Peluang Mencipta Kerja Sendiri Dalam Industri Teknologi Pemasaran!

July 5, 2019

By admin

Comments

Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!



Hai! Baru-baru ni saya terbaca satu emel yang mengubah cara saya melihat peluang pekerjaan. Kebiasaannya kita mengharapkan peluang pekerjaan melalui posting kerja kosong kat mana-mana platform cari kerja, media sosial dan group jawatan kosong. Ada kerja kosong, kita apply dan tunggu. Lebih kepada ‘menunggu’ peluang.

.

Lepas baca emel tu, ia mengubah cara saya melihat peluang pekerjaan daripada ‘menunggu’ peluang kepada mencipta kerja sendiri! Dengan kata lain, kita bekerja sendiri atau menjadi freelancer untuk selesaikan sesuatu kerja untuk menjana pendapatan. Peluang pekerjaan yang diceritakan dalam emel tu fokus kepada industri Teknologi Pemasaran ataupun Marketing Technology (MarTech).

.

Setiap usahawan pasti terlibat dalam industri Marketing Technology. Jadi, saya rasa sesuai untuk saya kongsikan peluang mencipta kerja sendiri dalam industri teknologi pemasaran ni kat blog Shopievo.com. Semoga, ia dapat memberi anda ilham dan idea untuk tambah lagi sumber pendapatan anda.

.

Selain menjadi usahawan yang menjual produk secara dropship, mungkin anda tak sedar yang anda ada kemahiran berkaitan Marketing Technology yang anda boleh tawarkan pada orang lain dengan membuka servis dan perkhidmatan seterusnya menjana pendapatan sendiri! Jom kita tengok peluang yang ada…

.

Apa Itu Industri Marketing Technology (MarTech)?

.

Industri MarTech adalah satu industri kerja dalam bidang pemasaran yang menggunakan teknologi. Ia jugak biasa kita panggil sebagai digital marketing. MarTech melibatkan gerak kerja, tool (software dan hardware) atau aplikasi yang menggunakan teknologi untuk mencapai matlamat dalam pemasaran.

.

Saya akan bagi anda contoh yang paling dekat sebagai komuniti Geng Shopievo. Kemahiran buat kedai online dan set up akaun kat online marketplaces adalah dalam industri MarTech. Kemahiran mencari produk hot dan mencari supplier adalah dalam industri MarTech. Kemahiran design gambar dan video menarik, media sosial, FB Ads, Instagram Ads, semuanya adalah dalam industri MarTech.

.

Secara ringkas, ada tak orang yang buat bisnes kat luar sana yang perlu dibantu dan perlukan seseorang untuk uruskan kerja-kerja yang saya sebutkan tadi? Ada! Kenapa ada? Sebab banyak usahawan kat luar sana yang tak tahu, tak ada masa dan tak larat nak handle semua benda, jadi diorang sanggup upah orang lain untuk selesaikan sesuatu kerja.

.

Kat sinilah datangnya peluang anda untuk tawarkan servis dan perkhidmatan menggunakan kemahiran MarTech yang anda ada untuk selesaikan masalah usahawan lain. Kat sinilah peluang anda untuk cipta kerja sendiri dalam industri Teknologi Pemasaran. Kat sinilah peluang anda untuk jadi freelancer dan jana pendapatan sendiri!

.

12 Niche Berpotensi Dalam Industri Teknologi Pemasaran Yang Anda Boleh Explore!

.

Ada 6 mass niche dan 42 niche dalam industri MarTech. Terlalu banyak peluang yang anda boleh explore, tapi sudah tentu bukan semua bidang yang anda boleh buat. Dan bukan semuda bidang mempunyai pasaran yang besar dan kukuh. Berikut ialah 6 mass niche dalam industri MarTech;

.

  1. Advertising & Promotion
  2. Content & Experience
  3. Social & Relationships
  4. Commerce & Sales
  5. Data
  6. Management

.

Daripada 6 massniche tersebut, kemungkinan anda dah boleh nampak niche yang mana satu yang sesuai dengan minat, ilmu, kemahiran dan pengalaman yang anda ada. Tapi massniche tersebut terlalu luas, ada sejumlah 42 niche dalam industri MarTech yang terlalu banyak untuk saya senaraikan kat sini.

.

.

Walaubagaimanapun, saya akan senaraikan 12 niche berpotensi yang mempunyai pasaran yang besar, kukuh dan pesat berkembang. Kat U.S, bidang yang mempunyai pasaran yang besar, kukuh dan pesat berkembang dilihat pada jumlah syarikat yang dah mencecah 200 buah syarikat. Berikut ialah 12 niche berpotensi tersebut…

.

  1. Optimization, Personalization & Testing
  2. Mobile Marketing
  3. Marketing Automation & Campaign/Lead Management
  4. Social Media Marketing & Monitoring
  5. E-commerce Marketing
  6. Content Marketing
  7. Display & Programmatic Advertising
  8. Sales Automation, Enablement & Intelligence
  9. Customer Relationship Management (CRM)
  10. Business/Customer Intelligence & Data Science

.

