Hai! Kenapa bisnes online affiliate wujud? Sebelum zaman internet dan dunia online muncul, sesebuah bisnes tu berhabis ribuan ringgit bergantung pada tv, radio, surat khabar, majalah dan komik untuk beriklan supaya bisnes diorang boleh berkembang.
.
Itulah satu-satunya cara untuk beriklan pada masa tu untuk kenalkan sesebuah bisnes pada orang ramai. Walaupun cara tu berkesan sebab pengguna pun bergantung pada media tersebut untuk dapatkan info, tapi ruang untuk beriklan sangat terhad.
.
Tempoh masa untuk iklan muncul kat tv atau radio terhad, ruang untuk iklan muncul kat media cetak pun tehad kalau nak dibandingkan dengan jumlah bisnes yang bersaing untuk lebih kehadapan. Sudah tentu ruang-ruang iklan ni menyebelahi bisnes-bisnes besar yang mampu membayar lebih. Bisnes-bisnes kecil dan sederhana susah untuk berkembang.
.
Tapi tu dulu.
.
Sekarang, iklan tak lagi terhad kepada tv, radio dan media cetak sahaje. Sesiapa sahaje yang ada akses ke internet dan dunia online, boleh membantu bisnes-bisnes untuk berkembang dengan mengiklankan produk diorang melalui teknik beriklan yang dikenali sebagai affiliate marketing.
.
Affiliate marketing adalah satu teknik beriklan yang digunakan kebanyakan bisnes pada hari ni dengan tujuan untuk kurangkan kos beriklan dengan cara membuka peluang kepada orang ramai untuk membantu mengiklankan produk diorang dan memberi insentif dalam bentuk komisyen untuk setiap jualan yang berjaya dihasilkan.
.
Dengan peluang ini lah, seseorang tu boleh menjana pendapatan dengan mengusahakan bisnes online affiliate. Menjadi agen affiliate atau affiliate marketer dan mempromosikan produk digital milik supplier (pembekal produk).
.
Melalui teknik beriklan affiliate marketing, pemilik bisnes dan agen affiiate adalah dua pihak yang saling memerlukan. Untuk bisnes yang ada produk dan ingin tingkatkan jualan, diorang boleh tawarkan komisyen melalui program affiliate.
.
Untuk seseorang yang tak ada produk dan ingin menjana pendapatan secara online, boleh daftar menjadi agen affiliate di bawah program affiliate yang ditawarkan bisnes tersebut. Kalau agen affiliate membuat jualan, dia akan dapat komisyen.
.
Contoh Program Affiliate: Affiliate Centre Shopievo
.
Saya nak tunjukkan kat anda contoh yang paling dekat sebuah bisnes yang ada tawarkan program affiliate. Kami Team Shopievo sendiri ada buka peluang untuk anda daftar jadi agen affiliate dan promosikan produk-produk digital kami.
.
Anda boleh join komuniti agen affiliate kami iaitu Affiliate CentreShopievo. Ia adalah sebuah group FByang mengumpulkan semua agen affiliatekami. Kat sini jugak, anda akan dapat segala info terbaru berkaitan program afiliate kami seperti cara daftar, strategi promosi, pelancaran produk terbaru dan sebagainya.
.
Sebagai contoh, pada akhir bulan Ogos yang lepas, Shopievo melancarkan produk video panduan Lubuk Trafik. LubukTrafik adalah sebuah produk digital berbentuk video panduan yang mengajar usahawan strategi menghasilkan jualan dengan trafik percuma menggunakan teknik SEO (Search Engine Optimization).

Harga Lubuk Trafik sekarang untuk pakej basic adalah RM175. Melalui program affiliate, kami menawarkan komisyen sebanyak 50% daripada harga jualan untuk setiap jualan produk ni. Kalau agen affiliate berjaya menjual 1 unit produk ni, dia akan dapat komisyen sebanyak RM87.50.
.
Gambar kat bawah ni menunjukkan jumlah komisyen yang berjaya dibuat oleh para agen affiliate kami pada hari ke-3 pelancaran produk Lubuk Trafik…

Salah seorang agen affiliate kami yang ohsem iaitu Rashvin Singh berjaya membuat komisyen sebanyak RM11,120 walaupun baru 3 hari mempromosikan produk Lubuk Trafik ni. Ya, 11 ribu! Sebab tu lah affiliate marketing ni boleh dijadikan sebagai salah satu sumber pendapatan bisnes online anda.
.
InsyaAllah, dengan usaha yang konsisten dan strategi yang betul, anda pun boleh jana komisyen macam Rashvin. Kalau Rashvin boleh buat, anda pun boleh buat. Kami jugak berkongsi tips dan Strategi Super Affiliate untuk membantu agen-agen affiliate kami membuat promosi dan jualan…

Anda jugakboleh bertanya soalan di dalam group ni untuk memajukan diri sebagai seorang agen affiliate. Semua agen affiliate dalam group ni adalah usahawan-usahawan yang positif dan ingin berjaya bersama-sama dalam bisnes online affiliate. Itulah pentingnya ada group support dalam berbisnes.
.
Jadi, jangan lupa untuk join komuniti Affiliate Centre Shopievo. Kalau anda berminat nak join, bukak FB dan search ‘Affiliate Centre Shopievo’ di bahagian searchbar FB. Anda request untuk join group FB Affiliate Centre Shopievo.
.
Lepas andadah diapprove masuk ke dalam group ni, baca description kat bahagian ‘About’ dan ikut arahan seperti yang ditulis…
.
Itu saja langkah mudah untuk daftar jadi agen affiliate bersama Shopievo!
.
Kesimpulan Buat Bisnes Online Affiliate Bersama Shopievo (PART 2)
.
Okay, dalam artikel ni, saya dah pun terangkan kat anda kenapa bisnes online affiliate ni wujud, macam mana seseorang tu boleh jana pendapatan dengan affiliate marketing dan contoh program affiliate yang kami sendiri, Team Shopievo tawarkan pada anda.
.
Melalui artikel bersiri ‘Bisnes Online Affiliate Bersama Shopievo’ ni, anda dah boleh cuba buat bisnes affiliate untuk menjana pendapatan sampingan selain mengusahakan bisnes dropship. Okay, cukup sampai kat sini dulu untuk artikel kali ni, jumpa anda lagi dalam artikel seterusnya! Woot woot!
0 Comments