Ini adalah sambungan kepada artikel Jom Belajar SEO Untuk Bisnes E-Commerce sebelum ni. Pada artikel tersebut kita dah ada beberapa idea keywords yang juga merupakan keywords carian yang popular kat Google berkaitan ‘baju melayu moden’. Seterusnya, apa yang kita perlu buat dengan idea-idea keywords ni? Jom baca langkah seterusnya…
Pilih Keywords Yang Terbaik Untuk Kedai Online E-Commerce Anda –
Langkah 2 Teknik Asas SEO Untuk Bisnes E-Commerce
Melalui 2 cara simple nak dapatkan idea keywords yang saya tunjukkan sebelum ni, kita dah ada beberapa senarai keywords yang berkaitan dengan ‘baju melayu moden’ seperti yang anda dapat tengok dalam dua gambar kat bawah ni…
Saya akan ambil beberapa contoh dari senarai idea keywords yang kita jumpa. Saya ambil ‘baju melayu moden slim fit’, ‘baju melayu moden online’ dan ‘baju melayu moden nikah’ untuk buat contoh.
Antara ketiga-tiga keywords ni, yang mana satu anda perlu pilih sebagai keywords yang terbaik untuk kedai online e-Commerce anda? Bagaimana cara kita nak tapis dan fokus pada keywords yang penting sahaje? Ada beberapa faktor yang perlu kita tengok…
1. Search Volume (Jumlah Carian Keywords Setiap Bulan)
Keywords yang mempunyai search volume yang tinggi setiap bulan akan beri anda lebih banyak peluang untuk dapatkan trafik ke kedai online e-Commerce anda. Tapi, keywords-keywords ni kebiasaanya mempunyai persaingan yang tinggi.
Saya gunakan Google Keyword Planner untuk check berapa search volume untuk ketiga-tiga keywords yang saya pilih sebagai contoh tersebut.
Seperti yang anda dapat tengok dalam gambar kat atas tu, keywords ‘baju melayu moden slim fit’ mendapat search volume yang paling tinggi dengan 100-1000 carian setiap bulan berbanding dua lagi keywords yang lain dengan 10-100 carian setiap bulan.
Jadi, sudah tentulah kita mengutamakan keywords ‘baju melayu moden slim fit’ untuk kedai online e-Commerce kita berbanding keywords yang lain.
2. Competition (Persaingan)
Semakin kurang persaingan pada sesuatu keywords, semakin mudah untuk kedai online e-Commerce anda mendapat ranking teratas untuk keywords tersebut. Secara umumnya, kita mencari keywords yang ada carian yang memberangsangkan dan kurang persaingan. Anda jugak boleh dapatkan info tahap competition sesuatu keywords melalui Google Keyword Planner.
3. Relevancy (Kesesuaian)
Relevancy bermaksud relevan atau tidak produk anda, halaman produk dan kategori produk dalam kedai online e-Commerce anda pada keywords yang anda nak fokuskan. Sebagai contoh, ‘baju melayu moden slim fit’ yang kita jual belum tentu lagi sesuai dipakai untuk tujuan nikah.
Pastikan baju melayu moden tesebut sesuai digunakan untuk bernikah kalau anda nak rangkingkan kedai online e-Commerce anda untuk keywords ‘baju melayu moden nikah’. Kalau pelawat masuk ke kedai online anda tapi baju melayu tu tak sesuai untuk bernikah, pelawat akan keluar balik dari kedai online anda dan Google akan rekodkan kedai online anda tak relevan pada keywords tersebut.
4. Buying Intent (Niat Membeli)
Sekali lagi, keywords terbaik yang perlu anda pilih untuk kedai online e-Commerce anda adalah keywords bersifat komersial yang merujuk kepada niat membeli sesuatu produk secara online. Keywords yang merujuk terus kepada nama sesuatu produk jugak boleh diklasifikasikan sebagai keywords komersial.
Sebagai contoh, keywords ‘baju melayu moden slim fit’ yang kita jumpa adalah keywords komersial. Tambahan lagi, keywords tersebut dah cukup spesifik untuk bersaing dengan jenis-jenis baju melayu lain yang ada kat Malaysia ni. Anda mungkin boleh gunakan keywords ni sebagai niche untuk bisnes e-Commerce anda, huhu.
Tulis Artikel Di Blog E-Commerce Anda!
