Hai! Mungkin dah banyak kali anda dengar pasal Shopievo atau mungkin jugak ni baru pertama kali. Mungkin dah banyak kali anda baca artikel-artikel best yang kami belanja kat blog Shopievo.com ni atau mungkin jugak ni artikel pertama yang anda baca kat sini.
Untuk artikel kali ni, saya nak ambil kesempatan ni untuk menulis cerita pasal Shopievo. Mungkin anda tertanya-tanya apa kebenda orang duk cakap pasal Shopievo…Shopievo. Shopievo ni buat apa sebenarnya dan apa manfaat yang anda boleh dapat dari kami, Team Shopievo.
SHOPIEVO adalah satu komuniti usahawan online yang ditubuhkan pada tahun 2016. Pada awalnya, Team Shopievo hanya terdiri daripada 3 orang usahawan online yang mana masing-masing ada kepakaran yang berbeza tapi saling melengkapi untuk dijadikan sebuah team usahawan online yang mantap. Ketika artikel ini ditulis, team kami terdiri daripada 7 orang beserta 2,456 orang usahawan online lain yang dah jadi student kami.
Tujuan utama komuniti usahawan online Shopievo ditubuhkan adalah untuk membantu usahawan online Malaysia menjual produk fizikal melalui kedai online e-Commerce sendiri samaada ke pasaran tempatan mahupun antarabangsa seperti US, UK, Canada dan sebagainya.
Pada masa tu, kami tengok industri perdagangan elektonik (e-Commerce) kat Malaysia ni masih di tahap yang rendah jika dibandingkan dengan negara lain dan dari situlah kami berkembang menjadi satu komuniti usahawan online, Shopievo.
Kalau anda bertanya apa manfaat yang kami boleh berikan pada anda sebagai seorang usahawan online, dalam artikel ni saya akan terangkan semua produk Shopievo yang boleh bantu anda dalam bisnes online. Jom layan!
Geng Shopievo: 1 Usahawan 1 E-Commerce – Produk Shopievo Ini Boleh Bantu Anda Dalam Bisnes Online!
Apa itu Geng Shopievo? Geng Shopievo: 1 Usahawan 1 e-Commerce merupakan satu komuniti usahawan online yang berminat nak belajar langkah demi langkah cara bangunkan kedai online e-Commerce sendiri. Sehingga artikel ni ditulis, seramai 1,324 orang usahawan yang dah join Geng Shopievo ni.
Apa yang terkandung dalam Geng Shopievo ni? Melalui Geng Shopievo ni, anda akan diberikan 1 akaun membership bersama Shopievo di mana anda boleh akses ke 12 video tutorial langkah demi langkah cara bangunkan kedai online e-commerce anda sendiri.
Anda juga berpeluang untuk join Group Support FB Geng Shopievo bersama ribuan usahawan online yang lain yang sama-sama belajar dan juga berkongsi tips antara satu sama lain, serta mempunyai impian besar untuk memiliki kedai online e-commerce sendiri yang menarik setanding jenama besar yang lain. Team kami juga akan bantu jawab segala persoalan anda di group berkaitan dengan content yang kami sediakan.
Oleh sebab kami menggunakan platform Easystore untuk bina kedai online e-Commerce, kami buat satu joint venture (JV) dengan pihak Easystore supaya ahli Geng Shopievo dapat nikmati plan tahunan kedai online e-Commerce Easystore dengan harga diskaun 50% off!
Geng Shopievo ni sesuai untuk usahawan yang nak kembangkan ilmu bagaimana nak bina kedai online e-Commerce sendiri tanpa perlu suruh orang lain buat.
Panduan Shopievo 2.0 – Produk Shopievo Ini Boleh Bantu Anda Dalam Bisnes Online!
Panduan Shopievo 2.0 merupakan video panduan yang premium daripada Team Shopievo. Ia merupakan panduan upgrade daripada Geng Shopievo. Bukannya upgrade dari regular ke large, tapi upgrade dari regular ke extra, extra, extra….7 kali extra large. 7XL, hah!
Ia merupakan panduan lengkap cara buat buat bisnes menjual produk fizikal ke pasaran tempatan dan luar negara melalui kedai online e-Commerce menggunakan teknik dan strategi advance pemasaran Facebook. Anda dapat belajar secara langkah demi langkah melalui lebih 80 video tutorial melalui panduan ini sehingga dapat membuat jualan melalui kedai online e-Commerce anda nanti.
