Hai! Salah satu azam saya untuk tahun 2019 ni ialah nak menjadi seorang penulis blog Shopievo.com yang terbaik. Bukan sekadar penulis yang baik, tapi penulis yang terbaik. Ada beza antara sekadar menjadi baik dan menjadi yang terbaik dalam apa sahaje yang kita buat dalam hidup ni.
.
Sebagai seorang penulis, kalau saya hanya nak menjadi penulis yang baik, cukup sekadar saya menulis perkara-perkara yang baik menggunakan perkataan-perkataan yang baik sahaje. Tapi kalau saya berazam menjadi yang terbaik, saya akan mula fikirkan lebih dari tu.
.
Saya akan mula berfikir pasal impak penulisan saya. Bagaimana setiap penulisan atau artikel saya dapat memberi manfaat pada pembaca dan bagaimana perkongsian saya dapat membantu usahawan-usahawan online yang ingin maju khususnya usahawan online dalam komuniti Geng Shopievo: 1 Usahawan 1 e-Commerce.
.
Dengan sedikit perubahan mindset yang simple ni, akan push saya untuk buat lebih dari apa yang sepatutnya. Anda boleh cuba sendiri dalam setiap aspek kehidupan anda. Fikirkan apa beza sekadar menjadi seorang anak yang baik dan anak yang terbaik, seorang Islam yang baik dan seorang Islam yang terbaik, seorang usahawan yang baik dan seorang usahawan yang terbaik.
.
Jadi untuk tahun baru ni, saya tergerak hati nak menulis 1 artikel pasal bagaimana nak disiplinkan diri pada tahun 2019 untuk konsisten berusaha dan berikhtiar. Sebab saya pasti, kalau ada matlamat anda tahun lepas yang tak tercapai, kalau ada benda yang anda menyesal sepanjang tahun lepas, puncanya ialah anda tak disiplinkan diri untuk konsisten berusaha sepertimana yang anda rancang.
.
Okay, jom layan artikel ni…
.
Jaga Solat 5 Waktu! – Cara Nak Disiplinkan Diri Pada Tahun 2019
.
Kalau kita tengok, 5 waktu solat ni dah cukup cantik susunan waktunya dalam kehidupan seharian kita selari dengan fitrah kehidupan sebagai seorang manusia. Bangun pagi, kita solat Subuh dan berdoa untuk meminta pada Allah Ar-Razzak, Yang Maha Pemberi Rezeki sebelum memulakan hari.
.
Melalui doa Qunut, kita meminta panduan, kesihatan diri, perlindungan, keberkatan dan keselamatan daripada Allah untuk menjalani kehidupan seharian. Lepas tu kita ada banyak masa untuk berusaha dan berikhtiar sampai masuk waktu solat Zuhur.
.
Faham-faham jer lah kalau dah masuk waktu tengah hari sampai ke petang, otak dah jadi tepu dan semakin mengantuk. Itulah kelebihannya solat Zuhur dan Azar, selain kita kembali pada mengingati dan mengharapkan pertolongan Allah, kita jugak dapat recharge balik tenaga mental dan badan untuk berusaha dan berikhtiar lagi pada waktu petang.
.
Begitulah jugak dengan waktu solat Maghrib sampai ke Isyak. Pada waktu malam, kita ada sikit lagi tempoh masa untuk bersantai-santai sebelum tidur. Mungkin boleh digunakan untuk merancang hari baru esoknya.
.
Apa yang saya nak tekankan kat sini ialah, kalau anda tak jaga solat 5 waktu ni, anda memang takkan dapat disiplinkan diri dan jadi yang terbaik dalam aspek kehidupan anda yang lain tak kiralah sebagai seorang anak, mak bapak, usahawan, feelancer, kerja pejabat dan sebagainya.
.
Anda tak jaga solat 5 waktu, time management anda lari, fokus anda lari, masa yang anda ada terbazir, usaha dan ikhtiar anda tunggang-langgang, matlamat anda pun lari ke tahun depan. Jadi, pastikan anda rancang jadual seharian anda supaya dapat memberi ruang untuk waktu solat.
