Belajar Bisnes Online Dan Pemasaran Digital Dengan Google Primer!

January 24, 2019

By admin

Comments

Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!



Hai! Pengunaan smartphone pada hari ni dah mengubah cara kita melaksanakan kebanyakan aktiviti dalam kehidupan seharian. Secara umumnya, penggunaan smartphone dapat mempercepatkan, memberi keselesaan dan memudahkan proses sesuatu aktiviti.

.

Sebagai contoh, membaca berita, berkomunikasi, membeli-belah, mencari jalan, menonton video dan bermain game. Sebab tu lah smartphone dipanggil ‘daily driver’. Satu keperluan yang sangat penting  dalam kehidupan seharian.

.

Dengan smartphone, pengguna boleh selesaikan banyak benda kat mana-mana jer secara ‘on the go’. Dalam keretapi, dalam bus, masa tengah beratur, masa tengah lepak kat mamak dan sebagainya.

.

Sampaikan pengguna sendiri ambil mudah jer dengan smartphone masing-masing, padehal banyak manfaat yang kita boleh dapat dengan adanya smartphone dan internet kat tangan.  Rugi kalau kita hanya gunakan smartphone ni hanya untuk tujuan hiburan jer.

.

Dalam artikel ni, saya nak rekemenkan satu aplikasi yang dapat berikan manfaat pada setiap usahawan online. Aplikasi ni sesuai untuk usahawan online yang nak belajar benda baru atau refresh ilmu sendiri berkaitan bisnes online dan pemasaran digital. Bila-bila masa anda rasa free dan tak tahu nak buat apa, anda boleh belajar sesuatu secara on the go.

.

Sebenarnya, saya yakin anda sebagai seorang usahawan online, mesti boleh belajar benda baru atau refresh ilmu bisnes online dan pemasaran digital ni melalui newsfeed FB jer. Melalui post-post dari usahawan online lain atau sifu bisnes online yang anda follow. Tapi macam mana kalau anda boleh belajar sesuatu daripada team Google sendiri?

.

Aplikasi yang saya nak rekemenkan pada anda tu ialah Google Primer, sebuah aplikasi daripada team Google untuk membantu usahawan online belajar benda baru berkaitan bisnes online dan pemasaran digital. Ia jugak dapat membantu usahawan online dalam mencapai matlamat pada tahun 2019.

.

.

Anda boleh pergi ke Play Store untuk download aplikasi ni. Search ‘Google Primer’ dan klik install

.

.

Ada 18 topik yang anda boleh belajar dalam Google Primer berkaitan bisnes online dan pemasaran digital. 18 topik ni dibahagikan dalam 3 tajuk besar iaitu Business & Operations, Brand & Identity dan Marketing & Measurement. Berikut ialah senarai 18 topik tersebut;

.

Business & Operations

  • Business Planning
  • Selling
  • Business Management
  • Startup

.

Brand & Identity

  • Brand Building
  • Customer Engagement
  • Website
  • User Experience

.

Marketing & Measurement

  • Email Marketing
  • Social Media
  • Digital Marketing 1
  • Digital Marketing 2
  • Content Marketing
  • Analytics
  • Business Insights
  • Mobile Marketing
  • Video Marketing
  • Agency Management

.

Ada tak topik yang menarik minat anda? huhu. Saya yakin Google Primer ni akan berkembang dengan menambah lagi topik-topik lain dan update pembelajaran sedia ada dari masa ke semasa. Anda boleh pilih topik yang anda nak belajar kat bahagian ‘Search For Lessons Or Skills’.

.

Anda Tak Boleh Belajar Semua Benda! – Belajar Bisnes Online Dan Pemasaran Digital Dengan Google Primer!

.

Walaupun anda excited dengan banyak topik freemium berkaitan bisnes online dan pemasaran digital yang anda boleh belajar ni, tak semestinya anda mampu cover semua pada tahun 2019 ni. Boleh, tak semestinya mampu, huhu.

.