Sehingga artikel ini ditulis, ada seramai 1,132 orang usahawan e-Commerce di dalam Group Support tertutup Panduan Shopievo 2.0. Panduan ni sesuai untuk usahawan online yang stabil dari segi modal kewangan untuk mengusahakan bisnes dan yang paling penting adalah jenis usahawan yang take action dan tak mudah give up. Kalau anda tak ada ciri-ciri ini, sila persiapkan diri dulu sembelum kembali untuk dapatkan panduan premium ni.
KLIK pada gambar Panduan Shopievo 2.0 kat atas tu untuk tahu lebih lanjut.
Lubuk Trafik – Produk Shopievo Ini Boleh Bantu Anda Dalam Bisnes Online!
Apa itu Lubuk Trafik? Lubuk trafik adalah video panduan terbaru dari kami yang baru sahaje dilancarkan pada 27 Ogos 2018. Ia merupakan panduan video langkah demi langkah teknik dan strategi SEO untuk dapatkan trafik (trafik) targeted dan percuma ke kedai online e-Commerce anda tanpa menggunakan iklan berbayar seperti FB Ads, Instagram Ads atau Google Ads.
Seperti yang saya bagi amaran pada anda sebelum ni, anda kena pastikan diri anda stabil dari segi modal kewangan dulu kalau nak belajar Panduan Shopievo 2.0 yang menggunakan teknik dan strategi advanced iklan berbayar FB Ads sebagai medium utama pemasaran.
Kalau anda ada pengalaman dalam menggunakan FB Ads, anda sendiri tahu yang ia adalah cara yang paling cepat dan berkesan untuk melabur nak dapatkan trafik, dan ia jugak boleh jadi cara yang cepat nak melebur modal kewangan yang anda ada, huhu. Jadi, antara halangan usahawan e-Commerce dalam nak dapatkan trafik adalah disebabkan kos FB Ads mahal ataupun modal pemasaran yang sikit.
Cuba fikir balik, berapa banyak dah anda laburkan duit buat FB Ads? Buat FB Ads ni perlukan kemahiran tinggi jugak kalau nak promot produk yang kita jual. Sementara anda dapat buat untung dengan gunakan FB Ads, anda kena ada modal dulu sebab nak bayar kos iklan tu.
Jadi, sebab tu lah kami Team Shopievo hasilkan solusi untuk bantu masalah pemilik kedai online e-Commerce yang dah frust menonggeng dengan iklan berbayar. Kami hasilkan video panduan Lubuk Trafik, teknik dan strategi nak dapatkan trafik yang konsisten dan berkualiti secara percuma ke kedai online e-Commerce anda daripada Google. Anda boleh KLIK pada gambar Lubuk Trafik kat atas tu untuk tahu lebih lanjut.
Nasihat Ikhlas Dari Kami Tentang Produk Shopievo
Saya yakin anda sendiri dah nampak apa manfaat yang anda boleh dapat daripada video-video panduan yang kami hasilkan seperti Geng Shopievo: 1 Usahawan 1 e-Commerce, Panduan Shopievo 2.0 dan Lubuk trafik.
Kalau boleh anda nak grab semua panduan, kan? Cumanya anda tak tahu nak buat keputusan mana satu medium pemasaran yang anda nak pilih samaada Panduan Shopievo 2.0 atau Lubuk Trafik. Samaada teknik dan strategi advanced pemasaran FB Ads atau teknik dan strategi SEO untuk bisnes e-Commerce.
Nasihat ikhlas dari kami Team Shopievo untuk anda adalah, anda fokus pada teknik dan strategi SEO untuk bisnes e-Commerce dulu. Jadi, anda hanya perlu join Geng Shopievo dan dapatkan video panduan Lubuk Trafik sahaje dulu.
Pastikan anda take action dan konsisten dalam mengusahakan bisnes e-Commerce ni. Satu hari nanti, bila anda dah stabil dari segi kewangan, barulah anda berjinak-jinak dengan teknik dan strategi advanced pemasaran FB Ads pulak, okay?
Artikel Pasal Produk Shopievo Tak Habis Kat Sini!
Coppp!! Artikel pasal produk Shopievo ni belum habis lagi, huhu. Saya baru ceritakan 3 sahaje produk Shopievo yang boleh bantu anda dalam mengusahakan bisnes online. Ada beberapa lagi produk Shopievo yang saya akan ceritakan dalam artikel seterusnya nanti seperti Ninja Spy Profit, Vidstorie dan Vidsy Pro.
Nantikan sambungannya, woot woot!
I may need your help. I’ve been doing research on gate io recently, and I’ve tried a lot of different things. Later, I read your article, and I think your way of writing has given me some innovative ideas, thank you very much.