Bagaimana Rutin Pagi Anda?

August 13, 2018

By admin

Comments

Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!



Hai! Bagaimana anda memulakan hari anda setiap hari? Bagaimana rutin pagi anda sebagai seorang usahawan ataupun freelancer? Cuba anda ambil masa fikir sekejap adakah anda ni jenis yang main ‘langgar’ je lepas bangun pagi…”ape nak jadi hari ni, lantaklah”, ataupun memang dah biasa buat benda yang sama setiap pagi ataupun anda memang dah rancang rutin pagi anda setiap hari?

 

Ataupun mungkin anda ni jenis yang ‘tak jumpa’ pagi, haha. Bangun-bangun jer dah tengah hari. Mesti pernah jugak kan? Jenis ‘burung hantu’ yang tidur lepas subuh.

 

Apa perasaan anda bila bangun jer, dah tengah hari? Saya yakin mesti anda dah hilang mood dan hilang rentak untuk sambung kerja dengan penuh semangat. Tup tup, dah sampai petang waktu riadah. Jadi anda dah bazir beberapa jam dalam hidup anda yang sepatutnya boleh digunakan untuk selesaikan kerja. Kurang produktif jadinya pada hari tersebut.

 

Sebab tu lah kita perlukan satu rutin pagi. Aktiviti pagi dan habit yang dapat tingkatkan mood dan produktiviti dalam kehidupan seharian. Pentingnya rutin pagi adalah untuk sentiasa bersedia dan bersemangat memulakan hari baru dan menjadikannya satu lagi hari yang tak disia-siakan begitu sahaje.

 

Jadi, dalam artikel ni saya akan kasi anda beberapa idea aktiviti pagi yang anda boleh jadikan rutin pagi sebagai seorang usahawan ataupun freelancer. Jom layan!

 

Mulakan Rutin Pagi Pada Malam Sebelum – Pentingnya Rutin Pagi Untuk Seorang Usahawan

 

Paling lambat pun kita perlu bangun pagi untuk solat Subuh pukul 6.30 pagi. Secara umum kita perlukan 6 jam waktu tidur untuk dapatkan tidur yang cukup, jadi kita dah kena tidur pukul 12 malam. Sebab tu lah kita kena mulakan rutin pagi pada malam sebelum tu.

 

Maksudnya kat sini kita kena bersedia untuk dua benda; untuk disiplinkan diri tidur pukul 12 malam dan untuk pastikan keesokan hari berjalan dengan lancar. Kalau anda tak cukup tidur, sudah tentu akan berikan mood negatif untuk hari esok.

 

Pada keesokan pagi pulak, banyak benda yang boleh menggangu atau melempabkan rentak kehidupan seharian anda. Sebagai contoh, baju yang nak dipakai tak jumpa ataupun tak jumpa pendrive yang anda nak guna untuk buat kerja sebab lupa letak kat mana.

 

Jadi, pastikan anda sediakan segalanya yang anda nak gunakan pada hari baru pada malam sebelumnya. Untuk permulaan, anda boleh latih diri anda dengan sediakan complete set baju apa nak pakai esok. Ia akan memberi anda ‘rasa kejayaan’ selesaikan satu benda, jimat masa dan dapat tingkatkan produktiviti.

 

Disiplinkan Diri Pada Satu Alarm – Pentingnya Rutin Pagi Untuk Seorang Usahawan

 

Mungkin dah terjadi biasa pada diri kita, set alarm kat fon pukul 5.45 pagi, 6 pagi, 6.15 pagi lepas tu tekan snooze, snooze, snooze dan akhirnya bangun kat alarm 6.30 pagi jugak. Jadi semua alarm yang kita set kan tu dah tak berkesan pada kita sebab kita dah tahu ada alarm yang terakhir.

 

Jom kita ubah habit ni! Set kan satu jer alarm yang sama hari-hari dan disiplinkan diri pada satu alarm tersebut! Ini akan melatih diri kita supaya akur pasa satu alarm tersebut dan tak berlaku lagi kes nak sambung tidur lagi 5 minit tapi sebenarnya dah terlajak lagi 2 jam! Hah!

