Duit adalah keperluan untuk hidup. Kita cari duit untuk memenuhi keperluan dan kehendak. Jadi, sebab tu lah kita semua bekerja dan berniaga untuk menjana pendapatan. Tapi cukup ke usaha kita sekadar cukup-cukup makan untuk diri sendiri? Macam mana dengan orang sekeliling kita lebih-lebih lagi yang perlukan pertolongan?
.
Tujuan saya menulis artikel ni adalah untuk memberi kesedaran pada anda kenapa kita perlu sentiasa berusaha push diri kita untuk cari duit lebih, stabilkan kewangan dan tak boleh senang-senang berputus asa. Artikel ni jugak akan bagi anda sebab yang kukuh untuk berusaha menjadi seorang usahawan yang kaya dan berjaya. Jom layan…
.
Untuk Hidup Dengan Tenang! – Sebab Perlu Cari Duit Lebih Dan Stabilkan Kewangan
.
Masalah kewangan seperti duit tak cukup, gaji lambat masuk atau bajet lari akan buatkan hidup kita jadi stress. Stress dapat memberi impak kepada gangguan emosi, hubungan dengan keluarga dan masalah kesihatan seperti tak cukup tidur atau darah tinggi. Masalah-masalah seperti ini akan mengganggu fokus kita untuk bekerja, mengurangkan produktiviti dan hidup dalam keadaan tak tenang.
.
Sama seperti pergi gym dan bersenam untuk hidup dengan cergas, Kita perlu cari duit lebih dan stabilkan kewangan untuk hidup dengan tenang. Ada pendapatan yang stabil, dapat bayar yuran dan dapat menyimpan supaya kita yang kawal duit dan ‘bukan duit yang kawal kita’.
.
Untuk Bantu Ibu Bapa Dari Segi Kewangan! – Sebab Perlu Cari Duit Lebih Dan Stabilkan Kewangan
.
Bahagia ke kita kalau hanya mampu menyara diri sendiri tapi tak dapat bantu mak ayah dari segi kewangan..? Semakin meningkat umur kita, semakin lanjut usia mak ayah. Semakin lanjut usia, semakin kurang tenaga diorang untuk bekerja. Mungkin ada jugak antara kita yang mak ayah dah mula dapat penyakit.
.
Dengan umur yang masih muda ni, inilah masanya kita gunakan segala tenaga yang ada untuk bantu mak ayah yang dah berhabis banyak duit membesarkan kita. Paling kurang pun kita boleh tolong bayarkan bil air dan elektrik rumah dan boleh sedekahkan pada mak ayah untuk perbelanjaan makan minum diorang. Sebab tu lah kita perlu cari duit lebih dan stabilkan kewangan.
.
Untuk Bayar Zakat Dan Bersedekah! – Sebab Perlu Cari Duit Lebih Dan Stabilkan Kewangan
.
Memang betul kita seharusnya enjoy dengan nikmat yang Allah bagi pada kita tapi kita jugak kena tunjukkan rasa syukur dengan gunakan nikmat tu untuk tolong orang lain pulak. Kita boleh salurkan pertolongan melalui kewajipan membayar zakat ataupun bersedekah.
.
Dengan menggunakan segala ilmu dan kemahiran yang kita ada untuk mencari duit lebih supaya dapat membayar zakat dan bersedekah, kita melahirkan rasa syukur pada Allah. Jadi, berusaha cari duit lebih dan stabilkan kewangan jugak boleh jadi salah satu ibadah sepanjang kehidupan kita yang singkat ni.
.
Untuk Elakkan Berhutang! – Sebab Perlu Cari Duit Lebih Dan Stabilkan Kewangan
.
Memang tak dinafikan kita tak dapat nak elak daripada buat pinjaman kereta, motor, rumah dan sebagainya. Cumanya, dengan kewangan yang stabil, kita dapat elakkan diri daripada lebih banyak berhutang dengan orang lain atau lebih teruk lagi terjerumus menjadi mangsa scam duit. Sebab tu lah kita perlu cari duit lebih dan stabilkan kewangan.
.
Untuk Elak Dari Menyusahkan Orang Lain! – Sebab Perlu Cari Duit Lebih Dan Stabilkan Kewangan
.
Lumrah kehidupan, satu masa kita pasti akan jatuh dan perlukan pertolongan. Pernah tak motor atau kereta anda sangkut kat tengah jalan? Masa tu lah kita sangat perlukan bantuan dari orang sekeliling. Macam tu lah jugak rasanya bila kita hadapi masalah kewangan dalam hidup ni. Siapa lagi yang dapat tolong kita kalau bukan kengkawan dan keluarga terdekat.
.
Tapi sampai bila kita asyik nak terhutang budi dengan orang jer. Kita kena ubah situasi ni daripada menyusahkan orang lain, kepada membantu orang lain pulak. Jadi, sebelum dapat membantu orang lain, kita kenalah bantu diri sendiri dulu. Sebab tu lah kita perlu cari duit lebih dan stabilkan kewangan.
.
Bagaimana Kami Team Shopievo Boleh Bantu Anda Untuk Cari Duit Lebih?
.
Fokus kami team Shopievo adalah untuk melahirkan usahawan Malaysia yang bijak e-Commerce. Kami ada 2 platform yang dapat membantu anda berusaha mencari duit lebih. Melalui video panduan dalam Geng Shopievo: 1 Usahawan 1 e-Commerce, anda dapat belajar menjual produk fizikal secara dropship melalui kedai online e-Commerce.
.
Kami jugak membuka program affiliate melalui Affiliate Center Shopievo supaya anda dapat menjada pendapatan dengan mempromosikan produk-produk digital dari team kami. Tak cukup dengan tu, kami sentiasa berkongsi ilmu dan tips berkaitan bisnes online dalam blog Shopievo.com ni. Banyak benda yang anda boleh belajar dari artikel-artikel kami.
.
Kesimpulan Perlu Cari Duit Lebih Dan Stabilkan Kewangan
.
DUIT. Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakkal. Pasang niat kita nak cari duit lebih supaya dapat beribadah dengan tenang, dapat bantu mak ayah dari segi kewangan, dapat bayar zakat dan bersedekah, dapat elakkan diri daripada berhutang dan dapat tolong orang lain.
.
Kita hanya perlu teruskan berusaha dan ikhtiar. Kemudian berdoa dan bertwakkal pada Allah. Ini menunjukkan kita berusaha sebaik yang boleh dengan pelbagai ilmu, teknik dan strategi tapi akhirnya kita kena berserah pada Allah Yang Maha Pemberi Rezeki. Cukup sampai kat sini dulu untuk artikel kali ni, moga dapat memberi manfaat pada anda yang membaca! Woot woot!
VIENVA TM levonorgestrel and ethinyl estradiol kit tomar levitra caducada