6 Sebab Pentingnya Ada Group Support Dalam Berbisnes!

August 21, 2018

By admin

Comments

Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!



Hai! Saya yakin kalau anda jugak adalah seorang usahawan online, mesti bersepah senarai group bisnes kat anda punya FB, Whatsapp ataupun Telegram, betul tak? Sampaikan kena off notification beberapa group sebab serabut sangat dapat macam-macam info dari pelbagai sudut dalam bisnes online, huhu.

 

Group-group bisnes ni kebanyakannya group support yang private, anda join sebab beli panduan-panduan bisnes sebelum ni. Group support bisnes ni sebenarnya adalah satu komuniti usahawan yang ada minat yang sama dalam mengusahakan sesuatu bisnes. Sebagai contoh, Geng Shopievo: 1 Usahawan 1 e-Commerce adalah komuniti usahawan yang berminat untuk mengusahakan bisnes dropship e-Commerce.

 

Mungkin ada usahawan yang terlepas pandang betapa pentingnya ada group support dalam berbisnes. Sesetengah usahawan bila beli sesuatu panduan bisnes, hanya bandingkan harga dengan kandungan panduan tu sahaje tapi tak nampak apa nilai group support yang boleh berikan pada diorang.

 

Lagi sedih, bila seseorang tu terbeli sesuatu panduan bisnes yang tak ada group support. Bila ada masalah, baru sedar susah nak dapatkan bantuan. Jadi, tujuan saya tulis artikel ni adalah untuk sedarkan usahawan dengan betapa pentingnya ada group support dalam berbisnes. Jom layan!

 

Untuk Bertanya Soalan! – Sebab 1 Pentingnya Ada Group Support Dalam Berbisnes

 

Kita beli panduan bisnes ni, umpama kita pergi kursus untuk belajar sesuatu. Cumanya, kita belajar sendiri-sendiri kat rumah ikut langkah-langkah panduan jenis video atau e-Book tersebut. Dalam proses belajar, mesti ada benda yang kita nak tanya.

 

 

Kat sinilah pentingnya ada group support. Anda boleh terus bertanya soalan. Cuma taip apa yang nak ditanya dan tunggu pemilik panduan, admin group atau ahli-ahli group yang lain jawab pertanyaan anda. Jadi, tak adalah anda terkapai-kapai bila rasa stuck pada sesuatu tahap dalam mengusahakan bisnes.

 

Sentiasa Update Dengan Perubahan Terkini! – Sebab 2 Pentingnya Ada Group Support Dalam Berbisnes

 

Kita sebagai usahawan online yang terlibat dengan teknologi dan internet ni, segala-galanya maju dengan sangat pantas. Mungkin ada teknologi-teknologi tertentu yang digunakan dalam panduan bisnes yang anda ikut tu berubah.

 

Sebagai contoh, mungkin interface dalam admin dashboard kedai online e-Commerce anda berubah, atau mungkin interface FB Ads dan Google Ads berubah. Jadi, apa yang direkodkan dalam video panduan yang anda beli tu dah tak boleh diguna pakai. Pemilik panduan tersebut perlu rekodkan video baru supaya selari dengan interface baru.

 

Dengan adanya group support untuk panduan bisnes tersebut, anda dapat sentiasa update dengan apa-apa perubahan terkini.

 

Dikelilingi Orang Yang Positif! – Sebab 3 Pentingnya Ada Group Support Dalam Berbisnes

 

Dalam group support bisnes, anda bersama dengan usahawan-usahawan lain yang sama minat dengan anda. Minat untuk mengusahakan sesuatu bisnes. Semuanya bersungguh-sungguh, berfikiran positif dan bersaing secara sihat untuk berjaya dalam model bisnes yang anda usahakan.

 

 

Jadi, anda dikelilingi dengan orang positif dan percaya dalam apa yang sedang anda usahakan. Ni yang kita nak. Kita perlukan orang yang positif di sekeliling kita dan sentiasa bersaing secara sihat dalam apa yang sedang kita usahakan supaya kita pun akan termotivasi sekali untuk berjaya.

 

Dapat Perkongsian Dari Pelbagai Pengalaman! – Sebab 4 Pentingnya Ada Group Support Dalam Berbisnes

 

Kalau ada orang tanya soalan kat dalam group support, bukan pemilik panduan atau admin group tu sahaje yang akan tolong jawabkan, usahawan-usahawan lain jugak akan tolong anda berikan jawapan berdasarkan pengalaman masing-masing. Kat sini, kita boleh dapat perkongsian dari pelbagai pengalaman.

