Hai! Untuk artikel kali ni, saya nak kongsikan satu lagi kisah usahawan yang buat bisnes e-Com sebagai motivasi dan inspirasi kita bersama. Ini adalah artikel ke-3 dalam siri Kisah Usahawan e-Com kat blog ni. Saya berminat nak kongsikan kisah ni lepas tengok satu video kat Youtube. Dalam artikel ni, saya akan buat rumusan pasal video tersebut in case kalau anda malas nak luangkan masa tengok video yang panjangnya 40 minit tu, huhu…
.

.
Kisah kali ni lain dari yang lain. Ade sesuatu yang kita boleh belajar dari sudut marketing untuk bisnes e-Com. Ada teknik dan strategi yang kita boleh pertimbangkan untuk buat pada bisnes e-Com kita. Semoga dengan perkongsian saya ni, anda dapat ilham buat marketing untuk tingkatkan jualan bisnes e-Com dan tiruvasi apa yang dah diorang buat.
.
Jualan $160,000 Tak Sampai Setahun Tanpa Iklan Berbayar!
.
Video tersebut adalah sesi temuramah dari team Oberlo bersama dua orang usahawan e-Com wanita iaitu Aubrey dan Mandie. Aubrey dan Mandie baru jer mulakan bisnes sejak bulan Februari 2018. Tak sampai setahun, diorang dah boleh hasilkan jualan $160,000. Apa yang paling menarik ialah diorang tak keluarkan satu sen pun untuk iklan berbayar! Wow, bisnes e-Com tanpa buat ads? Macam mana boleh hasilkan jualan tu..??
.
Bermula Dengan Jadi Pembekal Produk Dengan Harga Murah Kepada Keluarga Dan Kawan-kawan
.
Pada mulanya, Aubrey dan Mandie membeli secara borong produk-produk pilihan diorang lepas buat kajian produk apa yang ada permintaan. Diorang hanya menjual dalam FB group sahaja. FB group yang diorang buat sendiri. Mula-mula group tu hanya ada 20 orang ahli sahaja yang terdiri daripada family dan kawan-kawan. Lebih kepada group bersama kenalan rapat.
.
Bila beli produk secara borong, Aubrey dan Mandie dapat bekalkan sesuatu produk dengan harga yang lebih murah dari harga pasaran dalam group tu. Kenalan diorang lebih suka membeli daripada diorang dan mula mengajak kenalan-kenalan yang lain untuk join group barang murah tu. Word-of-mouth marketing. Jumlah ahli group makin meningkat secara organik.
.
Buat Contest Giveaway Dalam Group!
.
Lepas 8 Bulan, Aubrey dan Mandie buat keputusan untuk buat contest giveaway dalam group tu untuk produk-produk lebih yang tak berjaya dijual. Untuk contest giveaway tu, diorang offer harga produk yang jauh lebih murah daripada harga yang diorang jual. Sebagai contoh, pemenang contest boleh dapatkan produk hair dryer dengan harga $15 berbanding harga asal $49.
.
Syarat untuk join contest giveaway tersebut ialah setiap orang mesti invite seorang kawan yang lain untuk join group tu. Setiap kali diorang buat contest giveaway, ahli group akan bertambah lagi seribu ke dua ribu. Semakin bertambah ahli group, semakin banyak diorang dapat order. Sampaikan diorang dah tak larat nak uruskan order secara manual.
.
Uruskan Order Dengan Cara Yang Leceh! Guna Google Form..??!
.
Sejak dari mula, Aubrey dan Mandy belum lagi guna sistem e-Com untuk uruskan order. Diorang uruskan order secara manual guna Google Form. Pembeli perlu isikan maklumat diorang dan produk apa yang diorang nak beli melalui Google Form tu. Mesti anda tertanya, “…macam mana pembeli nak buat bayaran?…”
.
Orang yang nak beli perlu buat bayaran secara manual guna Paypal. Dua sistem yang berbeza dan tak ada integration. Siapa yang susah? Yang susahnya ialah Aubrey dan Mandy sendiri. Diorang terpaksa semak satu per satu order melalui Google Form dan semak satu per satu bayaran kat Paypal untuk order yang mana satu. Leceh! Sejak diorang dapat banyak order, keadaan ni banyak membazirkan masa diorang dan sudah tentu buatkan diorang stress dan penat!
.
Tak Pernah Buat Iklan Berbayar Sebab Memang Tak Tahu!
.
Ini adalah part yang menarik bagi saya dalam kisah diorang. Aubrey dan Mandie tak pernah buat iklan berbayar untuk bisnes bukan sebab diorang ada teknik dan strategi yang lebih power, tapi sebab diorang memang tak tahu! Aubrey dan Mandie tak ada background dalam bidang bisnes. Diorang mula berbisnes sekadar untuk suka-suka mengisi masa lapang. Lagipun, diorang masing-masing ada kerja full-time sendiri.
.
Disebabkan tak ada masa untuk pergi ke seminar belajar bisnes, diorang hanya belajar benda asas secara online sahaja. Namun begitu, diorang tak tahu satu sistem yang lengkap yang dapat automasikan proses buat tempahan dan pembayaran untuk bisnes diorang, apetah lagi buat iklan berbayar yang perlukan kemahiran teknikal.
.
Sampai satu tahap, Aubrey dan Mandie terjumpa dengan Shopify, satu platform kedai online yang lengkap untuk membuat tempahan dan pembayaran secara automatik. Satu sistem yang dapat menyelesaikan masalah dan memudahkan kerja diorang. Diorang tak perlu lagi bersusah-payah nak semak satu per satu borang tempahan dan bukti pembayaran. Apa-apa pun, diorang masih teruskan bisnes model menjual dalam group sahaja tanpa iklan berbayar, huhu.
.
Kesimpulan Kisah Usahawan E-Commerce 3
.
Ada beberapa perkara yang kita boleh cuba buat daripada kisah Aubrey dan Mandie sebagai usahawan E-Com;
.
- Pilih satu niche, dan buat satu FB Group khas untuk peminat niche tersebut.
- Invite beberapa orang yang mungkin berminat untuk join group tu Kita jugak boleh buat satu post kat group-group lain untuk ajak orang join group tu.
- Kat dalam tu lah kita promosikan produk-produk yang kita nak jual kepada audience yang targeted.
- Gunakan satu sistem yang lengkap untuk memudahkan urusan tempahan dan pembayaran seperti Shopify.
- Buat contest giveaway dari masa ke semasa untuk naikkan ahli group. Dengan cara ni, InsyaAllah, kita boleh mula menjual online tanpa buat iklan berbayar.
0 Comments