Tahun 2018 SHOPIEVO® Dalam Satu Artikel!

January 8, 2019

By admin

Comments

Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!



Hai! Untuk hasilkan artikel kali ni, saya sebenarnya dapat ilham daripada beberapa emel yang saya terima daripada beberapa laman web. Yang mana, diorang ni wish nak habis tahun 2018 dan nak masuk ke tahun 2019.

.

Jadi, diorang buat satu artikel macam throwback gitu untuk tengok balik apa pencapaian yang diorang dah buat sepanjang tahun 2018. Contohnya, macam Facebook Blueprint ni dengan emel bertajuk ‘A Lookback at 2018’…

.

.

Haaa..macam tu lah jugak artikel yang saya nak buat kali ni. Saya nak throwback balik pencapaian dan beberapa highlight aktiviti Shopievo sepanjang tahun 2018! Kita akan tengok dari sudut komuniti Shopievo 2.0, Geng Shopievo: 1 Usahawan 1 e-Commerce, Affiliate Centre Shopievo dan blog Shopievo.com! Jom layan…

.

Kejayaan Komuniti Shopievo 2.0! –Tahun 2018 Shopievo

.

Shopievo 2.0 adalah video panduan premium kami. Ia adalah tujuan utama SHOPIEVO® ditubuhkan, iaitu untuk melahirkan usahawan yang bijak e-Commerce tempatan dan international. Sehingga artikel ni ditulis, ada seramai 1,133 orang usahawan yang dah join Shopievo 2.0.

.

Momentum dan momentkasi panas line’ untuk berjaya bersama-sama dalam bisnes dropship e-Commerce bermula seawal permulaan 2018 lagi bila bos Ariff dengan beberapa geng lain pergi lepak sharing pengalaman bisnes e-Commerce untuk market Malaysia dan international. Yang penting, tak hajakk! Tiba-tiba jer dah post gambar, hehe…

.

.

Selain bertanya soalan, berkongsi ilmu dan membincangkan teknik dan strategi dalam video panduan Shopievo 2.0, beberapa orang dari komuniti Shopievo 2.0 jugak berkongsi kejayaan membuat jualan dari kedai online e-Commerce masing-masing…

.

Hasil kejayan pertama pada tahun 2018 dikongsikan oleh bos Muhammad Hidayat dengan caption “Tunggu pos laju punya pickup”. Kau rasa? Haha. Haaa..barulah yang lain gelabah bukak balik video-video panduan dalam Shopievo 2.0 tu kan?

.

.

Seingat saya, bos Muhammad Hidayat memang antara ahli Shopievo 2.0 yang aktif bertanya soalan dalam group.

.

Bos Wan Muhammad paling masyukkk dan sakan masa hari raya tahun lepas, haha. Lebih kurang RM40k lebih hasil jualan dari kedai online e-Commerce sebulan sebelum raya!

.

.

Kat bawah ni pulak hasil jualan bos Mohamad Faiz untuk kedai online e-Commerce kedua beliau yang baru sebulan guna Easystore untuk market Malaysia….

.

.

Tengok bos Harith Irfan ni pulak, muda lagi dah berjaya buat jualan dari bisnes e-Commerce. Kalau tengok kat profile FB dia, tahun lepas baru jer ‘Left MRSM Alor Gajah’. Bagi saya, kalau dia dah ada minat dalam bisnes online ni, lebih baik sambung belajar dalam bidang yang berkaitan dengan graphic design dan marketing. Kalau ada 2 skill ni sebagai seorang usahawan e-Commerce, bahagia hidup…

.

.

Tak kurang hebatnya jugak sis Rosnyta Hadi yang beralih target market dari pasaran Malaysia ke luar negara sebab nak elakkan persaingan dengan jualan produk kat Shopee…

.

.

Penubuhan Komuniti Geng Shopievo: 1 Usahawan 1 e-Commerce! – Tahun 2018 Shopievo

.

Pada awal tahun 2018 jugak, kami mewujudkan komuniti Geng Shopievo: 1 Usahawan 1 e-Commerce. Ia adalah satu komuniti usahawan online yang berminat nak belajar langkah demi langkah cara bangunkan kedai online e-Commerce sendiri. Sehingga artikel ni ditulis, ada seramai 1,411 orang usahawan yang dah join Geng Shopievo ni.

.

.

Dengan yuran komitmen RM1 (seringgit), setiap usahawan diberikan 1 akaun membership bersama SHOPIEVO® di mana diorang boleh akses ke 13 video tutorial langkah demi langkah cara bangunkan kedai online e-commerce sendiri.

.

Woot woot! Kami jugak buat baju untuk semua komuniti SHOPIEVO®! Tapi masing-masing kena bayar sendiri punya, haha. Kami tak ambil untung pun atas baju ni sebab kainnya yang berkualiti dah jadikan harga baju ni agak tinggi jugak. Jadi, kami hanya bantu dari segi penghasilan baju sahaje…

.

.

Pelancaran Produk-Produk Baru Dan Peluang Buat Duit Online Bersama Affiliate Centre Shopievo! – Tahun 2018 Shopievo

.

Selain komuniti Shopievo 2.0 dan Geng Shopievo: 1 Usahawan 1 e-Commerce, kami jugak membantu usahawan online menjana pendapatan sampingan dalam bisnes affiliate melalui komuniti Affiliate Centre Shopievo. Ini screenshot sebahagian hasil jualan daripada para affiliate kami…

.

