Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

February 12, 2020

By admin

Comments

Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!



Hai! Tak sangka kita dah pun berada dalam bulan ke 2 dalam tahun 2020. Cepat jer masa berlalu. Biasa pun memang macam tu lah…hm. Rasa baru jer haritu kita plan nak buat apa bila masuk tahun baru 2020. Tup tup…bulan 2 dah.

.

Jadi saya ucapkan selamat tahun baru 2020 pada anda. Macam tahun lepas, seawal bulan 1 lagi saya ada buat satu artikel pasal macam mana nak disiplinkan diri. Sebagai tips untuk fokus dan konsisten berusaha sepanjang tahun.

.

Anda boleh jer nak baca balik artikel tu nanti sebab isinya kita memang kena guna bila-bila masa pun.

.

.

Untuk tahun ni, saya terlambat sikit nak hasilkan satu artikel yang dapat bagi anda satu tips, motivasi atau halatuju untuk hadapi tahun baru dengan usaha yang konsisten dan fokus. Baru sekarang ni ada masa nak menulis.

.

Jadi dalam artikel ni, saya nak bagi anda tips bisnes online 2020 supaya anda boleh buat keputusan awal bisnes apa yang anda betul-betul nak fokuskan tahun ni dan rancang macam mana usaha yang anda nak buat secara konsisten tahun ni. Jom layan…

.

Pilih Model Bisnes!

.

Untuk langkah pertama, tentukan model bisnes yang anda betul-betul nak buat dan mampu buat tahun ni. Anda mesti dah ada beberapa pengalaman dalam bisnes online, betul? Secara umumnya, dalam bisnes online ni samaada kita jual produk fizikal, jual produk digital atau tawarkan servis sebagai freelancer.

.

Untuk jual produk fizikal, mungkin anda nak jadi agen dropship jer ke, nak beli borong produk dan simpan stok ke, nak jadi stokis untuk produk-produk founder ke dan sebagainya. Untuk jual produk digital, mungkin anda nak jadi agen affiliate atau buat produk digital sendiri.

.

Untuk tawarkan servis sebagai freelancer, mungkin anda ada beberapa kemahiran yang boleh memudahkan kerja usahawan lain. Sebagai contoh, tulis copywriting iklan ke, hasilkan content untuk media sosial ke, buat kedai online e-Commerce untuk usahawan lain dan sebagainya.

.

Senaraikan dulu model bisnes yang anda pernah buat atau ada idea nak buat dalam ketiga-tiga kategori tu. Lepas tu anda pilih 2 atau 3 model bisnes berdasarkan kemampuan yang anda dapat buat tahun ni.

.

Pilih Niche Yang Dekat Dengan Jiwa! – Tips Bisnes Online 2020

.

Untuk langkah kedua, tentukan niche bisnes anda. Niche adalah satu segmen khusus dalam satu pasaran yang besar. Saya bagi anda contoh…andaikan anda nak jual produk fizikal. Cer anda bukak laman web Shopee.

.

.

Anda dapat tengok ada banyak kategori produk. Kategori tu adalah satu pasaran yang besar. Bila saya klik pada sesuatu kategori tu, akan ada beberapa segmen khusus yang lain dalam kategori tu.

.

Sebagai contoh, bila saya klik pada kategori Sports & Outdoor, ada segmen khusus untuk Outdoor & Adventure, Exercise & Fitness Equipment, Racket Sports, Running dan sebagainya. Segmen khusus ni adalah niche.

.

Setiap niche ada audience yang berbeza yang memerlukan produk yang berbeza. Tak kesah samaada anda nak jual produk fizikal, digital atau sevis…bila anda mesti kena pilih satu niche dan jelas siapa audiencenya.

.

Ini akan memudahkan anda untuk cari produk yang ada demand dalam niche tu dan supply produk tu pada audience yang anda kenal dan tahu nak cari diorang kat mana. Anda akan jadi lebih fokus bila ada niche dalam bisnes. Saya sarankan anda pilih niche berdasarkan hobi atau passion yang dekat dengan jiwa anda.

.

Pilih Teknik Dan Strategi Marketing!

.

Untuk langkah ketiga, anda pilih 1 atau 2 teknik dan strategi marketing yang anda nak fokuskan tahun ni. Ada macam-macam cara marketing bisnes online kat Internet sekarang ni. Ada yang percuma dan ada yang berbayar.

.

Buat sharing dekat FB personal, tulis artikel SEO, bukak channel Youtube, buat FB Group, buat channel Telegram, FB Ads, Instagram Ads, Google Ads dan sebagainya. Tak kesah apa-apa pun, anda kena jelas tujuannya adalah untuk dapatkan audience yang berkualiti tengok apa yang anda nak promosikan.

