnes anda ni stabil untuk jangka masa panjang kalau prospek dah rimas dengananda? Huhu.

.

Jadi, apa yang saya nak cadangkan kat anda ialah tambah baik sales funnel anda jadi content-based sales funnel;

.

Anda tarik perhatian audience dengan cara sampaikan value kepada prospek melalui content. Boleh jadi content tudalam bentuk artikel blog atau video yang bermanfaat berkaitan bisnes anda. Dari situ, anda kumpul database dan bina trust lagi dengan prospek guna content yang lain.

.

Seterusnya barulah anda promosikan produk pada database yang dah percaya pada anda. Ini lebih baik. Dan daripada content-based sales funnel ini lah saya pecahkan kepada 5 ilmu penting yang anda perlu belajar sebagai usahawan online.

.

Jom baca apa 5 ilmu penting tu…

.

Belajar Cara Hasilkan Content Untuk Bisnes!

.

Berdasarkan content-based sales funnel tadi, anda kena lah belajar macam mana cara nak hasilkan content yang berkualiti untuk bisnes anda. Content adalah perkongsian yang bermanfaat untuk audience bisnes anda. Samaada perkongsian tu berbentuk pembelajaran atau hiburan.

.

Anda boleh sampaikan perkongsian melalui artikel blog atau video. Kat mana kekuatan anda? Menulis atau buat video? Fokuskan pada kekuatan anda. Untuk belajar cara buat content ni, saya cadangkan anda mula belajar kat Youtube jer.

.

.

Belajar Cara Tarik Trafik Ke Content Atau Landing Page!

.

Tak ada siapa yang akan dapat manfaat dari perkongsian anda kalau tak ada siapa yang jumpa content anda tu. Jadi, anda kenalah belajar macam mana nak promote dan tarik trafik supaya baca artikel atau tengok video perkongsian anda.

.

Secara umumnya, ada 2 sumber trafik kat Internet untuk promote content anda iaitu search engine (Google) dan media sosial seperti Facebook, Instagram dan Tiktok. Tiktok pun boleh jadi medium perkongsian kalau anda tahu cara nak guna.

.

Belajar Cara Buat Lead Magnet! Ilmu Penting Tahun 2020

.

Lead magnet ialah sesuatu tawaran yang anda bagi secara percuma kepada prospek yang membaca atau menonton content anda. Tujuannya adalah untuk dapatkan database prospek seperti nama, emel dan nombor fon.

.

Kebiasaannya kita akan tawarkan akses percuma kepada e-Book atau video panduan yang lebih terperinci berbanding content kita tadi. Ideanya ialah, kalau prospek nak dapatkan info lebih lanjut berkaitan perkongsian anda, prospek perlu isi alamat emel untuk dapatkan link akses.

.

.

Belajar Teknik & Strategi Pemasaran Emel!

.

Lepas anda dapatkan database prospek, anda perlu follow up dengan cara educate prospek secara berfasa sebelum tawarkan apa-apa kepada prospek. Ini adalah untuk bina bonding dan tingkatkan trust pospek terhadap bisnes kita.

.

Sebenarnya, anda boleh bina bonding ni kat mana-mana medium pun seperti group FB, group Whatsapp, Whatsapp personal (blast info), channel Telegram dan emel. Bergantung kepada macam mana anda susun sales funnel bisnes anda.

.

Cuma emel menjadi keutamaan sebab lebih personal, medium utama untuk baca info penting dan orang yang subscribe emel ni memang menantikan update dari bisnes anda.

.

Dalam IM Lejen, ada 2 modul yang sangat berharga bagi saya yang ajar teknik dan strategi kumpul database iaitu Modul FB Mobile List dan modul Ayat Swipe Emel. 2 modul ni ajar kita teknik dan strategi kumpul database emel guna iklan FB Lead Generation dan buat ayat-ayat emel untuk follow up prospek…

.

Belajar Strategi Menjual Kepada Database Sedia Ada!

.

Akhir sekali, barulah anda fikir macam mana nak menjual kepada prospek yang dah percaya pada bisnes anda. Nak menjual pun ada strateginya. Macam mana nak susun tawaran dan buat promosi pada masa yang betul supaya prospek susah nak abaikan tawaran anda.

.

.

Kesimpulan Ilmu Penting Tahun 2020 Untuk Usahan Online

.

Bagi saya, 5 ilmu penting yang anda perlu belajar sebagai usahawan online ialah;

  • Cara hasilkan content untuk bisnes.
  • Cara buat lead magnet.
  • Cara tarik trafik ke content atau landing page.
  • Teknik & strategi pemasaran emel.
  • Strategi menjual kepada database sedia ada.

.

Saya pilih 5 ilmu penting untuk kita belajar ni berdasarkan content-based sales funnel dalam bisnes online. Tak kira samaada kita jual produk fizikal, produk digital atau tawarkan servis & perkhidmatan, sebenarnya kita akan gunakan sales funnel yang sama.

.

Setuju tak?

.

Yang paling utama untuk kita fikirkan ialah…macam mana nak laburkan masa, tenaga dan duit untuk dapatlan database prospek untuk bisnes kita. Inilah caranya untuk kita bina bisnes untuk jangka masa panjang dan jadi lebih kehadapan bebanding pesaing pada tahun 2020! Woot woot!



Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!

Related Posts

Tutorial Cara Buat Kad Bisnes Digital Untuk Bisnes

Tutorial Cara Buat Kad Bisnes Digital Untuk Bisnes

Pada bulan December 2019 yang lepas, bos Wazeen ada buat satu announcement dalam group IM Lejen pasal satu software baru yang kita semua memang akan guna untuk bisnes kita. Software ni free jer. . Dan walaupun memang semua orang boleh guna, macam biasa… group premium...

Strategi Tetapkan Harga Produk Untuk Bisnes e-Commerce (PART 2)

Strategi Tetapkan Harga Produk Untuk Bisnes e-Commerce (PART 2)

[Artikel ini adalah sambungan dari artikel pertama yang bertajuk Strategi Tetapkan Harga Produk Untuk Bisnes e-Commerce] . Dalam siri artikel pertama sebelum ni, saya dan ceritakan salah satu punca yang jadi penghalang untuk usahawan e-Commerce mula menjual ialah isu...

0 Comments

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Usahawan Online 105 – Ilmu Penting Tahun 20…

by admin time to read: 4 min
0