Apa Kata Datuk Seri Vida Tentang Jualan Dan Pemasaran?

December 29, 2018

By admin

Comments

Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!



Pada hari Sabtu (15 Disember 2018) yang lepas, saya ada belek-belek surat khabar Utusan Malaysia. Kalau baca surat khabar ni kebiasaannya saya akan mula baca dari belakang dulu, bahagian sukan. Itupun berita-berita berkaitan Premier League yang lebih menarik minat saya.

.

Lepas tu bahagian bisnes. Lepas tu mungkin bahagian hiburan sikit. Lepas tu barulah bahagian depan-depan yang lebih berat sikit dari pelbagai genre seperti crime, thriller, horror, fiction dan sebagainya. Hehe.

.

Saya lebih suka baca berita berkaitan bisnes, kejayaan orang, pengalaman orang, kerjaya orang yang lain dari yang lain, idea-idea baru dan perkongsian santai. Saya cuba dapatkan manfaat daripada berita-berita macam tu.

.

Tak sangka dalam satu slot kat bahagian bisnes, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau lebih dikenali dengan Datuk Seri Vida (DSV), berkongsi sesuatu melalui penulisan yang bertajuk ‘Antara Jualan Dan Pemasaran’.

.

Saya macam ‘wow!’ sekejap sebab orang yang dah berjaya membina satu empayar perniagaan yang besar dan stabil ni berkongsi sesuatu berkaitan bisnes. Tajuknya pulak dekat dengan para usahawan yang lain.

.

Saya rasakan perkongsian Datuk Seri Vida ni jugak mesti dapat bagi manfaat pada pembaca blog Shopievo.com dan komuniti Geng Shopievo: 1 Usahawan 1 e-Commerce yang tak lari daripada aktiviti jualan dan pemasaran.

.

Jadi, dalam artikel ni saya kongsikan pandangan Datuk Seri Vida berkaitan jualan dan pemasaran. Jom layan…

.

Pandangan Datuk Seri Vida Tentang Jualan Dan Pemasaran

.

“Ramai peniaga tak dapat bezakan antara jualan dan pemasaran. Ada yang anggap kedua-duanya adalah perkara yang sama. Kali ni, saya akan berkongsi apakah kaitan dan perbezaan antara jualan dan pemasaran.

.

Ia adalah dua perkara yang yang berkait rapat dan bertujuan meningkatkan pendapatan perniagaan. Oleh itu, ia sukar untuk merealisasikan perbezaan di antara kedua-duanya.

.

Dalam perniagaan yang kecil, kita tak dapat menemui banyak perbezaan antara jualan dan pemasaran. Tapi bagi perniagaan yang lebih besar, perbezaannya jelas dan kita perlu mempunyai kepakaran khusus untuk mengendalikan secara fokus dan terperinci.

.

Jadi, bagaimanakah jualan dan pemasaran tu berbeza? Dalam perkataan yang mudah, jualan boleh disebut sebagai proses pengkhususan dan menyasarkan individu atau kumpulan kecil. Sebaliknya pemasaran pula menyasarkan kumpulan lebih besar.

.

Konsep jualan dan pemasaran mempunyai perbezaan yang banyak. Jualan hanya tertumpu kepada penukaran permintaan pengguna yang sesuai dengan produk. Tetapi tujuan pemasaran adalah memenuhi kehendak dan tuntutan pengguna supaya mesej yang hendak disampaikan menepati golongan sasaran.”

.

Jualan

.

“Jualan merujuk kepada sasaran jangka masa pendek bagi penjualan produk atau melakukan apa yang perlu untuk menjual. Teknik dan strategi jualan bergantung kepada apa yang diperlukan agar berlakunya proses jual beli.

.

Jika anda mempunyai pelanggan tapi tak mampu meyakinkan mereka untuk membeli produk, anda mempunyai masalah dengan strategi penjualan. Strategi jualan adalah tertumpu pada pembeli individu dan teknik yang perlu dilakukan untuk memastikan mereka mengeluarkan wang atau klik pada butang beli ketika melawati laman web jualan dalam talian.

.

Kita sebagai peniaga perlu menetapkan sasaran jumlah jualan bagi bagi tempoh tertentu (minggu, bulan dan suku tahunan) dan mempunyai strategi mencapai sasaran tersebut. Kebiasaannya, perlu ada unjuran jualan bagi kempen yang dijalankan dan pencapaian yang diraih. Tetapi jika tiada kempen, perlu berbuat sesuatu supaya berlakunya aktiviti jualan yang konsisten setiap hari.”

.

Pemasaran

.

“Pemasaran boleh dianggap sebagai permulaan bagi jualan untuk menawan hati pengguna. Ini menggunakan pelbagai kaedah seperti penjenamaan dan pengiklanan melalui media cetak (surat khabar, majalah, risalah), media elektronik (radio dan televisyen atau media sosial (melalui iklan viral Facebook, Instagram) bagi mewujudkan kesedaran tentang produk jualan anda.

.

Ia adalah konsep jangka masa panjang dan berkait dengan strategi memahami keperluan pelanggan, mempengaruhi persepsi pelanggan dan mengenal pasti bagaimana kita dapat memanfaatkannya.

