Hai! Baru-baru ni saya buat 3 kedai online e-Commerce yang baru untuk persediaan bulan Ramadhan dan hari raya, huhu. Saya guna platform Shopify. Alhamdulillah, kedai online yang saya buat semakin baik lepas saya gunakan strategi branding untuk bisnes e-Commerce yang saya pernah kongsikan sebelum ni.
.
Sekarang ni semua orang boleh mulakan satu bisnes online dengan mudah terutamanya bisnes dropship e-Commerce. Nak mula buat satu bisnes e-Commerce memang mudah, tapi tak semua buat kedai online yang betul-betul lengkap, nampak profesional dan dipercayai prospek. Jadi, dalam artikel ni saya akan kongsikan 7 halaman wajib ada untuk kedai online e-Commerce untuk tingkatkan kepercayaan prospek pada kedai online anda. Jom layan…
.
Home Page/ Laman Utama
.
Home page atau laman utama adalah bahagian paling depan kedai online anda. Bayangkan pintu masuk utama untuk mana-mana kedai fizikal yang anda pergi. Fungsinya adalah untuk sambut prospek yang datang ke kedai online anda dengan segala info berkaitan bisnes anda.
.

.
Kat sinilah anda perlu letakkan logo bisnes, nama bisnes, gambar-gambar dan ayat-ayat yang menunjukkan branding bisnes anda. Selain tu, kat sini jugaklah anda letakkan segala link ke halaman-halaman lain dalam kedai online anda. Tujuan kita buat kedai online adalah untuk buat jualan. Pastikan anda letak link Call-To-Action ke halaman produk dengan jelas supaya tak kelirukan prospek yang datang.
.
Product Page/ Halaman Produk
.
Bukanlah namanya ‘kedai online’ kalau tak ada halaman produk. Jadi, halaman produk adalah salah satu halaman wajib ada untuk kedai online anda. Anda boleh masukkan hanya satu produk atau seberapa banyak produk yang anda nak bergantung pada bisnes anda.
.

.
Setiap halaman produk berfungsi sebagai surat jualan atau ‘wakil jualan’ untuk bisnes anda. Kat sinilah anda letakkan segala info berkaitan produk anda seperti nama produk, gambar yang jelas, video, harga, harga promosi, variasi, butang pembelian dan description pasal produk anda.
.
About Us/ Tentang Kami
.
Bukan semua prospek yang tengok produk anda bersedia untuk membeli. Lebih-lebih lagi kalau diorang baru jer jumpa kedai online anda. Belum ada kepercayaan. Kita sendiri pun selalunya akan godek-godek dulu halaman-halaman lain untuk pastikan penjual online tu boleh dipercayai dan bukannya scammer.
.

.
Jadi, kat sinilah gunanya About Us page atau halaman Tentang Kami. Anda boleh kenalkan dan terangkan segala info berkaitan bisnes anda. Maklumat yang paling kritikal untuk tingkatkan kepercayaan prospek pada kedai online anda adalah maklumat lesen perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
.
Contact Us/ Hubungi Kami
.
Contact Us page atau halaman Hubungi Kami adalah halaman untuk prospek dan pelanggan menghubungi anda. Kat sini, anda boleh letakkan info seperti nama emel atau nombor Whatsapp perniagaan bergantung pada cara yang anda selesa. Kalau anda guna platform Shopify, anda boleh setkan satu sistem Contact Us yang mudah secara automatik…
.

.
Policy Pages/ Halaman Polisi
.
Antara halaman lain yang wajib ada dalam kedai online e-Commerce anda ialah Policy Pages atau halaman-halaman berkaitan polisi. Ada 4 halaman polisi yang anda perlu sediakan iaitu halaman Term Of Service, Privacy Policy, Refund Policy dan Shipping Policy. Halaman-halaman ni jugak membantu untuk tingkatkan lagi kepercayaan prospek pada kedai online anda.
.
Anda perlukan halaman-halaman polisi ni untuk terangkan lagi dengan lebih lanjut berkaitan proses dan cara bisnes anda beroperasi. Sebagai contoh, macam mana proses dan cara untuk pelanggan memohon refund kalau berlaku masalah, berapa lama pelanggan anda perlu tunggu produk sampai, syarat-syarat membeli dari kedai online anda dan sebagainya.
.
Collection Page/ Halaman Koleksi
.
Kalau anda masukkan banyak produk kat dalam kedai online e-Commerce anda, anda perlukan Collection page atau halaman Koleksi untuk susun dan kumpulkan produk-produk dalam kategori yang sama. Sebagai contoh, kalau anda jual pakaian muslimah…mungkin anda boleh susun produk tudung dalam satu kategori dan baju kurung dalam satu kategori yang lain. Ambil contoh macam laman e-Commerce marketplace Shopee…
.

.
Blog
.
Halaman blog kat dalam kedai online anda adalah tempat untuk anda menulis. Untuk prospek dan pelanggan anda, ia adalah laman untuk diorang membaca. Apa yang anda kena tulis dan apa yang diorang nak baca? Itulah yang anda kena fikirkan. Penulisan anda perlulah sesuatu yang berkaitan niche bisnes anda dan dapat menarik minat audience.
.
Kenapa halaman blog ni penting? Pertama, ia dapat membantu tingkatkan kepercayaan prospek terhadap kedai online anda melalui penulisan-penulisan berkualiti yang anda hasilkan. Kedua, penulisan blog ni jugak berfungsi sebagai bahan marketing untuk bisnes anda. Anda boleh share atau buat ads menggunakan penulisan tersebut untuk tarik audience ke kedai online anda.
.
Kesimpulan Halaman Wajib Ada Untuk Kedai Online E-Commerce
.
Okay, itu sahaja 7 halaman wajib ada untuk kedai online e-Commerce yang anda perlu wujudkan. 7 halaman tersebut ialah Laman Utama, halaman Produk, Tentang Kami, Hubungi Kami, halaman-halaman polisi, halaman Koleksi dan blog.
.
Macam mana halaman-halaman ni dapat membantu bisnes e-Commerce anda? Dengan adanya halaman-halaman tersebut, kedai online anda nampak lebih professional dan dipercayai. Kedai online anda pun tak adalah nampak kosong jer kan, huhu. Okay, cukup setakat ni dulu, jumpa anda lagi dalam artikel seterusnya! Woot woot!
0 Comments