Baru-baru ni bos Wazeen ada buat live kat group FB Affiliate Centre Shopievo bercakap pasal sistem program affiliate Shopievo yang baru. Pada awal tahun 2019 haritu, kami dah pindahkan semua produk Shopievo ke kedai online yang baru yang menggunakan sistem Shopify…
.

.
Jadi, kami jugak terpaksa menggunakan sistem program affiliate yang baru. Dalam artikel ni saya akan tunjukkan macam mana cara anda boleh daftar jadi agen affiliate Shopievo kat sistem affiliate Shopievo yang baru ni dan promosikan semua produk-produk Shopievo untuk menjana pendapatan sampingan.
.
Jenis-jenis Komisyen!
.
Sebelum saya tunjukkan cara daftar, saya nak terangkan dulu jenis-jens komisyen yang anda boleh dapat melalui program affiliate Shopievo yang baru ni. Ada 3 level komisyen yang anda boleh capai bergantung pada jumlah komisyen yang anda dah buat bersama sistem affiliate Shopievo yang baru ni…
.

.
Anda akan bermula dengan Level 1. Anda akan mendapat komisyen 40% dari setiap harga jualan produk Shopievo yang anda berjaya jual. Kalau jumlah komisyen terkumpul anda dah mencecah Rm500, anda akan dinaikkan ke Level 2 secara automatik.
.
Untuk Level 2, Anda akan mendapat komisyen 42% dari setiap harga jualan produk Shopievo yang anda berjaya jual. Kalau jumlah komisyen terkumpul anda dah mencecah Rm1000, anda akan dinaikkan ke Level 3 secara automatik dan mendapat komisyen 45% dari setiap harga jualan produk Shopievo.
.
Untuk sistem program affiliate Shopievo yang baru ni, kami ada buat 2-Tier komisyen. Anda boleh promosikan supaya orang lain daftar menjadi agen affiliate Shopievo melalui link afiliate anda dan automatik menjadi ‘downline’ anda. Anda akan dapat komisyen 10% dari jumlah komisyen yang berjaya dibuat oleh downline anda.
.
Anda boleh promosikan link affiliate halaman produk kat kedai online Shopievo ataupun promosikan link affiliate halaman jualan khusus untuk setiap produk tersebut. Nampak kan 2 ayat yang saya highlightkan tu? Kedua-duanya adalah 2 halaman yang berbeza. Sebagai contoh, ini adalah halaman produk untuk software Vidsy kat kedai online Shopievo…
.

.
Kalau prospek klik pada butang ‘LEARN MORE’, diorang akan dibawa ke halaman jualan khusus untuk software Vidsy. Tak kira samaada prospek anda membuat pembelian kat halaman produk kat kedai online Shopievo atau halaman jualan khusus untuk produk tersebut, anda tetap akan dapat komisyen.
.

.
Cara Daftar Jadi Agen Affiliate Shopievo! – Jom Buat Bisnes Online Affiliate Bersama Shopievo
.
Okay, sekarang saya akan tunjukkan cara daftar jadi agen affiliate Shopievo. Untuk daftar jadi agen affiliate Shopievo, KLIK SINI untuk pergi ke halaman pendaftaran. Anda akan dibawa ke halaman Affiliate Centre Shopievo.
.

.
Kemudian, klik pada butang ‘Daftar Agen Superhero’. Isikan semua maklumat anda dan klik butang ‘Register’.
.

.
Selepas selesai mendaftar, anda kena Log In akaun anda dulu menggunakan emel dan password yang telah anda daftarkan. Kemudian, klik butang ‘Log In’.
.

.
Ini adalah halaman dashboard akaun affliate anda bersama program affiliate Shopievo…
.

.
Dalam artikel ni, saya hanya terangkan secara ringkas sahaja macam mana anda nak daftar jadi agen affiliate Shopievo. Saya dah guide anda sehingga masuk ke dashboard akaun affiliate anda. Namun begitu, ada beberapa setting yang anda perlu buat pada akaun affiliate anda dan beberapa langkah lagi yang anda perlu tahu berkaitan dashboard akaun affiliate, link affiliate, update akaun bank dan sebagainya.
.
Saya tak dapat nak tulis dan tunjukkan semuanya dalam artikel ni sebab bahagian teknikal ni lebih sesuai ditonton dan ikut melalui panduan video. Jadi, saya akan guide anda lagi apa langkah seterunya yang anda perlu buat selepas masuk ke dashboard akaun affiliate anda dan tunjukkan kat mana video panduan sistem affiliate Shopievo tersebut.
.
Okay, langkah seterusnya ialah anda request untuk join group FB Affiliate Centre Shopievo sebab video panduan sistem affiliate Shopievo tu ada dalam group ni. Lepas anda dah diapprove masuk ke group ni, cari satu video live bos Wazeen yang bertajuk ‘Penerangan Tentang Program Affiliate Shopievo’.
.

.
Anda tak perlu tengok video tu dari awal sebab saya dah cover sebahagian dalam artikel ni tadi. Untuk sambung langkah seterusnya, anda skip video tersebut ke masa 18 minit dan 23 saat. Dari situ, anda tengok, ikut langkah-langkah dan catat info-info penting yang ditunjukkan oleh bos Wazeen sampai habis.
.
Kesimpulan Buat Bisnes Online Affiliate Bersama Shopievo
.
Itu sahaja langkah-langkah yang anda perlu buat untuk mula buat bisnes online affiliate melalui sistem program affiliate Shopievo yang baru ni. Saya jugak dah terangkan kat anda info-info penting berkaitan program affiliate Shopievo yang baru seperti kedai online Shopievo, jenis-jenis komisyen, cara daftar jadi agen affiliate Shopievo dan cara nak join group FB Affiliate Centre Shopievo.
.
Okay, cukup sampai kat sini dulu untuk artikel kali ni, semoga platform program affiliate yang kami sediakan ni dapat menjadi satu lagi sumber pendapatan sampingan anda sebagai usahawan online. Woot woot!
Your enticle helped me a lot, is there any more related content? Thanks! https://www.binance.com/en/register?ref=P9L9FQKY