 

Selain tu, semua ahli group boleh berkongsi tips, teknik, strategi dan info berkaitan bisnes online dari masa ke semasa. Ada jugak usahawan yang rekemenkan tools dan software yang mungkin berguna untuk anda yang mana anda tak tahu pun benda tu wujud.

 

 

Harga Early Bird Untuk Produk Baru! – Sebab 5 Pentingnya Ada Group Support Dalam Berbisnes

 

Group support bisnes ni sudah tentulah group yang exclusive untuk anda yang cepat ambil tindakan masa beli panduan bisnes dulu. Anda sanggup laburkan duit dan masa untuk dapatkan ilmu dan percaya pada kandungan panduan bisnes yang anda nak belajar.

 

Sebagai tanda penghargaan, mungkin pada masa akan datang pemilik panduan tu akan bantu anda balik dengan berikan harga early bird yang lebih murah untuk produk-produk lain yang dilancarkan. Selalunya, tawaran ni akan dibuka lebih awal, khusus untuk ahli-ahli group dahulu sebelum dilancarkan pada umum dengan harga yang lebih mahal.

 

Sebagai contoh, baru-baru ni kami lancarkan Panduan Lubuk Trafik, panduan untuk dapatkan trafik (pelawat) percuma ke kedai online e-Commerce tanpa guna iklan berbayar dan kami buka jualan early bird yang lebih murah untuk ahli-ahli group Panduan Shopievo 2.0 dulu, huhu. Kalau anda berminat nak tau lebih lanjut pasal Lubuk Trafik, klik pada gambar kat bawah ni…

Dapat Tawaran Istimewa Dari Founder! – Sebab 6 Pentingnya Ada Group Support Dalam Berbisnes

 

Selain daripada harga early bird yang lebih murah untuk produk-produk baru, anda jugak boleh dapat tawaran pakej-pakej tools dan software yang lebih murah melalui joint venture pemilik panduan dengan syarikat partner yang lain berbanding jika anda beli terus dengan syarikat tersebut.

 

Sebagai contoh, oleh sebab kami fokus kepada mengusagahakan bisnes dropship e-Commerce yang menggunakan platform Easystore, kami telah buat joint venture dengan Easystore dan mendapatkan harga pakej diskaun 50% untuk pelajar-pelajar Shopievo…

 

 

Kesimpulan Pentingnya Ada Group Support Dalam Berbisnes

 

Okay, itulah 6 sebab pentingnya ada group support dalam berbisnes yang mungkin anda tak perasan pun sebelum ni. Sekarang ni anda dah nampak betapa bernilainya group support untuk sesuatu bisnes yang anda usahakan tu.

 

Jadi lepas ni, bila anda beli sesuatu panduan bisnes, pastikan anda check dulu samaada panduan tu ada group support ke tak sebab group support ni nanti dapat bagi anda added value lebih daripada nilai harga yang anda bayar untuk panduan tu, huhu.

 

Apa lagi kepentingan group support dalam berbisnes yang anda nampak sepanjang anda berbisnes? Cuba kongsikan pulak pengalaman anda kat bahagian komen, okay? Orait, cukup sampai kat sini dulu buat masa ni. Jumpa lagi dalam artikel seterusnya! Woot woot!

.



Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!

Related Posts

Usahawan Online 105 – Ilmu Penting Tahun 2020

Usahawan Online 105 – Ilmu Penting Tahun 2020

Hai! Dah lama saya tak sambung tulis artikel untuk siri Usahawan Online dalam blog Shopievo. Yang terakhir haritu bulan April 2019, hah! Sekarang kita dah pun sampai artikel ke 5 dalam siri ni. Kat bawah ni senarai artikel yang lepas… . Usahawan Online 101: Cara Buat...

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Hai! Tak sangka kita dah pun berada dalam bulan ke 2 dalam tahun 2020. Cepat jer masa berlalu. Biasa pun memang macam tu lah…hm. Rasa baru jer haritu kita plan nak buat apa bila masuk tahun baru 2020. Tup tup…bulan 2 dah. . Jadi saya ucapkan selamat tahun baru 2020...

1 Comments

1 Comment

  1. gateio

    I may need your help. I’ve been doing research on gate io recently, and I’ve tried a lot of different things. Later, I read your article, and I think your way of writing has given me some innovative ideas, thank you very much.

    Reply

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

6 Sebab Pentingnya Ada Group Support Dalam Be…

by admin time to read: 4 min
1