Hai! Ada banyak cara untuk buat bisnes online. Secara umumnya, samaada kita menjual produk fizikal, menjual produk digital, menawarkan servis perkhidmatan atau menjadi freelancer.
Setiap model bisnes online tu ada proses yang berbeza. Kemahiran yang diperlukan jugak sedikit berbeza. Tool atau software yang diperlukan untuk menjayakan bisnes online tu jugak ada yang berbeza.
Dalam blog Shopievo.com ni, saya banyak berkongsi ilmu berkaitan menjual produk fizikal. Sebab, itulah Shopievo. Satu komuniti usahawan online yang mengusahakan bisnes dropship e-Commerce.
Tapi kali ni saya tak nak tulis pasal menjual produk fizikal. Saya nak mula menulis pasal satu lagi cabang bisnes online iaitu menjual produk digital ataupun kita panggil bisnes online affiliate.
Anda boleh gunakan artikel bersiri ‘Bisnes Online Affiliate Bersama Shopievo’ ni sebagai rujukan untuk anda mula usahakan satu bisnes online affiliate. Macam biasa, saya akan terangkan pada anda dengan cara yang simple dan mudah untuk anda faham.
Okay, jom layan…
Apa Itu Bisnes Online Affiliate?
Untuk senang faham, saya suka bandingkan bisnes affiliate dengan bisnes dropship. Dalam kedua-dua model bisnes ni, kita bertindak sebagai orang tengah atau wakil jualan dalam perniagan. Dan tugas kita ialah mempromosikan produk milik supplier (pembekal produk).
Dalam bisnes dropship, kita mempromosikan produk fizikal seperti barangan elektronik, barangan bayi, aksesori pakaian dan sebagainya. Tapi dalam bisnes affiliate, kita mempromosikan produk digital seperti eBook, software dan video panduan.
Orang yang buat bisnes affiliate ni dipanggil agen affiliate atau affiliate marketer.
Bagaimana Agen Affiliate Buat Duit Secara Online?
Sama seperti bisnes dropship, kita akan dapat keuntungan kalau ada orang yang membeli produk yang kita promosikan dari kita. Cuma ada sedikit perbezaan pada proses dan cara pembahagian untung.
Kalau bisnes dropship, kita dapat keuntungan daripada menjual sesuatu produk dengan harga mark-up. Dalam bisnes affiliate, keuntungan dibahagikan secara peratus (%) daripada harga jualan produk tersebut antara pemilik produk dan agen affiliate.
Sebagai contoh, kalau anda daftar menjadi agen affiliate dengan pemilik produk yang tawarkan komisyen sebanyak 50% untuk produk yang berharga RM300, anda akan dapat komisyen sebanyak RM150 untuk setiap jualan produk tersebut.
Dalam bisnes affiliate, kita mempromosikan sesuatu produk digital bersama satu link khas (link affiliate) yang dicipta selepas mendaftar sebagai agen affiliate. Setiap agen affiliate ada satu link affiliate yang berbeza.
Link affiliate tersebut akan membawa prospek ke satu halaman jualan berkaitan sesuatu produk. Dalam halaman jualan tu jugak, prospek yang berminat akan membuat pembelian. Anda akan dapat komisyen kalau prospek membuat pembelian melalui link affiliate milik anda yang anda promosikan tu.
Paham ke idok? Hehe.
4 Komponen Penting Dalam Proses Buat Bisnes Online Affiliate
Untuk lebih jelas, saya akan terangkan 4 komponen penting dalam proses buat bisnes online affiliate yang selari dengan komponen penting dalam proses buat duit online…
1. Produk Digital
Yang pertama anda kenalah tahu kat mana nak dapatkan sumber produk digital yang anda nak promosikan dan jual pada orang. Produk digital adalah produk seperti eBook, software dan video panduan.
Produk digital ni bukan anda buat sendiri. Sebagai agen affiliate, anda hanya promosikan produk digital milik orang lain sahaje. Jadi, anda kena cari pemilik produk digital yang menawarkan program affiliate.
2. Pemilik Produk Digital Yang Menawarkan Program Affiliate
Setiap produk mesti ada pembekalnya. Anda dapat produk dari mana? Ada banyak program affiliate yang anda boleh jumpa kat internet. Kami kat Shopievo jugak ada buat program affiliate (Affiliate Centre Shopievo) untuk produk-produk digital Shopievo.
Daam artikel ni, saya akan tunjukkan kat anda macam mana nak daftar jadi agen affiliate Shopievo. Teruskan pembacaan…
3. Tempat Menjual (Platform)
Seterusnya, anda kena tahu kat mana anda nak jual produk anda. Kebiasaannya, kita promosikan produk digital dan link affiliate kat laman web, emel, Facebook, Instagram Youtube dan sebagainya.
4. Strategi Menjual (Pemasaran Affiliate)
Yang terakhir, anda mestilah belajar cara-cara, teknik dan strategi yang berkesan untuk menjadi seorang agen affiliate yang berjaya. Inilah gunanya artikel bersiri ‘Bisnes Online Affiliate Bersama Shopievo’ ni.
Saya akan kongsikan semua setakat yang saya mampu dari masa ke semasa.
Itu sahaje 4 komponen penting yang ada dalam proses buat bisnes affiliate. Kalau anda faham dan jelas tentang konsep dan komponen penting ni, anda anda dah boleh mula buat bisnes affiliate, huhu.
Cara Daftar Jadi Agen Affiliate Bersama Shopievo!
Seperti yang saya bagitahu, kami kat Shopievo jugak ada buat program affiliate iaitu Affiliate Centre Shopievo. Melalui Affiliate Centre Shopievo ni, anda boleh mula buat bisnes affiliate dengan mempromosikan produk-produk kami.
Sekarang, jom saya tunjukkan macam mana nak daftar jadi agen affiliate bersama Shopievo…
Pertama sekali anda bukak FB, dan search ‘Affiliate Centre Shopievo’ di bahagian searchbar FB. Anda request untuk join group FB Affiliate Centre Shopievo.
Ini adalah group FB untuk semua agen affiliate Shopievo berkumpul untuk dapatkan info terbaru tentang program affiliate Shopievo…
Lepas anda dah diapprove masuk ke dalam group ni, baca description di bahagian ‘About’ dan ikut arahan seperti yang ditulis…
Itu saja langkah mudah untuk daftar jadi agen affiliate bersama Shopievo! Kalau anda ada apa-apa soalan berkaitan program affiliate Shopievo, anda boleh terus tanya dalam group tu.
Kesimpulan Belajar Bisnes Online Affiliate Bersama Shopievo!
Okay, dalam artikel ni, saya dah pun terangkan kat anda apa itu bisnes affiliate, macam mana nak buat duit dengan bisnes affiliate, 4 komponen penting dalam proses buat bisnes affiliate dan cara daftar jadi agen affiliate bersama Shopievo.
Melalui artikel bersiri ‘Bisnes Online Affiliate Bersama Shopievo’ ni, anda dah boleh cuba buat bisnes affiliate untuk menjana pendapatan sampingan selain mengusahakan bisnes dropship. Okay, cukup sampai kat sini dulu untuk artikel kali ni, jumpa anda lagi dalam artikel seterusnya! Woot woot!
.
The point of view of your article has taught me a lot, and I already know how to improve the paper on gate.oi, thank you. https://www.gate.io/pt-br/signup/XwNAU