Instagram Ads 102: Panduan Cara Buat Iklan Instagram Stories

April 27, 2018

By admin

Comments

Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!



Hari ni, individu dan entiti bisnes guna Instagram untuk berkongsi saat-saat penting dan aktiviti seharian. Ada 800 juta akaun Instagram yang aktif setiap bulan. 500 juta daripada jumlah tu aktif setiap hari. Dan 300 juta akaun Instagram guna fungsi Instagram Stories setiap hari!

 

Melalui Instagram Stories, entiti bisnes ada peluang untuk berhubung dengan audience dan follower secara visual menggunakan gambar atau video. Bagaimana Instagram Stories berfungsi?

 

Saya pasti anda mesti dah biasa dengan benda ni, kat bahagian atas sekali sebelum kita scroll newsfeed Instagram, ada highlights stories daripada akaun kengkawan dan bisnes yang kita follow.

 

 

Kat keliling gambar profile diorang ada satu bulatan warna merah kalau anda belum tengok lagi Instagram Stories diorang dan jadi warna kelabu kalau anda dah tengok Instagram Stories yang diorang share tu. Dan setiap Instagram Stories tu akan hilang lepas 24 jam.

 

Bila anda klik pada gambar profile diorang tu, anda akan tengok Instagram Stories yang diorang share samaada gambar atau video dalam format slideshow. Anda boleh swipe untuk tengok stories yang lain dan hold untuk pause story tu.

 

Orang jugak boleh edit Instagram Stories diorang dengan cara;

  • Tambah text berwana, emoji dan stickers
  • Conteng sesuatu guna fungsi ‘brush
  • Tambah filter
  • Dan guna aplikasi Boomerang atau buat video live

 

 

Instagram Stories tak akan muncul kat dalam profile atau grid Instagram diorang dan akan hilang lepas 24 jam. Jadi, kalau anda ada someone yang anda selalu stalk tu, cepat-cepatlah tengok Instagram Stories diorang sebelum terlambat, haha.

 

Orang jugak hanya boleh komen pada Instagram Stories tapi tak boleh like. Dan setiap komen pulak akan terus masuk ke Direct Message orang tu. Tak ada public komen.

 

Untuk share stories anda sendiri, anda perlu klik pada gambar profile akaun Instagram anda sendiri kat bahagian highlight stories tu…

 

 

Lepas tu, anda boleh terus snap gambar atau rakam video on-the-spot atau upload yang dah ada kat galeri fon anda jer. Anda tahu tak yang FB pun ada fungsi ni jugak, FB Stories, haha.

 

 

Sama jugak, untuk share FB Stories anda sendiri, anda perlu klik pada gambar profile akaun FB anda sendiri kat bahagian highlight stories tu. Lepas tu, anda boleh terus snap gambar atau rakam video on-the-spot atau upload yang dah ada kat galeri fon anda jer.

 

Setakat ni, anda hanya boleh upload Instagram Stories dan FB Stories melalui fon sahaje.

 

Anda Boleh Buat Iklan Kat Instagram Stories!

 

Usahawan atau entiti bisnes boleh keluarkan iklan kat Instagram Stories. Iklan akan keluar dalam Instagram Stories audience yang kita target dan diselitkan antara stories organik yang lain. Jadi, orang yang nampak iklan anda tu tak rasa macam tengah tengok iklan dan tak rasa rimas dengan iklan anda.

 

Anda boleh gunakan gambar atau video yang panjangnya 15 saat untuk buat iklan Instagram Stories. Gambar atau video anda tu akan keluar secara ‘vertical full-screen’ sama macam anda tengok stories daripada akaun Instagram yang anda follow.

 

Iklan Instagram Stories jugak ada fungsi ‘deep-linking’ yang mana anda boleh ‘jemput’ audience yang tengok iklan anda ke halaman produk dalam kedai online e-Commerce anda tanpa buatkan audience anda rasa kena keluar daripada aplikasi Instagram.

 

Iklan Instagram Stories jugak sama macam anda buat iklan FB Ads atau Instagram Ads. Anda kena buat guna Ads Manager dan ada fungsi targeting, measurement dan retargeting yang sama macam anda buat FB Ads tu.

 

Jom kita tengok cara buat iklan Instagram Stories…

 

Cara Buat Iklan Instagram Stories!

 

Okay, sekarang saya akan tunjukkan secara ringkas cara buat iklan Instagram Stories. Kita akan buat guna Ads Manager jadi anda kena masuk ke Facebook Busines Manager dan pergi ke bahagian Ads Manager.

 

  1. Klik ‘Create’.

 

 

  1. Pilih objectives untuk iklan Instagram Stories anda. Untuk iklan Instagram Stories, anda hanya boleh pilih antara objectives berikut;

 

  • Reach
  • Video Views
  • Traffic
  • Conversion
  • App Install

 

 

Dalam contoh ni, saya akan guna objectives Video Views yang mana saya nak Instagram keluarkan iklan video Instagram Stories saya pada semaksimum orang yang mungkin tengok iklan saya.

 

Tambahan lagi, iklan jenis video views ni memang terbukti murah dan dapat jimatkan kos iklan berbayar untuk bisnes kita! Kita boleh dapat kos iklan serendah 0.01-0.02 sen sahaje kalau betul caranya dan yang penting video kita tu mestilah menarik yang dapat tarik perhatian audience.

 

3. Macam biasa, tentukan Audience, Placement dan Budget & Schedule untuk iklan kita di bahagian Ad Set.

 

Di bahagian Placement, pastikan anda tick pada ‘Stories’ sahaje di bawah section ‘Instagram’. Sebab kita nak keluarkan iklan video kita kat Instagram Stories sahaje.