.

Apa yang saya nak tekankan kat sini ialah…setiap teknik dan strategi marketing tu anda kena luangkan masa untuk belajar dan fahamkan. Sebab tu lah saya sarankan anda pilih 1 atau 2 teknik dan strategi marketing sahaja untuk yang anda fokuskan tahun ni.

.

Lebih baik anda tahu dan boleh buat secara konsisten 1 teknik dan strategi marketing jer daripada belajar semua benda yang mana akhirnya anda jadi keliru, serabut, bertangguh tak buat dan tak ada apa-apa tindakan langsung nak promosikan produk anda. Faham?

.

Buat Marketing Untuk Kumpul Database! – Tips Bisnes Online 2020

.

Untuk langkah keempat ni, sebenarnya adalah benda yang paling kritikal. Sebab ini akan menentukan samaada anda ni ada bisnes atau tak. Anda kena ada mindset nak kumpul DATABASE prospek!

.

Daripada teknik dan strategi marketing yang anda pilih tadi, pastikan anda pasang mindset buat marketing untuk kumpul database prospek seperti nama, emel dan nombor fon. Cuba target untuk kumpul 100 database pertama dulu.

.

Dalam IM Lejen, ada 2 modul yang sangat berharga bagi saya yang ajar teknik dan strategi kumpul database iaitu Modul FB Mobile List dan modul Ayat Swipe Emel. 2 modul ni ajar kita teknik dan strategi kumpul database emel guna iklan FB Lead Generation dan buat ayat-ayat emel untuk follow up prospek…

.

.

Remarketing Pada Database Sedia Ada!

.

Bila anda dah dapatkan 100 database pertama, anda boleh pasang target baru untuk dapatkan 500 database prospek pulak dan seterusnya. Apa yang anda boleh buat dalam tahun 2020 ni ialah follow up, follow up dan follow up database sedia ada setiap bulan.

.

Bukan semua prospek akan membeli pada kali pertama diorang tengok iklan kita. Dengan adanya database jugak, anda dapat kurangkan kos untuk mencari prospek baru.

.

Kesimpulan Bisnes Online 2020

.

Dalam artikel ni, saya dah kongsikan pada anda tips bisnes online 2020 untuk jadikan anda fokus pada satu-satu bisnes tahun ni. Selain tu, anda jugak boleh rancang macam mana usaha yang anda nak buat untuk promosikan produk anda kepada audience, kumpul database prospek, follow up dan gerak kerja untuk satu-satu kempen marketing.

.

Dua perkataan yang kritikal untuk tahun ni bagi saya ialah fokus dan konsisten. Sebenarnya kritikal untuk bila-bila masa jer pun. Tahun ni ke, tahun depan ke. Kalau dah namanya usahawan, dua benda ni lah benda yang paling susah kita nak buat. Sebab tu lah kita rasa k iartmacam takda progress sangat.

.

Okay, cukup sampai setakat ni dulu untuk artikel kali ni. Saya harap anda boleh dapat sedikit manfaat daripada perkongsian simple saya ni! Woot woot!



Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!

Related Posts

Tutorial Cara Buat Kad Bisnes Digital Untuk Bisnes

Tutorial Cara Buat Kad Bisnes Digital Untuk Bisnes

Pada bulan December 2019 yang lepas, bos Wazeen ada buat satu announcement dalam group IM Lejen pasal satu software baru yang kita semua memang akan guna untuk bisnes kita. Software ni free jer. . Dan walaupun memang semua orang boleh guna, macam biasa… group premium...

Tutorial Buat Facebook Shop Dan Masukkan Produk!

Tutorial Buat Facebook Shop Dan Masukkan Produk!

Hai dan salam! Untuk artikel kali ni saya nak tunjukkan secara ringkas dan padat langkah-langkah nak buat Facebook Shop seterusnya masukkan produk yang anda jual ke dalam FB Shop tu. Facebook Shop adalah bahagian ‘Shop’ atau katalog kat dalam Facebook Page untuk anda...

Kenapa Group Support Penting Untuk Setiap Panduan Bisnes

Kenapa Group Support Penting Untuk Setiap Panduan Bisnes

Hai! Saya yakin kalau anda jugak adalah seorang usahawan online, mesti bersepah senarai group bisnes kat anda punya FB, Whatsapp ataupun Telegram, betul tak? Sampaikan kena off notification beberapa group sebab serabut sangat dapat macam-macam info dari pelbagai sudut...

4 Comments

4 Comments

  1. esopits

    1 Aminosalicylates propecia 1mg Shan Ling suddenly shouted, and he felt that the speed of his life was getting faster and faster

    Reply

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

by admin time to read: 4 min
4