Hai! Nampak gaya kat Malaysia ni tengah naik pasal berniaga secara e-Commerce memandangkan banyak iklan berkaitan kelas belajar cara buat kedai online e-Commerce sendiri yang saya nampak kat newsfeed FB saya. Tapi, apa kebenda sebenarnya e-Commerce ni?
E-Commerce adalah singkatan untuk perkataan electronic commerce. Seperti yang kita semua tahu, kalau perkataan tu ada ‘electronic’ atau singkatan ‘e’ kat depan, bermaksud benda tu diakses secara online dan menggunakan teknologi serta internet.
Sebagai contoh, e-Book adalah bahan bacaan yang didownload melalui internet dan boleh diakses melalui komputer dan smartphone. E-Banking pulak adalah pemindahan duit secara online dan hanya boleh diakses melalui capaian internet.
Bagaimana pulak dengan e-Commerce? Commerce adalah perkataan dalam Bahasa Inggeris yang bermaksud aktiviti berjual beli. Jadi, e-Commerce adalah aktiviti berjual beli secara online dan hanya boleh diakses melalui capaian internet.
E-Commerce ni jugak merujuk kepada laman web yang menjual sesuatu produk, yang lengkap dengan sistem pengurusan tempahan dan pembayaran online. Dalam bahasa melayunya ada beberapa versi orang panggil contohnya kedai online, laman web perniagaan dan yang kerajaan kita panggil sebagai e-Dagang.
Antara contoh kedai online e-Commerce yang popular ialah…
Amazon.com…
Ebay.com…
Dan Aliexpress.com…
Antara contoh kedai online e-Commerce yang popular kat Malaysia pulak ialah…
Lazada.com.my…
Dan Shopee.com.my…
Tadi semua senarai kedai online e-Commerce yang besar-besar daripada syarikat-syarikat gergasi. Diorang punya kedai online pun jenis yang macam-macam ada ataupun semua benda ada. Tapi e-Commerce tak terhad kepada kedai online yang besar-besar ni jer. Anda pun boleh ada satu kedai online e-Commerce anda sendiri.
Tak kira anda berniaga kecil-kecilan, dropship, stokis ataupun pemilik produk, anda boleh ada satu kedai online e-Commerce anda sendiri. Tapi bukannya kita nak buat kedai online yang jual semua benda macam nama-nama besar tu pun. Kita cuma nak jual produk kita dengan cara yang sama macam diorang buat, melalui laman web e-Commerce kita sendiri.
Cer tengok pulak beberapa contoh kedai online e-Commerce jenis persendirian ni…
Ummudianah.com. Haaa…tengok, jual telekung pun dah maju sekarang guna kedai online e-Commerce…
Dan Gugucloset.my…
Lebih-lebih lagi kalau anda ni usahawan online yang berniaga di FB atau Instagram sebelum ni, anda kena ada 1 kedai online e-Commerce. Jadi, anda kena tahu bagaimana cara buat kedai online e-Commerce sendiri.
Kenapa Usahawan Online Perlu Ada Kedai Online e-Commerce?
Antara sebab kenapa anda perlu ada 1 kedai online e-Commerce sendiri ialah…
- Untuk kurangkan beban dan jimatkan masa daripada melayan dan follow up pelanggan yang ramai kat Whatsapp.
- Untuk mudahkan orang jumpa produk atau servis anda kat internet sebab trend semasa pengguna yang suka beli barang secara online.
- Sangat-sangat senang nak buat sendiri kedai online e-Commerce lebih-lebih lagi dengan adanya panduan Geng Shopievo: 1 Usahawan 1 e-Commerce.
- Kedai online anda beroperasi 24 jam dan pelanggan boleh buat pembelian bila-bila masa.
- Anda boleh buat branding dan hias kedai online anda ikut taste anda sendiri.
Saya juga ada ceritakan secara lebih terperinci berkaitan sebab-sebab kat atas ni dalam 1 artikel Kenapa Usahawan Online Wajib Ada Kedai Online e-Commerce?. Anda boleh baca kat sini. Okay, persoalannya sekarang macam mana cara buat kedai online e-Commerce sendiri dengan mudah hari ni jugak?
Anda Perlukan Ilmu Dan Panduan! – Cara Buat Kedai Online e-Commerce Sendiri
Sebenarnya, bisnes e-Commerce ini dah ramai orang buat kat luar negara. Cuma kat Malaysia ni, masih baru lagi. Dalam semua yang tahu, belum tentu betul-betul ada motivasi untuk buat! Kami jugak tahu salah satu halangan terbesar untuk mulakan bisnes adalah kurangnya pengetahuan dan bantuan.