Langkah 3 Teknik Asas SEO Untuk Bisnes E-Commerce
Lepas anda pilih keywords yang terbaik untuk kedai online e-Commerce anda, langkah seterusnya ialah menulis artikel-artikel yang berkualiti dan mengandungi keywords tersebut kat bahagian ‘Blog’ dalam kedai online e-Commerce anda. Maksudnya, anda kena blogging! Huhu.
Blogging dapat tarik trafik (pelawat) percuma ke kedai online e-Commerce anda. Bagaimana blogging membantu kedai online e-Commerce anda mendapat ranking teratas kat Google? Pertama, Anda perlulah menulis artikel yang berkualiti. Kalau artikel anda berkualiti, pembaca berminat nak sharekan artikel anda kat media sosial atau link kan ke laman web diorang.
Hasil daripada share tersebut, anda berpeluang mendapat pembaca dan pelawat baru. Lagi banyak pelawat membaca artikel kat blog anda, Google akan rekodkan artikel tersebut relevan dengan keywords yang anda pilih. Ini akan membantu menaikkan ranking kedai online e-Commerce anda.
Kedua, kalau anda menulis artikel-artikel baru, anda jugak menambah bilangan halaman-halaman baru pada kedai online e-Commerce anda ataupun kita panggil ‘internal links’. Menambah internal links yang baru memberi isyarat kepada Google bahawa kedai online e-Commerce anda aktif. Ini juga membantu menaikkan ranking kedai online e-Commerce anda.
Bagaimana Blogging Membantu Membuat Jualan Untuk Bisnes E-Commerce?
Hari ini ramai usahawan try-too-hard nak tukarkan prospek kepada pembeli sampaikan terlupa nak fikir apa sebab orang nak membeli dari mereka. Kita back to basic balik, ‘bagi dulu sebelum dapat’. Kita bagi manfaat dulu kepada prospek sebelum rekemenkan produk-produk yang kita jual.
Halaman produk dalam kedai online e-Commerce anda fokus untuk nak pamerkan produk anda sahaje, tapi melalui blogging, anda boleh memberi sesuatu yang bermanfaat kepada prospek. Anda boleh menulis artikel pasal;
- Kenapa anda memulakan bisnes tersebut
- Bagaimana menggunakan produk anda sebaiknya
- Dari mana produk anda datang, bagaimana ia dibuat dan kelebihan-kelebihan
- Pengumuman kalau ada jualan diskaun
- Aktiviti-aktiviti yang anda buat berkaitan bisnes anda
- Nasihat dan tips-tips yang bermanfaat
Dalam artikel-artikel tersebut, anda boleh masukkan link halaman produk dalam kedai online e-Commerce anda untuk rekemenkan produk anda. Begitulah teknik asas SEO untuk bisnes e-Commerce yang anda boleh praktikkan.
Bagaimana Nak Belajar Teknik SEO Untuk Bisnes E-Commerce Yang Lengkap?
Apa yang saya terangkan pada anda dalam 2 artikel belajar SEO untuk bisnes E-Commerce ni hanyalah proses asas untuk memberi anda gambaran bagaimana ‘permainan’ SEO dalam membantu anda mendapatkan trafik percuma untuk membuat jualan bisnes e-Commerce.
Ada banyak lagi teknik dan strategi yang praktikkal dan teknikal yang anda boleh belajar dalam pemasaran SEO. Tapi, 3 langkah yang saya tunjukkan kat anda ni kiranya dah meletakkan anda di jalan yang betul untuk memahami teknik dan proses asas SEO.
Kalau anda berminat nak MULA BELAJAR teknik SEO untuk mendapatkan trafik percuma dan membuat jualan untuk bisnes e-Commerce anda, baru-baru ni team kami, Shopievo melancarkan video panduan Lubuk Trafik yang mengajar anda langkah demi langkah teknik SEO untuk dapatkan pelanggan ‘kelaparan’ secara PERCUMA setiap bulan ke kedai online e-Commerce anda.
Panduan ini sesuai untuk pemilik bisnes e-Commerce yang frust menonggeng dengan iklan berbayar seperti FB Ads dan Instagram Ads, pemilik blog yang ketandusan trafik, orang yang jual produk melalui laman web tapi kurang sale dan affiliate marketer yang tak pernah merasa komisyen.
Kalau anda berminat nak tahu lebih lanjut, terus KLIK pada gambar kat bawah ni.
Semoga bermanfaat! Woot woot!
0 Comments