.

Dengan pelancaran-pelancaran produk fresh dan high demand yang konsisten sepanjang tahun 2018, para affiliate berpeluang menjana pendapatan dengan mempromosikan produk-produk SHOPIEVO® tersebut. Berikut adalah beberapa produk dari SHOPIEVO® pada tahun 2018…

.

Video panduan Ninja Spy Profit dilancarkan pada 28 Februari 2018. Klik sini untuk tahu lebih lanjut pasal Ninja Spy Profit. Anda boleh dapat 50% diskaun sempena tahun baru sehingga 11 Januari 2019 sahaje…

.

.

Software Vidstorie dilancarkan pada 25 April 2018. Klik sini untuk tahu lebih lanjut pasal Vidstorie. Anda boleh dapat 50% diskaun sempena tahun baru sehingga 11 Januari 2019 sahaje…

.

.

Website builder Webwave Malaysia dilancarkan pada 30 May 2018. Klik sini untuk tahu lebih lanjut pasal Webwave Malaysia.

.

.

Dan akhir sekali, video panduan Lubuk Trafik dilancarkan pada 27 Ogos 2018. Klik sini untuk tahu lebih lanjut pasal Lubuk Trafik. Anda boleh dapat 50% diskaun sempena tahun baru sehingga 11 Januari 2019 sahaje…

.

.

63 Jumlah Artikel Di Blog Shopievo.com! –Tahun 2018 Shopievo

.

Bila saya mencari balik pencapaian dan highlight tahun 2018 SHOPIEVO® , saya teringat balik saat-saat bos Wazeen (Founder Shopievo) mencari penulis untuk laman web Shopievo pada bulan Januari 2018…

.

.

Kalau anda bertanya kenapa saya excited nak mohon jadi penulis artikel untuk SHOPIEVO®, sebabnya saya memang ada kebolehan blogging. Tambahan lagi, minat saya adalah dalam bisnes online, secara spesifiknya bisnes secara dropship. Dan saya dah join komuniti Shopievo 2.0 sejak tahun 2016 lagi.

.

Alhamdulillah, lepas di test oleh bos Wazeen, saya dipilih untuk jadi penulis artikel SHOPIEVO®. Sejak tu, saya aktif menulis untuk blog Shopievo.com dan dah hasilkan sebanyak 63 artikel pada tahun 2018 untuk berkongsi ilmu dan pengalaman yang ada. InsyaAllah, saya akan teruskan momentum pada tahun 2019 ni.

.

Jenama Trademark SHOPIEVO®! –Tahun 2018 Shopievo

.

Tahun 2018 SHOPIEVO® berakhir dengan sangat baik sekali bila pada 25 December 2018, bos Wazeen dah selesai daftarkan nama bisnes dan jenama trademark SHOPIEVO® di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia. Woot woot!

.

.

SHOPIEVO® Terus Maju Pada Tahun 2019!

.

Itulah antara pencapaian-pencapain team kami, SHOPIEVO® untuk tahun 2018 yang muat untuk saya selitkan dalam satu artikel yang panjangnya lebih kurang 1000 patah perkataan ni. Sebenarnya, kami jugak tak boleh sampai ke tahap ni tanpa sokongan daripada komuniti kami Shopievo 2.0, Geng Shopievo, para affiliate Shopievo dan jugak anda yang sedang membaca artikel di Shopievo.com ni.

.

Jadi, macam mana pulak dengan tahun baru 2019 ni? Adakah kami dapat kekalkan momentum ni atau dapat buat lebih baik lagi? Itu semua tak pasti lagi. Tapi apa yang pastinya ialah, kami akan sentiasa bantu usahawan produk fizikal Malaysia menjual produk fizikal melalui kedai online e-Commerce sendiri sama ada di pasaran tempatan mahupun antarabangsa.

.

Baru jer seminggu dalam tahun 2019, kami dah lancarkan kedai online baru SHOPIEVO®

.

.

Apa lagi pembaharuan dan aktiviti-aktiviti baru yang kami nak bawakan dalam tahun 2019? Tunggu emel, update kat FB group dan artikel-artikel baru dari kami nanti! Woot woot!



Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!

Related Posts

Usahawan Online 105 – Ilmu Penting Tahun 2020

Usahawan Online 105 – Ilmu Penting Tahun 2020

Hai! Dah lama saya tak sambung tulis artikel untuk siri Usahawan Online dalam blog Shopievo. Yang terakhir haritu bulan April 2019, hah! Sekarang kita dah pun sampai artikel ke 5 dalam siri ni. Kat bawah ni senarai artikel yang lepas… . Usahawan Online 101: Cara Buat...

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Hai! Tak sangka kita dah pun berada dalam bulan ke 2 dalam tahun 2020. Cepat jer masa berlalu. Biasa pun memang macam tu lah…hm. Rasa baru jer haritu kita plan nak buat apa bila masuk tahun baru 2020. Tup tup…bulan 2 dah. . Jadi saya ucapkan selamat tahun baru 2020...

0 Comments

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tahun 2018 SHOPIEVO® Dalam Satu Artikel!

by admin time to read: 4 min
0