Saya akan bagi contoh mudah iaitu diri saya sendiri yang menulis artikel untuk blog Shopievo ni. Saya ialah seorang freelancer yang menawarkan servis menulis artikeluntuk laman web. Mass niche saya dalam industri MarTech ialah ‘Content & Experience’. Servis yang saya tawarkan adalah dalam niche ‘Content Marketing’.

.

Namun begitu, sub-niche atau fokus servis saya ialah penulisan artikel untuk laman web. Sebab ada banyak lagi sub-niche lain kat bawah niche ‘Content Marketing’. Sebagai contoh, menghasilkan video untuk Youtube, menghasilkan gambar atau video untuk Facebook dan menghasilkan gambar atau video untuk Instagram. Segala kerja yang menghasilkan pengisian yang bermanfaat untuk sesebuah platform.

.

Bagaimana Nak Mencipta Kerja Sendiri Dalam Industri MarTech?

.

Saya bukanlah seorang yang berpengalaman untuk mengajar anda bagaimana nak mencipta kerja sendiri. Namun begitu, saya boleh kongsikan sedikit panduan untuk membuka minda kita bersama lepas melihat peluang yang terhidang kat dalam Industri MarTech ni. Berikut ialah sedikit saranan dari saya…

.

  1. Kenalpasti Minat, Ilmu, Kemahiran, Dan Pengalaman Diri.
  2. Pilih 1 Daripada 12 Niche Berpotensi Dalam Industri MarTech.
  3. Buat Kajian Gerak kerja, Tool (software dan hardware) Atau Aplikasi Yang Biasa Usahawan Guna Dalam Niche Tersebut.
  4. Kaji Pesaing Yang Dah Tawarkan Servis Yang Lebih Kurang Sama.
  5. Konsisten Tambah Ilmu Dalam Niche Yang Anda Pilih
  6. Rancang Dan Fokuskan Servis Yang Anda Ingin Tawarkan Pada Usahawan Lain
  7. Marketkan Servis Anda Secara Online!

.

Kesimpulan Peluang Mencipta Kerja Sendiri Dalam Industri Teknologi Pemasaran!

.

Itulah perkongsian dari saya yang telah mengubah cara saya melihat peluang pekerjaan daripada ‘menunggu’ peluang kepada mencipta kerja sendiri dan menjadi freelancer. Kita tawarkan sesuatu servis untuk selesaikan sesuatu kerja seterusnya menjana pendapatan sendiri. Semoga perkongsian ni jugak dapat memberi anda ilham dan idea untuk tambah lagi sumber pendapatan anda.

.

Topik peluang mencipta kerja sendiri dalam industri Teknologi Pemasaran ni sangat menarik. Kalau saya ada perkongsian yang bermanfaat berkaitan topik ni lagi, saya akan buat sambungan untuk artikel ni. Okay, cukup sampai kat sini dulu, jumpa lagi dalam artikel seterusnya, woot woot!



Jadi Yang Terawal Tahu Update Baru Kami

Sign up borang di bawah ini untuk jadi pembaca terawal artikel-artikel terbaru kami.

Please wait

Thank you for sign up!

Related Posts

Usahawan Online 105 – Ilmu Penting Tahun 2020

Usahawan Online 105 – Ilmu Penting Tahun 2020

Hai! Dah lama saya tak sambung tulis artikel untuk siri Usahawan Online dalam blog Shopievo. Yang terakhir haritu bulan April 2019, hah! Sekarang kita dah pun sampai artikel ke 5 dalam siri ni. Kat bawah ni senarai artikel yang lepas… . Usahawan Online 101: Cara Buat...

Tutorial Cara Buat Kad Bisnes Digital Untuk Bisnes

Tutorial Cara Buat Kad Bisnes Digital Untuk Bisnes

Pada bulan December 2019 yang lepas, bos Wazeen ada buat satu announcement dalam group IM Lejen pasal satu software baru yang kita semua memang akan guna untuk bisnes kita. Software ni free jer. . Dan walaupun memang semua orang boleh guna, macam biasa… group premium...

4 Comments

4 Comments

  1. Fadli

    Sangat membantu

    Reply
  2. esopits

    45 We do not doubt others reports that levels of both pSmad2 and pERK1 2 are elevated in older Fbn1 C1039G mice and in young mice with a more severe form of MFS generic cialis no prescription and accumulating in the lung, liver, and spleen etc

    Reply
  3. gate.io

    I may need your help. I’ve been doing research on gate io recently, and I’ve tried a lot of different things. Later, I read your article, and I think your way of writing has given me some innovative ideas, thank you very much.

    Reply

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Peluang Mencipta Kerja Sendiri Dalam Industri…

by admin time to read: 3 min
4