 

Sarapan Pagi – Pentingnya Rutin Pagi Untuk Seorang Usahawan

 

Sarapan pagi adalah satu rutin pagi yang anda tak boleh abaikan! Kenapa? Sebab sarapan pagi adalah sumber tenaga untuk anda capai apa sahaje matlamat yang anda dan tetapkan untuk hari baru dengan cergas dan bertenaga.

 

Bersenam – Pentingnya Rutin Pagi Untuk Seorang Usahawan

 

Saya sarankan anda jadikan senaman sebagai salah satu rutin pagi anda. Anda boleh buat senaman yang  anda suka samaada senaman workout atau berjogging. Cukup sekadar 15 minit ke 30 minit setiap pagi. Jika sarapan pagi adalah sumber tenaga badan anda, senaman dapat ‘panas’kan badan anda supaya cergas dan bertenaga memulakan hari baru.

 

Selesaikankan beberapa set senaman workout atau beberapa minit berjogging yang anda dah tetapkan. Tujuannya adalah untuk memberi ‘rasa kejayaan’ menyelesaikan satu task dan rasa lebih kehadapan di saat orang lain masih terkapai-kapai mencari berus gigi.

 

Rancang Aktiviti Pagi Anda – Pentingnya Rutin Pagi Untuk Seorang Usahawan

 

Saya andaikan kita selesai solat Subuh dan siapkan diri pukul 7 pagi. 1 jam lagi mungkin digunakan untuk sarapan dan senaman. Jadi kita ada 5 jam lagi pada waktu pagi sebelum bersedia untuk solat Zuhur pukul 1 petang. bagaimana kita nak gunakan sebaiknya 5 jam yang kita ada ni?

 

Sebagai seorang usahawan ataupun freelancer, susah tentulah banyak benda yang kita nak settlekan dan nak capai. Mungkin anda nak buat kajian produk yang tengah hot lepas tu nak design iklan FB Ads pulak. Ataupun mungkin anda nak selesaikan kerja-kerja sebagai freelancer.

 

Kalau anda tak senaraikan dan rancang apa yang perlu dibuat, anda boleh jadi serabut. Dan anda boleh terlepas pandang untuk buat kerja yang sepatutnya diutamakan dulu. Bila anda nak mulakan hari dan fikirkan banyak benda, anda nak mula dari mana?

 

Mesti anda pernah dengar pepatah “if you fail to plan, you plan to fail”. Jadi, rancanglah aktiviti dan jadual pagi anda . Apa yang anda nak selesaikan dan bagaimana anda nak selesaikannya.

 

Kesimpulan Pentingnya Rutin Pagi Untuk Seorang Usahawan

 

Ada banyak lagi aktiviti yang anda boleh jadikan sebagai rutin pagi yang dapat tingkatkan produktiviti kehidupan seharian anda sebagai usahawan ataupun freelancer. Daripada beberapa idea yang saya bagi kat anda dalam artikel ni, cuba ‘tune’ kan dengan kehidupan anda atau cari sesuatu yang sesuai untuk diri anda.

 

Setiap orang ada destinasi masing-masing yang nak dituju dalam kehidupan ni dan setiap orang akan sampai destinasi tersebut ikut kemampuan dan masa masing-masing. Sebab tu setiap orang ni berbeza. Saya harap, artikel ni dapat bantu anda tingkatkan produktiviti kehidupan seharian anda sebagai usahawan ataupun freelancer seterusnya mencapai kejayaan! Woot woot!



Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!

Related Posts

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Hai! Tak sangka kita dah pun berada dalam bulan ke 2 dalam tahun 2020. Cepat jer masa berlalu. Biasa pun memang macam tu lah…hm. Rasa baru jer haritu kita plan nak buat apa bila masuk tahun baru 2020. Tup tup…bulan 2 dah. . Jadi saya ucapkan selamat tahun baru 2020...

Kenapa Group Support Penting Untuk Setiap Panduan Bisnes

Kenapa Group Support Penting Untuk Setiap Panduan Bisnes

Hai! Saya yakin kalau anda jugak adalah seorang usahawan online, mesti bersepah senarai group bisnes kat anda punya FB, Whatsapp ataupun Telegram, betul tak? Sampaikan kena off notification beberapa group sebab serabut sangat dapat macam-macam info dari pelbagai sudut...

0 Comments

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bagaimana Rutin Pagi Anda?

by admin time to read: 4 min
0