.

Hasil daripada proses pemasaran dan strategi yang dilaksanakan dapat membantu menjadikan penjualan lebih mudah. Teknik dan strategi pemasaran adalah berdasarkan kepada keperluan mengenal pasti produk jualan yang sesuai, harga produk mampu dibeli dan apa yang perlu disampaikan kepada pelanggan sasaran (melalui iklan) agar penjualan produk berjaya.

.

Pemasaran merangkumi penyelidikan (mengenal pasti keperluan pelanggan), pembangunan produk (menghasilkan produk innovatif) dan mempromosikan produk (melalui iklan) serta mewujudkan kesedaran mengenai sesuatu produk dalam kalangan pengguna.

.

Apabila produk dikeluarkan dan berada di pasaran, kita perlu menjalankan tugas memujuk pelanggan atau pengguna membeli produk tersebut. Seterusnya, kita harus meyakinkan prospek kepada pembelian dan pesanan produk tersebut.

.

Selain itu, pemasaran amat penting untuk jangka masa panjang manakala jualan mempunyai matlamat yang lebih pendek. Pemasaran melibatkan proses yang lebih panjang untuk membina penjenamaan dan mencari pelanggan membeli walaupun mereka tidak memerlukannya.

.

Berlainan dengan jualan, ia adalah proses jangka masa pendek dan fokus kepada penguna sasaran sahaja.”

.

Cara Pemasaran

.

“Satu daripada aspek utama strategi pemasaran ialah membina identiti jenama bagi memudahkan kita menjual dan perlu meggunakan pendekatan yang berbeza daripada produk lain di pasaran.

.

Sebagai contoh, produk Pamoga. Pada ketika itu, masih tiada lagi produk kesihatan tradisional seumpama dengannya. Saya mula menjual Pamoga melalui kios kecil dan mempromosikan Pamoga melalui slot program Radio di Perak dan Kelantan. Sasaran saya pada waktu itu, adalah masyarakat setempat yang berumur dalam lingkungan 40 hingga 50 tahun.

.

Nama pamoga mulai terkenal kerana sebutannya mudah dan saya menggunakan pendekatan dengan berkongsi pengalaman daripada masalah penyakit darah tinggi saya dan bagaimana menghadapinya.

.

Ini menyebabkan para pendengar merasa dekat dan saya berjaya mengubah prospek sebagai pembeli tetap produk Pamoga. Secara tidak langsung, saya berjaya mempromosikan Pamoga dan mewujudkan permintaan tinggi dalam kalangan pengguna yang mempunyai masalah sama seperti saya.

.

Percaya atau tidak, produk Pamoga terjual dengan mudah sehingga kehabisan stok. Jualan bulanan saya pada waktu itu mencecah hingga jutaan ringgit dan berterusan beberapa bulan lamanya.”

.

Strategi

.

“Apabla membincangkan mengenai pemasaran vs jualan, antara perkara penting yang perlu diambil pemilik perniagaan adalah mempertimbangkan kedua-dua aspek jualan dan pemasaran secara keseluruhan.

.

Dalam sebuah perniagaan, pemasaran dan jualan harus dikendalikan oleh kumpulan atau individu yang sama kerana kedua-duanya saling berkait dan mempunyai tujuan yang sama.

.

Strategi jualan perlu mempunyai mesej yang sama seperti mesej pemasaran untuk menjadikan ia lebih berkesan dan memaksimumkan peluang untuk menjadikan jualan lebih mudah dan berjaya.

.

Kita harus sentiasa fokus dan ambil tahu mengenai kehendak dan keperluan pengguna dari masa ke semasa bagi memastikan penjualan kita semakin meningkat.

.

Pendek kata, aktiviti jualan dan pemasaran perlu seimbang kerana masing-masing saling memerlukan antara satu sama lain dengan persembahan gaya tersendiri bergantung kepada syarikat atau individu yang menjalankan perniagaan berkenaan.”

.

==========

.

Anda belajar sesuatu daripada perkongsian Datuk Seri Vida ni? Bagitahu pulak pendapat anda tentang jualan dan pemasaran kat bahagian komen. Anda boleh follow DSV kat Instagram beliau, @datoserivida. Woot woot!

.



Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!

Related Posts

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Hai! Tak sangka kita dah pun berada dalam bulan ke 2 dalam tahun 2020. Cepat jer masa berlalu. Biasa pun memang macam tu lah…hm. Rasa baru jer haritu kita plan nak buat apa bila masuk tahun baru 2020. Tup tup…bulan 2 dah. . Jadi saya ucapkan selamat tahun baru 2020...

Kenapa Group Support Penting Untuk Setiap Panduan Bisnes

Kenapa Group Support Penting Untuk Setiap Panduan Bisnes

Hai! Saya yakin kalau anda jugak adalah seorang usahawan online, mesti bersepah senarai group bisnes kat anda punya FB, Whatsapp ataupun Telegram, betul tak? Sampaikan kena off notification beberapa group sebab serabut sangat dapat macam-macam info dari pelbagai sudut...

0 Comments

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Apa Kata Datuk Seri Vida Tentang Jualan Dan P…

by admin time to read: 4 min
0