Sebab tu lah apa yang anda nak belajar pada tahun 2019 ni kena selari dengan matlamat anda pada tahun 2019. Barulah anda boleh fokus dan betul-betul dapat capai sesuatu. Saya ada kongsikan pasal matlamat tahun 2019 dalam artikel sebelum ni.

.

Apa ilmu yang anda perlukan untuk menjayakan bisnes online anda pada tahun 2019 ni? Fikirkan, rancang dan pilih pembelajaran dalam Google Primer! Setiap pembelajaran anda jugak akan direkodkan, jadi anda boleh track progress berkaitan sesuatu topik tersebut.

.

3 Manfaat Aplikasi Google Primer! – Belajar Bisnes Online Dan Pemasaran Digital Dengan Google Primer!

.

Pembelajaran dalam Google primer telah disusun untuk membantu anda memajukan bisnes anda. Ia adalah cara cepat dan mudah untuk belajar ilmu berkaitan bisnes online dan pemasaran digital.

.

Pada tahun 2019 ni, anda mungkin akan lebih sibuk berbanding tahun lepas. Banyak benda nak buat, sampaikan tak ada masa nak luangkan masa untuk topup ilmu. Tapi dengan Google primer, anda boleh belajar sesuatu pada bila-bila masa dan kat mana sahaje hanya dari fon anda.

.

Selain tu, anda boleh dapatkan ilmu bisnes online yang dapat membantu anda dalam mencapai matlamat pada tahun 2019. Berminat nak baca kisah kejayaan usahawan lain yang menggunakan Google Primer? Anda boleh klik sini

.

.

Kesimpulan Belajar Bisnes Online Dan Pemasaran Digital Dengan Google Primer

.

Memandangkan Google Primer adalah aplikasi percuma, sudah tentu ia adalah aplikasi wajib ada dalam smartphone anda hari ini. Tambahan lagi ia dapat berikan anda added value dalam kehidupan anda sebagai seorang usahawan online. Anda dapat belajar benda baru dalam mencapai matlamat anda pada tahun 2019.

.

Sesiapa sahaje yang berminat nak belajar berkaitan bisnes online dan pemasaran digital samaada owner bisnes atau orang yang mencari pekerjaan, boleh install aplikasi ni kat fon masing-masing.

.

Okay, cukup setakat ni dulu untuk artikel kali ni, jumpa anda lagi dalam artikel seterusnya! Woot woot!



Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!

Related Posts

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Hai! Tak sangka kita dah pun berada dalam bulan ke 2 dalam tahun 2020. Cepat jer masa berlalu. Biasa pun memang macam tu lah…hm. Rasa baru jer haritu kita plan nak buat apa bila masuk tahun baru 2020. Tup tup…bulan 2 dah. . Jadi saya ucapkan selamat tahun baru 2020...

Tutorial Cara Buat Kad Bisnes Digital Untuk Bisnes

Tutorial Cara Buat Kad Bisnes Digital Untuk Bisnes

Pada bulan December 2019 yang lepas, bos Wazeen ada buat satu announcement dalam group IM Lejen pasal satu software baru yang kita semua memang akan guna untuk bisnes kita. Software ni free jer. . Dan walaupun memang semua orang boleh guna, macam biasa… group premium...

Tutorial Buat Facebook Shop Dan Masukkan Produk!

Tutorial Buat Facebook Shop Dan Masukkan Produk!

Hai dan salam! Untuk artikel kali ni saya nak tunjukkan secara ringkas dan padat langkah-langkah nak buat Facebook Shop seterusnya masukkan produk yang anda jual ke dalam FB Shop tu. Facebook Shop adalah bahagian ‘Shop’ atau katalog kat dalam Facebook Page untuk anda...

2 Comments

2 Comments

  1. Amir Mazlan

    dah penah download dah app ni..cuma tak penah bukak. asik bukak app game jer selalu 😀

    Reply

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Belajar Bisnes Online Dan Pemasaran Digital D…

by admin time to read: 3 min
2