 

 

4. Klik ‘Continue’ untuk teruskan.

 

5. Kat halaman seterusnya, kita akan upload video yang akan digunakan untuk iklan Instagram Stories mengikut spesifikasi yang dah ditetapkan seperti yang saya highlightkan dalam kotak warna merak kat gambar bawah ni.

 

 

6. Lepas tu, edit iklan anda di bahagian ‘Text’ untuk ayat iklan, tambah ‘Website URL’ supaya audience dapat lawat landing page anda dan pilih ‘Call To Action’ yang sesuai untuk iklan anda.

 

 

7. Bila semuanya dah selesai, klik butang ‘Confirm’ dan tunggu sehingga FB approved iklan anda. Kalau tak ada masalah, anda akan dapat notificationYour ad is approved!’ dan iklan anda akan berjalan seperti yang telah anda setting

 

Dah, selesai cara buat iklan Instagram Stories! Senang kan?

 

“Tapi Saya TAK PANDAI BUAT VIDEO! Macam mana??”

 

Okay, sekarang ni saya akan fokuskan terus pada masalah yang kebanyakan kita sebagai usahawan hadapi untuk buat iklan yang melibatkan video termasuklah iklan Instagram Stories ni iaitu tak pandai dan tak ada skill nak buat video.

 

Tambahan pulak, spesifikasi video untuk buat iklan Instagram Stories ni berbeza dengan iklan-iklan jenis video yang lain yang kebanyakannya boleh buat video petak jer. Iklan Instagram Stories ni pulak hanya boleh guna video dengan spesifikasi vertical full-screen aspect ratio 9:16 dan minimum pixel 600x1067px. “Ape kebenda nombor-nombor ni semua?? Aspect ratio? Pixel? Macam mana nak buat tu??”.

 

Dengan masalah ni jugak, kebiasaannya mesti anda terpaksa keluar modal yang boleh mencecah ratusan ringgit untuk upah grafik designer buat video iklan yang tak sampai 1 minit atau 30 saat pun. Tambahan pulak, panjang video yang diperlukan untuk buat iklan Instagram Stories ni hanya 15 saat jer. Tak kan nak keluar modal besar untuk video 15 saat jer?

 

Saya pun macam tu, tak pandai dan tak ada skill nak buat video. Dan modal yang saya ada ni lebih diperlukan untuk buat iklan berbayar FB Ads atau Instagram Ads nanti. Sebab tu berkira-kira sikit kalau nak guna duit untuk benda lain, huhu.

 

Jadi saya gunakan software Vidstorie. Software Vidstorie ni baru je launch pada 25 April 2018 yang lepas dan software ni jugak adalah produk premium daripada Shopievo.com sendiri. Vidstorie ni khusus untuk bantu anda buat video pendek yang memukau untuk Instagram Stories.

 

Anda tak perlu fikir dah pasal nak design video ikut spesifikasi iklan Instagram Stories sebab template video dalam Vidstorie ni memang akan hasilkan video yang sesuai untuk Instagram Stories. Ada 30+ lebih template video yang dah ready-made untuk anda. Cer tengok interface software Vidstorie ni…

 

 

Tengok lagi beberapa jenis template yang ada…

 

 

Kat sini saya boleh tunjuk contoh gambar jer, tapi kalau anda nak tengok contoh 10 lagi template video yang betul-betul bergerak (haha) untuk Instagram Stories ni, anda boleh tengok kat sini.

 

Serius, software Vidstorie ni memang sangat senang nak guna. Hanya 3 step jer yang anda kena buat. Pilih template, masukkan video atau gambar anda sendiri serta edit ayat-ayat sikit dan BOOM!, download terus. Anda berjaya buat video untuk Instagram Stories yang ohsem dalam masa beberapa minit jer, tanpa pengalaman buat video sebelum ini.

 

 

 

Kalau anda perlu guna software Vidstorie ni samaada untuk tujuan bisnes atau pun untuk share Instagram Stories dan FB Stories peribadi anda sendiri, boleh terus klik gamba Vidstorie kat bawah ni…

 

 

Saya harap, semoga apa yang saya tulis dalam artikel ni, dapat bantu anda sedikit sebanyak dalam mengembangkan ilmu bisnes, stay up-to-date dengan teknik dan teknologi bisnes terbaru dan boleh lancarkan iklan Instagram Stories anda sendiri hari ni jugak! Hoho.

 

Okay, cukup sampai kat sini dulu untuk artikel kali ni. Jumpa anda lagi dalam artikel seterusnya! Woot woot!

.



Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!

Related Posts

Usahawan Online 105 – Ilmu Penting Tahun 2020

Usahawan Online 105 – Ilmu Penting Tahun 2020

Hai! Dah lama saya tak sambung tulis artikel untuk siri Usahawan Online dalam blog Shopievo. Yang terakhir haritu bulan April 2019, hah! Sekarang kita dah pun sampai artikel ke 5 dalam siri ni. Kat bawah ni senarai artikel yang lepas… . Usahawan Online 101: Cara Buat...

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Tips Bisnes Online 2020 – Fokus!

Hai! Tak sangka kita dah pun berada dalam bulan ke 2 dalam tahun 2020. Cepat jer masa berlalu. Biasa pun memang macam tu lah…hm. Rasa baru jer haritu kita plan nak buat apa bila masuk tahun baru 2020. Tup tup…bulan 2 dah. . Jadi saya ucapkan selamat tahun baru 2020...

1 Comments

1 Comment

  1. gate io

    I have read your article carefully and I agree with you very much. This has provided a great help for my thesis writing, and I will seriously improve it. However, I don’t know much about a certain place. Can you help me? https://www.gate.io/fr/signup/XwNAU

    Reply

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Instagram Ads 102: Panduan Cara Buat Iklan In…

by admin time to read: 5 min
1