Hai dan salam! Baru-baru ni saya ada problem sikit masa nak pilih produk untuk projek bisnes e-Commerce terbaru saya. Biasalah, bila kita dah jumpa produk yang best-best, lepas tu kita akan buat kajian pesaing. Tempat pertama yang kita check mesti Shopee, betul tak? Saya pun check kat Shopee jugak.
.
Dan memang betul, produk tu ada dijual kat Shopee. Apa yang problemnya ialah produk tu dijual dengan harga yang sangat-sangat murah. Harga dia macam dah boleh jadi supplier terus untuk bisnes e-Commerce saya ni. Bila kira-kira, untung yang dia ambil tak sampai RM10pun.
.
Tapi tu lah problemnya. Saya terfikir macam mana saya nak bersaing dengan orang yang jual dengan harga serendah tu. Saya tak boleh buat untung pun dengan harga serendah tu. Macam mana kalau prospek saya survey harga produk tu kat tempat lain dulu dan jumpa produk tu kat Shopee?
.
Benda-benda macam ni lah yang buatkan saya tertangguh dengan idea projek bisnes e-Commerce saya ni. Lepas tu saya teringatkan satu video dalam video panduan Shopievo 2.0 yang mana, bos Wazeen boleh jer jual produk dropship dengan harga RM60 dan ke atas walapun dropship produk dari Aliexpress jer.
.
Dan memang betul, dalam video tu jugak ditunjukkan pesaing kat Shopee jual dengan harga Rm25 tapi bos Wazeen letak harga 3 kali ganda. Bagi saya harga Rm60, RM70, RM80 dan ke atas ni memang harga kategori mahal dah. Tapi macam mana boleh terjual jugak walaupun ada pesaing yang jual murah kat Shopee?
.
Rupanya-rupanya problem saya ni dah terjawab dalam video tu yang bertajuk Strategi Penetapan Harga Produk. Video tu adalah sub-topik ke-4 dalam Fasa Teras video panduan Shopievo 2.0. Mungkin selama ni saya tak bagi penekanan sangat kat video tu sebab bagi saya nak letak harga produk tu senang.
.
Bos Wazeen sendiri pernah alami masalah ni yang mana usahawan e-Commerce akan rasakan isu harga ni satu penghalang untuk mula menjual. Jadi dia come up dengan 4 strategi tetapkan harga produk yang kita boleh buat untuk bisnes e-Commerce kita. Supaya kita tak fikirkan sangat pasal harga dan jadi stuck untuk jual mana-mana produk.
.

.
Satu strategi tetapkan harga produk yang saya nak kongsikan dalam artikel ni ialah Value-Based Pricing atau penetapan harga produk berdasarkan nilai sebenar sesuatu produk tersebut serta nilai yang bisnes anda dapat tawarkan pada prospek berbanding pesaing lain.
.
Seperti yang saya pernah kongsikan sebelum ni, harga bukanlah satu-satunya faktor yang menentukan prospek membuat keputusan membeli atau tak. Produk atau bisnes yang ada perceived value yang tinggi di hati dan fikiran pengguna menjadikan kita lebih kehadapan dari pesaing. Ini membolehkan kita menjual dengan harga yang lebih tinggi dan membuatkan prospek memilih untuk membeli daripada kita.
.
Persoalannya, macam mana nak naikkan nilai sesuatu produk untuk menjual dengan harga yang lebih tinggi? Kata kuncinya ialah Unique Selling Proposition (USP), tapi nanti dulu!!! Saya tahu anda dah banyak kali dengar perkataan ni tapi kebanyakan usahawan yang senaraikan USP untuk sesuatu produk akan fikirkan kelebihan dan manfaat produk sahaja.
.
Apa yang uniknya anda kalau pesaing anda jual produk yang sama dengan kelebihan dan manfaat yang sama jugak? Jadi, hari ni saya nak luaskan lagi pemahaman anda pasal USP dan cara anda senaraikan USP sesuatu produk. Pernah tak anda fikirkan apa kelainan yang BISNES anda dapat tawarkan pada pelanggan yang membeli dari anda?
.
Jadi, dalam artikel ni saya nak kongsikan beberapa idea Unique Selling Proposition yang BISNES anda boleh tawarkan pada pengguna supaya anda yakin untuk jual dengan harga yang lebih tingg dari penjual kat Shopee! Jom layan…
.
Produk Ready Stock Di Malaysia Dan Ada Tracking Number!
.
Kalau anda nak jual produk dengan harga lebih mahal berbanding penjual kat Shopee, pertama sekali anda boleh kaji kenapa produk tu boleh dijual dengan harga murah. Sebab anda kena ingat, penjual kat Shopee bukan sahaja dari Malaysia tapi ada jugak penjual dari negara China. Sebab tu diorang boleh bagi harga jauh lebih murah.
.

.
Apa yang saya buat ialah, saya akan chat terus penjual kat Shopee tu samaada produk tersebut ready stock kat Malaysia atau tak. Sebagai contoh, produk pilihan saya ni memang tak ada stok kat Malaysia. Penjual dari China jer yang jual. Kat sini saya nampak kelebihan yang saya boleh tawarkan pada prospek saya.
.
Saya boleh beli borong dengan kuantiti yang sikit dulu supaya produk tu ready stock kat Malaysia. Dengan cara ni, saya dah tingkatkan nilai produk tu sebab saya dapat tawarkan tempoh penghantaran yang jauh lebih cepat dan pos menggunakan Pos Laju dengan tracking number. Saya boleh jual dengan harga yang lebih tinggi untuk tempoh penghantaran yang singkat dan kualiti produk yang terjamin.
.
Tawarkan Free Gift Dan Penghantaran Percuma!
.
Kelebihan dan manfaat produk dah sama dengan pesaing. Harga pulak, pesaing anda tawarkan lagi murah. Cuba cari apa benda yang pesaing tak buat, supaya anda boleh ambil peluang untuk buat. Apa kelebihan yang pelanggan akan dapat kalau diorang membeli dari anda walaupun dengan harga yang tinggi tu?
.
Strategi paling senang yang anda boleh buat ialah tawarkan penghantaran percuma kepada prospek anda. Tapi kalau pesaing pun bagi penghantaran percuma jugak? Anda boleh buat kelainan dengan menawarkan beberapa free gift untuk pelanggan yang membeli dari anda. Mungkin anda terfikir, “kalau aku nak tambah free gift nanti, lagi bertambah pulak modal yang aku kena keluarkan.”…
.

.
Anda tak perlu beli free gift yang gempak-gempak dan mahal-mahal. Saya nak bagi tips bernas kat anda ni. Cuba cari produk untuk dijadikan free gift kat kedai-kedai dua ringgit berdekatan rumah anda tu. Serius, banyak jer benda yang anda boleh jadikan free gift! Dengan modal RM10, anda boleh bagi pelanggan anda 5 free gift! Dengan cara ni, anda boleh jual produk dengan harga lebih tinggi sebab pelanggan akan dapat sekali 5 free gift!
.
>>>Sambung ke artikel seterusnya Strategi Tetapkan Harga Produk Untuk Bisnes e-Commerce (PART2)<<<
Your point of view caught my eye and was very interesting. Thanks. I have a question for you.
generique levitra 20mg Funding EU FP7 MARVEL PIEF GA 2013 626461, WT205915