Hai! Ada 3 benda yang kita kena ada untuk wujudkan kedai online e-Commerce iaitu hosting sebagai tapak untuk bina laman web, plugin untuk bina laman web jenis kedai online dan nama domain sebagai alamat untuk orang lawat laman web kedai online kita.
Sebagai contoh, dulu-dulu kebiasaannya kalau orang nak buat kedai online, dia kena beli hosting untuk install WordPress, lepas tu kena install pulak plugin Woocommerce untuk bina laman web jenis kedai online dan beli nama domain. Benda ni perlukan kemahiran teknikal sikit.
TAPI, TAPI…! Tapi, bila teknologi makin maju, banyak developer yang dah bangunkan website builder yang khusus untuk buat kedai online e-Commerce jer. Sebagai contoh, dalam panduan Geng Shopievo: 1 Usahawan 1 e-Commerce, kami ajar anda buat kedai online guna website builder Easystore.
Punyalah senang bina kedai online e-Commerce guna Easystore ni dan anda tak perlu pun beli hosting atau install plugin sebab Easystore ni lah hosting dan pembina laman web kedai online kita. Jadi anda tak perlu pun pikir pasal hosting sebab Easystore ni dah settlekan bahagian teknikal untuk anda. Anda cuma kena ‘hias’ kedai online anda jer.
Okay sekarang ni kita tinggal lagi satu problem. Nak pilih nama domain.
Kenapa nama domain ni penting?
Nak pilih nama domain ni sebenarnya kita tengah pikir sekali nak pilih nama bisnes atau nama brand untuk bisnes kita. 2 benda ni memang berkait rapat dalam dunia internet, nama domain dan nama bisnes. Bila kita nak mulakan bisnes, pilih nama yang terbaik untuk bisnes kita adalah langkah kritikal yang pertama untuk kita bina bisnes yang orang senang ingat, stabil dan bawak keuntungan.
Kenapa nama domain ni penting untuk kedai online e-Commerce? Sebab nama domain ni adalah pemasaran anda yang pertama sekali yang orang akan tengok, dengar, ingat dan cari kat internet. Jadi, kalau anda boleh konsisten dengan pengunaan nama domain ni kat mana-mana pun, ia adalah salah satu usaha brand awareness untuk bisnes anda.
Nak buat keputusan pilih nama domain untuk bisnes e-Commerce ni nampak senang, sesetengah orang memang dah ada idea dalam kepala, sesetengah yang lain pulak idea tu malu-malu nak muncul. Jadi, dalam artikel ni saya akan kongsikan panduan pilih nama domain untuk bisnes e-Commerce supaya memudahkan anda membuat keputusan.
Jangan lama-lama sangat fikir nak letak nama apa! Haha…Banyak lagi step yang kita nak buat dalam panduan Geng Shopievo: 1 Usahawan 1 e-Commerece tu. Okay, jom layan…
Pastikan Nama Domain Yang Umum – Panduan Pilih Nama Domain Untuk Bisnes e-Commerce 1
Elakkan pilih nama domain yang ada perkataan yang menunjukkan niche. Contohnya, idea anda mula-mula nak buat bisnes e-Commerce ni ialah dalam niche kucing. Dan anda nak ada perkataan ‘lovely’ dalam nama domain anda (contoh jer). Elakkan buat nama domain tu ‘lovelycats.com’.
Sebabnya, kita tak pasti lagi kita akan teruskan atau tak dengan niche bisnes yang kita pilih tu. Jadi, katakanlah sampai satu tahap lepas kita buat Validasi Product Fasa Ke-2 dalam Shopievo 2.0, dan product dalam niche tu tak berapa mendapat sambutan, anda mungkin nak tukar kepada backup plan niche yang lain contohnya niche berlari.
Jadi, nama domain ‘lovelycats.com’ tu dah tak sesuai untuk kedai online niche berlari. Anda terpaksa beli nama domain yang lain, ‘lovelyrunners.com’ contohnya. Macam mana kalau anda tak dapat teruskan ‘lovelyrunners.com’ jugak? Haaa…
Nama domain yang ada perkataan yang menunjukkan niche buat kita jadi terhad nak usaha bangunkan bisnes e-Commerce. Jadi, sebaiknya anda pilih nama yang umum. Kalau nak jugak perkataan ‘lovely’ tu (haha), buat ‘lovelyshop.com’ yang lebih umum. Senang anda nak usaha dan cuba macam-macam idea niche dan produk nanti.
Keep It Simple & Stupid (KISS) – Panduan Pilih Nama Domain Untuk Bisnes e-Commerce 2
Keep it simple & stupid (KISS), dikongsikan oleh Richard Lazazzera, Content Strategist kat Shopify.com. Maksudnya cuba cari nama domain yang pendek dan senang ingat. Stupid tu bukan bermaksud nama yang bo**h, haha…tapi nama yang catchy atau menarik. Pendek dan menarik.