.
Jelas Dengan Matlamat Dan Komitmen! – Cara Nak Disiplinkan Diri Pada Tahun 2019
.
Sebagai seorang usahawan dan freelancer, matlamat kita sedikit sebanyak akan berdasarkan pada jumlah pendapatan yang kita nak capai supaya boleh cover kita punya komitmen. Kebiasaannya kita akan track secara bulanan. Berapa komitmen bulanan dan berapa pendapatanyang kita nak capai setiap bulan.
.
Matlamat tak terhad pada jumlah pendapatansahaje. Matlamat boleh jadi anda nak ada pejabat sendiri, nak hire pekerja untuk bantu anda, nak jadi jutawan dan macam-macam lagi. Cumanya, kalau anda ada matlamat berdasarkan jumlah pendapatan untuk cover komitmen ni pun dah cukup dah untuk disiplinkan diri pada tahun 2019.
.
Jadi, pertama sekali anda perlu jelas dengan komitmen anda setiap bulan. Berapa jumlah wang yang akan anda keluarkan setiap bulan. Bayar kereta, duit topup internet, duit bagi mak ayah dan sebagainya. Catatkan semuanya. Dari sini, anda akan nampak berapa pulak jumlah pendapatanyang perlu anda dapatkan setiap bulan.
.
Sebagai contoh, anda nak capai jumlah pendapatan Rm2,000 sebulan sebagai seorang usahawan online dan freelancer. Dari sini, anda akan lebih strategik merancang usaha dan ikhtiar yang anda kena buat untuk capai matlamat tu. Catatkan jugak perancangan anda.
.
Saya sarankan anda rancang usaha dan ikhtiar anda secara mingguan. Untuk dapatkan Rm2,000 sebulan, anda perlu dapatkan Rm500 setiap minggu. Berikut adalah contoh potensi pendapatan secara mingguan untuk seorang freelance graphic designer…
.

.
Sambil-sambil menjadi freelance Graphic designer, dia jugak boleh menjana pendapatan melalui bisnes dropship kat Instagram, kedai online e-Commerce, bisnes dropship kat Shopee dan bisnes affiliate melalui laman web. Jumlah potensi pendapatan mingguan tersebut ialah Rm520, menjadikan potensi pendapatan bulanan sebanyak Rm2,080 setiap bulan.
.
Memang nampak macam senang cakap daripada buat. Tapi tak mustahil. Yang saya nak tekankan kat sini ialah kepentingan jelas dengan matlamat dan komitmen. Anda akan nampak sejauh mana usaha dan ikhtiar yang anda perlu buat untuk capai matlamat tersebut. Yang berusaha adalah diri kita sendiri.
.
Kenapa saya sarankan anda buat matlamat secara mingguan? Sebab bagi saya, matlamat mingguan lebih berkesan daripada matlamat secara bulanan. Dengan matlamat mingguan, anda akan lebih disiplin untuk terus konsisten berusaha setiap hari.
.
Kesimpulan Bagaimana Nak Disiplinkan Diri Pada Tahun 2019
.
Alhamdulillah, 2 cara ni sahaje sebenarnya dah cukup untuk disiplinkan diri kita pada tahun 2019 ni supaya dapat konsisten berusaha dan berikhtiar mencari rezeki. Jaga solat 5 waktu dan jelas dengan matlamat serta komitmen.
.
Kalau ikutkan, sebenarnya dalam hidup kita ni, ‘jalan’ tu dah nampak dah. Tambahan lagi dengan macam-macam panduan bisnes yang kita beli tu. Cuma dari segi usaha dan ikhtiar tu yang kita kurengg sikit.
.
Apa-apapun jangan lupa akhiri usaha anda tu dengan bertawakkal pada Allah! Sebab apa? Sebab nak dapat DUIT, kena lah lengkap Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakkal, huhu. Okay, cukup setakat ni dulu artikel pertama untuk tahun 2019 ni. Jumpa anda lagi dalam artikel seterusnya, woot woot!
.
0 Comments