Hai! Sebelum ni saya ada kongsikan artikel pasal 7 halaman wajib ada untuk kedai online e-Commerce. 7 halaman tersebut ialah Laman Utama, halaman Produk, Tentang Kami, Hubungi Kami, halaman-halaman polisi, halaman Koleksi dan Blog. Dengan adanya halaman-halaman ni, kedai online anda akan nampak lebih profesional dan dapat membina kepercayaan prospek pada kedai online anda.
.
Untuk artikel kali ni, saya nak fokuskan pada About US page atau halaman Tentang Kami. Saya akan huraikan lebih lagi pasal halaman ni. Contohnya, apa fungsi About Us page, apa kepentingan About US page dalam kedai online kita, apa elemen yang kita boleh masukkan kat dalam About Us page dan panduan nak tulis kat halaman About Us page.
.
Kalau anda ada usahakan satu bisnes e-Commerce, anda pun mesti pernah rasa blank tak tahu nak tulis apa kat halaman About Us ni kan? Takda idea nak cerita pasal apa dan nak tulis macam mana. Mungkin disebabkan tu, anda abaikan About Us page ni atau ambil masa yang lama fikir nak siapak halaman ni. Jadi, dalam artikel ni, saya akan guide anda macam mana cara nak tulis kat halaman ‘About Us’. Jom layan…
.
Apa Fungsi Halaman ‘About Us’?
.
About Us page atau halaman Tentang Kami adalah satu halaman kat dalam kedai online untuk anda kenalkan dan ceritakan pasal bisnes anda. Selain bercerita pasal bisnes, anda jugak boleh kenalkan diri anda sebagai usahawan atau owner yang mengusahakan bisnes tu.
.
Penting Ke Halaman ‘About Us’ ni?
.
Kebanyakan usahawan ambil mudah dan wujudkan halaman ni kat dalam kedai online sekadar untuk ‘asal ada’ jer. Atau pun sebab kebiasaannya diorang tengok laman web memang ada About Us page atau halaman Tentang Kami ni. Bukan semua prospek yang tengok produk anda bersedia untuk membeli. Lebih-lebih lagi kalau diorang baru jer jumpa kedai online anda.
.
Bayangkan perjalanan prospek yang datang ke kedai online anda. Anda buat iklan, diorang nampak iklan, berminat, klik link dan terus ke halaman produk. Tapi belum ada kepercayaan untuk beli lagi. Kita sendiri pun kalau nak beli barang online selalunya akan godek-godek dulu laman web tu untuk pastikan penjual online tu boleh dipercayai dan bukannya scammer.
.
Prospek yang nak tahu lebih lanjut pasal bisnes anda dan ‘siapa anda’ akan cari kat satu tempat iaitu About Us page. Anda hanya ada satu peluang untuk bagi first impression yang terbaik dan dapatkan kepercayaan prospek yang berminat. Kalau anda gunakan halaman ni sebaiknya, anda dapat tingkatkan jualan bisnes e-Commerce.
.
Point yang penting sebenarnya kat sini ialah orang membeli dari bisnes yang diorang percaya. Bisnes yang diorang rasa selamat nak buat pembayaran secara online dan dapatkan produk tu tanpa masalah. Kalau ada masalah, diorang tahu siapa yang bertanggungjawab dan macam mana nak cari dan contact.
.
4 Elemen Yang Anda Boleh Masukkan Dalam Halaman ‘About Us’
.
Ceritakan Pasal Bisnes Anda Dengan Jujur
.
Kenapa anda mulakan buat bisnes tu? Apa masalah yang audience anda hadapai? Apa solusi atau produk yang kedai online anda boleh tawarkan pada diorang? Apa plan anda pada masa akan datang?
.

.
Letakkan Maklumat Lesen Perniagaan Anda
.
Melalui Peraturan Pengguna (Urusniaga Perdagangan Elektronik) 2012 yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2013, semua perniagaan atas talian (perniagaan online) wajib berdaftar dengan SSM. Ini adalah usaha yang dilakukan kerajaan untuk melindungi hak pengguna yang membeli secara online. Dengan lesen perniagaan tersebut, peniaga wajib mendedahkan maklumat berikut kat platform di mana perniagaan dijalankan;
.

.
Kenalkan Diri Dan Team Anda
.
Sekarang ni pelanggan lebih percaya dan nak follow bisnes yang berani ‘tunjuk muka’. Sebab diorang tahu siapa yang jual dan siapa yang ‘bercakap’ dengan diorang melalui iklan-iklan promosi yang diorang baca. Jadi anda boleh kenalkan diri dan team anda. Siapa orang yang run bisnes tersebut? Apa yang dia buat? Apa kemahiran dia? Semua ni akan buatkan prospek tahu yang diorang boleh percayakan penjual disebalik tabir bisnes anda.
.

.
Masukkan Gambar Atau Video
.
Anda jugak boleh jadikan halaman Abou Us ni lebih menarik dengan menambah gambar atau video, bukan hanya sekadar tulisan. Gambar atau video berkaitan bisnes, produk, testimoni pelanggan dan sebagainya.
.
Kesimpulan
.
Itu sahaja panduan tulis halaman About Us yang dapat saya kongsikan pada anda. Anda dah nampak apa fungsi halaman ni dan apa kepentingannya pada bisnes e-Commerce anda. Saya jugak kongsikan 4 elemen yang anda boleh masukkan dalam halaman About Us ni sebagai panduan. .
.
Dengan adanya sikit panduan ni, lepas ni anda tak payah susah-susah fikir nak tulis apa kat halaman About Us ni. InsyaAllah, apa yang saya kongsikan ni dapat bantu bisnes e-Commerce anda tukarkan prospek yang berminat kepada pelanggan yang membeli! Okay, cukup setakat ni dulu untuk artikel kali ni, jumpa anda lagi dalam artikel seterusnya! Woot woot!
0 Comments