Saja jer dia letak ‘stupid’ supaya jangan serius-serius sangat nak pilih nama, huhu. Mungkin anda ada idea-idea perkataan yang pelik-pelik dan senang ingat. Selagi perkataan tu positif, anda boleh gunakan. Apa-apa pun, pastikan nama tu orang senang nak sebut dan senang nak eja sebab benda ni akan buat orang senang nak ingat.
Lagi satu, sebaiknya anda pilih nama yang ada 1 atau 2 perkataan jer.
Guna Shopify Business Name Generator – Panduan Pilih Nama Domain Untuk Bisnes e-Commerce 3
Shopify Business Name Generator adalah tool percuma dari Shopify yang anda boleh gunakan untuk dapatkan idea-idea untuk nama domain anda. Anda boleh pergi le laman web Shopify Business Name Generator.
Caranya, cuma masukkan jer 1 perkataan yang anda nak ada dalam nama domain anda. Sebagai contoh, perkataan ‘lovely’ tadi, haha. Taip ‘lovely’ dan klik ‘Generate Names’. Nanti dia akan senaraikan semua nama 2 patah perkataan yang ada perkataan ‘lovely’. Jadi senang untuk anda dapatkan idea yang lebih baik dari ‘lovelyshop.com’, huhu.
Semak Nama Domain Di Media Sosial – Panduan Pilih Nama Domain Untuk Bisnes e-Commerce 4
Okay, bila anda dah pilih nama domain yang anda nak gunakan, check dulu kat media sosial contohnya FB dengan Instagram, ada tak orang yang dah guna nama bisnes anda tu. Sebab, kita nak konsisten dengan pengunaan nama domain ni kat media sosial jugak sebagai usaha brand awareness bisnes kita.
Kalau tak ada orang guna, anda boleh teruskan.
Semak Availability Nama Domain – Panduan Pilih Nama Domain Untuk Bisnes e-Commerce 5
Kat mana nak check samaada nama domain yang anda pilih tu masih available dan tak ada orang guna atau tak? Anda boleh check kat laman web Exabytes.my.
Nak Beli Nama Domain .COM, .COM.MY Atau .MY? – Panduan Pilih Nama Domain Untuk Bisnes e-Commerce 6
Okay, anda kena tahu yang .com adalah antara 7 nama domain umum yang original dan terawal sejak pembangunan internet selain .org, .net, .int, .edu, .gov dan .mil. Jadi, nama domain .com ni dah ada kredibiliti dan reputasi yang tinggi kat dunia internet. Bila orang nak check sesuatu laman web, pasti dia akan taip .com dulu. Jadi nama domain .com adalah pilihan utama yang anda kena ada.
Bagaimana dengan .com.my atau .my? Okay, kedua-dua nama domain ni dipanggil domain extension spesifik untuk negara Malaysia. Jadi sesuai untuk laman web anda yang fokus untuk pasaran Malaysia sahaja. Apa kelebihan guna nama domain .com.my atau .my? Anda boleh baca kat artikel 5 Advantages of .COM.MY & .MY Domains You Need To Know daripada laman web hosting & domain Malaysia, Exabytes ni.
Kalau anda nak nama domain .com.my atau .my, anda boleh dapatkan kat laman web Exabytes.my dan harganya lebih mahal berbanding .com. Kalau anda nak dapatkan nama domain .com, anda boleh cuba survey di laman web GoDaddy.com, NameCheap.com atau 1and1.com. Kebiasaannya, kat laman web ni ada promosi harga domain .com serendah RM5 untuk tahun pertama.
Oleh sebab dalam panduan bisnes e-Commerce Shopievo kita ada pilihan nak bina bisnes e-Commerce untuk pasaran international atau malaysia, jadi saya sarankan anda utamakan nama domain .com dulu yang lebih mesra dunia, huhu.
Nak Beli Nama Domain Di Easystore Atau Tempat Lain? – Panduan Pilih Nama Domain Untuk Bisnes e-Commerce 7
Okay, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Kalau anda beli nama domain dari tempat lain contohnya kat laman web GoDaddy.com, NameCheap.com atau 1and1.com tadi, anda boleh dapat harga yang murah untuk tahun pertama tapi ada benda teknikal sikit yang anda kena buat supaya nama domain anda tu ‘dipasangkan‘ pada kedai online Easystore anda.
Kalau anda tak nak susah-susah buat benda teknikal tu, anda boleh beli terus kat Easystore dan dia akan automatik ‘pasangkan’ pada kedai online Easystore anda setelah anda buat pembelian. Cumanya, anda dah kena bayar harga lebih kurang RM40-RM60 untuk tahun pertama brgantung pada nama domain.
Kesimpulan Panduan Pilih Nama Domain Untuk Bisnes e-Commerce
Okay, itu jer panduan pilih nama domain untuk bisnes e-commerce yang saya dapat kongsikan pada anda. Semoga dengan panduan ni dapat bantu anda buat keputusan cepat dalam pilih nama domain, haha. Ingat, jangan lama-lama sangat fikir nak letak nama apa! Woot woot!
.
0 Comments