Oleh sebab itu, kami di Shopievo mewujudkan Geng Shopievo: 1 Usahawan 1 e-Commerce. Dengan RM 1 (seringgit), anda akan diberikan 1 akaun membership di mana anda akan dapat akses ke 12 video tutorial langkah demi langkah cara buat kedai online e-commerce sendiri.
Selain tu jugak, anda akan dapat akses 3 bulan percuma bangunkan kedai online guna Easystore. Easystore adalah partner kami, iaitu sebuah platform yang mesra newbie khas untuk bangunkan kedai online e-commerce dengan mudah & cepat. Sesuai untuk yang baru nak mulakan bisnes, tak payah bayar bulanan apa-apa.
Dan yang paling penting sekali, anda akan dapat akses ke group FB Geng Shopievo. Pentingnya ada satu komuniti yang jalankan bisnes yang sama ialah, anda akan bersama ribuan usahawan online yang lain yang berkongsi tips antara satu sama lain. Team kami juga akan bantu jawab segala persoalan anda di group berkaitan video panduan yang kami sediakan.
Anda Perlukan Produk Dan Supplier! – Cara Buat Kedai Online e-Commerce Sendiri
Bila kedai online anda dah siap, anda boleh masukkan produk dan mulakan promosi. Cara terbaik untuk mulakan bisnes kalau anda tak ada produk ialah dengan buat bisnes secara dropship. Melalui model bisnes dropship, anda oleh mulakan bisnes dengan modal yang sedikit atau tak perlu modal langsung.
Cara yang paling mudah untuk mencari supplier produk yang buka peluang jadi agen dropship produk mereka ialah dengan Google. Anda taip sahaja “jadi agen dropship”, “daftar agen dropship” atau sebagainya di Google.
Salah satu cabaran untuk usahawan yang baru nak mulakan bisnes dropship adalah mencari supplier produk yang trusted atau mempunyai kredibiliti yang boleh dipercayai dengan produk yang berkualiti. Jadi, kami ada kongsikan 1 supplier mencari agen dropship dalam artikel Cara Buat Bisnes Online Dropship Dan Konsep Dropship.
Pastikan jugak anda baca artikel Cara Pilih Produk Hot Yang Senang Nak Jual. Dalam artikel ni, kami ada kongsikan 4 tips sebagai panduan produk yang macam mana yang anda perlu pilih untuk mulakan bisnes dropship.
Pastikan Anda Ada Online Banking! – Cara Buat Kedai Online e-Commerce Sendiri
Ini penting. Pastikan anda ada online banking sendiri untuk menerima bayaran dari pelanggan. Antara sistem pembayaran online yang anda boleh guna untuk kedai online e-Commerce ialah Paypal, Billpliz atau Maybank2u.
Yang paling mudah nak buat adalah akaun Paypal. Cukup sekadar akaun Paypal, anda dah boleh terima bayaran online dari pelanggan yang guna apa-apa bank ataupun kad kredit. Dalam panduan Shopievo 2.0, kami ada terangkan pasal pembayaran online secara lebih terperinci dalam bab Payment Gateways dalam Fasa Pembangunan.
Okay, itu sahaja langkah mudah cara buat kedai online e-Commerce sendiri. Apa yang penting adalah anda dapatkan akses ke Geng Shopievo: 1 Usahawan 1 e-Commerce dulu dan habiskan tengok kesemua 12 video supaya anda nampak secara lebih teratur apa yang perlu dibuat dulu dalam membagunkan kedai online e-Commerce sendiri.
Jumpa lagi dalam artikel lain nanti! Woot woot!
.
Askum..
1)macammana customer cari online store kite? adakah kita perlu inform kpd customer / buat advertisement?
Wasalam…Soalan yang bagus sis Faridah 🙂
Ya, betul sis. Sis boleh buat segala teknik dan strategi marketing yang sis tahu untuk bawa prospek ke kedai online ataupun ke mana-mana halaman produk tertentu yang sis nak jual. Setiap halaman ada link URL tersendiri.
Saya bagi contoh mudah…sis promote sesuatu produk dalam group wasap, kemudian letak link ke halaman produk tu. Prospek yang klik akan terus ke halaman produk tersebut ibarat ‘salespage’, lengkap dengan gambar produk, deskripsi produk dan sistem buat tempahan & pembayaran secara automatik.
Harap membantu 🙂
ECE confers principal cell specific recombination buy cialis online reviews However, additional studies using higher doses of the agent are warranted based on the tolerability of the agent and the potential for activity of a higher fenretinide dosage, as suggested in this trial